CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sleepingbeauty

Camner nak discuss ngan hb tentang sikap ibu & adik beradik dia ???

[Copy link]
Post time 13-4-2007 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 13-4-2007 11:16 AM
kalo dah memang ada pemikiran 'mak dia mak dia, mak saya mak saya'...... sampai mati pun hubungan ngan mertua x bole jadi baik....

lupa ke - bila kita decide utk berkahwin, maknenyer kita 'ber ...



hah puas hati dengan penjelasan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by cienoet at 13-4-2007 11:16 AM
      sleepy...tumpang gelak japp ekk..ceria2kan hati u yg luka



Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by sleepingbeauty at 13-4-2007 10:59 AM
dia xkan kata apa2 ... dan kalau dia baca pun tu masalah aku utk tanggung sendiri .. bukan masalah ko ...



Memang la agaknya...sebab dia tak sayang mak dia.

Nanti kau jadi ibu mertua, kau pulak rasa, nak pergi jaga cucu, menantu tak suka.macam forumer sini selalu kata, what goes around, comes around.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:28 AM | Show all posts
dari forum lain.

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Saya tidaklah perlu menjawab satu persatu secara khusus permasalahan yang dihadapi oleh puan. Ada baiknya saya mengemukakan garis panduan umum utk dijadikan pedoman.

Sering terjadi masalah hubungan 3 hala: Suami, isteri & ibu si suami. Kalau suami cuba memberi layanan yang baik kepada si isteri, ibunya akan merasa sempit dadanya. Kadangkala terjadi juga, apabila suami menunaikan hak ibunya, si isteri pula yang merasa sempit dadanya. Si ibu merasa tidak redha selagi anaknya tidak menyakiti hati anak menantunya. Begitulah seterusnya..

Si suami merasa serba salah. Ibu atau isteri? Ibu ada hak yang perlu ditunaikan. Kata-katanya perlu didengari. Syurga di bawah telapak kakinya. Si isteri pula teman hidupnya. Ibu kepada anak-anaknya. Ada hak-hak yang perlu ditunaikan. Isteri wajib dilayan dengan baik. Perlu diberi keperluan hidup yang secukupnya sekadar kemampuan. (Ruj: Al-Nisaa': 19, al-Baqarah: 229, al-Nisaa':21)

Kedua-duanya tidak boleh disakiti. Baik si ibu. Baik si isteri.

Dalam masalah ini, perlunya masing-masing pihak bertaqwa kepada Allah. Agar dengannya, masing-masing tidak mengganggu orang lain dari menunaikan haknya kepada yang berhak. Dan tidak menghalang orang lain dari menerima hak yg sewajarnya.

Si ibu perlu bertaqwa kepada Allah. Dia tidak boleh mengganggu anaknya dari menunaikan hak kepada isterinya. Menghalang anak dari perkara ini adalah salah. Dia juga tidak boleh menjebakkan anaknya sendiri ke dalam jurang derhaka kepadanya. Apabila anaknya memberi keperluan hidup kepada isterinya atau memberi sedikit kesenangan sekadar yg termampu, itu bukanlah kerana mahu menyakiti hatinya atau menderhaka kepadanya. Sepatutnya dia merasa gembira kerana anaknya adalah anak yg baik dan bertanggungjawab terhadap isterinya.

Si isteri, mempunyai tanggungjawab melayan ibu kepada suaminya dengan sebaik-baik layanan. Ibu suaminya adalah ibunya juga. Itu adalah salah satu dari tanggungjawab isteri kepada suaminya, iaitu melayan ibunya seperti ibu sendiri.

Bagaimana buruk dan tidak baik sekalipun tingkah lakunya, dia adalah ibu suaminya. Bila berlaku perselisihan dengannya, bersabarlah. Di samping itu berusahalah dengan cara hikmah dan bijaksana agar si ibu mertua itu insaf dan sedar akan tanggungjawabnya.

