CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eastrun

Ilmu Empat Sahabat

[Copy link]
Post time 7-1-2008 09:58 AM | Show all posts
Aaaa, kalo dah bank in, baru ler pm yer. k

(Kalo nak 2 sample, buleh bank in RM 10, pas2 pm ler sayer.k Tapi nyatakan,tarikh dan maser bank in, k. yer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 10:24 AM | Show all posts
aku bole ajar 1 ilmu. ilmu ni sah disisi agama dan undang2 iaitu ILMU SIFIR

doa die:

1 + 1 = 2
2 +2 = 4 ... dan seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:21 AM | Show all posts
[quote]Selaindari nama Ilmu Sahabat Empat, ilmu ini juga mempunyai berbagai namamengikut tempat perguruan yang mengamalkannya seperti Ismu Khafi, IsimBikhafi, Ilmu Hulubalang, Ilmu Malaikat Empat dan Ilmu Tongkat NabiMusa.




揚ada tingkat pertama atau tahap awal, seorang pengamal akan mulaimerasakan ketenangan dan kepekaan bathin, ketajaman intuisi, keyakinanyang teguh dan mampu untuk mengesan berbagai energi yang berada disekitarnya.


Pada tingkat kedua atau pertengahan,seseorang pengamal yang telah teguh bathinnya akan dapat dengan mudahmenggunakan kekuatan bathinnya, menyerap energi metafizik,menghilangkan penghalang yang menyebabkan kesempitan rezeki dankesulitan jodoh, mengesan penyakit samada yang zahir mahupun yangbathin serta mengubatinya, mendamaikan rumahtangga, memagarirumah,kebun dan apa sahaja. Bahkan mampu bermain silat gerak dari salahsatu cabang ilmu silat Karomah.

Pada tingkat ketiga atau tinggi,seseorang pengamal akan dapat menghilang diri dalam erti kata tidakkelihatan oleh kasat mata, memindahkan hujan, memanggil sukma orang,melihat dan berkomunikasi dengan mereka yang berada di dimensi lain.Pengamal di tingkat ini juga akan mampu untuk memperolehikelebihan-kelebihan yang khusus tanpa dipelajari.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:50 AM | Show all posts
Ini adalah ilmu kebatinan, tidak ada sandaran dari syariat ugama, bukan dari ajaran Islam yang sebenarnya.  Ayat2 quran yang digunakan hanya sebagai kosmetik untuk tujuan penipuan semata-mata.

Doa malaikat 4 yang saya dapat, hanyalah bacaan surah Al-Ikhlas dengan doa pada setiap baris surah al_Ikhlas tersebut. Jadui, kalaui saudara katakan bahawa ayat quiran terswebut sebagaui kosmetik, tolong huiraikan bagauimana yang dikatakan kosmetik tersebuit?

Seelok-eloknya, kalau kuita nak menghukum, biarlah dengan iulmui. Bagauimana saudara boleh menjatuhkan hukum, sedangkan saudara selepas itu meminta agar diturunkan doa ini untuk diselediki?

Saudara, adab nak tmenegur/menghukum berdasarkan ilmu saya, macam saudara quote dari website miundgym, seelok-eloknya saudara berhubung dengan beliau dan bermuizakarah. selepas itu, barulah jatuihkan hukum sesat ke aper ker. IUni., sauidara quote daruipada mindgym, pas2 terus kater sesat dan kemudian barui nak minta selidik. Ibarat seperti, basuh cebok dulu, pas2 baru buang air besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 11:55 AM | Show all posts

Reply #63 kupia's post

Kupia, try satu kursus dulu..tgk mcmmana...aku ada try yang Terafi Penyucian Jiwa tue...dia terdiri daripada doa, zikir Istighfar, Selawat dan Tahlil...ok...tak ada pun minta tlg sekutu lain

Amalannya terdiri daripada doa dan zikir..sebab tu aku percaya...Yang penting sekarang, kita memohon pada Allah dan yang kesannya adalah sampingan sahaja...Ia lebih kurang bila kita susah,kita minta tolong (doa) kepada Allah...melalui ayat-ayat Al-Quran, zikir dan doa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 11:59 AM | Show all posts

