CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Siti akhirnya menghuni banglo RM6 juta

[Copy link]
Post time 22-5-2008 02:30 PM | Show all posts
lah salah ka CT nak dok rumah tu????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2008 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 22-5-2008 02:30 PM
lah salah ka CT nak dok rumah tu????

betul tu....kalau ct tak nak pun suami die suruh gak nak wat camne.........ishhh tak paham betul aku semuanye salah siti cube salahkan suami die lak..........:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 22-5-2008 02:30 PM
lah salah ka CT nak dok rumah tu????




yg salah nyee menipuu...


SITI dan suami tersayang di sarang cinta mereka, sebuah penthouse di tengah-tengah Kuala Lumpur.
揜UMAH Siti sekarang sudah cukup besar,
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by chelita at 22-5-2008 04:27 PM




yg salah nyee menipuu...

http://img210.imageshack.us/img210/8925/75025681pm0.jpg
SITI dan suami tersayang di sarang cinta mereka, sebuah penthouse di tengah-tengah Kuala Lumpur.
...

mane ko tau siti menipu........kite tak tahu apa yang terjadi disebaliknye..........jangan kite suke2 je cakap orang tu menipu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by afifahmis at 22-5-2008 04:38 PM

mane ko tau siti menipu........kite tak tahu apa yang terjadi disebaliknye..........jangan kite suke2 je cakap orang tu menipu


yelahh aku lupaa...kau tau dia tk menipu kann....sbb tuee lahh..

jom lah pie gossip topikk psl kes siti pindah umah nieee bersepah...sian siti kau kena maki kaw kaw kt sanaa....tanak belaa dia keeee/...adiossss amigosss
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 06:32 PM | Show all posts

Reply #66 chelita's post

tak bela pun takper. bagi korang sedap meroyan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2008 06:34 PM | Show all posts
macam nak kena merge je post nih!
momod cepat merge!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 07:47 PM | Show all posts

Reply #64 chelita's post

alah biasalah..CT memang x mo dok situ...tp DK soh....CT ikut jer...kecoh aaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 09:52 AM | Show all posts
Siti ada sebab pindah ke banglo

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]



INILAH banglo mewah di Bukit Antarabangsa yang didiami oleh Khalid Mohammad Jiwa bersama isterinya, Siti Nurhaliza yang menjadi perbualan ramai.


BIARLAH orang buat spekulasi. Siti tidak berupaya untuk menghalang orang bercakap apa saja mengenai diri Siti."Itu merupakan luahan yang entah berapa kali disuarakan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza merujuk kepada cakap-cakap orang mengenai dirinya.

Menyedari kedudukannya sebagai artis ternama tanah air, Siti hanya mampu untuk membiarkan dirinya menjadi topik perbualan ramai.

Terbaru, isteri kepada usahawan Datuk Khalid Mohammad Jiwa itu diheret sekali lagi dalam isu kehadirannya sebagai penghuni baru banglo mewah bernilai RM6 juta di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur yang pernah didiami Khalid dan bekas isteri pertamanya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa Siti sanggup menghuni kediaman itu sehingga menghukumnya sebagai seorang wanita yang zalim.

Hakikatnya, tiada siapa yang cuba memahami kedudukannya sebagai seorang isteri kepada usahawan yang membina rumah itu.

Pada satu pertemuan eksklusif dengan pasangan suami isteri itu di banglo RM6 juta berkenaan kelmarin, Siti dan Khalid sugul memikirkan kenapa isu itu terus ditiupkan oleh pihak-pihak yang seperti mencemburui kebahagiaan mereka berdua.

Bagi Khalid, beliau masih boleh bersabar kerana isu itu agak remeh kerana sebagai seorang usahawan sudah banyak sepak tendang dalam bidang perniagaan yang dilaluinya.

Namun melihat kerisauan isteri tercinta, Khalid memohon pengertian semua pihak agar menghentikan segala tohmahan dan dakwaan yang tidak berasas terhadap mereka berdua.

Kata Khalid, beliau tidak pernah menafikan hakikat banglo itu menyimpan banyak kenangan antaranya dengan Tengku Zawyah.

