|
Anak mata juling
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
[email protected]
ADA orang berpendapat mata juling itu tanda bertuah. Bahkan ada yang menganggap juling sedikit atau dipanggil juling air membuatkan seseorang itu nampak lebih manis.
Sejauh mana kebenarannya tiada siapa tahu, tetapi yang pasti juling bukan tanda tuah, sebaliknya antara gejala mata bermasalah.
Juling yang tidak dirawat boleh menyebabkan gejala mata malas (ambliopia) yang akhirnya mengakibatkan penglihatan tidak sempurna.
Juling dan mata malas adalah sebahagian daripada pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami gangguan penglihatan.
Gangguan penglihatan pada kanak-kanak adalah masalah yang dapat dielak jika dikesan awal. Secara umumnya perkembangan mata bayi belum lengkap ketika dilahirkan.
Mata bayi boleh fokus pada objek yang dekat dalam lingkungan 20 hingga 40 sentimeter (lapan hingga 15 inci). Penglihatan ini bertambah baik dalam bulan pertama dengan peningkatan penggunaan mata.
Pergerakan bola mata bayi juga mungkin tidak sama antara mata kiri dan kanan hinggalah minggu keempat. Apabila umur meningkat, tahap penglihatan mereka juga bertambah baik, namun penglihatan sempurna (20/20) hanya dicapai apabila berumur empat atau lima tahun atau lebih lewat. Perkembangan mata kanak-kanak lengkap sepenuhnya apabila berumur sembilan tahun.
Sebelum otot mata kedua-dua belah mata mencapai koordinasi (untuk menggerakkan mata bersama), mata bayi bergerak secara rawak. Ini sebabnya ada kalanya mata bayi dilihat seperti juling. Namun jangan risau kerana ini adalah normal bagi bayi berumur dua bulan ke bawah.
Apabila berumur enam bulan, bayi biasanya boleh membezakan objek. Penglihatan mereka bertambah baik dengan pembentukan kawalan penglihatan binokular (keupayaan memfokus kedua-dua mata pada satu objek).
Maklumat yang diperoleh daripada penglihatan ini akan dipindah ke otak melalui saraf optik sebagai satu imej.
Pergerakan mata ini dikawal oleh otot halus di keliling mata. Masalah seperti mata malas dan juling berlaku apabila ada masalah pada otot ini. Selain itu, masalah mata juga boleh disebabkan oleh kecacatan pada mata (gangguan kornea atau retina) atau kecacatan struktur mata (yang menyebabkan rabun jauh, dekat dan astigmatisme).
Menurut Ketua Jabatan Oftalmologi Pusat Perubatan Prince Court, Profesor Dr Muhaya Mohamad, perkembangan mata yang sempurna sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan saraf dari mata ke otak kanak-kanak.
Walaupun masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak di negara kita tidak banyak, ia perlu diberi perhatian serius. Kajian menunjukkan hampir 1.4 juta kanak-kanak kehilangan penglihatan setiap tahun dan kebanyakannya tinggal di negara membangun.
Ini bermakna setiap minit seorang kanak-kanak menjadi buta. Angka ini mewakili empat peratus daripada jumlah keseluruhan kes kehilangan penglihatan dan buta yang mencecah 160 juta kes setiap tahun di seluruh dunia.
Di Malaysia, kadar kelaziman kecacatan penglihatan ialah 0.28 peratus dan 2.42 peratus bagi penglihatan terhad. Manakala kadar kelaziman kehilangan penglihatan pada kanak-kanak ialah 1.5 kes bagi setiap 1,000 orang dan masalah lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
Antara masalah penglihatan yang biasa dilaporkan ialah rabun dekat dan jauh, astigmatisme (lengkungan kornea atau kanta tidak normal menyebabkan objek yang dilihat berubah bentuk), penglihatan terhad, katarak, glaukoma serta ambliopia.