Reply #63 kupia's post

Seblm ni, aku banyak disogokkan dengan e-mel2 yang berkaitan dengan supernatural ni...tapi semuanya bermantera..tapi bila aku sertai mindgym2u ni, aku try satu dan aku tengok dia menggunakan doa dan ayat-ayat Al-Quran...bukan kita nak menukarkan ayat Al-Quran tapi dalam niat bahawa aura / mukjizat Al-Quran itu yang penting.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2008 12:01 PM | Show all posts

Reply #60 tarabas1976's post

Ok, kalau nanti benda tue dah sampai, aku try goji tue..jangan nanti bila aku dah sakit kepala...dah tak boleh buat keje...naya...Tapi aku tak janji la nak minum immediate...tapi insyaAllah aku akan minum...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 12:24 PM | Show all posts

Reply #67 eastrun's post

okey dokey.Tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by tarabas1976 at 7-1-2008 11:50 AM
Ini adalah ilmu kebatinan, tidak ada sandaran dari syariat ugama, bukan dari ajaran Islam yang sebenarnya.  Ayat2 quran yang digunakan hanya sebagai kosmetik untuk tujuan penipuan semata-mata.

Doa malaikat 4 yang saya dapat, hanyalah bacaan surah Al-Ikhlas dengandoa pada setiap baris surah al_Ikhlas tersebut. Jadui, kalaui saudarakatakan bahawa ayat quiran terswebut sebagaui kosmetik, tolonghuiraikan bagauimana yang dikatakan kosmetik tersebuit?


DISINI KITA BERMAKSUD BERBINCANG BUKAN BERMAKSUD MENGHINA MANA-MANA INDIVIDU, BERBEZA FAHAMAN TERDAPAT DI MANA MANA ASALKAN DIKEMUKAKAN DENGAN FAKTA UNTUK TUJUAN PENGETAHUAN.

Saya tak DAPAT komen tentang "Doa Malaikat 4" kerana tidak mengetahui bunyi dan kandungan doa tersebut. Sila kemukakan di sini sekiranya benar doa itu adalah "Doa Malikat", diharap doa itu tidak menjadi rahsia kepada sesiapa, Rasulullah saw tidak pernah merahsiakan sebarang doa untuk kemaslahatan umat Islam.  

Kosmetik yang dimaksudkan adalah apakah benar hanya dengan membaca surah al-Ikhlas yang diiringi doa-doa boleh kita memiliki kebolehan-kebolehan yang disebut dalam situs itu?  Saya mengajak saudara kembali kepada keterangan-keterangan yang dari oleh Rasullullah saw mengenai fadilah sebenar surah al-Ikhlas.  Setahu saya kebolehan luar biasa yang dinyatakan dalam situs yang dirujuk tidak terdapat dalam mana-mana hadis sohih yang sabit dari syariat hanya dengan membaca surah Al-Ikhlas.  Sila kemukan jika saya yang tersalah.

Seelok-eloknya, kalau kuita nak menghukum, biarlah dengan iulmui.Bagauimana saudara boleh menjatuhkan hukum, sedangkan saudara selepasitu meminta agar diturunkan doa ini untuk diselediki?
saya tidak menghukum sesiapa di sini dan tidak ada menulis perkataan "sesat" dalam tulisan saya di atas.  Tujuan meminta doa itu diturunkan di sini adalah untuk tujuan perbincangan, bukan untuk menyesatkan sesiapa.

Saudara, adab nak tmenegur/menghukum berdasarkan ilmu saya, macamsaudara quote dari website miundgym, seelok-eloknya saudara berhubungdengan beliau dan bermuizakarah. selepas itu, barulah jatuihkan hukumsesat ke aper ker. IUni., sauidara quote daruipada mindgym, pas2 teruskater sesat dan kemudian barui nak minta selidik. Ibarat seperti, basuhcebok dulu, pas2 baru buang air besar.


Bermuzakarah boleh dilaku bila2 masa yang sesuai.  Tidak ada satu pun perkataan "sesat" dalam tulisan saya di atas.  Apa yang saya maksudkan kosmetik adalah penggunaan ayat2 Quran yang dikatakan boleh mendatangkan perkara2 yang sangat-sangat luar biasa seperti yang tertulis dalam situs itu, ini tidak benar sama sekali mengikut sedikit ilmu dan pengetahuan yang saya miliki.  Kebaikan-kebaikan dan fadilah penggunaan ayat2 Quran harus dilihat melalui apa yang di ajar oleh Rasulullah saw dan saya percaya tidak terdapat dalil dalil yang boleh dikemukakan untuk membenarkan dakwaan tersebut.

