CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: mo-mo

XXIX Olimpic Games Beijing 2008

[Copy link]
Post time 16-8-2008 01:07 PM | Show all posts
Pingat Olimpik sudah pasti




BEIJING - Lee Chong Wei memastikan pingat Olimpik keempat buat Malaysia apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki setelah menundukkan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-Il 21-18, 13-21, 21-13 pada pusingan separuh akhir semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu kemudiannya memeluk jurulatihnya, Misbun Sidek kerana terlalu gembira dapat menamatkan kemarau pingat buat negara selama 12 tahun.

Chong Wei, pilihan kedua akan bertemu pilihan utama, Lin Dan dari China yang menang 21-12, 21-18 ke atas rakan senegara, Chen Jin dalam satu lagi perlawanans eparuh akhir semalam.

Acara akhir akan berlangsung esok.

Pada set pertama, Chong Wei kelihatan seperti yakin tidak menghadapi masalah untuk layak ke perlawanan akhir setelah menang 21-18 berikutan lawannya banyak melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, pada set kedua dia kehilangan 10 mata untuk membolehkan Hyun-Il mendahului 16-6 dan kemudian menang 21-13 bagi memaksa perlawanan berlanjutan ke set ketiga.

Pada set ketiga, Chong Wei tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila mendahului 15-10 sebelum menang 21-13.

"Perlawanan akhir itu adalah perjuangan untuk Malaysia. Kemenangan ini untuk saya dan jurulatih saya yang bekerja keras melatih saya," kata Chong Wei selepas berakhirnya saingan sejam itu di gimnasium Beijing University of Technology.

Chong Wei yang menjadi pemain perseorangan pertama Malaysia layak ke perlawanan akhir Sukan Olimpik, boleh menikmati imbuhan tertinggi dalam sejarah sukan negara jika merangkul emas yang pertama buat Malay- sia selepas hanya satu perak dan dua gangsa daripada Sukan Olimpik sebelum ini, semuanya menerusi sukan badminton.

Ini berikutan pengumuman kerajaan bahawa pemenang pingat emas akan diberikan ganjaran RM1 juta.

"Kemenangan ini mengurangkan tekanan saya kerana akhir- nya saya dapat juga pingat. Ini adalah kemenangan terhebat saya kerana ini adalah Olimpik dan untuk perlawanan akhir, saya akan kekalkan fokus," katanya.

Dia mengakui mempunyai masa tidur kurang enam jam kerana bimbangkan pertemuan separuh akhir itu.

"Pada set kedua, saya gagal menandingi kepantasannya. Pada set ketiga, saya yakin dan selepas masing-masing mengutip mata demi mata, kami mula beraksi di jaring dan dia banyak buat silap," kata Chong Wei yang melakukan dua smash untuk memperoleh mata kemenangan.

Hyun-Il dianggap antara pemain paling sukar untuk ditewaskan. Dia menundukkan pemain pilihan ketiga dari China, Bao Chunlai pada suku akhir untuk bertemu Chong Wei.

Kali terakhir Malaysia membawa pulang pingat Olimpik ialah pada 1996, satu perak menerusi pasangan beregu lelaki, Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock serta gangsa menerusi pemain perseorangan lelaki Rashid Sidek.



- Bernama / Kosmo -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2010 10:48 AM | Show all posts
ice cube diorg dah jadi taman tema dah...takut jadi gajah putih....stadium sarang burung dia?jadi sarang ape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.298178 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list