|
UTUSAN ONLINE 17/09/2006
Membentuk wajah idaman
SETIAP wanita menginginkan bentuk badan yang langsing dan ramping. Bagaimana pula caranya untuk mendapatkan bentuk muka yang kurus atau slim untuk sepadan dengan bentuk badan seperti itu?
Tahukah anda bahawa dengan cara menghilangkan beberapa milimeter daripada bentuk muka, anda akan kelihatan langsing?
Itu sebenarnya yang cuba dibuktikan oleh produk kecantikan Za.
Selepas berjaya melancarkan rangkaian produk melangsingkan badan, Za Wonder Shaper for Body kini ditampilkan pula Za Wonder Shaper for face.
Ia adalah untuk membolehkan anda ?elangsingkan? wajah agar kelihatan anda kelihatan lebih slim.
Produk itu disasarkan kepada wanita yang selama ini berusaha sedaya upaya untuk menguruskan badan termasuk mengikat perut.
Ia sebenarnya bermula pada bentuk wajah anda. Walau bagaimanapun pada usia semakin meningkat, tekstur kulit pada wajah semakin hilang kekenyalan dan pipi mula ?atuh? begitu juga dengan bahagian dagu yang menebal.
Akibatnya bentuk muka menjadi semakin bulat dan secara tidak langsung anda akan kelihatan gemuk.
Produk terbaru Za itu antaranya adalah untuk menguatkan kontur wajah dan membentuk ia menjadi lebih tegang bagi membolehkan anda memiliki bentuk muka idaman.
Za Wonder Shaper for Face itu mengandungi kafeina, fennel dan horsechesnut yang bertindak untuk membakar lemak dengan pantas.
Ia berkemungkinan dengan tindakan urutan untuk merangsang peredaran darah.
Selain itu produk tersebut juga akan memperbaiki tekstur kulit agar kelihatan lebih tegang dengan Power F Complex dan Houttynia Cordata.
Bahan tersebut membantu menyerapkan bahan aktif ke dalam kulit untuk merangsang tindak balas serta metabolisma.
Barangkali sangat menggembirakan apabila tekstur lembut dalam satu jar kecil dapat merealisasikan wanita yang menginginkan rupa paras cantik.
Uji klinikal turut diadakan ke atas 100 wanita Asia daripada usia 20 hingga 30 tahun dengan keputusan yang cukup memberangsangkan.
Itu termasuk 82 peratus daripada mereka merasakan bahawa bentuk muka menjadi semakin kurus dan 84 peratus pula memberitahu bahawa ia menjadi lebih tegang.
Di Malaysia, Za menampilkan tiga testimoni yang terdiri daripada selebriti terkenal seperti penyanyi Dayang Nurfaizah, model Gloria Ting dan Wong Sze Zen.
Komen Dayang setelah menggunakan produk tersebut, muka lebih langsing sebanyak 8.7 sentimeter.
?entuk badan saya agak kecil tetapi muka saya bulat. Selalunya ia akan menjadikan saya lebih gemuk di hadapan kamera. Sangat bertuah apabila saya dipertemukan dengan Za Wonder Shaper for Face,? beritahu Dayang.
Bagaimana pula dengan Gloria? ?a bukan saja menegangkan kulit tetapi juga mengecilkan kontur muka saya. Kulit juga terasa lebih lembut dan segar,? komen Gloria yang hilang 5.6 sentimeter.
Untuk Wong, ?uka saya memang agak bulat dan di depan kamera ia kelihatan lebih ketara walaupun sebenarnya tidaklah seteruk itu. Jadi saya gembira dengan produk ini yang membuatkan kontur muka saja lebih baik.?
Wong memberitahu bahawa wajahnya mengurus sebanyak 7.1 sentimeter.
Za turut mengundangkan banyak wanita lain daripada pelbagai latar untuk mencuba produk tersebut dan mereka juga berpuas hati.
Za Wonder Shaper for Face kini berada di kaunter Za.
[ Last edited by bintang^hati at 11-12-2006 05:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 24/09/2006
Geram tak sampai final ? Dayang
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
Dayang Nurfaizah akhirnya tewas. Satu kejutan kepada dunia hiburan apabila seorang penyanyi sehebat Dayang kalah untuk ke peringkat akhir rancangan One In A Million (OIAM).
Meskipun pada awalnya Dayang dikatakan punya potensi besar untuk menang (sebab dia sudah popular dan dilabel antara penyanyi bervokal hebat) tetapi undian peminat tidak boleh dipercayai.
Segala-galanya boleh terjadi apabila kuasa memilih pemenang diberi kepada penonton yang masih rendah tahap penghayatan seninya.
Dayang juga tewas di tangan pengundi yang mahu melihat orang lain membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta sebagai juara pertandingan berkenaan.
Yang lebih mendukacitakan Dayang kalah di tangan pendatang baru, nama-nama yang belum dikenali oleh peminat dunia seni suara tempatan. Apa sudah jadi?