Pada masa yang sama, Khalid berkata, beliau sangat realistik bahawa pengalaman hidup dengan Tengku Zawyah sudah berlalu.

Sementelah Khalid pula kini sudah mempunyai kehidupannya sendiri, begitu juga dengan bekas isterinya.

Dan beberapa bulan lalu, Tengku Zawyah juga ujar Khalid, memilih untuk berpindah dari mendiami kediaman itu ke rumah lain.

"Oleh kerana dua orang anak kami tidak tinggal di banglo itu kerana belajar di luar negara dan seorang lagi di asrama, maka Tengku Zawyah merasakan dia kurang selesa untuk tinggal di rumah sebesar itu.

"Jadi, dia membuat keputusan untuk berpindah dan saya harus menghormati keputusan yang dibuatnya," terang Khalid menafikan dakwaan kononnya beliau punca bekas isterinya itu membawa diri keluar dari banglo yang merupakan harta sepencarian mereka sebelum bercerai pada 2005.

Khalid juga memberitahu, segala urusan perpindahan Tengku Zawyah dilakukan secara baik antara kedua-dua pihak.

"Daripada membiarkan rumah itu kosong, saya bawa Siti tinggal bersama saya. Kebetulan juga, ayah dan ibu saya menetap di situ.

"Di banglo ini juga, ayah saya yang sedang uzur ditempatkan. Saya mahu sentiasa bersama ayah saya, menjaga dia dan memastikan dia mendapat rawatan yang baik.

"Begitu juga dengan ibu. Saya tidak mahu berjauhan daripada mereka terutamanya pada saat-saat ini," jelas Khalid lagi.
Ayahnya, Mohamad Jiwa Abdullah, 78, yang uzur kini dijaga oleh beliau selepas sekian lama menghidap penyakit strok.

Pada masa yang sama, Khalid juga berjanji akan menyerahkan banglo berkenaan kepada salah seorang anaknya apabila sampai masanya kelak.

Lalu, soal Khalid lagi, apakah menjadi kesalahan baginya membawa isterinya menetap di banglo itu.

"Saya sangat hairan kenapa masih ada orang mahu kecoh mengenai isu ini. Saya mohon pengertian semua orang agar memberi ruang kepada saya dan Siti untuk menguruskan kehidupan kami," pinta Khalid berkali-kali.

Menurut Khalid, beliau sangat menghargai kesudian Siti untuk menetap di banglo itu biarpun ketika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah yang bukan-bukan terhadap mereka.

Sementara itu, Siti pula dalam reaksinya memberitahu, sebagai seorang isteri, dia akan mengikut apa sahaja kehendak suami khususnya terhadap perkara-perkara yang boleh membawa manfaat kepada rumah tangga mereka.

"Siti juga ada perasaan, ada rasa tanggungjawab. Ini keputusan yang suami buat, mahu atau tidak, Siti harus ikut. Janganlah buat dakwaan sesuka hati," kata penyanyi itu lagi.

Bagaimanapun, Siti secara peribadi mengakui, dia lebih senang untuk tinggal di kondominium mewah di Jalan Ampang yang selama ini didiaminya, namun Siti harus akur dengan keputusan suaminya itu.

"Tetapi sesekali kami balik juga ke kondominium yang kami tinggal sebelum ini," sambung penyanyi yang kini semakin popular dengan lagu Melawan Kesepian ini lagi.

Paling utama kata Siti, selain daripada undangan daripada suami, hatinya juga terbuka untuk menetap di banglo berkenaan kerana menghormati ibu dan ayah mertuanya yang juga menetap di sana.

"Siti sangat gembira dan begitu selesa kerana ibu dan ayah mertua juga sama-sama menetap di sana.

"Sekurang-kurangnya, Siti juga berpeluang untuk menjaga kebajikan mereka berdua," katanya lagi.

Khalid dan Siti mengharapkan penjelasan ini akan menoktahkan segala pandangan kurang enak sebilangan masyarakat yang barangkali kurang mengerti kedudukan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 09:53 AM | Show all posts
awat sampai 2 thread psl banglo ni? bikin ana fenin lahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 05:54 PM | Show all posts

sitizone

korang dah baca mesej baru kat sitizone.....sedih je mesejnya  macam siti skunk tengah sedih
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 05:28 PM | Show all posts
aku baru je baca mesej terbaru CT kat sitizone tadi.. sayu sgt rasa..

