|
Reply #60 houdini's post
lagi kesian kt awek abg dini taw.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 itik_magic's post
kalau da syg pun sanggup larik gak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 houdini's post
hehehhe...amboi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 itik_magic's post
errr yg ngaum2 tu la yg byk suke.. sbb 'challenging'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menilai makna tersirat LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat 憄ower |
|
|
|
|
|
|
|
Kemanjaan dibahagikan kepada dua iaitu dibuat-buat untuk tarik perhatian atau secara semula jadi
MANJA sudah menjadi lumrah dalam diri lelaki dan perempuan. Walau ada yang cuba menafikannya, akan terserlah juga perasaan itu bila tiba masanya. Manja juga dikaitkan dengan anak bongsu dan anak tunggal dalam sesebuah keluarga, menyebabkan timbulnya rasa iri hati, terutama adik-beradik yang lain.
Bagaimanapun, perkataan manja itu lebih sinonim dan sesuai bagi menggambarkan diri seorang perempuan.
Kemanjaan seseorang perempuan ada kalanya amat disenangi, tetapi tidak kurang juga menjengkelkan, terutama apabila keterlaluan.
Lazimnya, wanita yang sebegitu setiap masa akan menonjolkan sifat kemanjaannya itu tidak kira dengan siapa mereka bercakap dan kadang kala ia dipamerkan secara tidak sengaja. Tidak seperti lelaki yang hanya akan menunjukkan sifat manja itu pada masa tertentu.
Disebabkan kemanjaan yang ada itulah, lelaki dikatakan menjadi mudah lemah apabila berdepan dengan mereka! Benarkah lelaki mudah menjadi 慶air |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 Joe_Shaper's post
|
|
|
|
|
|
|
Bagi lelaki yang mudah lemah dan mudah tergoda, sifat berkenaan mampu meruntuhkan keegoan yang bersarang dalam diri seorang lelaki, termasuk individu yang amat dikenali dengan sifat ego dan mempunyai hati cukup keras.
Apa tah pula, asal saja bercakap, pasti tangan si wanita akan mencuit-cuit lengan dan baju si lelaki dengan mimik muka pelbagai gaya serta mengeluarkan suara yang manja serta mengada-ada.
Tetapi, bagi lelaki yang tidak mudah cair dan tidak mudah digoda pula, mereka hanya menganggap sikap itu seperti biasa dan sedikit pun tidak terjejas dengan godaan di depan mata. Tengok pun sudah tidak berkenan apatah lagi hendak mengurat! Hanya menambahkan rasa menyampah dan meluat dalam hati.
Kemanjaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu sama ada dibuat-buat atau terjadi secara semula jadi. Ada wanita yang sememangnya sifat semula jadinya manja, tetapi dianggap sengaja dibuat-buat kerana ingin mendapatkan perhatian daripada orang sekeliling atau lelaki tertentu.
Bagaimanapun, bagi wanita lain yang melihat pasti terdetik rasa menyampah. Bagi yang sudah bersuami tentu si isteri akan berasa geram dan cemburu pada suaminya jika mendekatkan diri dengan wanita seperti itu. Mereka bimbang wanita berkenaan akan merosakkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina.
Tetapi tidak dinafikan wujud wanita yang sengaja menunjukkan sifat manja dengan tujuan atau niat tertentu. Terpulang kepada anda khususnya lelaki untuk menilai wanita sebegitu.
Tinjauan mendapati kebanyakan lelaki yang ditemui mengakui akan cepat lemah apabila berdampingan dengan wanita manja. Pada masa sama, ada yang mengakui meluat jika kemanjaan yang ditunjukkan keterlaluan.
Hakikatnya, bagi kebanyakan lelaki memiliki teman wanita yang manja cukup menyenangkan dan membuatkan rasa disayangi. Berjalan sambil berpegangan tangan dan bersembang mesra bagi pasangan bercinta dapat menghangatkan lagi hubungan cinta yang terjalin.
Begitu juga apabila sudah berumahtangga. Sifat manja dalam diri isteri menjadikan rumah tangga sentiasa harmoni, ceria dan gembira. Suami pastinya ingin dibelai manja oleh isteri dan begitu juga sebaliknya.
P/S : HANYA SEBAGAI INFORMASI SAHAJA... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Joe_Shaper at 18-12-2008 01:07 PM
Kemanjaan dibahagikan kepada dua iaitu dibuat-buat untuk tarik perhatian atau secara semula jadi
MANJA sudah menjadi lumrah dalam diri lelaki dan perempuan. Walau ada yang cuba menafikannya, a ...
Hati mana yang tidak mudah tergoda apabila perempuan berkenaan bercakap dan ketawa seperti seorang kekasih!
kalau hati abg joe mcmmana ya....mudah tergoda juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Joe_Shaper at 18-12-2008 01:07 PM
Lazimnya, wanita yang sebegitu setiap masa akan menonjolkan sifatkemanjaannya itu tidak kira dengan siapa mereka bercakap dan kadangkala ia dipamerkan secara tidak sengaja. Tidak seperti lelaki yanghanya akan menunjukkan sifat manja itu pada masa tertentu. ...
.....................
mungkin juga sebab dah semulajadi manja....takkan tetiba nak tukar karekter.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|