Lalu timbul pertanyaan dalam diri saya, apakah salah perhitungan apabila Dayang membuat keputusan menyertai OIAM? Menyesalkah Dayang kerana percaturan awalnya tidak menjadi?
Saya dapat berbicara panjang lebar dengan Dayang dalam hal ini. Dan yang pasti Dayang juga adalah mangsa tidak berperikemanusiaan undian SMS. Apa juga yang berlaku, saya kagum dengan semangat anak Sarawak ini.
Dia bukan hanya seorang penyanyi yang sudah berpuas hati dengan dirinya sendiri. Dia adalah seorang pejuang yang mahu terus mencari dan menggali segala kehebatan dalam dirinya.
Pada saya Dayang tak menang pun tak apalah sebab OIAM tidak lebih hanya sebuah rancangan realiti televisyen yang mahu mencari pengaruh dan keuntungan melalui undian SMS. Betul tak?
Bagaimana menerima hakikat apabila perjuangan Dayang terhenti tiba-tiba?
Dalam episod itu, dah terasa awal Dayang akan keluar. Dah cakap dengan diri sendiri jangan menangis, tapi memang tak boleh kawal juga. Ya, saya menangis sebab tak dapat teruskan perjuangan ni.
Apa yang menyebabkan Dayang sedih sangat tu?
Memang sedih sangat. Dayang kecewa sebab tinggal seminggu saja lagi hendak ke final. Dua bulan saya bekerja lebih masa untuk rancangan ini. Sebelum ni saya tak pernah macam itu. Jadi rasa geram sebab tak sampai ke final. Tetapi lives goes on. Orang cakap, ?ne door closed, two doors open?. Dayang positif, ada hikmah di sebaliknya. Yang penting saya tak akan berhenti menyanyi. Perjuangan akan diteruskan.
Kononnya OIAM memilih yang terbaik bukan yang popular, apakah ini bermakna Dayang bukan terbaik?
Itulah juga yang Dayang harap. Masa awal hendak masuk rancangan ini Dayang harap ia lain dari pertandingan realiti televisyen yang kita ada. Cari bakat, bukan populariti. Cari satu bakat dalam sejuta yang lain, yang boleh dibawa ke tengah ke tepi. Saya bukan over confident, tapi saya percaya bakat saya. Saya masuk rancangan ini sebab saya tahu apa kelainan saya. ?ag line? dia pun berbunyi ?uara siapa bernilai sejuta?? Itu buat saya tertarik hendak masuk sebab saya tahu bakat saya boleh pergi jauh. Tetapi nampaknya tidak.
Dayang rasa tertipu?
(Ketawa). Dayang rasa penonton sepatutnya undi dari segi bakat. Bukan sebab emosi. Kadang-kadang bila suka seseorang ?est? ke tak kita undi saja. Sepatutnya mereka berfikir balik, apa yang boleh bawa artis tu pergi lebih jauh. Bakat, itulah yang kita kena tengok. Tapi tak apalah, ada hikmahnya bila Dayang masuk dalam rancangan ini walaupun tak menang.
Dah tahu ia berjurikan SMS, kenapa masuk juga?
Sebab Dayang hendak ambil pengalaman. Nak tengok macam mana rasanya kalau masuk bertanding semula. Saya hendak bawa diri saya pergi jauh lagi. Saya cabar diri, sejauh mana bakat boleh bawa Dayang dalam dunia ini. Salah ke mencuba?
Mungkin sebab yakin boleh menang, sebab tu Dayang masuk?
Memang semua peserta mesti yakin dia ada peluang. Dayang berharap untuk menang, jadi juara sebab itu Dayang masuk. Tapi sampai ke situ macam-macam boleh berlaku. Biasanya semangat akan membuatkan kita terus ke depan. Kena set satu goal untuk menang, tapi kalau tak dapat tak apalah. Dapat atau tidak bukan kuasa kita.
Tahukah Dayang apa akibat kalau Dayang kalah pada masa itu?
Memang sudah fikir sebelum masuk lagi. Tapi kalau kalah pun peminat Dayang masih ada. Saya akan teruskan karier macam biasa. Peluang lain juga kena cari.
Ada yang anggap penyertaan Dayang membawa padah sebab Dayang sudah popular tetapi terpaksa bersaing dengan orang baru, lepas tu kalah pula?
Bagi saya peminat pun boleh bertambah juga melalui rancangan ini. Dari minggu ke minggu ada juga peminat yang baru kenal, baru datang. Di situ ada kelebihannya juga. Walaupun tengok Dayang penyanyi, mereka orang baru kita boleh tengok kesungguhan masing-masing. Dayang banyak juga belajar daripada mereka. Walaupun mereka masih muda tetapi sudah tahu apa yang mereka hendak dalam kehidupan. Dayang tak fikir ?aya penyanyi hebat, mereka tak ada apa-apa?. Tak kisah penyanyi ke apa ke, yang penting tujuannya sama.
