CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HazelNut

Cadangan utk memajukan bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 3-8-2007 03:09 AM | Show all posts
sampai bila target Malaysia utk masuk World Cup?? rasa2nya angan2 Mat Jenin je laa...:L

pelbagai komentar, alasan dan cadangan dikemukakan bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.

antara alasan/SEBAB kemerosotan mutu bola sepak:
1) Pentadbiran FAM yang Maha Lemah
2) Pentadbiran dikuasai/dilibatkan dengan orang politik.
3) Pengurusan yang statik/beku.
4) Pilih kasih semasa pemilihan.
5) Pemain yang terlalu dimanjakan, gaji diberi terlalu tinggi hingga melupakan misi utk bermain kepada negara.
6) Pemain malaysia sudah TERLEWAT utk dilatih kerana sepatutnya pemain dilatih sejak berumur 7 tahun lagi ttg segala teknik dan pendedahan ttg bola sepak.
7) Mentaliti ibu bapa yang mementingkan akademik. berapa ramai ibu bapa yang sanggup membeli kelengkapan sukan utk anak mereka ?
8) Pemain terlalu 'lembik', tidak berdisiplin dengan berambut panjang, kaki disko, main betina dll.


KELEBIHAN PEMAIN DI M'SIA (kebangsaan):
1) Fasiliti/kemudahan yang banyak.
2) Pelbagai elaun dan insentif bagi setiap kejuaraan (sebagai motivasi asalnya).


alasan utk hantar training di luar negara hanya akan merugikan duit k'jaan.. lebih baik lagi kerajaan membuat sekolah sukan khusus bola sepak utk memupuk  dan melatih pelajar sejak kecil lagi. selain itu, kerajaan perlu memberikan penumpuan khusus kepada pemilihan pemain utk sekolah sukan. Jurulatih juga perlu dipilih dikalangan yang terbaik dan berpengalaman utk handle pemain cilik ini, dan disediakan juga dietaries khusus utk sekolah sukan terpilih ini. Wujudkan sekolah sukan berasaskan konsep sekolah kluster tu, tetapi cara pengurusan mengikut acuan sekolah sukan ler. penekanan disiplin pelajar juga diwajibkan. silibus pula bolehlah diadakan MoU dengan kelab2 sukan yang mengadakan konsep yang sama utk diambil silibus tersebut. Perkongsian pintar sekarang amat memudahkan cara pembelajaran.
kerjasama semua pihak amat diperlukan.. bukan sekadar kritikan pedas.. tetapi kritikan membina juga diperlukan....kegagalan wajib dijadikan iktibar. lakukan rombakan dan buang saja pemain yang lemah dan tidak berdisiplin. apply sistem merit pada pemain negara. ATAU bubarkan saja pemain kebangsaan sekarang dan kita bermula semula dari bawah dengan melatih anak-nak kecil sejak umur 7 tahun..... selepas 17-18 tahun baru ler boleh buat target utk World Cup setelah melepasi Asian Cup..... jgn asyik jadi seprti TIKUS MEMBAIKI LABU.. bukan makin baik.. makin rosak.. dan melakukan pembaziran saja....
ok.. that is my 2 cent opinion..TQ

P/S: sorry kalo peminat fanatik rasa pe yg aku katakan nih buat korang HOT


[ Last edited by  NagaVillage at 3-8-2007 03:11 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2007 10:49 AM | Show all posts
aku cadangkan:

alternatif 1:
hantar lebih ramai pemain muda ke Oversea, cari liga Div.3/4/5 kat England. letak diorang kat sana.. jgn cari team-team besar, alamat diorang jadi budak kutip bola.

alternatif 2:
cari anak-anak yatim piatu di Malaysia yang ada bakat dan fizikal yang bagus dan hantar training kat oversea. kenapa anak-anak yatim? sebab mereka tidak terdedah dengan faktor kerinduan dan mereka memang menjalani hidup yang sukar.. diharapkan mereka akan rajin training dan berdisiplin lebih.

