CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syaali

Selamat Pagi Cinta

[Copy link]
Post time 24-11-2008 01:00 PM | Show all posts
aku bila tgk director dia pelat2 sebut "i'm the youngerrrst..." kat DST aku dah x terasa nak tgk.

yg satu character satu kaler ni citer "cinta" dah guna konsep ni kan? cite yg dian dgn photographer indon pun guna satu character satu kaler gak... so x original.

apsal suara fazura x mcm suara fazura? dlm DST la...

aku personally rasa cerita cinta xyah buat grand2 kat panggung... kat telefilem cukup. saja nak kasik alasan pasangan beromentika d'tampoi dlm gelap. cinemas are made for action movies, heheh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 03:08 PM | Show all posts
yg y part intrumental tuh...best sgt..yg bunyi violi..kat tv tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 03:28 PM | Show all posts

Reply #62 evita_ina's post

yup...yg instrumental part tu sgt best...
ada siapa2 ade ke..huhu..coz nak dgr yg tu je...tamau tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 09:03 PM | Show all posts
YA ALLAH... cite paling bangang utk tahun ni... sib baik bukan aku yg bayar...

15min pertama aku dah mula menguap....

30min kemudian aku dah rimas, rasa nk kuar panggung aje ...

45min aku maki penonton lain yang macam jakun xpenah masuk tgk wayang kot sbb diaorg bercakap contoh " eh kat mines" " kat U mana" "eh mata piere andre cantik"????? "fazura asyik pakai baju merah aje" "amani pakai baju purple" "eh nasik lemak sedapp"  aiyooo tu pon nk cakap ke dlm panggung..???

1jam berikutnya aku menguap sakan dah... dan tertanya2 bila cite ni nk abis...

end of muvi ni.... aku rasa pengarah dia sangat2 le bangang... kalu first timer mengarah pon.. jgn le tunjuk diri tu bangang sangat... dah ar dengan camera zoom sedekat2 alam.. stif je camera tu.. aiyooo... muzik violin tu.. adei... memingitkan tinge aku je..

sapa buat skrip ni???  cis... skrip mcm gam****...
geli tekak aku ....

nk komen pasal pelakon pon aku dah malas.. kalu korang nak MEMBAZIRKAN duit utk mengsupport cite melayu mcm ni baik xpayah ar.... ala ala cite cinta yang tah ape ape tah... sikit2 end cite mesti ada mati bagai... nk suh penonton nangis le tu.. padahal... semua org gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:10 PM | Show all posts

Reply #64 karambunai's post

awl2 tgk iklan pon rse nk gelak..
da decide awl2 taknak tgk...jz..nk dgr yg instrumntal tu..cm sodap..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 01:06 AM | Show all posts
bace review kat sini mcm sgt tak best je cite ni

aku trauma nak tgk cite mcmni sejak tgk 9 september
paling horror dlm sejarah aku tgk wayang

bace komen2 kat sini sbb member aku ajak tgk cite ni
alamatnye tak mau ler aku tgk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2008 02:59 AM | Show all posts
hahahaa....nasib baik aku tgk madagascar!!  i like to move it move it!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 03:45 AM | Show all posts

ulasan gua!..

link asal >> http://ajamihashim.blogspot.com/ ... -momen-panjang.html

The most important question we ask when writing a Love Story is: "What's to stop them?" ~ Story by Robert McKee pg.95

Mudah bukan? Campakkan sahaja 'halangan' itu di antara dua orang yang bercinta, maka mungkin akan berhasil sebuah kisah cinta. Betul? 'Halangan' itu boleh siapa atau apa saja yang berada di tengah-tengah. Persoalannya mudah sahaja, samada 'halangan' itu adalah pemisah atau sebaliknya sebagai penemu untuk cinta yang benar-benar sejati kemudiannya? Ia menyoal adakah 'dia' yang menjadi pasangan hidup kita hari ini ialah 'the one' yang sebetul-betulnya untuk kita? Apa akan terjadi seandainya perhubungan itu terputus atau 'dia' mati di tengah perjalanan semasa bersama lalu meninggalkan kita seorang diri? Adakah kita akan mahu terus hidup dengan kenangan silam atau beranjak ke depan untuk mencari penggantinya? Life must go on! Ok! Itu falsafah cinta jiwang yang aku reka dari filem ini. Betul atau tidak.. terpulang kepada kamu untuk menilainya selepas tamat menonton filemnya (kalau mahu) dan setelah habis membaca ulasan ini!