Bukan tak menang, pergi ke pertandingan akhir pun Dayang tak layak, kenapa jadi macam itu?
Tak ada rezekilah tu. Tak apalah. Dalam rancangan ini, Dayang kenal diri sendiri dan lebih dah tahu apa yang saya hendak untuk masa depan saya sendiri. Walaupun tak sampai ke akhir, semua tu beri kelebihan banyak sangat untuk diri Dayang. Dayang jadi lebih yakin dengan diri sendiri. Dulu ada malu-malu, tapi sekarang dah faham Dayang di pentas dan Dayang di luar adalah orang yang berbeza. Pembawakan diri hari-hari Dayang adalah orang biasa saja. Tapi di pentas peminat hendak tengok sesuatu yang lain, beri hiburan. Dayang kena lebih kreatif.
Apa kenangan paling manis masuk OIAM?
Banyak sangat. Satunya bila Dayang nyanyi lagu Survivor, puas hati sangat. Keluarkan semua yang ada dalam hati saya. Habis semua. Itu yang saya rasa paling selesa masa menyanyi.
Kenangan pedih?
Tersingkir memang pedih tapi itu semua ambil secara positif. Tak pernah apa juga pengalaman sebagai pengalaman pedih. Kalau tak masuk ke sini saya tak ada pengalaman itu. Suka ke duka ke, ia menambahkan lagi satu warna dalam perjalanan seni saya.
Bagaimana perasaan Dayang bila dikritik rakan artis sendiri macam Syafinaz?
Sebenarnya kalau kritik membina saya akan terima. Kalau yang tak membina tu saya tak payah dengar. Betul! Kalau buatkan saya lagi stress, saya tak akan dengar. Masuk telinga kanan, keluar kiri sajalah. Semua orang berhak menyuarakan pendapat. Asalkan diri mereka puas mereka akan cakap apa saja. Tetapi saya pun tahu juga kenapa dan mengapa. Yang mana rasa baik dan boleh ikut saya akan ikutlah.
Apakah Dayang yakin kredibiliti sebagai penyanyi tidak merosot. Yalah dulu Dayang setanding dengan Siti Nurhaliza. Masuk pertandingan tu tahap Dayang dah jadi sama macam adik Siti pula dah (Siti Saerah adik Siti Nurhaliza turut menyertai OIAM tetapi tewas di peringkat awal), apa komen?
Macam tu ke? (ketawa). Setiap hari adalah proses pembelajaran bagi diri sendiri. Tak salah untuk kita belajar. Hari-hari kita tak akan berhenti belajar. Ini adalah proses pembelajaran secara tak formal. Apa pun pendapat orang, itu hanya pendapat. Dayang tak boleh halang sebab mereka ada hak untuk beri pendapat. Dayang tahu apa yang Dayang buat, cukuplah.
Tidakkah terfikir kekalahan ini barangkali akan menjejaskan reputasi Dayang?
Alhamdulillah, peminat semua tak putus-putus beri sokongan. Mereka kata, we still love you. Dayang tahu mereka akan sentiasa bersama dengan Dayang. Lepas keluar hari tu, Dayang dapat banyak mesej dan e-mel. Benda-benda ini buat saya terus hendak usaha lagi. Lagipun dalam hidup Dayang sentiasa berjuang untuk dapat apa yang Dayang hendak. Dayang akan cuba dan terus cuba. Tak nak masa tua nanti saya rasa sia-sia sebab tak buat apa-apa. Dayang nak ada sesuatu untuk diceritakan suatu hari nanti dan ini adalah satu cerita menarik dalam diari hidup Dayang. Ilmu yang saya dapat lebih nilainya dari sejuta ringgit yang menjadi pertaruhan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 27/09/2006
Raya pertama di ntv7 gandingan mantap dua negara serumpun
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
Demi memastikan penonton ntv7 mendapat satu kelainan apabila menonton stesen tv itu sepanjang Aidilfitri ini nanti, satu program istimewa telah disediakan.
Terkenal dengan moto Saluran Ceria Anda, ntv7 baru-baru ini telah melakukan rakaman sebuah konsert unplugged, Nite of Soulful Stars yang menampilkan empat artis ternama dari Malaysia dan Indonesia iaitu Dayang Nurfaizah, Adibah Noor, Harvey Malaiholo dan bintang baru Indonesia yang berbakat besar dan semakin menyinar, Tompi.
Konsert selama satu setengah jam itu akan ditayangkan pada Hari Raya pertama. Ia akan menampilkan sesuatu yang berbeza daripada konsert yang pernah ditayangkan sempena musim perayaan sebelum ini.
Bezanya, ia tidak langsung menampilkan rangkaian lagu-lagu Hari Raya sebaliknya irama jazz, pop dan soul dengan mengambil konsep unplugged untuk tatapan penonton.
