|
dalam sukan ni kena pastikan air cukup dalam badan |
|
|
|
|
|
|
|
Moved to Sport board
- thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Giliran Jian Beng curi tumpuan di Batu Burok
Oleh Lukman Salleh, Harris Rajahdin dan Malik Muhamad
HEBAT: Jian Beng memperaga dua pingat emas (100m gaya bebas, 50m kuak kupu-kupu) dan perak (rampaian individu), semalam.
|
Leburkan rekod tujuh tahun milik Allen Ong acara 100m gaya bebas
FOO Jian Beng dinobatkan sebagai bintang pada hari kedua acara renang Sukma XII apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan tujuh tahun milik bekas bintang negara, Allen Ong untuk merangkul pingat emas acara 100 meter gaya bebas lelaki di Kompleks Renang MBKT, semalam.
Perenang Selangor itu memperbaiki catatan 51.31 saat yang dilakukan bekas perenang kebangsaan itu pada Sukan Sea 2001 dengan catatan rekod baru 50.94s dan menamatkan saingan di depan Edmund Ooi Jia En dari Johor (53.63s) dan Clement David dari Sabah (53.64s).
Disenaraikan dalam tiga acara, semalam, Jian Beng, 18 turut merakamkan rekod kejohanan ketika meraih emas keduanya dalam acara 50m kuak kupu-kupu. Perenang kelahiran Shah Alam itu bangkit dalam pusingan terakhir gaya bebas untuk meraih perak dalam 200m rampaian individu lelaki.
Jelas ia adalah keputusan tepat buat Jian Beng yang pernah disenaraikan ke dalam pasukan kebangsaan selepas meraih empat emas pada Sukma Kedah 2006 tetapi memilih untuk terus bersama jurulatihnya di Selangor.
"Saya tidak mahu menyertai pasukan kebangsaan tahun lalu kerana saya tidak dapat memberi tumpuan penuh kepada latihan. Saya bimbang saya akan menjejaskan prestasi negara kerana saya tidak dapat beraksi baik jika tidak menjalani latihan secara kerap," katanya yang meraih dua perak dalam 200m gaya bebas dan 50m kuak lentang, kelmarin.
| Lew Yih Wey | Selain pencapaian hebat Jian Beng, tiga lagi perenang turut meletakkan nama dalam buku rekod baru apabila meleburkan catatan lama Sukma dalam acara masing-masing.
Perenang Olimpik, Lew Yih Wey dari Negeri Sembilan melakukan dua minit 17.45s untuk memenangi 200m kuak lentang manakala perenang Sabah, Marellyn Liew merakamkan 27.85s untuk menjuarai 50m kuak kupu-kupu.
Perenang Sabah, Leung Chii Lin mencecah blok penamat dengan masa 58.14s untuk meraih emas dalam 100m gaya bebas.
Melvin Chua dari Wilayah Persekutuan meraih kemenangan berganda dalam 200m kuak lentang dan 200m rampaian individu.
Turut mencuri tumpuan ialah perenang tuan rumah, Carmen Ooi yang menyumbangkan emas pertama buat Terengganu dalam acara renang Sukma apabila memenangi acara 200m rampaian individu dengan masa 2:21.22s.
Carmen, 17 turut meraih gangsa dalam 200m kuak lentang, menambah kepada dua perak yang dimenanginya dalam 50m kuak lentang dan 400m rampaian individu, kelmarin. |
|
|
|
|
|
|
|
hohohoho
jauh perjalanan thread ni
hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Mohd Nafiizwan, Wee Wern Collect Squash Golds
KUALA TERENGGANU, June 3 (Bernama) -- Hosts Terengganu and Penang collected the first two gold medals from squash in the men's and women's individual events, respectively, at the 12th Malaysia Games (Sukma) at the Gong Badak Sports Complex here Tuesday.
Mohd Nafiizwan Mohd Adnan used the advantage of playing before a home crowd to defeat national junior player Elvinn Keo Jinn Chung in the men's final.
Mohd Nafiizwan, 22, who is a second echelon player, clinched the game in straight sets of 9-5, 9-4 and 9-5 in 22 minutes to oust his opponent from Penang.
Muhd Asyraf Azna of the Federal Territory took the bronze after beating Chong Kam Hing of Perak 9-2, 2-9, 8-9, 9-2, 9-4 in the decider for third place.
In the women's event, national junior player Lee Wee Wern had to fight hard for almost two hours to defend her title for the second consecutive time.