Perumpamaan buang air besar dan cebok tidak berapa menepati perbincangan kita...

Sila betulkan saya kalau salah.  Wallahualam..

[ Last edited by  kupia at 7-1-2008 12:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 12:45 PM | Show all posts
kalau macam 2, saya cadangkan jika saudara serius nak bermuizakarah, elok sangat kalau saudara berjumpa terus dengan pemilikmindgym2u., memandangkan saudara quote daripada website beliau. Ini kerana, saudara menyarankan agar mereka yang mengamalkan ilmu ini untuk tidak mengamalkan lagi,atas alasan tidak berlandaskan syariat Islam. Selepas itu, barulah saudara boleh quote daripada website beliau dan kemudian keluarkan saranan menurut ilmu yang ada pada saudara.

Adab nak "bertandang" ke majlis, biarlah si petandang yang berjuimpa tuan rumah, dan bukannya si petandang yang meminta tuan rumahnya datang mengadap. Tak gitu?

Sila betulkan saya kalau salah.  Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:09 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum w.b.t.

Bismillahirrahmannirrahim...

Sebenarnya, terlalu ramai yg menggunakan JIN sebagai perantaraan untuk mengubati pesakit. Ayat-ayat suci Al-Quran boleh memberikan manfaat dan kemudharatan kepada JIN. Seringkali kita mengaitkan Pengamal Perubatan A menggunakan ayat-ayat al-Quran; sedang niat mereka ketika membacakan ayat-ayat suci al-Quran adalah bertujuan memberi makanan,pakaian,wang,dan segala bentuk kesenangan kepada JIN yg di"seru" oleh Pengamal Perubatan tersebut.

Sebagai contoh; upacara menarik duit ataupun, upacara menjadikan sesuatu unsur seperti kunyit, serbuk teh, etc kepada duit.

saya bersetuju dengan saudara kupia; tetapi, pada pandangan saya, cukup sekadar berhati-hati. Tidak perlu terlalu taksub mempertahankan sesuatu.

Berhati-hatilah, ada juga yang memerangkap JIN untuk dijadikan sebagai hamba.

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:35 PM | Show all posts
Kepada tuan rumah dan kawan kawan yang meyakini akan ilmu empat sahabat ni jangan mengunduri diri sebab aku membantah, perbincangan boleh diteruskan, aku mintak maaf sebab terpaksa jadi pembangkang dan akan terus membangkang ilmu ni bukan dengan semangat perseteruan tapi dengan fakta dan hujah-hujah ugama tanpa menghina aqidah sesiapa dan kepercayaan orang lain.

Berbeza fahaman berlaku di mana mana, asal dengan adab tidak menyerang peribadi dan tidak disertai maki hamun...

Aku tahu ramai yang percaya dan terpengaruh dengan ilmu macam ni jadi...
sila teruskan perbincangan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 6-1-2008 09:32 AM
Ahsya,
Try donlot dari link yang diberi kupia...sama je


eastrun...dah download dah...thanks anyway
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 02:01 PM | Show all posts

Reply #72 kupia's post

Kupia,

Mula-mula saya tidak percaya ilmu ini. Tapi bila saya try satu kursus dari Mindgym2u iaitu Terafi Penyucian Jiwa,dan saya lihat pengisiannya ok kerana ada zikir seperti Al-Fatihah, Tahlil, dan Selawat kepada Rasulullah. Dan sebelum membuat amalan tersebut, perlu membuat solat sunat taubat dan sudah tentu kena solat fardu yang tiada lubang2.

Yang ghaib hanya Allah sahaja yang tahu sebab Allah memegang semua perbendaharaan-perbendaharaan, kita di sini hanya meminta melalui doa dan zikir. Sebelum ini juga saya pernah menyertai seminar Perubatan Islam anjuran pihak Morapis, dia menggunakan ayat2 Al-Quran...pada seminar tersebut, ada seorang peserta bertanya kpd Ustaz tersebut, kenapa perlu meggunakan ayat Al-Quran untuk merawat?. Kenapa perlu guna air?. Kenapa perlu sembur air pada keliling rumah untuk pemagaran?.