alternatif paling last dan best:
FAM atur satu delegasi ke Amerika Selatan terutamanya Brazil dan ke negara-negara AFRIKA, kalau kat Brazil, cari anak-anak yatim piatu yang main bola sepak jalanan kat sana, kalau kat Afrika cari anak-anak yatim piatu yang badan mantap dan fizikal bagus.. ambik diorang bagi MyPR lepas tu antar training kat Oversea, kalau takut diorang terlepas kat negara lain, bagi diorang main pasukan kebangsaan sekali, atur ler lawan freindly pasukan kebangsaan dengan negara Bhutan (paling rendah ranking dalam FIFA) untuk dapat 1st caps Malaysia. bila dia dapat 1st caps diorang tak leh main negara lain selain Malaysia..

aku rasa lepas tu memang Malaysia mantap....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

keptenmarbel This user has been deleted
Post time 3-8-2007 10:51 AM | Show all posts
training pakai buah kelapa mcm pele
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by keptenmarbel at 3-8-2007 10:51 AM
training pakai buah kelapa mcm pele

kesian dengan peniaga kelapa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2007 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by cekodok78 at 3-8-2007 10:49 AM
aku cadangkan:

alternatif 1:
hantar lebih ramai pemain muda ke Oversea, cari liga Div.3/4/5 kat England. letak diorang kat sana.. jgn cari team-team besar, alamat diorang jadi budak kutip bol ...


PEMBERIAM MyPR KPD PEMAIN LUAR...

memberikan MyPR kepada pemain luar semata2 utk menaikkan martabat sukan negara bukan langkah bijak.. alasan nya mudah.....
1) dari segi migrasi akan berlaku pertambahan masalah sosial... seprti kes sape ntah pemain nigeria yg bermain utk kedah yg buat projek dgn minah pendang tu  walaupon satu kes tidak boleh dijadikan kesimpulan.. baik kita lebih berhati-hati.. sediakan payung sebelum hujan....
2) masyarakat luar akan lihat M'sia sudah ketandusan pemain hingga terpaksa cari orang lain utk dijadikan pemain @ rakyat negara semata2 nak famous.... cuba renungkan....
3) apa tanggapan/persepsi orang luar negara terhadap malaysia..... sebagai cth: kita ambil rakyat Brazil sebagai pemain dan dapat MyPR..... fizikal orang brazil tak sama dengan M'sia... pastu kita adakan perlawanan dengan kelab2 kat asia ke... sprt Jepun.... orang jepun tgk... diaorg kata ''AMBOI.. ORG M'SIA RUPA CAMTU NOO....''(ni bg org jepun x penah tgk malaysian la) ...
4) bak kata pepatah.. '' kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan''....  dengan membawa bakat2 dari luar ini pasti menyebabkan rakyat di negara ini terus kerugian..... dari segi ekonomi dan juga pengasahan bakat2 terpendam....

tujuan kita memartabatkan sukan dengan orang kita sendiri.. bukan mengambil org luar..... setakat nak ambil orang luar.. baik offer pemain club ternama mcm MU, ARSENAL, REAL MADRID.. atau pemain negara BRAZIL..PERANCIS.. ARGENTINA dan bagi status PR jer kat diaorg utk main atas nama M'SIA..... sure pasnih m'sia juara world cup.. paling koman naib juara world cup....  pastu pasti berebut2 pemain dari negara lain pakat nak tukar jersi YANG ADA LOGO MALAYSIA/FAM selepas bermain friendly......  (teringat masa team m'sia lawan friendly dgn MU dulu.. berebut2 pemain m'sia nak tukor jersi dgn team MU..... nampak sgt kemarukk............. )

dengan ini... saya mohon bangkangan diterima......!!!!! (nih ala2 parlimen ler.... )

p/s: tu pendapat naga.... u may agree or disagree....... pada kodok.. jgn maqah noo............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 05:55 PM | Show all posts
aku pun tak setuju dengan cadangan ambik player negara lain dan bagi mypr ni. Sebab sebenarnya ramai player yang berbakat dalam negara nih. Mereka yang betul-betul nak main bola, makan bola minum bola, tidur bola. Tapi tak pernah dapat peluang untuk mendapat bimbingan asas pasal bolasepak secara profesional. Mereka ni sekadar main untuk sekolah kemudian terus hilang atau sekadar main untuk buang peluh waktu petang saja. Peluang mereka untuk ke akademi ditidakkan oleh kabel-kabel besar yang berkepentingan.