Ya! Filem ini mengulangi momen-momen itu sekali lagi! Pertembungan dan terserempak di antara Ilham-Julia dan Azam-Suci dibuat berulang-kali di awal naratif. Dengan insiden apa lagi yang bukan klise mahu kamu tukarkan? Memang itulah lazimnya awalan sebuah kisah cinta yang perlu untuk menjumpakan 2 orang yang asing untuk bercinta bukan? Manisnya! Filem ini rasanya hanya meringkaskan pertemuan itu semudah-mudahnya kerana cerita utama ialah apa yang akan berlaku seterusnya?

Namun begitu, jujur aku nyatakan bahawa menonton babak-babak klise yang terlalu lusuh dan sama seperti filem cinta sebelum ini, awalnya aku muak TETAPI terkejut dengan durasi ambilan kamera yang lama! Berani mati! Dalam hati aku berkata. Keberkesanan babak-babak panjang ini mula terasa dan peliknya aku mahu tunggu! Kenapa? Kerana hebatnya lakonan Que, Amani, Pierre dan Fazura! Seandainya pelakon lain mungkin aku sudah keluar panggung pada 10 minit yang pertama. Inilah kekuatan filem ini iaitu pada pengaksian setiap pelakon 'character actor'.

Naratif asasnya memang mudah namun bila diceritakan secara 'character driven' ia jadi menarik. Aku dah tak peduli dengan muzik latar iaitu kebisingan yang kurang kena dan kedengaran sangat murah. Aku mahu tonton cerita ini bergerak ke depan seterusnya kerana mahu lihat sejauh mana kesemua watak berkembang untuk bercerita walaupun ia kisah cinta yang sangat klise. Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext. Tapi ini filem cinta komersiol bukan? Yang selalunya suntingan pendek-pendek dari berbagai sudut untuk merangsangkan mood dan memudahkan pelakon untuk melakonkan 'take' adegan yang banyak dialog. Filem ini ada ketikanya pelakon seolah dibiarkan untuk menukar-nukarkan perwatakan mereka dari berbagai ekpresi dalam satu tangkapan kamera yang lama. Wow!

Cerita Ilham-Julia ialah kisah cinta yang matang dan berjodoh di usia yang muda. Tiada babak merisik, bertunang, bernikah dan bersanding diperlukan. Aku faham bahawa ia kisah ala Laila-Majnun yang hampir sempurna tapi Ilham berpenyakit kronik (errr.. aku kurang pasti penyakit apa ntah?.. tapi kalau batuk mesti keluar darah dari mulut?) Konflik 'halangan'nya ialah ajal Ilham. Cerita Azam-Suci pula ialah kisah cinta remaja yang kena pada usianya. Juga aku mengerti bahawa ia umpama Romeo-Juliet yang akan tragik. Konflik 'halangan'nya ialah 'menantu idaman' ibubapa Suci iaitu Yusry.

Oklah ia memang klise! Cuma aku rasakan bahawa lainnya kreatif sedikit apabila Julia akhirnya 'memungkiri' juga janjinya kepada Ilham (in a good way) untuk tidak terus menjadi janda muda. Dia akan menemui cinta sejati yang sebenar-benarnya kemudian hari. (baca: selalunya sampai ke sudah kerana janji 'sehidup-semati' watak yang masih hidup akan berpegang kepada sumpah cinta itu) Begitu juga Suci yang patuh kepada pilihan orang tuanya untuk menerima Yusry sebagai jodoh tanpa melarikan diri untuk mengejar cintanya kepada Azam. (baca: selalunya kisah cinta remaja akan memberontak menentang pilihan keluarga kan?) Mungkin ini yang hendak diangkat dari lakonlayar oleh Pierre Andre dan arahan oleh Norliana Samsudin - klise tapi lain sikit! hahaha..

Dari sudut time-frame pula, filem ini BUKAN bergerak secara selari di antara kedua-dua plotline. Kisah cinta dan perkahwinan Ilham-Julia adalah dalam jangkamasa 2 tahun yang lalu (flashback). Manakala kisah cinta Azam-Suci ialah 2 tahun kemudian (sekarang). Kedua-dua cerita dijalin berselang-seli seolah berlaku serentak di lokasi yang berbeza. (errr.. ala-ala plotline filem Susuk yang mudah anyone?) Maknanya, kalau disusun semula babak-babak secara linear, kisah Ilham-Julia berlaku dahulu diikuti oleh kisah Azam-Suci. Tiada pertembungan di antara kedua-dua pasangan dalam mana-mana babak dari awal sehinggalah ia bertemu pada titik yang sama di akhir cerita dimana Azam-Julia akan diselisihkan dan ditemukan. Ia menjawab soalan-soalan 'afterthought' falsafah cinta di perenggan di atas apabila filem ini tamat.

