CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tok_hoi

NEW HONDA ACCORD 2008

[Copy link]
Post time 24-4-2008 10:09 AM | Show all posts

Reply #59 keketar's post

hhehehe...betul tu..alang2 ko amik M3..lagi la imej...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 11:09 AM | Show all posts
aku tengah berbelah bagi nih.... nak amik keta nih ker saga BLM:cf:



......................
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by rambutan at 24-4-2008 11:09 AM
aku tengah berbelah bagi nih.... nak amik keta nih ker saga BLM:cf:



......................

aku cadang ko amik yg ni je la..
murah sket...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by meela at 24-4-2008 10:09 AM
hhehehe...betul tu..alang2 ko amik M3..lagi la imej...

aper barang amik M3, gi amik M6 lar syiok.. nak best lagi, amik lar M16..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 05:18 PM | Show all posts

Reply #64 Fast-N-Furious's post

wakakakakakakaka

nasib baik takda AK47
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 06:54 PM | Show all posts
Semalam aku gi test drive ini Accord kat Weststar Jln. Dang Wangi. Memula tu aku cadang nak tengok je tapi Salesman suruh test drive. Test car dia enjin 2.4 siap ada padle shift gear lagi. Wa cakap lu.... memang terasa betul different bawak ini Accord. Kalo compare dgn BM5 series rasanya hampir sama la kot. Memang terangkat. Model 2.0 comes with SOCH while 2.4 and atas baru dia masuk DOCH tapi dia punye VTEC dah terasa bila masuk 1000rpm. So, kalo setakat jalan2 dlm town pun buleh rasa power dia mari. Itu tak masuk hiway lagi. Pada aku kalo enjin 2.0 pun dah berbaloi dah. Byk lagi features tapi aku lebih tertarik kat engine tech je. Compared to the previous 2.0 dia punye HP dah bertambah kepada 6 ekor kuda lagi...so dah naik 156 compared to 150 yg sebelum ni. So.... ape tunggu lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2008 07:58 PM | Show all posts
dah mcm BMW rupanyer ye kome...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 01:58 AM | Show all posts
accord tetap accord.. aim utk golongan dan umur tertentu... resale value yg x brp cantek mcm civic.. so.. end up as company cars..

tapi comfot level mmg bagus la accord nih.. tapi tatau la mana sedap compared to camry..

tapi pe2pon aku suke lancer aku lagik..hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 07:41 AM | Show all posts
Originally posted by woh_getoh at 25-4-2008 01:58 AM
accord tetap accord.. aim utk golongan dan umur tertentu... resale value yg x brp cantek mcm civic.. so.. end up as company cars..

tapi comfot level mmg bagus la accord nih.. tapi tatau la ma ...

kalau diberi pilihan dibagi prii.. nak accord ke lancer GT.. haku pong pilih lancer gak.. pas tu convert extrior jadik ebo..

musti nangis punyer lar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 08:22 AM | Show all posts

Reply #69 Fast-N-Furious's post

tapi aku tgk skang ni banyak lancer dah uang dia punya spoiler...apasal akk..dah belarlambak dah...

nampak macam plian pun ada gak...

tapi dapat Honca Type-R tu jauh lagi best bro....

memang kesedapan yang berpanjangan ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by woh_getoh at 25-4-2008 01:58 AM
accord tetap accord.. aim utk golongan dan umur tertentu... resale value yg x brp cantek mcm civic.. so.. end up as company cars..

tapi comfot level mmg bagus la accord nih.. tapi tatau la ma ...


LANCER mmg sedap bro,tapi second value langsung takde beb
cust aku nak trade in lancer 2007 dia ambik accord
satu usedcar pun taknak ambik,ada yg berani tapi dlm 40k jer
dia beli rm115k tunggu 7 bulan sedih betul cust aku dgr.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 12:33 AM | Show all posts
meela... yg takde spoiler tu = lancer GLS... bukan GT.. hehehe.. lancer ada 2 variants..

takbir.. 2007 lancer.. bagi free pon aku taknak.. we're talkin bout new 2008 lancer hehehe..

fast.. tapi aku xkan convert2 ebo lar.. dont wannabe evo X lar.. kalo nak..tangkap ebo X terus atau lancer ralliart turbo next year huhuh..

tapi mlm tadi aku mimpi tangkap FD2 Type R pulok aisehhh.. hehehhe...kalo mimpi aku tu btoi..aku carik takbir ni lar.. order type R ngan dia huhuh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 08:52 AM | Show all posts
Sedan lebih mewah

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


Mempertaruhkan teknologi terkini dan penampilan maskular, tidak mustahil sedan mewah ciptaan Honda ini sekali lagi dapat memenuhi ekspektasi yang diletakkan ke atasnya.