Menurut pengarahnya, Kamarul Zamli Ramly atau lebih dikenali sebagai KZR, pihaknya memang sengaja memilih konsep berkenaan untuk mempelbagaikan lagi rancangan sepanjang Hari Raya.
?ami mahu rancangan ini lari dari konsep yang sudah begitu sinonim dengan rancangan Hari Raya. Jadi, bila kami menampilkan rancangan seperti ini, kami yakin ia membawa satu kelainan dalam memberi kepuasan kepada penonton,? jelas KZR yang tidak menafikan penonton sasaran untuk rancangan ini adalah mereka yang berada di bandar.
?api saya percaya mereka yang berada di luar bandar juga akan terhibur dan terpesona dengan persembahan artis-artis hebat yang telah dipilih. Malah pemuzik yang terlibat juga merupakan antara yang terbaik di Asia,? katanya.
Tambah KZR lagi, rancangan yang dirakamkan itu umpama rancangan pengenalan bagi slot tersebut yang akan menemui penonton setiap minggu mulai awal tahun hadapan dengan konsep yang sama.
Bagi artis-artis yang terlibat, ia merupakan kolaborasi pertama mereka bagi sebuah program televisyen.
Harvey Malaiholo ketika ditemui pada sesi rakaman program itu di Kuala Lumpur baru-baru ini menyatakan rasa gembira dan bangganya. Malah menurutnya, ?erduet sama Dayang Nurfaizah dan Adibah Noor cukup bermakna bagi saya kerana mereka merupakan antara penyanyi wanita terbaik di Malaysia.?
Harvey berduet dengan Adibah Noor menyanyikan lagu ciptaan Odie Agam iaitu Begitulah Cinta. Manakala lagu Bisikan Mesra pula bersama Dayang Nurfaizah.
Sementara bagi Dayang Nurfaizah pula, pengalaman berduet bersama Raja Jazz Indonesia itu merupakan antara yang termanis dalam hidupnya.
Kata Dayang, ?khirnya impian saya menjadi kenyataan apabila dapat berduet dengan Harvey yang selama ini saya idam-idamkan. Insya-Allah, saya tengah berusaha agar kami dapat berduet dalam album terbaru saya kelak.?
Lebih menarik lagi, pada rakaman itu, Harvey buat pertama kali berduet dengan Adibah Noor mempersembahkan lagu klasik Chaka Khan, Ain? Nobody.
Bagaimana pula pengalaman Abidah Noor berganding bahu dengan Harvey Malaiholo?
?emang saya gementar. Sebenarnya saya teringin sangat nak berduet dengan dia untuk album saya akan datang, tapi takut nak ajak,? kata penyanyi bersuara lantang ini berseloroh.
Bagi Tompi, meskipun masih baru dalam dunia nyanyian, namun kolaborasi ini merupakan antara yang terbaik pernah ditawarkan kepadanya.
?ayangkan, di Indonesia sendiri saya tidak pernah melakukan persembahan bersama Harvey tetapi hari ini, kami telah berkongsi pentas. Begitu juga dengan Dayang dan Adibah yang pada saya, bakat mereka terlalu hebat,? kata Tompi.
Pelajar jurusan Pembedahan Plastik Universitas Indonesia ini juga menjelaskan album sulungnya akan diedarkan oleh Maestro pada bulan hadapan.
?aya harap kehadiran saya akan memeriahkan industri hiburan Malaysia,? ujarnya penuh harapan. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 09/10/2006
Dayang Nurfaizah serik sertai pertandingan nyanyian
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
MESRA...Dayang melayani anak-anak yatim yang mahukan tanda tangannya pada satu majlis baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
MESKIPUN tidak berjaya memasuki pertandingan akhir program realiti TV terbitan 8TV, One In A Million (OIAM), ia bukan penghalang untuk anak kelahiran Kuching, Sarawak ini untuk terus memperjuangkan bakat seninya.
Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau lebih dikenali sebagai Dayang Nurfaizah tidak menganggap kegagalannya itu sebagai satu halangan untuk dia meneruskan perjalanan seninya. Malah ia menguatkan lagi semangat gadis hitam manis ini untuk terus berusaha dengan lebih gigih.
?egagalan saya ke peringkat akhir OIAM dilihat sebagai satu pembakar semangat dan bukannya melemahkan saya. Ia merupakan antara pengalaman manis dan berharga sepanjang saya bergelar anak seni. Tidak mungkin saya dapat melupakannya. Terima kasih kepada 8TV kerana memberikan saya peluang itu,? jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, pengalaman menyertai OIAM membuatkannya kagum dengan bakat-bakat baru yang dilihatnya sebagai satu persaingan sihat yang mampu memeriahkan industri hiburan negara.
?ayangkan, bakat-bakat muda ini tidak mempunyai sebarang pengalaman tetapi tahap keyakinan mereka lebih tinggi daripada penyanyi yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni. Itu membuatkan saya berasa kagum dan tabik kepada mereka,? kata Dayang lagi yang ditemani oleh pengurusnya, Shaliza.
