|
cuba bagi madu....masukkan dlm 1 sudu kecik, air 3 auns.....(madu jgn byk sgt nanti budak panas) insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
umi_naqiyah This user has been deleted
|
ada satu harii anak umi sembelit sampai berdaraah..
check2 rupanya atok dia bagi minum kopi dengan air teh.
mana tak sembelit..
apa yang umi buat bagi vitagen atau yakult..
sampai sekarang anak umi 1 thn 1 bulan
tiap2 pagi atau mlm mesti bagi minum..
letak dlm botol susu..
dah tak de masalah sembelit lagi..
cubalah mana tau serasi.. |
|
|
|
|
|
|
|
k..... tq |
|
|
|
|
|
|
|
tapi anak sy baru 3 bln setengah jeeee... takut nak bg bende yg baru nie!! :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Punca bayi sukar buang air besar
KETUMBUHAN pada usus besar.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh Najibah Hassan
ANDA mungkin pernah mendengar kata-kata what goes in, must come out.
Konotasi ringkas tetapi padat ini mungkin mudah difahami terutama dalam konteks kesihatan kerana ia membabitkan tabiat pembuangan air kecil mahupun air besar.
Pembuangan air besar merupakan salah satu proses penting bagi mengumuhkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Sekiranya proses semula jadi ini tidak berlaku dengan sepatutnya, berkemungkinan seseorang itu akan menghadapi masalah kesihatan.
Seperti orang dewasa, bayi dan kanak-kanak juga tidak terkecuali menghadapi masalah pembuangan air besar.
Menurut pakar kanak-kanak Dr. Edmund Kim dalam bukunya Caring for Your Baby and Young Child: Birth to Age 5, salah satu soalan yang kerap ditanya di bilik kecemasan hospital ialah `adakah fungsi pembuangan air besar bayi saya normal?'
Bagi bayi yang baru dilahirkan indikasi pembuangan air besar yang normal meliputi ciri-ciri najis yang lembut, berwarna kuning, kerap dan berbiji-biji.
Apabila usia bayi bertambah, kekerapan pembuangan air besar juga berbeza.
Pakar perunding bedah kanak-kanak sebuah hospital swasta, Dr. A. Razak Mohamed berkata, seperti orang dewasa, bayi atau kanak-kanak tidak terkecuali berdepan dengan masalah pembuangan air besar.
Katanya, gangguan pembuangan air besar merupakan salah satu masalah yang paling kerap dialami dan ditemui di kalangan bayi dan kanak-kanak.
``Masalah pembuangan air besar di kalangan kumpulan ini boleh diklasifikasikan kepada tiga manifestasi.
``Ini termasuklah sembelit, najis berdarah dan faktor kongenital,'' katanya.
Setiap bayi mempunyai corak dan kekerapan pembuangan air besar yang berbeza.
Sesetengah bayi mungkin jarang membuang air besar tetapi tidak mempunyai najis yang keras.
Kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan doktor sekiranya mereka menghadapi masalah pembuangan najis yang keras bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah kronik.
Sembelit
Masalah sembelit kerap berlaku pada bayi atau kanak-kanak pada semua peringkat umur.
Ia berlaku kerana mereka kurang meminum air.
Bagaimanapun, bayi yang menyusu susu ibu jarang mendapat sembelit berbanding bayi yang menyusu susu formula. Ini kerana susu ibu lebih mudah dihadam.
Usus besar berfungsi untuk menyerap air daripada najis. Jika kanak-kanak terbabit kurang minum air, lebih banyak air akan diserap daripada usus besar.
Gejala sembelit
- Sukar membuang air besar
- Pendarahan semasa membuang air besar
- Sakit dan pedih ketika membuang air besar.
Bagi sembelit yang serius, ia boleh menjejaskan selera makan dan kembung perut.
Komplikasi sembelit
- Najis yang keras boleh menyebabkan luka pada lubang dubur. Ini menyebabkan berlaku pendarahan dan kesakitan yang amat sangat pada bayi atau kanak-kanak.
Kesan daripada kesakitan ini, bayi atau kanak-kanak terbabit menahan daripada membuang air besar setiap kali ada keinginan membuang air besar.
Keadaan ini menyebabkan najis menjadi lebih keras dan kekerapan membuang air besar berkurangan.
- Apabila terdapat luka pada lubang dubur, jangkitan berlaku dan bisul terbentuk. Apabila bisul pecah (fistula), ia boleh menyebabkan terbentuknya saluran pada usus dan kulit luar
- Usus besar juga boleh terkeluar daripada lubang dubur (Rectal prolapse) apabila kanak-kanak kerap meneran ketika membuang air besar.