Ustaz itu jawab,itu semua adalah ikhtiar sahaja dan yang memagar rumah tersebut bukanlah air tetapi dengan kekuasaan Allah jua. Ada yang gagal walaupun dah buat cara tu...ada yang berjaya...semua terpulang kepada Allah...seperti kita berdoa,ada doa yang kita sebut sendiri berdasarkan keinginan kita...tidak mengikut doa Rasulullah...tapi adakah doa itu tak boleh,,

Sudah tentu tak, sebab Allah yang mengabulkan permintaan satu-satu doa itu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 02:23 PM | Show all posts
Yang buat aku membantah lebih pada yang ni:-

"menyerap energi metafizik" termasuklah tenaga dalam, reiki, chi dll semua ni menyamai amalan orang bukan Islam, rujuklah mana mana hadis perbuatan menyamai ni salah.
  
Bahkan mampu bermain silat gerak dari salahsatu cabang ilmu silat Karomah.  Kalau kita tak belajar silat, kita baca quran banyak mana pun kita tak akan pandai bersilat, mesti nak kena belajar, ni yang pandai bersilat secara otomatik ni bukan tak ada, memang ada, tapi ini dengan bantuan JIN.

Karomah ni anugerah Tuhan, bukan boleh belajar dengan cara-cara tertentu, ulamak-ulamak yang dapat ni bukan dia mintak dia pun tak mau benda ni semua boleh mendatangkan fitnah dan riak.

seseorang pengamal akan dapat menghilang diri dalam erti kata tidakkelihatan oleh kasat mata, memindahkan hujan, memanggil sukma orang,melihat dan berkomunikasi dengan mereka yang berada di dimensi lain.Pengamal di tingkat ini juga akan mampu untuk memperolehikelebihan-kelebihan yang khusus tanpa dipelajari.


Buakan aku tak percaya benda2 ni semua boleh berlaku dengan izain Tuhan.  Tapi akau tak percaya ugama Islam menggalakan kita mencari benda ni semua. Pada aku benda ni berlaku dengan cara sihir, dengan bantuan jin.

Orang2 alim yang dapat anugerah luar biasa dari Tuhan, tak pernah cerita benda2 ni semua kat orang, apa lagi nak menunjuk-nunjuk, nak cari duit jual ilmu macam ni.  Bukan ini yang dicari orang alim tu, lain tuju yang dihalanya...

Nanti aku cerita dari pengalaman ulamak-ulamak, orang2 tua tua dulu mengenai bencana yang menimpa kebanyakan orang yang ketika muda mengamalkan ilmu kebatinan.  Ini semua cerita benar belaka, buka di reka2 bukan fitnah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:07 PM | Show all posts

Reply #75 kupia's post

Kupia,

Dia tak cakap pun secara AUTOMATIK kita akan tahu bermain silat...of course nak main silat kena belajar. Kalau saya amalkan isim bikhafi ini dan saya tidak belajar silat, maka saya tidak akan pandai silat,tak kira apa saya lakukan. Cuma dengan mengamalkannya, akan ada rasa yakin diri untuk bermain silat.


Saya pandang ia seperti himpunan doa2 atau permohonan para alim. Sebagai contoh Hizb para ulamak..Saudara boleh rujuk buku Pancaran Nur doa dan Zikir Ahli Akhyar, keluaran SOFA Production... Di dalam buku ini terdapat banyak Hizb2 para alim dan semuanya berasaskan doa dan ayat-ayat Al-Quran.

Karomah memang milik Allah, seperti yang saya katakan tadi, Allah memegang semua perbendaharaan-perbendaharaan yang ghaib mahupun yang nyata. Kita mohon sahaja pada Dia dan Dia akan mengabulkan permintaan kita seperti dalam Surah Al-Baqarah 2:186. Ini semua ikhtiar sahaja dan faedah2nya adalah berdasarkan pengalaman mereka2 yang mengamalkannya

Dalam Seminar Perubatan Islam yang saya sertai itu juga ada menunjukkan pesakit tidak juga sembuh2 sampailah dia menemui ajalnya sekalipun buat rawatan berkali-kali dan ikut jadual menggunakan RUQYAH SYARIAH dan sebagainya...Jadi, itu telah menunjukkan ditakdirkan tak berjaya,tak berjayalah jawabnya. Tapi Allah ada kata, Al-Quran itu penawar bagi mereka2 yang percaya. So, ini terletak pada iman...jangan minta pada yang lain tapi pada Allah.Walau apapun doa kita..Dan kita yakin Allah akan memberikan kita faedahnya bukan sahaja kat dunia tapi juga di akhirat.InsyaAllah.Walaupun saudara lihat lebih kepada keduniaan sahaja dia punya faedah, tapi kalau saudara beli dan lihat amalan2nya, ia sebenarnya bagai menggalakkan kita memperakui kebesaran Allah, kebenaran Al-Quran..sedikit sebanyak akan menguatkan iman juga.

