CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KBRExtreme

Jelajah royal belum

 Close [Copy link]
Post time 10-5-2008 08:11 AM | Show all posts
Tuah melihat Pak Belang

Oleh KUMARA SABAPATTY

Ekspedisi di Royal Belum kali ini agak mengujakan kerana kami berpeluang melihat gajah dan dua ekor harimau yang mahu minum air di tebing sungai.




WALAUPUN berpengalaman mendaki Gunung Jerai di Kedah dan Bukit Bendera di Pulau Pinang, namun ekspedisi rekreasi yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia selama empat hari tiga malam di Royal Belum di Tasik Temenggor, Gerik, Perak memberi satu pengalaman baru. Mengapa? Keindahan hutan hujannya yang masih dara begitu mengujakan.

Baru-baru ini seramai 20 orang wakil media dan 10 kakitangan Tourism Malaysia dari Kuala Lumpur dan Ipoh menyertai ekspedisi ini. Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, menyambut kedatangan tetamu dengan keindahan flora dan faunanya.

Taman Negeri Belum yang kini giat dibangunkan sebagai destinasi eko-pelancongan langsung tidak menjejaskan flora dan fauna di hutan ini.

Hutan hujan tropika yang berkeluasan kira-kira 300,000 hektar itu kini berusia 130 juta tahun. Terdapat sebuah Pusat Penyelidikan Hutan Hujan Pulau Banding yang berfungsi sebagai pusat kajian herba dan spesies flora dan fauna antarabangsa di sini.

Gemersik bunyi

Untuk sampai ke kawasan perkhemahan di Lower Belum, perjalanan dengan bot mengambil masa selama 20 minit.
Perjalanan sesingkat itu menghidangkan keindahan alam semula jadi hutan hujan tropika Belum-Temenggor yang begitu mempesonakan. Kami dapat melihat dan menghayati sendiri keaslian khazanah hutan hujan tropika Belum-Temenggor dengan gemersik bunyi unggas yang memecah kesunyian.


SAUJANA mata memandang keindahan hutan dara
Belum di Sungai Papan.

Udara nyaman dan air terjun yang menyegarkan, selain kicauan burung dan bunyi haiwan lain yang merdu seolah-olah menyambut kedatangan kami.

Kabus lembap yang masih terdapat di atas daun menyinar terang tatkala terkena biasan sinaran cahaya matahari. Benar, hutan yang belum disentuh oleh manusia ini kaya dengan khazanah bersifat biologi dan biodiversiti.

Lebih luas daripada Singapura

Terletak di Perak iaitu di sempadan Semenanjung Malaysia dan Thailand serta bersempadan dengan Taman Negara Bang Lang dan Hala Bala Wildlife Sanctuary di Thailand, landskap hutan hujan Belum-Temengor ini adalah empat kali ganda lebih luas daripada Singapura.

Hutan ini menempatkan lebih daripada 3,000 spesies flora termasuk tiga spesies bunga terbesar dunia, Rafflesia. Selain itu, sebanyak 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan turut menghuni hutan ini.

Kami sampai di lokasi bernama Sira Gajah iaitu kawasan terdapatnya garam nutrien dan tempat gajah berkubang.


MASYARAKAT Orang Asli di Sungai Kejar menyambut
kehadiran wakil media dengan persembahan istimewa.

Penunjuk arah kami yang dikenali sebagai Pak Haji menceritakan tempat ini menjadi tumpuan gajah kerana tanahnya mengandungi garam mineral yang menjadi salah satu bahan penting dalam diet gajah, selain sebuah air terjun yang menjadi tumpuan hidupan liar untuk menyejukkan badan.

Menurut Pak Haji, bunyi burung enggang dan burung belatuk adalah petanda mengenai kehadiran sekumpulan gajah dan binatang buas seperti harimau.

Merakam gajah liar

Kami kembali semula ke Belum Resort kira-kira pukul 3.30 petang selepas menjelajah hutan selama lima jam. Selepas menikmati makan tengah hari, kami membawa beberapa pakaian untuk berkhemah dan bertolak untuk melaporkan diri di check point yang dikawal tentera kira-kira lima kilometer dari resort ini.

Kami difahamkan kawasan itu dikawal tentera daripada diceroboh oleh orang luar kerana kawasan itu dianggap 'sensitif'.
Bot yang membawa kami bergerak laju menuju ke Kem Sungai Kejar dan sepanjang perjalanan ini, kami terserempak dengan Orang Asli yang berakit di sungai.