Menurut Dayang, dia tidak terfikir untuk menyertai sebarang pertandingan realiti TV sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat ini.
?iarlah saya tumpukan perhatian kepada karier saya dulu. Mana tahu, pada masa hadapan, hati saya tergerak untuk menyertainya kembali. Jadi, buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka,? jelasnya sambil tersenyum.
*Album baru
Pada masa ini Dayang mengambil kesempatan untuk merakamkan album terbarunya yang akan dipasarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini memandangkan dia tidak mempunyai sebarang persembahan sepanjang bulan Ramadan.
Album barunya itu akan berbeza dengan album-albumnya sebelum ini. Dayang juga sudah merakamkan lima buah album studio sebelum ini.
?pa yang saya boleh katakan ialah album baru saya ini nanti akan menampilkan lagu-lagu yang menjadi pilihan dan menepati jiwa saya. Saya juga yakin album ini akan memenuhi kehendak peminat saya seperti mana dua album saya sebelum ini iaitu Dayang Sayang Kamu dan Kasih,? ceritanya yang sudah merakamkan empat buah lagu untuk album itu.
Antara keistimewaan album itu nanti ialah ia turut memuatkan sebuah lagu ciptaan penyanyi dan komposer terkenal era 1980-an iaitu Mazlan Hamzah.
?ayangkan selama empat tahun pengurus saya cuba mencari Mazlan dan akhirnya saya dapat bertemu dengan beliau. Saya juga gembira dapat menyanyikan sebuah lagu rancak ciptaannya untuk album baru saya. Satu penghormatan buat saya apabila dia sudi menyumbangkan sebuah lagu,? jelasnya tentang lagu yang belum berjudul itu.
Album yang akan memuatkan 10 buah lagu itu turut memuatkan lagu-lagu ciptaan Jenny Chin, Iman Wan dan Amer daripada kumpulan Ruffedge. Album itu akan diedarkan oleh NSR.
*Teringin ke pasaran Indonesia
Salah satu impian gadis berbintang Leo ini adalah untuk memasuki pasaran Indonesia yang menjadi cita-citanya sejak menjadi penyanyi hampir tujuh tahun lalu.
?alau boleh saya mahu meluaskan bakat saya ke Indonesia dahulu sebelum ke peringkat yang lebih tinggi. Saya percaya bakat dan konsep muzik yang saya bawa ini mampu menarik perhatian peminat muzik di Indonesia. Semoga impian saya ini akan menjadi kenyataan,? kata Dayang Nurfaizah. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 22/10/2006
Di mana mereka mewarnai Syawal?
HADIRNYA 1 Syawal bermakna kita bakal kehilangan barakah dan keindahan Ramadan. Ramadan yang syahdu, membawa seribu rahmat dan azimat bakal melabuhkan tirainya sebaik saja tabir Syawal membuka jendela harinya.
Argh....pilu sungguh melepaskan bulan yang penuh dengan keampunan, bulan yang membawa malam penuh keajaiban ini.
Pun begitu ada juga sebab untuk kita meraikan kehadiran Syawal meski dalam tangisan meninggalkan Ramadan.
Syawal adalah hari kemenangan dan kemuliaan. Setelah penat lelah berpuasa, menahan lapar dan dahaga, Syawal hadir dengan salam persaudaraan.
Ini adalah hari di mana seluruh umat Islam berjabat tangan dan meraih ampun maaf dengan hati tulus ikhlas. Bukan hanya antara anak dengan ibu dan bapa, tetapi juga suami dan isteri, adik beradik serta rakan taulan. Artis-artis kita juga tidak terkecuali dalam memaknakan lagi sambutan 1 Syawal.
Yang pasti ketika hati senang menyambut Syawal, mereka memberitahu wartawan TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN dan NIEZAM ABDULLAH, ada rindu yang bertakung di dada kerana kehilangan bulan mulia.
Entahlah kita boleh bertemu lagi dengannya atau tidak untuk kesekian kalinya? Mudah-mudahan masih sempat untuk kita bertemu dengan Ramadan yang akan datang. Juga kita tinjau persiapan mereka dalam melayari 1 Syawal ini.
* Dayang Nurfaizah - rindu Sarawak
Penyanyi berambut cantik ini akan kembali ke negeri kelahirannya di negeri Sarawak seminggu menjelang hari raya.
``1 Syawal kali ini memang mengujakan saya,? kata penyanyi hitam manis ini.
Apa tidaknya selepas lebih lapan bulan tidak menjengah kampung halaman, Dayang pulang ke desa kelahiran.
``Lama sangat rasanya tak balik kampung. Sibuk dengan projek One In A Million buatkan Dayang tak sempat balik Sarawak.