Terafi Penyucian Jiwa saya dah cuba.Alhamdulillah. Hati saya dengan izin Allah jadi tenang dan saya rasa bersemangat nak buat kerja.Sebelum saudara mengikuti apa2 kursus Mindgym, saya rasa ada baiknya saudara menghubungi Dr. Haji Shahrin itu sendiri...beliau sangat ramah dan bersikap terbuka dalam membincangkan hal2 mengenai ini semua.

Pada pdpt saya, pemilik Mindgym2u tersebut ada hak nak jual ilmu dia..sebab sebelum ini dia juga telah menghabiskan banyak masa dan tenaga serta wang untuk mempelajari ilmu2 ini, merantau ke sana ke mari mencari ilmu..Samalah seperti dengan pakar Motivasi...mereka menggunakan kemahiran mereka untuk / sebagai mata pencarian.

[ Last edited by  eastrun at 7-1-2008 04:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 04:13 PM | Show all posts

Reply #76 eastrun's post

Tentang RUQYAH tu setuju, tidaklah aku begitu taksub mengatakan dengan ruqyah kita boleh gerenti penyakit/gangguan akan sembuh, ada banyak jugak kes2 sihir tidak berjaya dipulihkan dengan ruqyah, begitu jugak ada banyak pula kes2 yang telah dipulihkan dengan bantuan ruqyah, bagi aku di dalam ruqyah itu ada satu kuasa yang luar biasa dengan terdapat sandaran syariat di atasnya, semua dengan izin Allah jua.

Tentang doa.  Betul dalam quran Allah suruh kita berdoa memohon kepada Dia, berdoalah kepadaKu nescaya akan aku perkenankan permohonan kamu.. . Masalahnya adakah jaminan  Allah itu sebagai satu lesen untuk kita meminta apa sahaja?  Tentulah kita diajar adab dan peraturan berdoa dan tidak boleh memohon untuk mendapatkan apa juga perkara yang ditegah dan dilarang dalam ugama.  Tidak boleh kita meminta untuk menjadi tukang2 shir, tidak boleh kita meminta supaya rezeki besar turun dari langit terus masuk dalam bilik tidur kita, itu mustahil...  Takdir dalam tangan Ilahi tetapi nasib dalam tangan kita sendiri, usaha sendiri sahaja yang boleh mengubah nasib sendiri...  Jadi maksudnya kita dilarang berdoa meminta benda yang bukan bukan...

Kita bincang tentang karomah yang orang percaya boleh dikaitkan melalui jalan ugama seperti melalui solat, doa, zikir dan sebagainya.  Kebolehan luar biasa yang mencarik adat, boleh menyelam dalam air berjam jam tanpa sebarang alat bantuan, boleh hilang dari pandangan manusia, boleh berjalan atas air, kebal dan kalis peluru, boleh terbang diangkasa, boleh tarik duit, boleh meramal nombor dan sebagainya.  
Sejauh mana benarnya kepercayaan seperti ini?

Ulamak mengaitkan kepercayaan ini dengan ajaran "bathiniah", satu ajaran yg diamalkan dalam islam tetapi sebenarnya bukan dari ajaran Islam, ditentang hebat oleh kebanyakan ulamak kerana ajaran ini merosakkan aqidah umat islam dari dalam islam itu sendiri.  Penjelasan ini memerlukan penulisan yang panjang.

Persoalannya sekarang adakah Allah akan memperkenankan sebarang bentuk doa atau zikir2 yang kita pohon bagi memperolehi kebolehan luar biasa tersebut.  Tidak ada satu bukti pun dalam sejarah boleh kita menzahirkan semua itu melainkan dengan jalan sihir.  Kita tidak pernah dengar perkara seperti ini diperbincangkan dalam Zaman Rasulullah, zaman para sahabat, zaman para tabiit, para tabiit tabiin, semua ini datang kemudian hasil dari falsafah kepercayaan ugama lain setelah Islam tersebar meluas.