GAJAH liar ini menghilangkan diri beberapa minit selepas
pemandu rombongan menyuluhnya.

Tiga bot laju yang membawa krew media dan kakitangan pelancongan tiba di pesisir sungai yang mengambil masa sehingga satu jam perjalanan untuk sampai ke lokasi yang agak terpencil pada pukul 6.30 petang. Hari semakin senja dan terdapat perkampungan Orang Asli di sepanjang laluan.

Akhirnya kami sampai ke Kem Sungai Kejar yang terletak di bawah pengawasan tentera dan PTNP.

Selepas mendirikan khemah, membersihkan diri dan selepas selesai makan malam, kami dibawa untuk menjejaki kehadiran binatang buas dengan bot di sepanjang Sungai Kejar. Keadaan gelap gelita dan kesunyian menyelubungi suasana. Menurut pemandu bot, kedudukan kami adalah kira-kira lapan kilometer dari sempadan Thailand dan masa perjalanan melalui hutan adalah 2 jam setengah.

Menurutnya, aktiviti binatang buas tidak dapat dilihat di tepi sungai pada waktu malam sekiranya tebing sungai dilimpahi cahaya bulan yang terang. Haiwan liar ini hanya muncul di tempat gelap dan ketika kami sedang melalui sepanjang sungai itu, tiba-tiba Pak Haji menghentikan bot.

Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Lampu suluh dipancar ke arah satu tempat di sebalik belukar dan kelihatan seekor gajah sedang 'bermain' dengan cahaya lampu suluh kami. Sepantas kilat, ia terus menghilangkan diri beberapa minit kemudian.

Rafflesia mekar berkembang

Pada awal pagi sekitar pukul 8, kelihatan gunung-gunung diliputi kabus tebal bak permaidani putih sekali gus menyajikan pemandangan terindah.

Selepas sarapan, kami diberi taklimat mengenai aktiviti menjelajah hutan melalui Sungai Selantan untuk melihat sira, kesan hidupan liar dan bunga Rafflesia jenis Kerrii iaitu spesies yang berubah dalam tiga bentuk berlainan.

Sebelum memulakan perjalanan, kami menjumpai kesan tapak kaki harimau yang masih baru. Pak Haji menjelaskan, tempat itu merupakan laluan utama harimau. Kami meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke satu lokasi yang dikelilingi pagar.

Di situlah terdapatnya bunga pakma atau Rafflesia dalam tiga spesies iaitu jenis Kerrii, Cantleyii dan Azlanii (digelar oleh Sultan Perak). Rafflesia ini memang sukar ditemui. Kami juga sempat melihat sejenis madu dari dasar pokok.

Kami bersiap semula untuk melawat perkampungan Orang Asli di Sungai Kejar.
Saya bersama rakan media tidak menyangka disambut dengan lagu Selamat Datang oleh 150 Orang Asli di situ.

Gelagat sekumpulan gadis muda Orang Asli memainkan muzik menggunakan buluh amat menyeronokkan. Kami sempat melihat cara menyumpit dan tarian sewang.

Menurut Pak Haji, kira-kira 114 keluarga Orang Asli menetap di situ dan menjalani kehidupan harian dengan bergantung kepada hasil tanaman seperti padi, jagung, ubi dan tebu.

Adakalanya, mereka terpaksa membiarkan perut kosong apabila gajah liar memusnahkan segala tanaman.

Terserempak dengan harimau

Sebelum pulang ke Banding Resort, kami sempat melihat kesan hidupan liar dengan meninjau dari Bumbun. Disebabkan masa tidak mengizinkan, kami menaiki bot laju dan pulang ke Pulau Banding.

Kali ini, kami bernasib baik kerana terserempak dengan dua ekor harimau yang mahu minum dan menyeberangi sungai pada waktu tengah hari itu.

Bagaimanapun percubaan merakamkan gambar kedua-dua ekor harimau itu gagal kerana mereka menghilangkan diri sepantas kilat.