``Sebab itu awal-awal lagi Dayang sudah tempah tiket kapalterbang. Balik Sarawak seminggu sebelum raya dan cuti beberapa minggu. Seronok,? kata Dayang yang buat pertama kalinya bercuti panjang sempena perayaan.
[ Last edited by bintang^hati at 11-12-2006 05:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 01/12/2006
RTM terbit, jual CD dan VCD
Oleh: ABD. AZIZ ITAR
ZAINUDDIN MAIDIN (lima dari kiri) bersama para artis dan tenaga kerja yang terbabit dalam penerbitan CD dan VCD terbitan RTM sewaktu pelancarannya di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
SELAMA ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) lebih tertumpu kepada dunia penyiaran menerusi saluran-saluran radio dan TV kendaliannya.
Namun selepas 60 tahun beroperasi, RTM mengorak langkah pula dalam bidang penerbitan cakera padat (CD) dan cakera padat video (VCD).
Sebagai permulaan, RTM telah menerbitkan sebuah CD berjudul Lagu-Lagu Eksklusif Orkestra RTM serta dua VCD berjudul Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006 dan Pelancaran Klasik Nasional yang setiap satunya dicetak sebanyak 10,000 unit.
Penerbitan CD serta VCD itu bagi memperluaskan lagi pasaran produk-produk terbitan RTM yang pernah disiarkan menerusi radio dan TV.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, penerbitan produk-produk itu juga berdasarkan permintaan daripada orang ramai.
?ebelum ini kita (RTM) tidak boleh menjual produk-produk yang telah disiarkan oleh RTM. Itu satu kesalahan.
?etapi saya sudahpun minta keizinan daripada perbendaharaan dan pengedaran produk-produk itu akan diuruskan oleh Koperasi RTM Berhad,? katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelasnya, CD dan VCD yang dijual pada harga RM10 setiap satu itu telah diedarkan di semua stesen RTM seluruh negara mulai 28 November lalu.
Bagaimanapun para peniaga seperti kedai kaset diberi kebenaran untuk menjual produk-produk tersebut mengikut harga pasaran masing-masing.
Katanya, sebahagian daripada hasil jualan produk-produk itu akan disumbangkan kepada Tabung Pembangunan Seni Negara.
Menurut Zainuddin, pada masa depan RTM akan terus menerbitkan CD serta VCD dan ia tidak hanya tertumpu kepada program-program berkaitan dunia muzik sahaja.
?anyak lagi program RTM yang boleh diterbitkan dalam bentuk CD dan VCD contohnya program Bicara Mufti, Bangsawan, Malam Deklamasi Puisi RTM serta drama-drama popular.
?emua produk itu akan dijual. Bagaimanapun kita juga akan mengedarkan lagu-lagu patriotik secara percuma di sekolah-sekolah,? ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail pula berkata, pihaknya mendapat kerjasama yang baik daripada syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan Sony BMG bagi menerbitkan CD Lagu-Lagu Eksklusif Orkestra RTM.
Antara artis-artis yang terbabit menjayakan album itu termasuk Saleem (Iklim), Azharina Azhar, Dayang Nurfaizah dan Zehra Zambri.
?yarikat rakaman terbabit berhak untuk menggunakan lagu-lagu daripada album itu dalam album-album yang akan mereka terbitkan pada masa depan.
?egitu juga dengan penyanyi-penyanyi yang terbabit. Tujuan penerbitan ini dibuat bukanlah kerana mengharapkan keuntungan.
?ebaliknya ia adalah misi kita untuk menambah koleksi lagu-lagu dan album dalam industri muzik tempatan,? jelasnya pada sidang akhbar tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN ONLINE 10/12/2006
Avon Shine & Simply Pretty dilancarkan
Sesi memperkenalkan haruman Avon Shine. Turut kelihatan Sahara Noon (dua dari kiri), Dayang Nurfaizah dan Mansoor Wan Abdullah.
--------------------------------------------------------------------------------
PELANCARAN produk baru Avon Cosmetics (M) Sdn. Bhd., wangian Avon Shine dan Simply Pretty, baru-baru ini berlangsung dalam suasana penuh keceriaan dan gaya.
Majlis yang bertemakan Sepetang yang cantik dan elegan ini juga turut meraikan pihak media dengan gaya Avon penuh glamor.
Para jemputan juga dipersembahkan dengan tayangan multimedia Avon Shine, persembahan istimewa Dayang Nurfaizah dengan lagu You?e The Sunshine Of My Life sebagai memulakan pelancaran haruman ini.
Hadirin kemudiannya menyaksikan persembahan multimedia Simply Pretty, diikuti dengan satu persembahan daripada empat peragawati yang memperagakan mekap Simply Pretty itu.