HONDA menawarkan tiga varian baru untuk model Accord.

MEMASUKI generasi kelapan, sedan mewah Honda ini sememangnya memiliki rekod yang cukup membanggakan. Legasi model yang diberi nama Accord ini memang sukar untuk ditandingi. Buktinya, sehingga tahun 2007, sebanyak 16 juta unit telah berjaya dijual di 160 buah negara.

Mula menemui khalayak sejak tahun 1976, Honda nampaknya tidak pernah kekeringan idea untuk menyuntik teknologi terbaru ke dalam model yang sering menjadi penanda aras buat pesaing lain dalam kategori sama.




Bagi rakyat Malaysia yang sudah menerima jenama Honda sejak sekian lama, tidak perlu rasanya bersusah payah untuk memperkenalkan model Accord ini. Buat peminat sedan tempatan, Accord adalah antara model yang menjadi pilihan untuk menukar sedan sedia ada kepada jentera yang lebih mewah sifatnya.

Kali ini, Accord tampil dengan pembaharuan yang bukan sedikit. Maka, perlu diingat bahawa Accord ini adalah model baru sepenuhnya dan bukan sekadar menerima perubahan secara facelift. Boleh dikatakan, penambahbaikan yang diterima meliputi segala aspek termasuklah enjin dan kerangkanya.

Mahu memberi pilihan lebih luas buat pengguna tempatan, Honda Malaysia menawarkan tiga varian untuk model Accord yang dikelaskan mengikut konfigurasi enjin, selain pelbagai ciri tambahan yang ada pada setiap modelnya.

ACCORD hadir dengan enjin 2.4L DOHC i-VTEC.

Model premium Accord pastinya model yang dipasangkan dengan enjin bersesaran 3.5 liter V6, lengkap dengan sistem Variable Cylinder Management (VCM) yang mesra alam serta menjanjikan penggunaan bahan api menjimatkan.

VCM berfungsi menerusi tiga mode sama ada mengaktifkan enam, empat atau tiga silinder mengikut beban, laluan dan corak pemanduan seseorang. Biarpun begitu, pemandu tidak akan terasa sebarang perubahan ketika 'proses penukaran' ini berlaku.

Misalnya, ketika kenderaan mendaki bukit atau memecut dan memerlukan lebih kuasa, enjin akan beroperasi dengan keenam-enam silindernya. Apabila ia berada dalam kelajuan sederhana, hanya empat silinder digunakan. Manakala 'mode' tiga silinder akan digunakan ketika kereta dalam keadaan cruising dan tidak membawa beban yang berat.

Bagi memastikan enjin ini tidak menghasilkan getaran ketika ada silindernya tidak berfungsi, sistem khas telah dibina. Sistem inovatif ini dikenali sebagai Active Control Engine Mount (ACM) yang berfungsi memantau perubahan rpm.


PAPAN meter yang ringkas.

Sistem Active Noise Control (ANC) turut diaplikasikan untuk menghapuskan gelombang bunyi yang tidak diperlukan. Enjin V6 ini memiliki keupayaan menjana kuasa sehingga 275 PS pada putaran enjin 6,200 rpm dan tork maksimum mencecah 339Nm @ 5,000 rpm.

Diangkat daripada keluarga enjin K24, varian kedua model Accord hadir bersama enjin 2.4L DOHC i-VTEC. Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 180PS @ 6,500 rpm dengan tork maksimum 222Nm @ 4,300 rpm dan disifatkan sebagai enjin paling berkuasa dalam sejarah Accord.

Manakala enjin siri R iaitu 2.0 liter SOHC i-VTEC yang mula digunakan pada model CR-V ini mempunyai kemampuan janaan kuasa sehingga 156PS @ 6,300 rpm dan tork 189Nm @ 4,300 rpm.

LAMPU belakang yang lebih kemas.

Kesemua enjin yang menepati standard pengeluaran asap Euro 4 ini dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan, dengan model 2.4L dan 3.5L V6 didatangkan bersama paddle shifter pada sterengnya bagi memberi pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan.




Untuk menjadikan Accord ini menepati setiap ekspektasi bakal pembelinya, Ketua Eksekutif Jurutera bagi projek Accord, Kenzo Suzuki dan pasukannya telah menjelajah ke seluruh dunia untuk melakukan kajian pemasaran.

Hasilnya, Accord ini lebih mewah, selesa dan memiliki pelbagai ciri eksklusif yang lain. Sebab itulah anda akan dapati bahawa secara keseluruhan model ini adalah lebih luas berbanding Accord sebelumnya.

Melihat kepada penampilan Accord, bahagian hadapannya mengingatkan penulis kepada model Honda Legend yang popular sedikit masa dahulu menerusi rekaan gril radiator yang lebar dan kemas. Sementara bahagian belakangnya pula langsung tidak membawa karektor model Accord yang wujud sebelum ini.