Contohnya dalam Piala Gothia yang berlangsung di Sweden baru-baru ni. Pasukan NS Academy layak selepas menang kejohanan peringkat Malaysia, dan mewakili negara di Sweden. Sebelum ke Sweden ada usaha untuk menukar pemain dan memasukkan player yang ada hubungkait dengan individu tertentu. Bagaimanapun usaha ini digagalkan dan hasilnya, pasukan NS Academy layak untuk ke pusingan kalah mati (pusingan kedua) sebelum kalah kepada pasukan dari Zambia yang merupakan juara bertahan. NS Academy menjadi juara kumpulan setelah menewaskan kelab dari Sweden dan kelab Valencia dari Sepanyol serta seri dengan satu lagi kelab dari Sweden.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2007 10:23 PM | Show all posts
satu hal lagik,budak budak yang dah rasa diorang dah tak minat nak belajar,apa kata ditekankan kepada pelajaran bola sepak,dengan aspek pembelajaran pemikiran dan teori taktikal diterapkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 03:32 PM | Show all posts

Reply #67 GRINDSAKHTANIC's post

cadangan aku pulak..

1).Team kebangsaan haruslah mempunyai pemain yang tetap...team ni sepatutnyer dimasukkan ker dalam liga super tempatan untuk menyesuaikan kesefahaman pemain..

2)FAM mestilah mencari seorang pengarah teknikal merangkap jurulatih bola sepak terkenal dari luar...dan FAM tidak seharusnya masuk campur dalam urusan latihan,biar pengarah teknikal yang menguruskan..90%.cari yang pakar macam zico,atau mourinho..biar mahal sikit asalkan bebaloi
3)FAM seharusnya mempunyai banyak ejen pencari bakat di seluruh negara esp pendalaman cthnya anak2 orang asli...banyakkan menganjurka pertandingan di setiap daerah..cthnya my team...

4)pemain skuad kebangsaan haruslah diberikan keistimewaan tersendiri seperti jaminan kerja tetap,gaji yang berpatutan,peluang bermain dengan kelab2 handal di dunia..dengan ini,setiap pemain akan bermain bersunggu2 untuk bermain dlm team skuad negara.....

5)FAm perlu mencari penaja untuk membiayai semua perbelanjaan contohnya dari syarikat telekomunikas, hartanah dan sebagainya...kerana tanpa biaya yang mencukupi,,banyak program2 tidak dapat dijalankan..

6)mewujudkan beberapa buah akademik bola sepak profesional(yang ada sekarang kebanyakkannya bermotifkan keuntungan) di bawah naungan FAM.dan melantik bekas2 pemain2 negara menjadi jurulatih....

7)mengadakan pelbagai perlawanan persahabatan dengan negara luar dan mintak tunjuk ajar daripada mereka...bak kata orang tua..kalau dah tak pandai tu,,janganla jadi bodoh sombong..biar kita malu sekarang,jangan malu d masa depan.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 09:48 AM | Show all posts
main bola mestilah menggunakan otak
aku tengok players malaysia main ikut nafsu je
main tendang bola ikut dan je...
tak pikir langsung...
kalo main pakai otak, takde la penat sangat.

ni pesan cikgu aku la masa sekolah dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 04:37 PM | Show all posts

Reply #69 zod's post

betul tu..aku rasa dieorang gugup..sebab jarang dapat men kat stadim bukit jalil..kalau ada dapat masuk final liga tempatan barula merasa men
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 05:08 PM | Show all posts
cadangan aku kita kautim laa dgn thaksin masukkan beberapa player kita ni pi masuk youth academy man city kaa..tp aku rasa drpd masukkan player msia baik dia masukkan player thailand diorang
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 04:34 PM | Show all posts
air asia kena tolong bola sepak kite coz  diorang taja mu xkan tak boleh hantar budak-budak muda contohnye u12 pegi training kat academy mu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 06:26 PM | Show all posts