Wartawan wanita sekali lagi diraikan dalam sesi make over di mana mereka disolek oleh tiga jurusolek selebriti, Fifi, Zakiah dan Inez menggunakan produk Simply Pretty.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Avon Malaysia, Thailand, Vietnam & Indonesia, Mansoor Wan Abdullah dan Ketua Jabatan Pemasaran Avon, Sahara Noon Md. Yassin. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kenal je baju yg dayang pakai tu..ehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Artis Kenyalang -- Kehadiran meriahkan dunia seni
Dayang Nurfaizah.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh ROSLI MANAH
PADA awal tahun 80-an, tidak banyak penyanyi kelahiran Sarawak mendapat peluang sebagai penyanyi rakaman. Kalau adapun, nama mereka kurang menyerlah dan tidak kekal berpanjangan dalam persada seni tanah air.
Ini kerana keengganan mereka untuk berhijrah walaupun aktiviti nyanyian lebih besar dan berpusat di ibu kota.
Justeru, apabila mereka meneruskan karier nyanyian di tempat sendiri, nama mereka terus tenggelam.
Barangkali antara faktornya ialah jarak antara negeri itu dan ibu kota yang menjadi penghalang utama untuk mereka melebarkan sayap.
Bagaimanapun nama-nama seperti Safar Ghafar, Jamiah Lambeb dan Azie yang pernah menjadi penyanyi rakaman pada ketika itu tetap popular, walaupun pada masa yang singkat.
Kini keadaan telah berubah. Semakin banyak penyanyi Sarawak yang mendapat tempat sebagai artis rakaman dan berhijrah ke ibu kota untuk serius dalam bidang itu.
Beberapa penyanyi generasi baru dari negeri itu memberi pandangan mereka mengenai perkara ini.
DAYANG NURFAIZAH
Dayang Nurfaizah atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty berjaya menempatkan diri sebaris dengan penyanyi yang sedia ada di ibu kota.
Ini kerana kemunculannya menarik perhatian pihak yang terbabit dalam industri rakaman apabila menjuarai pertandingan Golden Teen Search anjuran RTM pada tahun 1997.
Selepas itu, dia berpeluang merakam album sulung yang menampilkan lagu popular Kembalilah Kasih.
``Saya sentiasa memastikan mutu persembahan saya adalah yang terbaik dalam menyaingi penyanyi dari Semenanjung,'' kata Dayang.
Katanya lagi, dia terpaksa meletakkan namanya di persada seni dengan penampilan suaranya yang amat berbeza.
Untuk itu, dia sanggup berhijrah ke ibu kota untuk mengasah bakatnya.
Walaupun album sulungnya gagal kerana masalah pasaran, itu tidak menghalang untuk dirinya merakamkan album.
Persembahan memukau di Malam Anugerah Industri Muzik pada tahun 1999 membuatkan namanya menyerlah walaupun pada masa itu albumnya tiada di pasaran.
Keyakinan itu membuatkan syarikat Broadway Entertainment menghasilkan album keduanya yang dipasarkan awal tahun ini.
Lagu Seandainya Masih Ada Cinta nyanyiannya nyata berhantu apabila terus menarik perhatian pendengar sehingga kini.
Bersama dengan kemunculan album terbaru, Dayang juga tampil dengan imej yang lebih menampakkan dirinya sebagai seorang remaja yang matang.
DEJA MOSS
Deja Moss satu lagi nama gadis Sarawak yang kini mewarnai dunia seni tanah air. Deja atau nama sebenarnya Sharifah Khadijah Wan Moss bakal muncul dengan album terbaru bulan ini.
Deja berbekalkan suara yang lantang dan mempopularkan lagu-lagu seperti Di Matamu Aku Di Jiwamu Dia dan Haruskah Aku Menyintaimu.
Deja mula mengasah bakat menyanyi di kelab sebelum berpeluang merakamkan album di bawah bumbung NAR Records.
``Saya bersyukur kerana semakin banyak penyanyi kelahiran Sarawak mewarnai dunia hiburan tanah air.
``Ini buktinya penyanyi di negeri saya boleh diterima jika ada publisiti,'' katanya lagi.
Dia cuba menekankan mutu vokal yang baik selain memiliki wajah yang jelita.
Bagaimanapun Deja tetap sedar kekurangannya dari segi penampilan dapat diatasi dengan menyerlahkan vokal yang padu dan matang.
CAMELIA
``Saya sedar, dulu sukar bagi seseorang penyanyi dari Sarawak mencuri hati peminat muzik di Semenanjung,'' kata Camelia.
Ini kerana banyak penyanyi dari negerinya kurang mendapat publisiti, dan karier nyanyian mereka pula hanya bertumpu di tempat sendiri.
Justeru, penyanyi cantik yang mula mencipta nama pada tahun 1996 ini lebih senang berhijrah ke ibu kota kerana peluang mengembangkan karier lebih besar berbanding di negerinya.
Camelia berbekalkan kelembutan suaranya di samping penampilan diri yang sentiasa mengikuti gaya terkini.
Camelia atau nama sebenarnya Dayang Nor Camelia Abang Khalid disunting oleh Universal Music dan masih kekal bersama syarikat rakaman itu.