Gangguan penglihatan ini boleh berlaku ketika lahir atau terbentuk kemudian. Masalah mata anak boleh dikesan melalui pemeriksaan kesihatan biasa. Malah, ibu bapa juga perlu peka terhadap perkembangan anak, termasuk gejala yang timbul.
Menurut Dr Muhaya, antara punca yang boleh menyebabkan gangguan atau kehilangan penglihatan pada kanak-kanak ialah:
Katarak |
|
|
|
|
|
|
|
Juling adalah punca paling biasa menyebabkan mata malas. Imej yang dilihat mata juling biasanya tidak jelas. Jadi otak membiarkan imej yang dilihat mata juling. Akibatnya pembentukan saraf optik untuk mata juling juga terjejas.
Juling boleh dirawat dan dibetulkan jika ia disebabkan gangguan refraksi. Ada sesetengah kes juling boleh dibetulkan hanya dengan memakai kaca mata.
Pada keadaan teruk, pesakit perlu menjalani pembedahan. Masalah mata malas juga perlu dirawat segera kerana jika dibiarkan mata yang mengalami penglihatan terhad mata yang bermasalah boleh menjadi kekal.
Kanser mata (retinoblastoma) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak nampak mcm ada juling air tu... rasanya kena gak bawak jumpa doktor. Bukan ape2, takut kalau memudaratkan sampai kena buat surgery lak. Lagi la cian anak kita tuh.. My girl (skrg umur 6 thn), sejak umur 2+ kami dah nampak masalah ni. Bawak jumpa doktor kat Hospital Tun Hussein Onn. Doc tu kata dia ada lazy eye.. dan memang ada rabun jugak. So buatlah cermin mata, sebelah mata power 150, sebelah lg 100. Katanya lens tu boleh buat mata dia yg malas tu berfungsi dgn sempurna.
Tapi tau la kan budak2... mana boleh tahan pakai glasses lama2. Kejap2 je dah ditariknya. Pas tu pergi jugak pakar swasta (sbb kat hospital tu sekali gi check-up abis setengah hari )... doc tu suruh pakai eye-patch untuk exercise. So, every day for about half to one hour everyday, my girl ni kenalah jadi pirate... sampailah sekarang nie. Dia mmg tak suka langsung part ni. Bila dipakaikan, I pusing belakang jek, dia dah cabut. Tension sbb juling dia masih belum baik2 lg... Dah la umur dah dkt 7 tahun... age yang dah tak leh buat apa2 lagi kat juling dia tu. Anyway, julingnya adalah berkurang.
So, kalau sesapa yg ada anak juling2 tu, bawaklah check awal2. Kesian kalau mengganggu penglihatan dia masa besar nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak kawan saya lahir tak cukup bulan -- dia keluar masa dia 6 bulan dlm perut. Banyak operation kena lalui. Sekarang dia kena pakai cermin mata utk buat mata dia normal. Mahal jugak cermin mata ni but cute. Time dia tidor emak dia cabut cermin mata ni .. time dia jaga jer kena bagi pakai. Masalah sekarang ialah baby dia dah pandai cabut cermin mata |
|
|
|
|
|
|
aszie2002 This user has been deleted
|
Anak saya pun juling baru 3 tahun. Dia kalo tgk tv ketara. Kalo main game tak plak. Sue masa g private tu brp dia charge yer. Akak nk budget gak. Takut mkn ribu2 bawak duit 100-200 JER. Ehh pastu Sue g private mn? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sue11268 at 4-2-2008 10:27 PM
Kalau anak nampak mcm ada juling air tu... rasanya kena gak bawak jumpa doktor. Bukan ape2, takut kalau memudaratkan sampai kena buat surgery lak. Lagi la cian anak kita tuh.. My girl (skrg umu ...
a'ah le nak tumpang tanye gak..agak2 bape kos utk buat rawatan ni?...mahai tak?...ade le dlm ribu-ribu...kalo buar surgery plak bape kos nye? anybody boleh tolong?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|