Wee Wern, the fourth seed from Penang, had to fight back from two sets down 3-9, 7-9 to beat Delia Arnold of the Federal Territory. Wee Wern changed her tactic to return the shots faster to beat Delia, the third seed, by taking the following three sets 9-5,9-5 and 10-8.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka End 22-Year Wait For Sepak Takraw Gold
By Hilary Sebastian
KUALA TERENGGANU, June 3 (Bernama) -- Melaka ended their 22-year wait for a SUKMA (Malaysia Games) sepak takraw gold when they won the doubles after beating Pahang 2-0 in the final in the Terengganu 2008 Sukma at the Stadium Negeri in Batu Burok here Monday.
Melaka team manager Mokhtar Mohamed was elated by the win and told Bernama their patience all this while had paid off.
"We put in place a systematic development programme and it has borne results," he said.
The team comprised of Mohd Syafiq Abdul Rahman, Mohd Redzuan Azman, Mohd Azwan Yahya and Mohd Zulfahmi Mahat.
Selangor and the Federal Territories shared the bronze.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Sukma: 100m - Perhitungan 'dua Z', Mohd Noor, Latif
Oleh Lukman Salleh, Harris Rajahdin dan Hamid Salleh
SIAPA antara Mohd Noor Imran Hadi, Abdul Latif Nyat dari Johor serta dua peserta tuan rumah, Zabidi Ghazali dan Zabidi Ahmad, akan dikalungkan gelaran Raja Pecut Sukma apabila acara olahraga bermula di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, hari ini.
Bagi gelaran Ratu Pecut Sukma, saingan tampak di antara juara bertahan Norjannah Hafizi dari Pulau Pinang dan juara Sukma 2004, Siti Fatimah Mohammad dari Johor di mana saingan kedua-dua acar pecut 100 meter akan berlangsung esok.
Tetapi, dengan peringkat separuh akhir akan dilangsungkan hari ini, ia bakal memberi gambaran kepada peminat olahraga siapa yang bakal dimahkota raja dan ratu pecut Sukma XII, walaupun pertaruhan awal bagi gelaran itu tampak akan diisi Imran dan Siti Fatimah, berdasarkan kepada catatan masa terpantas dimiliki musim ini.
Bagi Imran, saingan utamanya hanya satu iaitu Latif, dan Fatimah pula hanya Norjannah, tetapi kedua-dua tidak akan dengan mudah memenangi gelaran itu.
"Saya tidak akan melepaskannya dengan mudah sekalipun kepada Imran," kata Latif, juara dua tahun lalu di Kedah. "Kalau dia mahu sangat, Imran perlu berusaha keras, saya tidak akan meletakkan mahkota itu di atas dulang emas dan memberikan kepadanya."
Begitu juga Norjannah. Dengan kemenangannya dua tahun lalu di Kedah mungkin dipertikaikan kerana ketiadaan Siti Fatimah, yang dilarang beraksi disebabkan statusnya selaku atlit kebangsaan, kini dengan kepantasan 11.98 saat, pelari pecut Johor itu sudah bersedia untuk merebut kembali gelaran Ratu Pecut.
"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan dapat mengekalkan gelaran saya," kata Nojannah. "Saya akui Fatimah mempunyai masa terbaik musim ini tetapi dalam pertandingan, ia akan membuktikan siapa yang lebih handal."
Tetapi peminat olahraga perlu menunggu seketika untuk saingan itu, dengan acara akhir pecut lelaki dan wanita akan diadakan esok tetapi tumpuan hari ini pastinya kepada lempar cakera wanita serta saingan 400m lelaki dan wanita.
Yap Jeng Tzan, dari Negeri Sembilan, yang segar daripada kejayaan mencatatkan rekod kebangsaan 45.80m di Terbuka Taiwan, dua minggu lalu adalah pilihan serta bertekad untuk melakarkan satu lagi catatan cemerlang
"Sasaran saya selain emas ialah untuk memecahkan rekod kebangsaan dan saya harap ia akan dapat mencecah jarak 50 meter," katanya.
Bagi saingan 400m lelaki, Mohd Zafril Zuslaini akan berentap dengan rakan sepelatih Amran Raj dan S Thippan dari Perak, manakala Norrohuda Badawi, juara bertahan wanita dari Sarawak akan turun mempertahankan gelaran.
Apapun, persaingan hari pertama akan dapat memberikan petunjuk sama ada pencapaian olahraga sudah meningkatkan dan ini akan dibuktikan melalui catatan rekod kebangsaan atau Sukma yang dilakarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
SUKMA
Zaira gah
| GEMBIRA...Zaira tersenyum girang selepas berjaya
melakukan angkatan bebanan keseluruhan
165 kilogram |
PUTERI angkat berat Kedah, Zaira Zakaria (gambar), 21, bukan saja berjaya membolot pingat emas dan mencipta rekod baru Sukma dalam kategori 48kg, malah dia turut melakar kejutan dengan memadamkan rekod kebangsaan dengan bebanan keseluruhan 165kg berbanding rekod lama 154kg yang dilakukannya tahun lalu.
