|
NI pengalaman pertama dia beraksi untuk muka depan akhbar, katanya.Ternyata pada minit-minit awal dia lebih banyak diam menadah wajahnyadisolek sambil mendengar lagu-lagu yang berkumandang daripada telefonbimbitnya. Sambil menyanyi-nyanyi kecil, dia begitu khusyuk menghayati lagu-lagu yang kebanyakannya lagu berbahasa Inggeris.
Sesudah mendapat rentak untuk ditemu ramah, Norayu Damit atau mesradisapa Ayu mula bercerita tentang pengalamannya membeli baju-baju baruyang mahal. Itu katanya sesuatu yang terjangkau dek akalnya.
"Bayangkan Ayu membelanjakan wang beribu-ribu ringgit untuk beberapahelai baju dan Ayu sungguh tak percaya. Tetapi Ayu tahu ia pentinguntuk personaliti dan imej Ayu sekarang," jujurnya bercerita tentangimejnya yang sebelum ini berbaju T dan berdenim sahaja.
Selain melawat pusat beli-belah untuk mengubah imej yang terdahulu,Ayu juga begitu antusias perihal lakonan untuk klip video Hanya DiMercu, lagu original pertama miliknya yang dijayakan sehari suntuk diUlu Yam, Selangor.
Masih berkisar tentang baju, Ayu ketawa mengingatkan pengalamannya memakai dres labuh yang berat untuk klip video tersebut.
"Ayu pakai dres yang labuhnya berukuran dua meter. Dengan cuaca yangsejuk, Ayu gagahkan diri dan berdiri di atas batu buatan manusia."
Klip video tersebut diarahkan oleh Douglas Lim dari BahagianPerkhidmatan Kreatif 8TV. Menurut Ayu, ia benar-benar mengujikesabarannya sebagai seorang manusia.
Balik-balik soal gigi
Dari mula pembabitannya dalam arena pertandingan hinggalah kinisudah memulakan tapak menuju proses rakaman album, kebanyakan yangdikaitkan dengan Ayu adalah kisah giginya.
Jujur menurutnya dia tidak kisah dengan perkara yang seringdibangkitkan malah panggilan Ugly Duckling yang diterimanya dilayanseperti angin lalu.
Dan seperti yang diuar-uarkan dalam setiap temu ramah bersamanya,perkara pertama setelah beroleh kemenangan dan wang ganjaran, yang mahudilakukan adalah membetulkan giginya.
Namun hasrat membuat pendakap gigi terpaksa dilupakan. Atas nasihatdoktor, Ayu diminta hanya menjalani rawatan membersih dan memutihkangigi.
"Masa Ayu nak nyanyi untuk pertandingan akhir OIAM dulu, Ayu pergitampal gigi. Masa itu pun sudah memberi kesan pada sebutan 'S' Ayu. Ayutahan sakit tiga minggu masa tu.
"Dan waktu di pentas akhir, turun naik pentas Ayu telan ubat penahansakit," ujarnya menyingkap sedikit kesakitan di sebalik manisnyakemenangan RM1 juta.
Lembut jiwa
Tersenyum gadis kecil molek ini apabila menyebut tentang prosesrakaman album perdananya. Dengan pantas dia menjawab bahawa albumnyaakan muncul sekitar bulan Julai nanti. Sehingga sekarang, Ayu masihdalam proses pemilihan lagu yang sesuai untuk albumnya nanti.
Dan apabila ditanya tentang konsep yang akan dibawakannya, dia menerangkan bahawa dia lebih cenderung kepada balada.
Mungkin ramai yang hairan lantaran melihat secara fizikalnya, Ayu lebih menonjolkan imej yang rock dan agresif.
Tetapi itulah ironinya apabila dia sendiri mengakui walaupun jiwa muziknya lebih terarah kepada sesuatu yang lembut.
Album perdana yang ditunggu-tunggu ini bakal mempunyai sentuhan AudiMok. Ayu berharap ia akan diselitkan beberapa buah lagu rancak agarorang tidak bosan mendengar cenderahatinya itu nanti.
Buat hal di Melaka?
Ramai yang melihatnya seorang gadis naif lantaran asal usulnyadatang daripada sebuah perkampungan di Putatan, Sabah. Namun hakikatnyagadis berusia 19 tahun ini sudah mempelajari pelbagai asam garamkehidupan di tempat asalnya.
"Ayu pernah masuk pertandingan nyanyian di sebuah kelab di Sabah dengan izin ibu bapa Ayu.
"Ternyata mereka bersikap terbuka," ujarnya yang tidak menganggap naif adalah perkataan yang tepat untuk dirinya.
Menurut Ayu, tujuan asal dia memasuki bidang nyanyian ini semata-mata untuk menghiburkan khalayak.
Dan seperti yang terserlah dalam bola matanya yang jujurberkata-kata, dia menyatakan tidak pernah fikir sebab lain melainkanitu.
"Tapi sekarang setelah masuk ke dalam dunia hiburan yang sebenar,Ayu sudah semakin faham permainan dan selok-belok dunia yang Ayu barumasuk ini.
"Apa pun bagi Ayu, kita yang mengawal diri kita sendiri dan bukannya orang lain.
"Pelbagai cerita negatif yang Ayu dengar tetapi Ayu mengingatkandiri sendiri supaya tidak terjebak dengan perkara yang tidak baik,"ujarnya sambil memusing-musingkan telefon bimbit yang dibeli hasilusaha sendiri.
Saya terus bertanyakan khabar angin yang menyebut bahawa Ayu terlibat dalam satu suasana yang tidak sedap mata memandang.
Perkhabaran dari luar menceritakan bahawa Ayu dan rakan-rakannyamembuat hingar-bingar di Kampung Portugis, Melaka. Tidak hanya itumereka turut mabuk dengan minuman beralkohol.
Tidak melatah tetapi menjawab dalam tawa kecil: "Ayu memang adamakan makanan laut dengan kawan-kawan. Ada beberapa teman kepada rakanAyu yang minum tetapi bukan Ayu.
"Ayu rasa ini semua salah faham dan mereka yang melihat itu tidak menyelidik perkara sebenar."
Nampaknya Ayu sudah bersedia menerima positif dan negatifnya kehidupan hiburan yang penuh warna-warni, baik cerah mahupun suram. |
|