Sekian, semoga bermanfaat..
Wassalam

zain y.s
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 11:29 AM | Show all posts

Reply #59 alexandria_iz's post

aku nak tanya kat ko sis ...

how did u treat ur MIL and how did she treats u ... kalu at the first place she didnt set the boarder then aku boleh follow ...

so far mak aku x pernah ada problem ngan laki aku ... even kalu laki aku komplen pasal mak aku pun kalu aku rasa benda tu betul ... aku boleh terima ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:29 AM | Show all posts
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendini. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"

"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang
terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik
kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Tuan Ibrahim juga menjelaskan, kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah,
kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan
kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu
bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya.

"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari,
Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah
isteninya pun tidak kenal dengan mentuanya.

"Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia
berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang
baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

"Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya
bukan daripada kalangan wanita ya berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismali
berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.

Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan
santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati
dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup
baik dan jangan ditukar kepada yang lain."

Tuan Ibrahim berpesan, "Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan doakan
keselamatan mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata,
itu ujian Tuhan. Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat
perangainya berubah:

"Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin.
Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal tulislah wasiat kepada anak-anak.

Tolong jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh. Ibu-ibu juga
amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati
anak-anak."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2007 11:30 AM | Show all posts

Reply #64 sarah07563's post

thanks sarah... at least boleh buat panduan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:30 AM | Show all posts
Assalamualaikum...(wbkt)..

Boleh ke nak bagi pendapat sikit...tengok sumer golongan hawa jer yang bagi pendapat...

Saya rasa la, semua masalah awak ni bukan benda baru...malah mungkin start dari memula awak kawin dulu...betul??
Biasanya benda macam ni terjadi bila takada persefahaman diantara menantu dengan inlaws laa...

Tu sebab kata orang, kita bukan setakat kawin dengan suami/isteri tetapi jugak dengan keluarga mereka...!!!

Sepatutnya la kita kena pandai membawa diri dan beramah mesra dengan inlaws supaya tiada perasaan kurang senang diantara satu dengan yang lain...tapi memang bukan perkara mudah...walau bagaimanapun jika hendak seribu daya.

Jadi bila dah bertahun-tahun ianya seperti dah jadi barah dalam kehidupan awak dengan inlaws..biasanya mother in law la yang paling sensitif.. maklumla cuba awak bayangkan selama ni siapa la yang menegur, melayan, memberi nasihat kepada suami  kalau bukan mother in law. Tup-tup anak dia kawin sebelum sempat dia menerima hakikat kerja full time dia tu...awak lak dah ambik alih...so kena understand sikit la situation mother in law awak tu...

Mungkin selama ni pulak suami  dah perasan yang awak tak ngam ngan mak dia...dan awak pulak tanpa sedari ada menyentuh hal-hal pasal mak dia sebelum ni...jadi benda tu disimpan sampai ke hari ni laa...dan akhirnya meletup!!

Pesanan saya, sebagai isteri awak kena usaha untuk merapatkan balik hubungan dengan suami, campakla ego tu jauh2 sebab bukannya dengan orang lain...suami sendiri jugak...tak rugi punnn..

Lepas tu, cuba tunjukkan sikap selesa dengan inlaws tu depan suami...awak mesti lihat muka dia berseri-seri...dan lebih sayangkan awak...pengorbanan awak tu besar ganjarannya...

Satu lagi, cuba gunakan orang tengah yang suami percaya/segan untuk menasihatkan/menyedarkan dia bahawa dia tak semestinya memangkan ibu dalam segala hal samada betul atau salah cuma jangan ditunjukkan sahaja pendirian kita itu didepan orang tua...simpan dalam hati jerla...

Itu jer...kalau ada yang boleh dipakai...silakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2007 11:39 AM | Show all posts

Reply #63 baiduri_ann's post

aminnnn ... same goes to u sis ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:41 AM | Show all posts

Reply #68 Abg_Zek's post

:setuju: aku setuju ngan abg_zek kita nih

biarpun mertua yg set the border, kita jgn buat mcm tu..
sekeras2 kerak nasi..lembut jugak akhirnya..
selalu berdoa moga dia terima kita mcm anak dia sendiri..

yg paling penting..kebahagiaan/redha suami pada kita

buang ego jauh2..jgn berdegil bab mil nih
suami aku selalu cakap..2 org pompuan yg plg penting bagi lelaki..mak ngan isteri
payah bagi lelaki nak asingkan kedua2..
kalau kedua2 pompuan nih boleh tolerate,alangkah bahagianya si lelaki.