Kita sambung lagi.  Wallahualam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 04:44 PM | Show all posts

Reply #77 kupia's post

1)
Tentang RUQYAH tu setuju, tidaklah aku begitu taksub mengatakan dengan ruqyah kita boleh gerenti penyakit/gangguan akan sembuh, ada banyak jugak kes2 sihir tidak berjaya dipulihkan dengan ruqyah, begitu jugak ada banyak pula kes2 yang telah dipulihkan dengan bantuan ruqyah, bagi aku di dalam ruqyah itu ada satu kuasa yang luar biasa dengan terdapat sandaran syariat di atasnya, semua dengan izin Allah jua.

Jawapan saya:
Sebab itu aku kata bahawa itu adalah mukjizat Al-Quran bagi orang2 yang percaya..Tidak dapat dinafikan itu semua.. Kalau saudara beli CD ruqyah syariah, saudara akan lihat, bahawa ayat-ayat itu bukan sahaja untuk menentang rohani, tetapi juga sebagai penyuci jiwa. Boleh saudara kemukakan kepada saya ayat / Hadis yang mengatakan bahawa Ruqyah Syariah tu boleh digunakan dalam merawat penyakit atau sihir?.

2)
Tentang doa.  Betul dalam quran Allah suruh kita berdoa memohon kepada Dia, berdoalah kepadaKu nescaya akan aku perkenankan permohonan kamu.. . Masalahnya adakah jaminan  Allah itu sebagai satu lesen untuk kita meminta apa sahaja?  Tentulah kita diajar adab dan peraturan berdoa dan tidak boleh memohon untuk mendapatkan apa juga perkara yang ditegah dan dilarang dalam ugama.  Tidak boleh kita meminta untuk menjadi tukang2 shir, tidak boleh kita meminta supaya rezeki besar turun dari langit terus masuk dalam bilik tidur kita, itu mustahil...  Takdir dalam tangan Ilahi tetapi nasib dalam tangan kita sendiri, usaha sendiri sahaja yang boleh mengubah nasib sendiri...  Jadi maksudnya kita dilarang berdoa meminta benda yang bukan bukan...

Jawapan saya:
Kalau saudara ikuti kursus tersebut, atau mana2 kursus yang ada...saudara akan nampak sendiri, tak ada pun doa untuk meminta supaya rezeki besar turun dari langit dan masuk ke dalam bilik tidur kita dan tak ada pula untuk menjadi tukang sihir. Doa - doa tersebut kebanyakan berbentuk pengharapan dari Tuhan...Sebab tu saya kata..saudara perlu lihat dulu amalan itu.Tak ada satu pun doa yang seperi yang saudara fikirkan. Semua tujukan pada yang Satu...amalan2 tersebut hanyalah usaha..Bukankah doa dan mempelajari ilmu adalah satu usaha?.Saya juga bekerja...saya tidak mengamalkannya dengan duduk goyang kaki..saya minta pertolongan Allah dan saya kerja untuk mendapatkan kurniaanNya yang saya minta

3)
Kita bincang tentang karomah yang orang percaya boleh dikaitkan melalui jalan ugama seperti melalui solat, doa, zikir dan sebagainya.  Kebolehan luar biasa yang mencarik adat, boleh menyelam dalam air berjam jam tanpa sebarang alat bantuan, boleh hilang dari pandangan manusia, boleh berjalan atas air, kebal dan kalis peluru, boleh terbang diangkasa, boleh tarik duit, boleh meramal nombor dan sebagainya.  
Sejauh mana benarnya kepercayaan seperti ini?

Jawapan saya:
Kalau saudara nak tahu di dalam Al-Quran juga ada ayat yang digunakan untuk hilang dari pandangan manusia. Surah Al-An'aam 6:104 / 103 kalau saya tak silap

La tudrikuhul abshoru wahuwa yubrikhul abshoro wahuwallatiful khabir...