Ruang kabin Accord juga diperkemas menerusi rekaan dan penggunaan latar warnanya. Bagi model 2.0L, bahagian ini menggunakan warna beige dengan tempat duduk fabrik.

Model 2.4L pula disalut dengan kulit berwarna hitam yang elegan pada tempat duduk, tuil gear dan sterengnya. Mahu membangkitkan nilai kemewahan, model 3.5L V6 menggunakan kulit berwarna beige pada sebahagian besar ruang kokpitnya.

Setiap model ini dibekalkan dengan sistem audio dengan 6 CD changer yang juga boleh memainkan muzik dalam format MP3 dan WMA. Dipadankan dengan enam pembesar suara dan fungsi kawalan di sterengnya, pemanduan anda pasti tidak akan sunyi.

Dilancarkan pada Selasa lalu, model ini sudah pun menerima tempahan sebanyak 2,000 unit. Jika Accord dengan enjin 2.0L dan 2.4L ditawarkan dalam bentuk CKD (pemasangan tempatan), Accord 3.5L V6 merupakan unit CBU (diimport sepenuhnya) dari Thailand.

Mensasarkan jualan sebanyak 600 unit Accord untuk tahun pertama, Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Atsushi Fujimoto memberitahu, pihaknya membawa masuk sebanyak 60 unit Accord 3.5L V6 dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menambah jumlah itu sekiranya tempahan diterima.

Bagi mereka yang pentingkan gaya, aksesori Modulo boleh dimiliki dengan penambahan sebanyak RM5,300. Pakej ini meliputi spoiler di bahagian hadapan, belakang, sisi dan pada trunk lid.

Selain itu, anda juga boleh memilih beberapa lagi aksesori lain (harga berbeza) seperti panel karbon untuk ruang kabin, 'bekas' untuk bahagian kargo (trunk tray), sistem navigasi dan tempat duduk bayi.

Didatangkan dalam lima warna menarik seperti hitam dan perak, Accord ditawarkan pada harga RM141,800 bagi model 2.0L, RM171,800 (2.4L) dan RM249,800 untuk model 3.5L V6 (kesemua harga termasuk insurans) dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan mencecah 100,000 kilometer.

Jangan lupa nantikan laporan mengenai pandu uji Honda Accord dalam Kosmo! tidak lama lagi.



kalu la aku dapat accord 3.5L v6 ni.. aku tido dgn keta aku la jawabnya...   musti hari hari buang abuk  kilatkan keta... lawanya keta dia.. bila ler aku boleh afford ni...  mcm never aje      tak pa pasang angan2 ler dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 02:31 PM | Show all posts
color apa yg cntik utk accord ni ek?...ada 5 color,kn..hubby kata yg gold cntik tp i lbh prefer black..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 04:41 PM | Show all posts
petang tadi tengok kat showroom Honda...kereta cantik tp aku tak berkenaan...duduk dlm tu rasa dah umur 60 tahun aje
zzcbr Post at 13-3-2008 18:16

Yeop, walaupon dah terasa cam umur 60 tahun, tapi boleh melangkah bendul lagi tak?
kalu teman tangkap ini beast, agak2 ader tak aweks akan tersangkut?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 04:43 PM | Show all posts
smlm aku pi tgk, pastu try test dok dlam jap, tapi x jalan la...
1st yg aku pikir.... keta ni kete orang tua...
d34n Post at 23-4-2008 11:22

Dean, nanti aku bersoal jawab dgn SA Honda...nengok dia jawab camno...
kalu aku tangkap ni Dean, nko cakap lah aku abe macho, hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 10:35 AM | Show all posts
75# maxxsa

aku guna accord 2.0.. tak de lak terasa macam org tua... aku 30 thn..pompuan.....tinggi 5'2 ..berat 44kg... lantak la kereta tu besar ke apa, yg penting aku boleh sumbat segala barang kat dalam bonet ...pas tu boleh pecut 170-200km sepanjang h'way...

org tua aku cakap.. kalau pecut kat 'dlm170 kmj ke atas, polis tak sempat nak rakam speed tu.. org tua aku keje polis...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:38 AM | Show all posts
Yeop, walaupon dah terasa cam umur 60 tahun, tapi boleh melangkah bendul lagi tak?
kalu teman tangkap ini beast, agak2 ader tak aweks akan tersangkut?
maxxsa Post at 14-1-2010 05:41 PM


tetiba aje kasi  up thread zaman purba...kuat betul buat ikang ni bang
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:38 AM | Show all posts
tak kuar lah pulak posting teman:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 02:21 PM | Show all posts
aikkkk...mana aku punya post tadi ekk?????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.096730 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list