CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

SENARIO THE MOVIE [EPISODE 1]

[Copy link]
Post time 8-10-2008 01:03 PM | Show all posts

Reply #60 sharx's post

ingat elok sgt la buat muka camtu... jaman aku budak2 dulu leh la aku terima....
ni dah tua pun nak buat memek muka cam terencat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by am_i_rulez at 7-10-2008 10:33 PM
cuba la support filem melayu
asyik nak kutuk jer..
kalau citer amerika 2 bukan main puji lagi
padahal dah tau sume grafik komputer jer..
bangsa sendiri pon xnak support..
ape nak jadi lar or ...


aku dah lama support citer tempatan..tak kira la melayu ke apa...
tapi aku tak support citer tempatan yg mcm sampah dan low class...
citer2 luar aku beli DVD pirate jerk.. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by flying_cow at 7-10-2008 10:52 PM
hello..bukan tanak support..tapi kalau dah cam hampeh buat pe nak buang duit tgk jugak..nak support pon kene selective jugak, yg tak berkualiti haruslah diabaikan je huhu


kannn??
dia hengat kita neh low class mcm dia nak tgk citer tempatan yg kategori sampah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:48 PM | Show all posts
Idham terkejut sambutan filem Senario di luar jangkaan
oleh WAHIDA ASRANI

NAMPAKNYA pasukan produksi filem Senario The Movie Episod 1 kini boleh tersenyum lega apabila filem terbitan Metrowealth Movie Productions ini telah berjaya mengaut kutipan mencecah RM3.3 juta hanya selepas seminggu ia ditayangkan sejak Hari Raya pertama yang lalu.

Jumlah kutipan memberangsangkan itu bukan saja menggembirakan 'orang kuat' Metrowealth sendiri, David Teo yang sebelum ini meletakkan sasaran RM4 juta terhadap filem ini, malah pengarahnya Ahmad Idham turut melahirkan rasa terkejut dengan sambutan luar jangkaan yang diterima oleh filem yang menelan belanja kira-kira RM1.5 juta ini.

Pencapaian ini juga dilihat mampu mencatat sejarah tersendiri setelah filem arahan Idham tidak lama dulu yang juga diterbitkan oleh Metrowealth berjudul Jangan Pandang Belakang berjaya mengaut kutipan RM7.5 juta sekaligus menjadi filem tempatan terlaris di Malaysia setakat ini.

"Saya memang tidak jangka ia mampu raih kutipan sebanyak itu hanya dalam masa tujuh hari. Ia satu berita gembira untuk semua 'team' produksi ini. Sejak awal lagi sebenarnya saya mengambil risiko menghasilkan filem ini.

"Ramai yang tanya saya dulu mengapa saya sanggup mengarah filem ini kerana ada yang kata zaman kegemilangan kumpulan Senario sudah berakhir. Tetapi saya ambil itu semua sebagai cabaran dan hasilkan filem ini mengikut cara saya tersendiri," kata Idham ketika dihubungi.

Meskipun ramai yang beranggapan zaman kegemilangan kumpulan lawak itu sudah berakhir, namun, tanggapan tersebut tidak langsung mematahkan semangat Idham untuk meletakkan acuan tersendiri di dalam filem ketujuh kumpulan yang dianggotai oleh Mazlan, Azlee dan Wahid ini.

Malah, Idham sebelum ini juga pernah berkata, dia yakin percaturan David itu pasti tidak akan sia-sia apatah lagi setelah mengkaji sendiri rating siri sitkom Senario yang ditayangkan di TV3, ia masih menerima sambutan yang cukup memberangsangkan daripada penonton.
Senario The Movie Episod 1 berjaya menerima sambutan memberangsangkan...(dari kiri) David, Wahid, Azlee, Mazlan dan Idham

"Bagi saya, filem-filem Senario yang terdahulu arahan dua pengarah lain iaitu Aziz M.Osman dan Mamat Khalid serta filem Senario terbaru arahan saya ini tidak ada bezanya. Cuma kami mempunyai cara tersendiri untuk menggarap cerita tersebut.

"Ternyata, penonton masih sukakan Senario yang 'dulu'...Senario yang terkenal dengan sifat 'gila-gila' mereka. Itu yang saya tonjolkan dalam filem ini kerana saya tidak rasa penonton ingin melihat komedi Senario yang 'serius'.

"Sejak dulu lagi, kita semua sedia maklum lawak Senario macam mana...jadi saya tidak akan ubah 'style' mereka," jelas Idham lagi.

Senario The Movie Episod 1 memaparkan kisah hidup anggota Senario sebelum mereka menjadi pelawak.

Selain tiga anggota Senario iaitu Mazlan, Wahid dan Azlee, turut membuat kemunculan istimewa di dalam filem tersebut antara lain ialah Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Shamsul Ghau Ghau, Eizlan Yusoff dan Zaibo.