[ Last edited by  cienoet at 13-4-2007 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #68 Abg_Zek's post

thank bro ... i'm trying my best ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 11:50 AM | Show all posts

Reply #68 Abg_Zek's post

thank bro ... i'm trying my best ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:53 AM | Show all posts

Reply #68 Abg_Zek's post

yang betul.. sebab dulu MIL aku pun anggap aku org luar and tak leh terima kehadiran aku dalam kehidupan anak kesayangannya dan menjadi antara wanita kesayangannya...

MIL aku takut hubby aku lupakan dia and lebihkan aku...malahan dulu nak belikan apa-apa utk aku ataupun bg aku duit pun hubby kene sorok2 jgn ibu dia tahu.. memula aku rasa bengang gak dia suami aku tapi aku cuba fikir dari side MIL aku laks.... maybe dia baru kematian suami dan perlukan perhatian anak lelakinya....

and aku mengalahlah sebab prinsip aku mengalah tidak bermakna kalah... apapun yg hubby beli aku akan dahulukan MIL, setiap kali balik kg aku akan belikan something utk MIL, apa saja MIl nak aku suruh hubby belikan tak apalah kalau bahagian aku dilambatkan asalkan MIL aku tak sedih dan tak buat perangai and lama kelamaan dia leh terima aku cakap ngan aku..... bayangkan after kahwin dia tak nak ckp ngan aku...kalau aku call kata nak balik umah dia...dia cakap nak buat apa melainkan hubby balik sama.... nak balik umah mak aku pun tak leh....

Tapi alhamdulillah berkat kesabaran aku memujuk hati MIL menerima aku akhirnya MIL mcm malu sendiri...skang nie kalau dia nak minta pandangan dia akan minta pada aku sebab dia anggap aku rasional... maybelah...

Tapi aku still tak leh nak sayang dia mcm mak aku sendiri... ini aku akui seikhlas hati sebab kekadang parut luka semalam masih berbekas... tapi aku maafkan layan dia sehabis baik, menghormati dan mendahului dirinya dari diri aku sebab syurga hubby dibawah tapak kakinya dan syurga ku di tapak kaki suamiku...so aku pegang satu jerk aku harap anak aku pun akan seperti ayah nya..... mendahulukan ibunya dari isterinya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:58 AM | Show all posts
Hai sleeping,

Just a short post for now, sebab Abg Zek dah bagi some good points.

Cadangan aku untuk tajuk thread kamu ni, `Camna nak bincang dgn hb tentang sikap emak dia....' atau anything yg lebihkurang mcm tu lah.

Stay cool... :cool:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 12:00 PM | Show all posts

Reply #73 errynn's post

Girl, aku respect part ni...

so aku pegang satu jerk aku harap anak aku pun akan seperti ayah nya..... mendahulukan ibunya dari isterinya..

Mesti aman dunia ni....aminnnn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 12:13 PM | Show all posts

Reply #74 Blues_guy's post

hai bro .. nak tanya sikit ... napa ekk ... mostly the husband ni x blh accept if we the wife 'tegur' sikit pasal their mother (tegur pun utk kebaikan bukan nak kondem)  ... please comment ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 12:16 PM | Show all posts

Reply #65 sleepingbeauty's post

hi sleepingbeauty..

kesian kat you berperang dingin pula dgn suami gara2 mil ye..?

i nak tanya you, you sayang tak dgn suami? you cinta tak dgn suami?

kalau you jawab ye, minta maaf dgn suami..tak luak pun you beralah dgn suami..mungkin you rasa cara you tanya tu tak rasa apa2 tapi dia yang dengar and kalau dia dah terasa tu maknanya ada yang tak kena la dgn you..maybe ternaik suara tanpa sedar ke, terkasar bahasa ke..mana la tahu kan? pergi la minta maaf kat suami..tak baik perang dingin lama2..kalau jadi apa2 kat suami menyesal tak sudah you..