Ekspedisi selama empat hari tiga malam itu membawa banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Pulau Banding yang kaya dengan khazanah hutan hujan tropika perlu dipelihara dengan tidak merosakkan habitat hidupannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 11:33 AM | Show all posts

Reply #50 serimelur's post

nak join jugak...ni yg trip 3H2M tu ke? berminat sgt nak join..

serimelur...u pegi sumer geng pompuan ek? i nak geng jugak leh? ade sorg lg kwn berminat ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 10:26 PM | Show all posts

Trip to Royal Belum 20-22 Jun 08



* Nak betulkan No akaun KBR Bank Islam - 08086010001774

hI Geng..especially to sri melur, teratai, orkid, choq dan sape2 lagi yang masih berminat la..emailkan kat aku butiran seperti yang aku nyatakan kat bawah tu. Kalau cukup 10 orang geng2 cari.com yang nak ikut, harganya bukan mcm kat brosur tu la..tu kalau 6 dan ke bawah..

Untuk yang berminat untuk menjelajah Royal Belum, bagi email kat aku so dapat la aku hantar details mengenainya termasuk borang skali la..takpun emailkan je semua maklumat ni kat email [email=aku-%3Ca%20href=][email protected][/email]">aku-[email protected]:
Nama Penuh:
No Kad Pengenalan:
Alamat:
No Telefon:

Semua maklumat di atas penting untuk tujuan permohonan Permit ke Royal Belum National Park. Deposit sebanyak 50% untuk pengesahan penyertaan. Dah masukkan deposit, sila faks/ emailkan salinan resit  (no akaun ada kat pamplet tu). Untuk trip 20-22 Jun ni, pengesahan penyertaan selewat-lewatnya pada hari Khamis, 5 Jun 2008. apa2 hal leh call aku..thanks




[ Last edited by  KBRExtreme at 26-5-2008 11:49 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 10:31 PM | Show all posts
Itinerary sama je mcm yang aku dah letakkan sebelum ni...

korang maklumkan juga pada aku mcm mana korang nak ke sana..kalau ada dalam 10 orang leh aku arrangekan transport dari tempat korang berkumpul ke Banding..pada yang naik bas aku amik korang kat gerik.

aku tempek la jugak itenerary ni..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2008 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by choq at 11-5-2008 11:33 AM
nak join jugak...ni yg trip 3H2M tu ke? berminat sgt nak join..

serimelur...u pegi sumer geng pompuan ek? i nak geng jugak leh? ade sorg lg kwn berminat ni...


choq ajak la member2 lain jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 10:50 PM | Show all posts

Reply #65 KBRExtreme's post

ok...confirm sorg kwn i nak ikut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2008 09:58 AM | Show all posts
aku tak penah langsung join outdoor aktiviti ni...leh ke aku join...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 11:16 AM | Show all posts

Reply #67 sepatmasin's post

JOMLah sepat.....gi sana tapi kat sana x ikan sepat yang banyk ikan toman aku gurau aje sepat kalu kau join bertambah cerialah ikan2kat sana sepat......hhahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by choq at 11-5-2008 11:33 AM
nak join jugak...ni yg trip 3H2M tu ke? berminat sgt nak join..

serimelur...u pegi sumer geng pompuan ek? i nak geng jugak leh? ade sorg lg kwn berminat ni...


aah  choq sume geng pompuan..  i pun tak kenal sesapa..kat sana baru kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by KBRExtreme at 13-5-2008 11:16 AM
JOMLah sepat.....gi sana tapi kat sana x ikan sepat yang banyk ikan toman aku gurau aje sepat kalu kau join bertambah cerialah ikan2kat sana sepat......hhahahah


aah sepat..joinla.. ajakla kengkawan lagik.... lagi ramai murah sikit hege tu.. betulkan kbr?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 01:46 PM | Show all posts
aiseyyy .. trip org pompuan aja ker nih .... ?!!



abe norm penah sampai kat sini sekali dulu .... tapi masa tu belum byk develop lagi mcm skrg ....... hmmmmmm indahnya suasana rimba
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by KBRExtreme at 11-5-2008 10:31 PM
Itinerary sama je mcm yang aku dah letakkan sebelum ni...

korang maklumkan juga pada aku mcm mana korang nak ke sana..kalau ada dalam 10 orang leh aku arrangekan transport dari tempat korang b ...


aah pasal transport ni i nak tanya sikit.. teratai,orkid choq ni orang mana? kl ke atau dari negeri lain.. kalau dr Kl boleh gi sesama tak? pasal minyak tu sume kita tong2 la... ke nak naik public transport? k'api atau bas? i ni pemandu baru, pasal jalan ni kureng sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by no0rm at 14-5-2008 01:46 PM
aiseyyy .. trip org pompuan aja ker nih .... ?!!