SITI, tabahkah hatimu.. dapat rasa kepedihan yg dirimu lalui.. siti, kau tetap di hati

buat semua,
tolong jangan sakiti hati ct lagi

[ Last edited by  eddysheddy at 24-5-2008 05:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 06:03 PM | Show all posts

Salam Semuanya

Written by Siti Nurhaliza

Friday, 23 May 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam buat warga pekerja, warga belia, warga ibu, warga guru dan sesiapa yang menyambut hari Wesak baru-baru ini, nampaknya bulan Mei banyak hari-hari yang diraikan.Seperti biasa Siti mendoakan agar semua yang dijalani akan dapat dilalui dengan baik. Siti juga berdoa agar hari-hari yang bererti buat setiap seorang daripada kita akan menjadi detik yang bermakna dalam hidup.

Hidup hanya sekali, itu yang memang kita tahu. Menghargainya setiap detik akan memberikan kita kelegaan kerana kita akan dapat mensyukuri apa yang telah kita miliki. Tidak kira siapa kita, apa status kita, dimanakah asal kita, keturunan, bangsa , agama mahupun negara, kita harus tahu erti saling menghormati dan menghargai.

Siti kira terlalu banyak yang telah Siti lalui dan depani, ambil saja yang manis untuk jadikan kenangan terindah dan yang pahit jadikan pedoman untuk ditongkah. Tidak mudah menjadi seorang seperti Siti tetapi Siti bertanggungjawab atas apa yang telah Siti jalani sebagai insan malah Siti tidak mahu mengeluh dan melatah jika ada kata-kata tidak benar dilempar, ada umpatan dan kejian, ada rasa tidak puas hati pelbagai pihak, ada rasa kurang senang mahupun sesuatu yang sampai ketelinga pihak lain adalah sebaliknya daripada cerita atau kisah sebenarnya.

Siti tahu tanggungjawab Siti besar kerana Siti telah melalui hari Siti sebagai orang yang dikenali, pasti apa jua akan diperkatakan. Tapi dalam Siti cuba dan mencuba malah telah lama menerimanya dengan dada terbuka tapi Siti harus akui bahawa Siti juga manusia biasa.Sebagaimana orang lain punya hati dan rasa, punya pertimbangan,akhirnya harus diakui bahawa kita semua adalah sama. Bagaimana ada yang sanggup menyakiti sesama kita, menuding jari ke arah sini dan sana malah melontarkan kata-kata yang mungkin membuatkan ada yang terluka.Apakah di laman ini sudah hilang kepercayaan dan keharmonian? Sudah timbul andaian yang seolah2 menggambarkan diri Siti ini adalah sebaliknya daripada apa yang pernah dikenali?

Beradalah sekejap di tempat Siti, pasti anda tidak sanggup duduk lama.Tapi inilah yang Siti pegang selama ini, bertahan semampu mungkin.Cukuplah... jangan ada andaian lagi. Semua yang berlaku baik-baikbelaka. Siti masih ada rasa dan harga. Masih ada maruah dan juga masihpunya hati yang seperti dulu. Tidak berubah, tidak ada kesanggupan untuk melukai sesiapa malah tidak pula menonong mengikut telunjuk sesiapa.

Maaf catatan ini merangkumi semuanya. Cukuplah jika selama ini Siti harus berkias dan masih menghormati perasaan orang lain dan kini Siti masih berkias kerana itulah cara Siti.

Semoga masih ada kedamaian dan keceriaan.Doa Siti yang berpanjangan.