Reply #65 NagaVillage's post

saya mohon untuk jawapan balas Pak Moderator

tujuan saya mengusulkan mengambil pemain luar untuk bermain di Malaysia bukan semata-mata untuk kepentingan saya sebagai peminat bola sepak Malaysia . tujuan saya murni Pak, cuba kita bukak mata kita kepada PASUKAN KEBANGSAAN PERANCIS, PASUKAN KEBANGSAAN GERMAN.. team-team ni dah lama bagi kerakyatan kepada pemain-pemain yang berbakat dan mereka bukan suka-suka hati bagi kerakyatan France kepada Patrick Vieira, Thierry Henry, Thuram, Zinedine Zidane, Malouda, Abidal, Desaily dan ramai lagi.. mereka-mereka ini juga tak memberi kesan kepada kesan SOSIAL di France tapi mereka telah menghadirkan kebanggaan kepada France.. Germany memberi kerakyatan Miro Klose, Podolski bukan untuk suka-suka tapi untuk kebanggaan negara. England tawar kerakyatan pada Owen Hargreaves dulu adalah untuk main bola sepak dan bukan untuk membawa masalah sosial. sekarang ni ramai England bagi Nationality kepada player-player seperti Agbonlahor, Muamba dan ramai bakat-bakat muda yang dulunya bukan berasal dari England..

Holland takkan memberi kerakyatan kepada warga Surinam seperti Edgar Davids dan Patrick Kluivert sekiranya tak bagus. Holland satu lagi contoh yang memang ramai pemain luar. Pemain Swiss ramai yang asal dari Turki. takyah pergi jauh, sekarang ni negara-negara Teluk pun dah ada pemain luar. jangan ler kita ambik player yang standard rendah tapi ambik player yang ada prospek untuk pergi jauh, kita tak suruh diorang training kat NS NAZA, KUALA MUDA NAZA KE tapi kat oversea..

saya mohon untuk terus menjawab Pak Moderator, jawapan siri ke-2 akan menyusul lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by NagaVillage at 4-8-2007 10:25 PM

tujuan kita memartabatkan sukan dengan orang kita sendiri.. bukan mengambil org luar..... setakat nak ambil orang luar.. baik offer pemain club ternama mcm MU, ARSENAL, REAL MADRID.. atau pemain negara BRAZIL..PERANCIS.. ARGENTINA dan bagi status PR jer kat diaorg utk main atas nama M'SIA..... sure pasnih m'sia juara world cup.. paling koman naib juara world cup....


aku tak rasa diorang nak main untuk Malaysia cuba try ler offer kat pemain-pemain yang disebut di atas, diorang nak ke? sure tak nak.. takut nanti, orang lain dah jauh ke depan kita masih tinggal..

[ Last edited by  cekodok78 at 20-8-2007 06:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 03:06 PM | Show all posts
jawapan siri ke-2

senarai antara pemain yang bukan bermain untuk negara asal

Eduardo da Silva - asal : brazil national team : croatia
Jesse John Okwunwanne - asal : Nigeria national team : Bahrain
Andr閟 Sebasti醤 Soria Quintana - asal : Uruguay national team : Qatar
Alessandro dos Santos (Alex) : asal - Brazil national team : Jepun
Wagner Augusto Lopes : asal - Brazil national team : Jepun
Lukasz Podolski : asal- Poland national team : German
Miroslav Klose : asal- Poland national team : German
Owen Hargreaves : asal - Canada national team : England
Valon Behrami : asal - Serbia national team : Swiss
Blaise Isetsima N'Kufo : asal- Congo national team : Swiss
Nedum Onuoha : asal- Nigeria U21 England
Leroy Lita : asal- Congo U21 England
Shola Ameobi : asal-Nigeria U21 England
Deco : asal-Brazil national team: Portugal
Patrick Vieira : asal-Senegal national team: France
Bacary Sagna : asal-Senegal national team France
James Younghusband/ Philip Younghusband : nationality : England national team: Filipina (mak/bapak dia orang Filipina)

adakah masa depan bola sepak negara seperti France, Holland, German, England makin hancur disebabkan pemain-pemain luar ni, jawapannya TIDAK, pemain-pemain tempatan jadi lebih kompetitif dalam mencari ruang untuk bersaing untuk pasukan negara mereka.