secondly, bab mil tu cuba la compromise dgn suami..ye i tau you menanggung beban tu lagi teruk dari i yang hanya menaip je tapi you ingat satu je la..Allah janjikan yang baik2 utk org2 yang sabar..mil you mulut jahat ke, mil you busuk hati ke, cakap belakang ke you pejam mata je..i tau susah you nak buat..tapi fikirkan suami aje lah..you redha kerana Allah..kalau you simpan perasaan tak puas hati you tu i takut makin teruk..afterall, mil tu juga yang melahirkan dan membesarkan suami you..

thirdly, ajar anak2 supaya jgn bencikan@tak suka kan nenek mereka..kena reason out yang baik2 dgn anak2..adat lah dlm family mesti ada yang tak kena..tu sume dugaan la buat kita sebagai manusia ni..kalau pun you berkeras tak nak mil duduk kat rumah you, what makes you think husband you akan treat you nicely either? kalau kita nak husband kita layan kita baik, kita kena la layan family dia pun baik2 juga..walau macam mana teruk pun perangai family dia..

i perasan few posting you ada cakap you tak boleh nak anggap mil macam mak sendiri..kenapa tu? dah la you berdua tak ngam, bila you set dlm fikiran benda macam ni, lagi la membesarkan jurang yang ada..dlm hidup ni jgn kita terlalu selfish..berbalik pada apa nash cakap kat perenggan atas, luak ke kalau kita beralah? i takut nanti menantu you buat you macam mana you buat mil you sekarang...cuba2 la you bawak berfikir..bila dah tenang nanti fikir secara rasional ye..jgn ikutkan perasaan..apa perasaan you kalau suami you treat mak you macam you buat ni?

i bukan nak sebelahkan you husband's side, tapi ni kan utk kebaikan you juga..my mom bersabar lama sangat dgn karenah in laws dia..bukan setahun dua, bertahun2 lamanya..i rasa la kalau you berasa di tempat my mom tentu dah lama you minta cerai..serious ni..cause i believe your mil tu takat mulut jahat je..my mom kena bukan dgn mil dia je, tapi seluruh keluarga in law dia buat kat dia..berkat dia sabar sekarang ni alhamdulillah, kejayaan tu milik dia..and dah buka mata my dad luas2 utk hargai my mom..

satu petua my mom, no matter jahat cemana pun mil tak pernah sekali pun dia buruk2kan mil..sebelum mil dia meninggal mil dia sempat bagitau dia bertuah punya menantu sesabar my mom..and andaikata my dad cari lain dia tak mengaku anak dah! haa..sampai macam tu sekali..berkat my mom sabar akhirnya boleh juga dia menangi hati mil yang dulunya tak suka kan dia..alhamdulillah..

tak perlu la i cerita panjang betapa azabnya my mom dulu..tapi i boleh kata worst sangat dari you punya kes..so i guess kalau kes teruk pun wanita seperti my mom boleh sabar, kenapa you tak bolehkan?

take it slowly ye sleepingbeauty..balik kerja nanti perkara pertama you buat pergi la minta maaf dgn suami..kita hidup ni sekejap je..takkan kita nak tengok keluarga kita bergaduh2, bermasam muka je kan?

sorry ye..panjang pulak berceloteh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 12:20 PM | Show all posts

Reply #77 nashra's post


mung bukan sokmo berceloteh panjang ker nash?
kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 12:20 PM | Show all posts

Reply #77 nashra's post

:setuju: :setuju: :setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 12:23 PM | Show all posts

Reply #78 Pe4RL's post

jarang ler..

selalu merapu jek aku rasa..

tiba2 bila terbaca citer sleepingbeauty ni teringat kat mak aku..

sedih la bila aku kenang2 balik..

tapi mak aku tu sabar sungguh..dlm usia semuda 28 tahun dia diduga berat sebegitu..

kalau dia baca@dengar citer2 pasal org tak ngam dgn mil mesti dia senyum je..

org2 sekarang tak kebal cam org dulu2..kebal dari segi perasaan dan emosi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.743398 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list