Ditanya pendapatnya sendiri tentang jumlah kutipan yang mungkin akan terus meningkat dalam tempoh kira-kira lima minggu lagi, Idham dalam nada bersemangat menjawab:

"Jika 'trend' ini berterusan, tidak mustahil jika saya katakan jumlah kutipan filem ini mampu mengalahkan kutipan filem saya terdahulu, Jangan Pandang Belakang (JPB) kerana ketika JPB ditayangkan dulu, ia meraih hanya RM2.8 juta pada minggu pertama tayangannya.

"Apapun, saya sudah cukup bersemangat untuk meneruskan filem Senario yang seterusnya berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak yang akan menampilkan genre komedi seram.

"Setakat ini, saya belum pasti lagi bila filem ini akan memulakan penggambaran kerana saya masih di dalam proses menyiapkan skripnya," kata Idham yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk teater muzikal arahan pertamanya, Impak Maksima The Musical yang akan dipentaskan di Istana Budaya bulan hadapan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 02:39 PM | Show all posts
3 juta :funk saper lah yang bodo tengok citer bangang bin bodo cam nihhh

cukup arrrr aku tertengok citer2 bangang 3 bersaudara tuhhh......(piere, ahmad babi ngan david tiu) :
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 02:41 PM | Show all posts

Balas #57 am_i_rulez\ catat

nih ler salah sorang bodo bin bangang

over lak aku nihhh.....

tengok2 ko ahmad idham mampus aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2008 02:55 PM | Show all posts

Balas #66 ahmad_dhani91\ catat

Err...marah nampak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 8-10-2008 02:41 PM
nih ler salah sorang bodo bin bangang

over lak aku nihhh.....

tengok2 ko ahmad idham mampus aku


marah sakan kau ni.!!!nama kau dgn ahmad idham kan lebih kurg sama ja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 8-10-2008 02:41 PM
nih ler salah sorang bodo bin bangang

over lak aku nihhh.....

tengok2 ko ahmad idham mampus aku

ko ckp mcm ni kekonon ko genius sgt la hakhak
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 07:02 PM | Show all posts
den nak tgk tapi tunggu kuar tv..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 07:30 PM | Show all posts
arusla senario bakal mempertikaikan pencalonan kumpulan paling popular dlm abp taun depan.. dengan alasan filem kami kutip 10 juta, masakan kami tamasuk senarai top 5
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 04:35 PM | Show all posts
aku rasa budak2 jer yg ramai tgk nih....sbb citer dia kan cam badut2 sket...tayang time raya plak tu, dgn segla hormatnya duit raya budak2 dikorankan tgk wayang.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 05:33 PM | Show all posts
tadi gi tengok wayang pagi2 ponteng skola

budak2 skolah berdoyon-doyon tengok citer nihhh... mak pak budak pong tengok citer nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 06:35 PM | Show all posts

Reply #73 ahmad_dhani91's post

join bebudak tu skali la nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 06:55 PM | Show all posts
x de arrr dhani tengok disaster movie ngan fury hooooooooh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 9-10-2008 05:33 PM
tadi gi tengok wayang pagi2 ponteng skola

budak2 skolah berdoyon-doyon tengok citer nihhh... mak pak budak pong tengok citer nihhh

ko sekolah lagi ke?

bukan ke ko cakap nak tgk Disaster Movie dan Fury kat wayang, dua2 tu rating 18 tahun ke atas kan? kut org wayang prasan nnt kena tahan x leh masuk wayang..

aku igt lagi time nak tgk Kuntilanak (rating 18PL) kat GSC 1 Utama, org wayang nak check IC aku, agaknye muka aku ni muda berseri cam bebudak, thats why die igt aku bawah 18 tahun, so kena tahan la kalau tgk 18 movies..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 07:42 PM | Show all posts

Balas #76 laislabonita\ catat

haah kannn... tadi kul 1 lebih aku beli tiket fury siap tunjuk student card skolah lagihhh.... x kan akak tuh x pasan kotttt..... aku pong leh lupa

yang disaster movie tuh tengok kul 11 lebihhh... tiket murah sebab pagilebih kul 12.... 9 hinggit:victory:sebelum kul 12...7 hinggit:hug:sebab tuh kalo nak gi tengok wayang aku ponteng skola tuhhh

[ Last edited by  ahmad_dhani91 at 9-10-2008 07:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:24 AM | Show all posts
tertengok senario pd raya ke 3 aritu..

kakak n adik2 i nk tgk sgt terpaksa la ikut..

wayang penuhh siot..

mmg kureng la lawak dan jln cite dia..

masa tayangan skejap je

ending pon xbes  

2.0 bintang je
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 9-10-2008 07:42 PM
haah kannn... tadi kul 1 lebih aku beli tiket fury siap tunjuk student card skolah lagihhh.... x kan akak tuh x pasan kotttt..... aku pong leh lupa
...

nampak sgt sepanjang lu berforum  lu kaki kelentong...entah2 lu ni TKI..nyamar student.......bila nak balik Indon  Mat Dhani...?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 02:24 PM | Show all posts

Reply #79 jin_lampu's post

maner ade aku kelentong

aku orang baik2 arrr... ala2 lurus bendul gituhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.207047 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list