cuma, kalau nak ambik pemain luar, kena pastikan betul-betul berbakat dan berpotensi besar.. jangan ambik yang cokia.. kena uji betul2, wujudkan jawatankuasa. kalau nak ambik jangan ler ambik ramai sangat macam Singapore tapi tumpukan pada posisi kritikal Malaysia terutamanya STRIKER, ATTACKING MIDFIELDER, GOALKEEPER.. mungkin posisi-posisi ni kita boleh utamakan. cuba tengok Filipina je, antara negara lemah dalam Asean, sekarang ni dah mampu bersaing dan makin improve semenjak kemasukan adik beradik Younghusband.

nak offer player-player yang ada nama kat kelab-kelab besar macam Man U, Real Madrid ke atau yang dah ada dalam reserve team diorang.. memang jangan harap ler, tu pasal saya cadangkan pergi cari bakat-bakat muda yang ada prospek besar untuk berjaya dalam bola sepak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 06:11 PM | Show all posts
memang benar kate cekodok78 nie. tapi harap jawatankuasa yg bakal ditubuhkan nnt tu bukan daripada kroni2 politik. kalau ade orang politik konfem hancus...

sukan perlu dikuasi orang sukan.
politik hanya untuk orang politik yg entah ape yg dipolitikkannya...

saya punya cadangan untuk tubuhkan akedemik persendirian..
sesiapa berminat sila PM...kertas kerja dalam pembikinan..
TQ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 07:54 PM | Show all posts
saya cadang kan cadangan ditutup...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 03:33 AM | Show all posts
1) pilih team ikut performance semasa (kalau pilih striker yg mmg struggle nk score dlm liga super @ liga perdana jgn harap la nk de byk gol time lwn international)

2) tukar tactic ... (suke sgt main style english... asik long ball... pastu kasik alasan player lawan sume tinggi.. )

3) mantapkan fitness ( jarang btul tgk player mesia leh kejar bola sungguh2 sampai abis masa)

4) kasik award monthly utk player yg bagus (tambahkan motivasi nk main bagus)

5) hantar player ke luar ( jgn asik nk liga glemer je..  liga lain byk lg yg legi kompetetif dr liga mesia nih)

6) kasik kerakyatan pd player import yg btul2 power... ( jgn kate rendahkan maruah... sukan lain boleh yufang.. irina maharani... hidayat.. etc.. team luar yg power pon buat ... )

7) pengurusan kene mantap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 08:15 AM | Show all posts

Reply #25 Gess's post

baik men FM2007...aku rasa lgi terer msia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 01:33 PM | Show all posts
saya tak setuju dengan mengambil pemain yang bukan orang malaysia main dengan team malaysia.rasanya,di negara kita,cina,india,melayu,kadazan,iban,murut,orang asli,bajau...dan sebagainya pasti mempunyai bakat pemain yang agak luar biasa.cuma,masalahnya ialah,pentadbiran FAM yang kurang teliti dengan pengambilan pemain,ditambah pulak dengan dasar pilih kasih.ini sudah cukup melemahkan industri pemain bola sepak kita.

banyak lagik bakat yang belum di jumpai di malaysia nih.carikla di ceruk pedalaman sekalipun,gerenti ada pemain yang boleh diketengahkan.....kalau sampai tahap kelab kelab lain nampak bakat orang kita,ini bermakna FAM hanya membuta tuli dan sibuk dengan politikus mereka....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.087770 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list