Berikutan kemenangan itu, Zaira yang turut ditemani ibu bapanya berjaya mengumpul emas peribadi ke-23 sepanjang pembabitannya dalam sukan berkenaan sejak 2001.
Dalam aksi yang berlangsung di Kolej Multimedia Timur, Rusila, Marang, semalam, gadis kelahiran Jitra, Kedah itu memecah rekod acara snatch dengan angkatan seberat 72kg, sekali gus memadam rekod lama milik atlit Pahang, Sharifah Inani Najwa Syed Anuar, yang dilakukan di Kedah, dua tahun lalu.
Bagi acara clean and jerk, atlit kebangsaan itu melakukan angkatan seberat 93kg, juga memadam rekod Sharifah Inani Najwa.
揅atatan rekod kebangsaan yang saya lakukan hari ini lebih manis berbanding rekod Sukma. Rekod kebangsaan sebelum ini dicatat ketika Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan di Kuantan tahun lalu. Hari ini, saya mencatat 72kg dalam snatch dan 93kg, clean and jerk, jauh lebih baik daripada catatan 68kg snatch dan 86kg clean and jerk ketika di Kuantan, |
|
|
|
|
|
|
|
SUKMA TERENGGANU
Ketabahan hati dorong Zahril
揝AYA tewas 399 meter tapi menang satu meter terakhir, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali ada sukan camni, x kira la sukma ke sukan sea ke sukan asia ke sukan komanwel ke mesti prestasi tuan rumah naik mendadak....
r there any logic explanation bout this situation...??? aku musykil... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sukanduniaaku at 5-6-2008 21:11
tiap kali ada sukan camni, x kira la sukma ke sukan sea ke sukan asia ke sukan komanwel ke mesti prestasi tuan rumah naik mendadak....
r there any logic explanation bout this situat ...
kalo acara yg libatkan pengadil bg markah mungkin leh dipertikaikan..tapi kalo acara renang,kenu,berbasikal smeua tu haruslah dr kekuatan fizikal dan mental..
plus tempet diorg biase prektis mebi..
tapi kalo tgk yg berbasikal n squash tu atlit negara kan..x kan depa berlatih kat trg kot..
paper pon aku suke kalo ade dominasi baru..kalo idak asik2 selangor, sarawak jek duk atas |
|
|
|
|
|
|
|
Zabidi, Fatima jaguh pecut
ZABIDI dan Fatima (gambar kiri) muncul jaguh pecut Sukma XII.
ATLET tuan rumah, Mohd. Zabidi Ghazali dan Siti Fatima Mohamad dari Johor masing-masing dinobatkan selaku raja dan ratu pecut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII di Terengganu tahun ini.
Zabidi yang mendapat sokongan moral daripada penyokong tempatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin membuktikan dirinya layak bergelar raja pecut Sukma apabila menamatkan saingan akhir 100 meter dengan catatan 10.57 saat.
Lebih membanggakan lagi, catatan itu membolehkan Zabidi mengetepikan pencabar terdekat yang juga juara bertahan, Mohd. Latif Nyat dari Johor yang sekadar berpuas hati dengan pingat perak dengan catatan 10.64s.
Tempat ketiga acara ini menjadi milik atlet Perlis, Daniel Azwan Amar Nand dengan masa 10.82s.
Begitupun, malang menimpa peserta pilihan dari Johor, Mohd. Noor Imran apabila gagal menamatkan perlumbaan selepas mengalami kekejangan otot pada pertengahan perlumbaan.
"Saya rasa cukup bertuah hari ini kerana berjaya memenangi pingat emas di hadapan penyokong sendiri. Ini adalah kemenangan yang cukup istimewa dan seharusnya saya berterima kasih kepada semua penonton yang memberi sokongan kepada saya," jelas Zabidi.
Kemenangan Zabidi itu juga membolehkan Zabidi muncul atlet Terengganu kedua yang berjaya mengungguli acara berprestij itu selepas Nazmizan Muhammad melakukannya pada Sukma 2000 (Pulau Pinang) dan Sukma 2002 di Sabah.
"Saya turun dengan penuh harapan dan tidak memikirkan langsung mengenai cabaran daripada peserta lain. Namun, kecederaan yang menimpa Imran telah membuka ruang kepada saya untuk memenangi perlumbaan kali ini," tambah atlet berusia 22 tahun itu.
