|
dah tengok last nite - full house tapi sebab dah booked
so.. okay la -
overall - plot yang interesting ... lakonan yang berkesan
wesley lakonan mcavoy ...memang bagus lakonannya -
terutama bila dia heartbeat dia berdegup kencang
dan keadaan gemuruh.. -
fox lakonan jolie... okay.. tak adalah macam superb apa ka -
tapi yang stunt dan adegan tembak menembak tu memang
best ... tak kelip mata langsung punyalah suspense..
sloan - morgan freeman - well what can i say- memang
one of the best actors dan tak suspect langsung apa2
until..... (masa dia bagi fox benda tu.. baru saya dah
suspect.. pasal tu... especially bila wesley is saved
by...
fascinating story... good plot.. good acting..
worth watching -
recommended
rate 4/5 |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya, angie is too preggie nak p preview wanted...hopefully kutipan box office melambung...
hope to watch next week..kalau ada masa |
|
|
|
|
|
|
|
Hi!!!
Teruja nya aku nak tgk...minggu depan lah kot kalau nak tgk pun
|
|
|
|
|
|
|
|
best gillleeerrrrrr!!!!!
plg best last scene antara wesley ngan sloan.....
4/5:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
huhu...dah tgk semlm..mmg berbaloi ar tgk...best.. |
|
|
|
|
|
|
|
best giler..tgk citer ni mlm tadi...midnite kat the Curve...twisted langsung tak boring...Jolie is naturally beautiful la...no wonders men and women are sexually attracted to her..
sloan mmg superb..ala2 innocent gitu...Sapa yg beleum tgk baik g tgk...best weh |
|
|
|
|
|
|
|
mcm syok je cte nih..nk tgk r |
|
|
|
|
|
|
|
mcm syok je cte nih..nk tgk r |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti Tonton: Wanted bawa dimensi baru dunia perfileman
Judul: Wanted
Pelakon: James McAvoy, Morgan Freeman, angelina Jolie, Terence stamp, Thomas Kretschmann, Common, Kristen Hager dan Marc Warren
Pengarah: Timur Bekmambetov
Genre: Aksi/Thriller
Durasi: 110 minit
BENARKAH takdir itu sudah ditentukan ataupun kita sebenarnya mampu untuk mengubahnya. Dan andai diberi pilihan, apakah kita boleh menentukan takdir kita sendiri? Inilah persoalan yang dibangkitkan menerusi filem aksi arahan sutradara yang pernah menghasilkan filem Night Watch ini.
Dihasilkan berdasarkan siri komik oleh Mark Miller dan JG Jones, Wanted membawa satu dimensi baru kepada dunia perfileman apabila menggabungkan elemen komik dan permainan video dalam filem yang menampilkan ramai pelakon handalan ini.
Elemen komik dibentuk apabila ia dimulakan dengan memfokuskan kepada Wesley Gibson (James McAvoy), seorang pengurus akaun yang berterusan dibelenggu nasib malang apabila dia terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah hidup.
Mempunyai majikan yang tidak berhati perut, memiliki teman wanitanya yang curang dengan teman baiknya sendiri serta mudah diburu perasaan bimbang sehingga ke tahap yang sukar untuk dikawal menyebabkan Wesley sentiasa meratapi nasibnya.
Bagaimanapun, kehidupan Wesley berubah sejak bertemu dengan Fox lakonan Angelina Jolie yang memperkenalkannya kepada dunia baru - pembunuh upahan Freternity yang diketuai Sloan, lakonan Morgan Freeman.
Dari pertemuan itu, Wesley mengetahui sejarah silam hidupnya. Dari cerita Sloan, Wesley mendapat tahu bahawa dia mewarisi kemahiran istimewa bapanya yang tidak pernah ditemuinya sejak kecil iaitu potensi untuk bergelar pembunuh upahan. Paling menyedihkan, Wesley turut diberitahu bahawa bapanya mati dibunuh oleh seorang pembunuh upahan Fraternity yang berpaling tadah bernama Cross.
Atas niat untuk menuntut keadilan, Wesley sanggup untuk melakukan tugas itu walaupun pada awalnya dia menghadapi kesukaran. Selepas melalui beberapa sesi latihan yang menyeksakan, Wesley berjaya menggalas tanggungjawab itu. Kemuncak kejayaannya adalah apabila dia lulus dalam ujian mempelajari teknik tembakan khas iaitu membuat peluru melencong untuk sampai tepat ke sasarannya - satu kemahiran penting untuk semua anggota Fraternity.
Tidak dapat disangkal lagi, Wanted adalah antara filem aksi terbaik untuk tahun 2008. Walaupun ada di antara babak dalam filem ini mempunyai persamaan dengan filem Matrix terutama dalam adegan tembak menembak yang ditonjolkan dalam bentuk gerak perlahan, namun Wanted tetap ada keistimewaan.
Pun begitu, mesej filem ini tetap menyentuh perasaan. Dalam keganasan sebenarnya terselit perasaan kemanusiaan yang tidak seharusnya luput dalam jiwa. Paling menarik adalah penamat kepada cerita ini kerana ada sesuatu yang tidak disangka-sangka akan berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk..walaupun 2 row paling depan..sakit tenkuk dibuatnyer...
scene best yg start2 dah lompat2 bangunan...ngeri btul...
fox lg hebat masa last tu...1 peluru bleh bunuh suma org...
iturlah sape soh duk 1 baris..hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #77 rabbitcute's post
tu leh..lain kali nak duduk sebaris pon kene berselang2 zig zag...supaya tidak ditembusi peluru. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bessst...
ops..konpius skek ending dia..angie tu mati ke x..
aku yg blur ker, atau x mghayati citer..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|