Salam mesra buat semua.
Siti Nurhaliza

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 06:05 PM | Show all posts
sedihnya baca part yang kite highlightkan merah tue...

semoga CT sentiasa tabah...
sesungguhnya masih ada lagi yang menyokong CT...

kami disini masih menyayangimu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 06:14 PM | Show all posts
Sebenarnya agak2 apa CT nak cakap tu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 06:38 PM | Show all posts

Reply #75 harisbee's post

ntah..

cakap straight tu the point kan senang

ni tak.. kias kias ntah apa222.

takde objectif point langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2008 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 24-5-2008 06:14 PM
Sebenarnya agak2 apa CT nak cakap tu ek?


kalau kita tak salah tafsir mungkin CT bercakap pasal pandangan org ramai ttg dia duduk umah TZ tue..
itu yg sebahagian nye laa..yg lain mungkin campur2 dgn kes2 org kutuk dia sume tue..

yelahh..orang ramai pun buat andaian bukan main lagi..
cakap CT zalim laa..pompuan x sedar diri laa...bla..bla..bla..
hakikatnya dia duk kat umah tue sbb ikut husband dia..
dan husband dia plak nak jaga ayah yg dah uzur kena strok plak tue..
masakan nak tggl aje macam tu..

tue yg CT cakap..dia pun ada harga diri jugak...
agaknya CT fikir..dia tak kacau hidup orang kenapa laa orang asik doakan yang teruk2 untuk dia..
sbb tue kot dia sedih...maybe kat CTzone pun ade yg komen negatif2 kot..(sorry kite x masuk sgt sane..)

tue dari pandangan kita laa terhadap luahan CT kali nie...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by badai at 24-5-2008 06:38 PM
ntah..

cakap straight tu the point kan senang

ni tak.. kias kias ntah apa222.

takde objectif point langsung


kan CT dah cakap cara dia macam tue..
sesetngah orang mmg leh cakap lazer terus..
dah dia mcm tue takkan nak marah jugak..
semua CT buat nak marah...

amboiii...kite nie pun bukannya baik sangat asik cakap orang..

cube baca betul..faham laa maksudnya...
kalo tanak faham tak payah faham...

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 08:50 PM | Show all posts
DIORANG SEBENARNYA NAKKAN BANGLO YANG SITI TINGGAL TU, BUAT MACAM DALAM CERITA 3 ABDUL TU, SCENE DI MANA SEMUA HARTA DAN BARANG2 DALAM BANGLO BESAR TU DIJARAH OLEH ORANG RAMAI, HEHEHE...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 24-5-2008 06:38 PM


kalau kita tak salah tafsir mungkin CT bercakap pasal pandangan org ramai ttg dia duduk umah TZ tue..
itu yg sebahagian nye laa..yg lain mungkin campur2 dgn kes2 org kutuk dia sume tue..
...


HASIL PEMERHATIAN AKU, SEBENARNYA GINI, SITI KENA JADI BETUL2 ALIM MACAM RABIATUL ADAWIYAH KE, TINGGALKAN SEGALA HARTA DUNIA DIA, BARULAH ORANG RAMAI DI SEKELILING DIA AKAN BERHENTI MENGATA DAN MEMBUAT FITNAH BAGAI...
LAGIKAN ORANG SEBAIK TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY PUN ADA LAGI! ORANG YG DUK MENDENGKI DAN BUAT FITNAH TAK TENTU PASAL, TU DAH CUKUP BAIK DAH TU...

KORANG KENA INGAT, ZAMAN IMAM AHMAD BIN HANBAL DULU BAGAIMANA DIA DIPENJARA DAN DISEKSA SEMATA2 KERANA MEMPERTAHANKAN KEBENARAN...

SESUNGGUHNYA MEREKA2 YANG BUSUK HATI INI AKAN TETAP WUJUD SEPANJANG ZAMAN..
ORANG2 SEPERTI INI HANYA DENGAN KEBAIKAN AKHLAK SEUMPAMA YANG DITUNJUKKAN RASULULLAH S.A.W SAJALAH YANG AKAN DAPAT MENUNDUKKAN HATI MEREKA, CONTOHNYA SEPERTI ZAMAN RASULULLAH DULU DI MANA RAMAI ORANG2 YANG BUSUK HATI SEPERTI ABU SUFIAN TELAH MENGAKUI SENDIRI KEBAIKAN BAGINDA PADA AKHIRNYA...

INILAH DUNIAAAAAA......NAK ADIL SERATUS PERATUS KITA KIRA KAT AKHIRAT NANTI................

[ Last edited by  Icahn at 24-5-2008 09:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064326 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list