abe norm penah sampai kat sini sekali dulu .... tapi masa tu belum byk develop lagi mcm skrg ....... hmmmmmm indahnya suasana rimba:lov ...


tak aih... ni bukan trip pompuan...boys pun leh join kalau nak...  boleh gak tolong apa2 yg patut..  ni pun dah nak dekat ni... better u make decision cepat coz tarikh tutup 5hb June ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by KBRExtreme at 11-5-2008 10:26 PM
http://www.freewebs.com/kotabina//photos/Royal%20Belum%20/pakej%20royal%20belum.JPG


hI Geng..especially to sri melur, teratai, orkid, choq dan sape2 lagi yang masih berminat la..emailkan kat ...



kbr, i bayar deposit bila dapat gaji  la erk? tarikh tutup 5 june kan...maybe 2nd tu i transfer duit.. bolehkan? pasal details tu later i bagik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by serimelur at 14-5-2008 01:30 PM


aah  choq sume geng pompuan..  i pun tak kenal sesapa..kat sana baru kenal..



ha..ok le tu..nnt kiter kenal2 la...dpt kwn baru..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by serimelur at 14-5-2008 01:46 PM


aah pasal transport ni i nak tanya sikit.. teratai,orkid choq ni orang mana? kl ke atau dari negeri lain.. kalau dr Kl boleh gi sesama tak? pasal minyak tu sume kita tong2 la... ke nak naik p ...




i dari shah alam berdua dgn sorg lg kwn..a'ah le x tau lg nak g naik ape..i kalau nak drive ok jek..tp kena ade yg tau jln le...pm la nnt ye kalau nak g sama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2008 03:10 PM | Show all posts
ala kan ke geng2 cari ni, kawan kita gak..tak kenal ghope je..kat sana nanti kita wak gathering kecil2lan yer..hehe..

Originally posted by serimelur at 14-5-2008 01:34 PM
aah sepat..joinla.. ajakla kengkawan lagik.... lagi ramai murah sikit hege tu.. betulkan kbr?


betul serimelur..cukup satu bot pun dah ok..satu bot dalam 10 orang..harga yang tertera tu harga utk 6 org ke bawah..kalau lebih dr 6 harganye kurang lagi..

yang pasal transport tu, kalu gi sendiri, nanti sy kasik direction. dengan izinNya tak sesat la..coz masuk je highway utara-selatan tu, terus je menghala ke perak.kuar tol kuala kangsar.lepas tu straight je ke grik..takde belok2 dah. kalau naik bas, sy dah kasik schedulenya..bas Transnasional KL-Grik.kalau naik kete api, kena turun kuala kangsar. kalau pakat pi sama2, leh le saya amik kat stesyen..kira saya tak charge ape2 la, kita tong2 minyak sama2 je.Hanya utk member cari.com aje..

Originally posted by serimelur at 14-5-2008 02:00 PM
kbr, i bayar deposit bila dapat gaji la erk? tarikh tutup 5 junekan...maybe 2nd tu i transfer duit.. bolehkan? pasal details tu later ibagik..


no hal serimelur, dah bank in bgtau ek..kang tak tau sape2 lak..details jgn lewat sgt takut nanti tak dapat permit lak kita..every week mmg ada je org masuk Belum..takut out of limit nanti, tak dapat lak tarikh tu.

abe norm nak join pun leh..ada jugak hero utk mempertahankan heroin2 ni.hehe

apa2pun sesapa yang nak join bgtau before 5 jun ye..kita wak Gathering cari.com@ROYAL BELUM National Park

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by serimelur at 14-5-2008 01:46 PM


aah pasal transport ni i nak tanya sikit.. teratai,orkid choq ni orang mana? kl ke atau dari negeri lain.. kalau dr Kl boleh gi sesama tak? pasal minyak tu sume kita tong2 la... ke nak naik p ...




i org shah alam...sorg kwn i confirm nak ikut...kalo bab nak drive ni x kisah tp kena ade org tunjuk jln le..
kalo nak join skali ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 09:23 AM | Show all posts
take de org dr jb ker nak gi.. banding ni kat grik eh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 11:05 AM | Show all posts
a'ah fhanem, tasik banding @ royal belum ni letaknya area grik gak la.actually dia dah menghala ke klate dah..tasik buatan yang cantik banget
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.091506 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list