Saksikanlah filem SELAMAT PAGI CINTA di pawagam SEKARANG selagi ada tayangan!

*Tahniah kepada produksi MiG, pengarah muda awek cun Norliana dan penulis skrip Pierre.. bro! jangan biarkan gosip-gosip bodoh tenggelamkan karier kau ok!.. korang memang boleh pergi jauh lepas ni!.. juga saksikan Norliana jadi 'Zeta lesbo' dalam filem Histeria akan datang! hahaha! sempat aku promosi filem lain kan?.. juga kepada Que, Amani, Pierre dan Fazura - pedulikanlah kalau orang kata filem ni macam ntah haper-haper janji lakonan korang meletup!.. dan harapnya ulasan ini akan 'menjawab' soalan-soalan sms dari kekawan blogger tegar yang lain: kenapa aku sukakan filem ini? lalala..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 05:22 PM | Show all posts
tgk je tajuk movie tu, aku dah pikir taknak tgk.. sah2 pilem hampeh. citer cinta yg tak matang.. just utk bdk2 sekolah je bleh aa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 07:42 AM | Show all posts

Balas #65 evita_ina\ catat

harap2 ada kuar OST cite nie. aku pun nak layan...

bila aku nak tngk movie nie? errrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:49 AM | Show all posts
saper lak yang malang sangat dok tengok citer david teo nih

pompuan sekor nih... ahmad idham ngan piere andre semua cam sampahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:49 AM | Show all posts
yang nick pisang2 tuh david teo erkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:52 AM | Show all posts
sib bk la aku x tgk...member aku pun ckp citer nie x best..tp sbb awek die ajk..die lyn jerla...best lg madagascar2....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 03:17 PM | Show all posts
errrrrkk..sabtu nie member kita ajak pg tgk ceta nie,tapi kita rasa was was nak pg.....jd...kita ada 4 pilihan....

1. tgk kat wayang je...(tiket byr sendiri + popcorn + air Cola = rm15++)..

2. beli DVD ori ceta nie???? (rm19.90)

3. Beli je DVD cetak rompak (rm6)

4. tunggu je ceta nie kuar kat tv astro

jadi yg mana satu patut kita pilih...

bukan nye apa..kan PAKLAH dah pesan berjimat cermat la utk masa depan yg gemilang,terbilang dan cemerlang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by dasiza at 26-11-2008 03:17 PM
errrrrkk..sabtu nie member kita ajak pg tgk ceta nie,tapi kita rasa was was nak pg.....jd...kita ada 4 pilihan....

1. tgk kat wayang je...(tiket byr sendiri + popcorn + air Cola = rm15++)..  ...



aku add lagi :
5. tgk kat youtube. sket hari lagi nanti mesti ada yg sudi nak upload dlm youtube
aku tgk congkak, i'm not single etc etc sumenye kat youtube jimat kos noksss.x yah gi wayang
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 03:43 PM | Show all posts
david teo neh pandai.. tgk jela treler die sume cam best.. tp tgk kat wayang cam aram.. kat treler tu jela scene2 yg best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by premierleague at 26-11-2008 03:32 PM



aku add lagi :
5. tgk kat youtube. sket hari lagi nanti mesti ada yg sudi nak upload dlm youtube
aku tgk congkak, i'm not single etc etc sumenye kat youtube : ...




utube tak best..sbb kita tak dapat nak golek2 depan tv n tak dpt tgk screen besar..

kita rasa ambik pilihan "beli dvd cetak rompak je" hasil dr duit perkongsian anak buah..anak buah ada 6 org,jd rm6/6org =
RM1
seorg...erhmmm..lagi jimat.... .......
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 11:34 PM | Show all posts
sape yg ada part instrumntal..share yek...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 12:50 AM | Show all posts

Balas #76 jac_diehard_fan\ catat

jedi dah tonton?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by dasiza at 27-11-2008 12:08 AM




utube tak best..sbb kita tak dapat nak golek2 depan tv n tak dpt tgk screen besar..

kita rasa ambik pilihan "beli dvd cetak rompak je" hasil dr duit perkongs ...


perghhh....jimattt!! nyahut seruan kerajaan gamaknya ye??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.061343 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list