Album pertama yang menampilkan lagu Rindu Padanya menaikkan nama Camelia sebagai penyanyi yang diminati.
Menerusi album itu juga, dia menerima beberapa anugerah di Anugerah Industri Muzik. |
|
|
|
|
|
|
|
dorang 3 oran nih xpenah duet kan... |
|
|
|
|
|
|
|
ha ak tk pernah
klu duet mesti gempak kan |
|
|
|
|
|
|
|
haaaa
gmbr time dlm majalah ni aku suka
nmpk dayang sweet je |
|
|
|
|
|
|
|
Sedar atau tidak, populariti Siti nampaknya semakin menurun dan menuju ke zaman suram. Hal ini dapat dibuktikan pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002, baru-baru ini di mana Siti menerima tepukan dingin daripada penonton apabila diumumkan sebagai calon mahupun pemenang anugerah. Namun, sebaik saja nama Dayang Nurfaizah diumumkan, dia menerima tepukan paling gemuruh walaupun namanya hanya disebut sebagai calon. Apabila lagu dendangan Dayang, Seandainya Masih Ada Cinta memenangi kategori Lagu Terbaik, penonton bertepuk dan bersorak bagaikan suatu petanda mereka amat berpuas hati dengan keputusan itu. Apa komen Siti apabila timbul kenyataan Dayang akan merampas takhta Siti dan Siti sepatutnya berehat dari dunia seni seterusnya memberi laluan kepada Dayang? Barangkali, ada kemungkinan Siti turut gagal merebut trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular |
|
|
|
|
|
|
|
ceehhh
2002
aku ingtkan baru lagi
ahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
HM 20/04/1999 Dayang bentuk imej sendiri (319 wds) ()
SELEPAS berjaya mencipta serta memacu nama seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza dan Liza Hanim ke puncak populariti, kini komposer Adnan Hassan memperkenalkan bakat baru, Dayang Nurfaizah Awang Dowty (Dayang). Gadis berusia 18 tahun kelahiran Bumi Kenyalang itu adalah produk sulung Adnan selepas berhijrah ke syarikat rakaman BMG Music Malaysia dan dia percaya Dayang mampu menyerlah dengan gaya tersendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
HM 23/04/1999 Dayang resah menanti By Saniboey Mohd Ismail (325 wds) ()
SETIAP hari yang berlalu kini begitu dihayati dengan kecamuk perasaannya tersendiri. Penantian dua tahunnya semakin hampir dan dia tidak sabar dan pada masa yang sama dia juga resah. Dua tahun lalu kejayaan menjadi johan di pertandingan Golden Teen Search RTM amat dihargainya dan kini penyanyi baru, Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau panggilan mesranya, Dayang, lebih menghargai jika pembabitannya dalam dunia rakaman diterima peminat muzik. |
|
|
|
|
|
|
|
HM 24/04/1999 Cara dedah artis ke antarabangsa By Bairi (255 wds) ()
RABU lalu Bairi sempat berbual panjang dengan Adnan Abu Hassan yang baru dilantik menjadi Pengarah Artis & Reportoire BMG Music (Bahagian Melayu), di sebuah restoran, Bangsar. Antara cerita yang Bairi anggap menarik dalam perbualan itu ialah mengenai usaha yang sedang dilakukannya untuk menjadikan anak didiknya yang baru, Dayang Nurfaizah, berjaya bukan saja di Malaysia, tetapi juga antarabangsa |
|
|
|
|
|
|
|
HM 08/05/1999 Artis baru, harga baru By Saniboey Mohd Ismail (375 wds) ()
TEKANAN sang lanun cetak rompak dan gesaan peminat muzik tanah air supaya harga album tempatan dikurangkan harganya disambut baik oleh syarikat rakaman BMG Music Malaysia. Buktinya ialah melalui album terbaru artis baru syarikat rakaman itu, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, yang mula dipasarkan semalam dijual dengan harga yang murah berbanding album artis tempatan lain yang berada di pasaran. |
|
|
|
|
|
|
|
BH-PSENI 12/05/1999 (Seorang lagi penyanyi dari ...) (344 wds) ()
SEORANG lagi penyanyi dari Sarawak dicungkil bakatnya oleh komposer Adnan Abu Hassan, Dayang Nurfaizah. Kini, dia tampil dengan album sulung yang menggunakan judul album namanya sendiri. Album berentak pop rythm & blues terbitan Adnan ini memuatkan lagu ciptaan Helen Yap, Azlan Abu Hassan, Alfa Booty, Adam Ahmad. Antara lagunya ialah Hakikat Cinta, Cerita Cinta, Kembalilah Sayang, Hujan Lagi Hati Ini dan Semenjak Kau Datang. Dayang turut membawakan lagu R Kelly, I Believe I Cant Fly. |
|
|
|
|
|
|
| |
|