|
Aku pun 'tertengok' JTL semalam, kebetulan waktu tu tgh bukak TV3. Waktu tengok si adlin n azwan pakai baju raya aku dah agak ni mesti JTL versi hari raya. Pastu aku pun terfikir yg klu tak silap ct ada untuk JTL hari raya, tah aku baca kat mana tah. Tungu punya tunggu...wah....ct ada la....bes giler.....Tapi Mawi pun ada, menyebok je. Dah lah jawab soalan tah ape2. Ada la si Adlin tanya mawi, bagaimana cara dia atasi masalah penjualan album sekarang ni, ye la dgn adanya sistem downloading zaman skrang kan... Si Mawi ni bukan menjawab soaln, dia pegi dok ulang balik apa yg adlin tu cakap buat apa...Pastu sebok2 nak cita pasal album dia dulu terjual 170ribu unit tapi sekarang hanya 50 ribu unit, mmg jauh beza,ni sebab cetak rompak la Mawi cakap..(eleh macam riak je nak ckp album dia 50 ribu unit terjual, nak eksen kat siti la tu). Pastu konon nak salahkan cetak rompak padahal dia tu mmg dah x glemer, peminat2 dia banyak dah lari, apa dia ingat bila album first dia yg terjual beribu2 unit tu, wak2 tu cetak rompak tak berleluasa lagi ke??? Waktu tu blehla ramai peminat sebab org tak tahu lagi perangai dia ni..ish3... Cuba tengok jwpn Siti, siti ckp kita ni mmg tak dapat lari dgn arus kemodenan zaman kini, so Siti cakap syarikat dia ada tubuhkan SN Mobile yg mana siti sendiri yang uruskan untuk peminat donwload lagu2 siti dan juga artis2 lain yang nak gunakan khidmat SN Mobile ni, hasil jualan tu nanti akan diberikan kepada pencipta lagu...Macam ni baru lah menjawab soalan. Lepas tu, ni yang best ni, si Adlin cakap, ish..bagusnya siti...dah la cantik, sopan-santun, berbudi bahasa pastu pandai berniaga plak tu..he3...si afdlin shauki pun cakap, nasib baik dah kahwin klu tak ramai yg beratur panjang ni ....
Apa2pun terhibur aku tengok ct, jawab soalan pun ok, nampak mcm merendah diri n berbudi bahasa. Tak macam Mawi, nampak mcm berlagak je... Tapi mmg tak puas sbb siti nyanyi satu lagu je. Bagi Mawi tu nyanyi 3 lagu buat apa, buang karan je.. |
|