Dalam pada itu, Siti Fatima seperti diramal mudah mengesahkan statusnya selaku ratu pecut Sukma selepas mencatat rekod baru kejohanan dengan catatan 11.82s.
Catatan itu berjaya memadam rekod sebelum ini yang juga miliknya sendiri dengan catatan 11.92s.
"Sasaran saya adalah untuk mencatat masa 11.70, tetapi tetap berpuas hati dengan catatan ini. Lagipun, ini adalah rekod Sukma yang baru dan saya berbangga dapat melakukannya," jelas Fatima.
Fatima berjaya menewaskan juara bertahan dari Pulau Pinang, Norjannah Hafiszah yang mencatat 12.07 sementara wakil Wilayah Persekutuan, Siti Nurhayati Zulkifli mencatat 12.30s untuk pingat gangsa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sukanduniaaku at 5-6-2008 09:11 PM
tiap kali ada sukan camni, x kira la sukma ke sukan sea ke sukan asia ke sukan komanwel ke mesti prestasi tuan rumah naik mendadak....
r there any logic explanation bout this situat ...
oh ye.. lagi satu aku rasa advantage... sbb semangat gak.. sbb penonton2 dari negara / negeri sendirik.. tu boleh buat good motivasi kat athletes tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Acara renang tutup tirai dengan rekod
| PUAS... Jian Beng bangga menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara 50m gaya bebas lelaki semalam.
|
ACARA renang pada Sukan Malaysia (Sukma) XII menutup tirainya semalam.
Seperti diduga, ia terus menghadirkan rekod.
Semalam, satu lagi rekod kebangsaan dan lima rekod kejohanan dicatat pada saingan yang berlangsung di Kompleks Renang MBKT, Batu Burok itu.
Atlet Selangor, Foo Jian Beng mencatatkan rekod kebangsaan menerusi acara 50m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 23.45s.
Jian Beng memadam rekod lama 23.49s yang dilakukan Allen Ong pada Terbuka Kuala Lumpur 2004.
Selepas itu, tampil perenang Perak, Kevin Yeap yang mencatat rekod kejohanan dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki dengan catatan 16:07.71s mengatasi rekod lama 16:20.12s yang dilakukan oleh Deung Mangang pada Sukma Pulau Pinang 2000.
Carmen Ooi dari Terengganu turut tersenarai sebagai pencatat rekod kejohanan apabila melakukannya dalam acara 100m kuak lentang wanita dengan kepantasan 1:05.50s mengatasi rekod (1:05.75s) oleh Lew Yih Wey dari Negeri Sembilan pada temasya yang sama dua tahun lalu.
Manakala Leung Chii Lin dari Sabah melakukannya dalam acara 50m gaya bebas wanita dengan catatan 26.50s bagi mengatasi rekod lama 26.53s milik Cindy dari Perak.
Kuartet Sabah yang diwakili Rachell Lim, Leung Chii Lin, Chui Lai Kwan dan Terri Wan See Wan pula memperbaharui rekod kejohanan menerusi acara 4x100m rampaian wanita dengan catatan masa 4:27.12s sekali gus memadam rekod lama 4:30.11s yang dilakukan kontinjen Sarawak di pada Sukma 2004 di Negeri Sembilan.
Kuartet dari Sarawak yang diwakili Brian Lim, Tay Xue Jun, Daniel Bego dan Eric Chang turut mencatat rekod kejohanan dalam acara 4x100m rampaian lelaki dengan masa 3:58.77s bagi mengatasi catatan lama 4:02.50s yang mereka lakukan pada Sukma Negeri Sembilan empat tahun lalu.
Selepas selesai saingan, Selangor muncul juara keseluruhan acara renang dengan kejayaan lapan pingat emas, lapan perak dan lima gangsa.
Kontinjen Wilayah Persekutuan berada di tempat kedua dengan meraih enam pingat emas, 10 perak dan enam gangsa.
Sarawak pula di tempat ketiga dengan merangkul enam emas, sembilan perak dan tujuh gangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga rekod dari gelanggang olahraga
TIGA rekod kejohanan diperbaharui dalam acara olahraga Sukan Malaysia (Sukma) XII yang memasuki hari kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei mencatat rekod baru dalam acara itu menerusi ketinggian 2.20 meter, mengatasi rekod lama berusia 12 tahun dengan 2.15m yang dilakukan Lee Kum Zee pada Sukma 1994 di Perak.
Atlet tuan rumah, Adi Aliffudin Hussein turut mencuri tumpuan apabila berjaya memperbaharui rekod kejohanan miliknya sendiri dalam acara lontar peluru lelaki.