Ayat itu menerangkan Allah itu Maha Ghaib dan Maha Halus...dengan membaca ayat itu,kita bukan nak jadi Allah yang Maha Ghaib / Maha Halus,tapi kita mahukan aura ayat itu sebagai permintaan kepada Allah. Begitulah sebenarnya aplikasi Ruqyah Syariah. Kalau saudara baca betul-betul artikel tersebut, saudara akan tahu golongan yang macam mana baru akan capai tahap macam yang saudara sebutkan di atas..Saya minta saudara baca semula artikel tersebut

3)

Ulamak mengaitkan kepercayaan ini dengan ajaran "bathiniah", satu ajaran yg diamalkan dalam islam tetapi sebenarnya bukan dari ajaran Islam, ditentang hebat oleh kebanyakan ulamak kerana ajaran ini merosakkan aqidah umat islam dari dalam islam itu sendiri.  Penjelasan ini memerlukan penulisan yang panjang.Persoalannya sekarang adakah Allah akan memperkenankan sebarang bentuk doa atau zikir2 yang kita pohon bagi memperolehi kebolehan luar biasa tersebut.  Tidak ada satu bukti pun dalam sejarah boleh kita menzahirkan semua itu melainkan dengan jalan sihir.  Kita tidak pernah dengar perkara seperti ini diperbincangkan dalam Zaman Rasulullah, zaman para sahabat, zaman para tabiit, para tabiit tabiin, semua ini datang kemudian hasil dari falsafah kepercayaan ugama lain setelah Islam tersebar meluas.

Jawapan saya:
Saya rasa saya takkan dapat menyakinkan saudara kalau saudara tidak lihat sendiri kandungan amalam tersebut...jadi saya rasa ada eloknya saudara mempelajari (bukan mengamalkannya) dan saudara perhatikanlah isi kandungannya...

[ Last edited by  eastrun at 7-1-2008 04:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 7-1-2008 04:44 PM
Jawapan saya:
Sebab itu aku kata bahawa itu adalah mukjizat Al-Quran bagi orang2yang percaya..Tidak dapat dinafikan itu semua.. Kalau saudara beli CDruqyah syariah, saudara akan lihat, bahawa ayat-ayat itu bukan sahajauntuk menentang rohani, tetapi juga sebagai penyuci jiwa. Boleh saudarakemukakan kepada saya ayat / Hadis yang mengatakan bahawa RuqyahSyariah tu boleh digunakan dalam merawat penyakit atau sihir?.


1.   Dan Kami turunkan Al-Quran menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.  Al-Isra' 82


2.  Dari Ali bin Abi Tholib, ia berkata:  Rasulullah saw bersabda; "Sebaik-baik pengubatan adalah (dengan) Al-Quran (H.R. Ibnu Majah).


3.  DariAbi Khuzamah, ia berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah! Bagaimana pendapatmu tentang melafazkan kata-kata doa untuk memohon kesembuhan (ruqyah), kami bacakan ruqyyah itu dan tentang obat yang kami pergunakan untuk mengobati penyakit serta tentang kata-kata doa untuk mohon perlindungan/pemeliharaan (taqiyyah), lalu kami bacakan taqiyyah itu? Tidaklah hal itu berarti menolak taqdir (ketentuan)Allah? Maka Nabi SAW menjawab: Hal itu juga termasuk taqdir Allah (H. R. Ahmaddan Turmudzi).

4.  Dari Abi Dardaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 06:20 PM | Show all posts
Jawapan saya:
Kalau saudara ikuti kursus tersebut, atau mana2 kursus yangada...saudara akan nampak sendiri, tak ada pun doa untuk meminta supayarezeki besar turun dari langit dan masuk ke dalam bilik tidur kita dantak ada pula untuk menjadi tukang sihir. Doa - doa tersebut kebanyakanberbentuk pengharapan dari Tuhan...Sebab tu saya kata..saudara perlulihat dulu amalan itu.Tak ada satu pun doa yang seperi yang saudarafikirkan. Semua tujukan pada yang Satu...amalan2 tersebut hanyalahusaha..Bukankah doa dan mempelajari ilmu adalah satu usaha?.Saya jugabekerja...saya tidak mengamalkannya dengan duduk goyang kaki..sayaminta pertolongan Allah dan saya kerja untuk mendapatkan kurniaanNyayang saya minta


Itu yang sebaiknya amalan itu perlu dilihat dahulu.  Keterangan itu sekadar untuk menjelaskan kita tidak boleh berdoa memohon perkara yang terlarang TIDAK dituju kepada mana-mana individu.



[ Last edited by  kupia at 7-1-2008 06:28 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.383385 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list