Post Last Edit by zul_khaleeda at 3-12-2011 19:27
Memohon Visa
Bagi warganegara Malaysia, visa untuk ke Jepun boleh diperolehi daripada Kedutaan Jepun yang bertempat di Pesiaran Stonor, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan visa yang mengambil masa 3 hari bekerja .
Pastikan anda membawa
dokumen yang lengkap seperti yang disenaraikan oleh Kedutaan Jepun.
1. Bagi perjalanan untuk melancong atau transit, dokumen berikut perlu dilampirkan dengan borang permohonan: .
2. Passport
3. Borang permohonan visa
4. Sekeping foto bersaiz passport
5. Butir penerbangan atau tiket
6. Surat pengesahan jawatan dari majikan yang menyatakan sebab perjalanan, seperti melancong atau sebaginya.
7. Borang J
8. Butiran lengkap jadual perancangan perjalanan harian sepanjang tempoh anda berada di sana (itinerary)
Voucher hotel atau dokumen hotel untuk penginapan anda.
Untuk butiran lanjut mengenai permohonan visa yang lain seperti untuk sebab mesyuarat perniagaan dan sebagainya, sila rujuk webpage http://www.my.emb-japan.go.jp/.
kredit to bumisepi |