Aliffudin melakukan lontaran sejauh 15.87 meter untuk mengatasi rekod lama 15.11m miliknya sendiri yang dicipta pada temasya Sukma di Kedah dua tahun lalu.
Atlet Terengganu berusia 20 tahun itu berjaya menewaskan peserta Pahang, Mohd. Hafiz Hashim yang melakukan 14.79m sementara Mohd. Hasrolnizam Yaakob dari Selangor meraih gangsa dengan lontaran sejauh 13.82m.
Dalam acara 100m wanita, Siti Fatima Muhamad menepati ramalan awal apabila berjaya memecahkan rekodnya sendiri dengan catatan 11.82s untuk mengatasi rekod sebelum ini iaitu 11.92s.
Sementara itu, acara 5,000m wanita menyaksikan peserta Pulau Pinang, Melinder Kaur menepati ramalan awal selaku pemenang emas dengan catatan 19 minit 39.99s, mengatasi dua pencabarnya dari Wilayah Persekutuan, S. Sanggeetha dan Teo Su Chin.
Acara 10m jalan kaki pula diungguli Lo Choon Sieng dari Wilayah Persekutuan yang menamatkan saingan dengan masa 48:16.00s. Dia berjaya menewaskan wakil Kelantan, Mohd. Khairil Harith (48:58.91s) sementara gangsa menjadi milik M.Jayseelans dari Pulau Pinang.
Dalam pada itu, S. Mathialagan dari Johor memenangi emas acara 800m lelaki dengan catatan 1:52.33s selepas menewaskan peserta pilihan dari Sarawak, Mohd. Jiroji Riduan yang mencatat 1:53.33s. Kategori wanita pula menyaksikan penguasaan K. Gantihimathi dari Pahang dengan catatan 2:14.33s.
Secara keseluruhannya, Sukma XII yang memasuki hari keenam semalam menyaksikan penguasaan Terengganu dalam carta pungutan pingat apabila mengumpul 36 emas, 20 perak 23 gangsa. Ini diikuti bekas juara, Sarawak dengan 33 emas, 31 perak dan 28 gangsa.
Hari ini, sebanyak 35 lagi pingat emas dipertandingkan membabitkan beberapa acara termasuklah olahraga, terjun, angkat berat dan menembak. Taekwondo pula akan membuka tirainya dengan menawarkan enam pingat emas. |
|
|
|
|
|
|
|
bolasepak sukma
Penyu jumpa Singa Utara
HATRIK daripada Mohd. Ashari Samsudin membolehkan juara bertahan, Terengganu melangkah ke perlawanan akhir acara bola sepak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII.
Turun selaku pasukan tuan rumah, Terengganu tampil bergaya, menyaksikan Ashari meledak ketiga-tiga gol pada minit kesembilan, 72 dan ke-76 untuk menewaskan musuh tradisi, Kedah 3-0 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Nasiruddin Shah semalam.
Ia juga mengulangi kejayaan yang sama ketika mereka menewaskan Kedah pada perlawanan akhir temasya yang sama dua tahun lalu untuk pulang dengan pingat emas.
Sementara itu, lawan skuad Penyu pada perlawanan akhir Ahad ini adalah Perlis, iaitu pasukan kerdil yang bakal membuat penampilan pertama di pentas akhir sejak Sukma dianjurkan pada tahun 1986.
Semalam, Perlis yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Manja Man mengesahkan laluan ke perlawanan akhir selepas berhempas pulas menewaskan Pulau Pinang 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan sehinggalah berakhirnya masa tambahan.
"Strategi bertahan yang kami pamerkan pada perlawanan ini jelas memberi kelebihan apabila pasukan lawan gagal untuk mencipta sebarang gol," jelas Manja.
"Lagipun, pemain-pemain saya tidak beraksi dalam tekanan kerana mereka menyedari kehadiran Perlis pada Sukma kali ini adalah sebagai pasukan underdog.
"Jadi, kejayaan mara ke perlawanan akhir adalah satu sejarah buat kami. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan persembahan yang kami pamerkan sepanjang temasya ini berlangsung."
Pada perlawanan semalam, penjaga gol Perlis, Mohd. Khairul Azuan muncul wira skuad Singa Utara apabila menyelamatkan dua sepakan penalti daripada pemain lawan. |
|
|
|
|
|
|
|
100 METER
Zabidi rampas gelaran pecut - Siti Fatima ungguli gelaran 100 meter wanita
| JUARA baru... Atlet Terengganu, Mohd. Zabidi Ghazali meraikan kejayaannya mengungguli larian 100 meter lelaki Sukma XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.
|
KUALA TERENGGANU |
|
|
|
|
|
|
| |
|