Rawatan
- Ubat-ubatan untuk melembutkan najis
- Ubat-ubatan untuk membantu fungsi usus
- Pembedahan sekiranya terdapat komplikasi.
Pencegahan
Pencegahan sembelit dapat dilakukan melalui:
- Menggalakkan minum air yang banyak
- Susu tidak terlalu pekat
- Banyakkan makanan yang mengandungi serat seperti sayur dan buah-buahan.
Najis Berdarah
Masalah ini boleh dialami oleh bayi atau kanak-kanak pada semua peringkat umur.
Najis berdarah bermakna terdapat kesan darah seperti titikan darah pada lampin selepas bayi membuang air besar.
Ia berpunca daripada najis keras yang mengakibatkan luka dan berlaku pendarahan pada dubur bayi.
Selain najis, lain-lain sebab najis berdarah berlaku ialah:
- Usus tersumbat. Masalah ini kerap berlaku pada bayi atau kanak-kanak yang berusia antara enam bulan hingga satu tahun setengah.
Ia dapat dikenal pasti melalui gejala-gejala seperti:
- Sakit perut yang amat sangat. Ia disertai dengan darah dan lendir pada najis
- Bagi kes-kes yang serius dan tidak dirawat, bayi mengalami perut kembung dan muntah. Ini mungkin ada kaitan dengan masalah usus kecil yang termasuk di dalam usus besar
- Pada peringkat awal, usus kecil yang termasuk ke dalam usus besar boleh ditolak ke kedudukan asalnya. Kaedah untuk mengenal pasti masalah ini ialah dengan memasukkan barium melalui dubur (barium enema)
- Pada peringkat lewat, pembedahan mungkin perlu dilakukan jika kedua-dua usus kecil dan besar terjejas.
- Ketumbuhan bukan kanser. Najis berdarah ini boleh juga berpunca daripada ketumbuhan (bukan kanser) pada usus (juvenile polip)
Ia biasanya ditemui pada kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan antara tiga hingga lima tahun
Ketumbuhan ini tidak menyebabkan kesakitan, tetapi apabila kanak-kanak terbabit membuang air besar, ada darah pada najisnya.
Penyakit kongenital
A. Penyakit Hirschprung
Lazimnya, bayi yang baru dilahirkan akan membuang najis pertamanya. Najis itu dikenali sebagai mekonium.
Sekiranya bayi masih tidak membuang air besar dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas dilahirkan, ini merupakan indikasi awal ada masalah pada usus besar.
Bayi terbabit disyaki menghidap penyakit Hirschsprung.
Ia adalah sejenis penyakit kongenital di mana bayi yang menghidap penyakit Hirschsprung atau sebutannya Hursh-sprungz tidak mempunyai sel urat saraf sel ganglia pada usus besar.
Ketiadaan sel-sel saraf ini menyebabkan usus tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Apabila fungsinya terjejas, proses pencernaan dan penyerapan makanan juga terganggu.
Antara gejala yang dapat dikenal pasti pada bayi yang menghadapi masalah ini ialah:
- Bayi tidak membuang air besar dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam
- Bayi lewat membuang air besar - membuang air besar pertama kali selepas 24 jam dilahirkan
- Bayi mengalami kesukaran membuang air besar.
Proses pembuangan air besar bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih kerap berbanding bayi yang menyusu susu formula.
Biasanya bayi yang menyusu susu ibu akan membuang air besar antara empat hingga lima kali sehari.
Manakala bayi yang menyusu susu formula membuang air besar agak kurang iaitu satu atau dua kali sehari.
Sekiranya bayi hanya membuang air besar sekali seminggu, ini menunjukkan tanda-tanda ada masalah pada ususnya.
Najis yang berkumpul dalam usus menyebabkan usus membengkak dan bayi mengalami kembung.
Najis yang tidak dikumuhkan ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Antara komplikasi penyakit ini jika dibiarkan tanpa rawatan ialah:
- Perut kembung
- Kurang selera makan
- Perut senak selepas makan
Pada peringkat serius, bayi akan mengalami:
- Muntah-muntah
- Jangkitan kuman pada usus merebak ke dalam aliran darah
- Usus membengkak
- Kematian.
Bagi menangani masalah ini, usus yang tidak normal akan dibuang dan digantikan dengan usus normal.
B. Bayi dilahirkan tanpa lubang dubur
Punca bayi yang dilahirkan tanpa lubang dubur tidak diketahui.
Satu kaedah yang dapat membantu menangani masalah ini ialah dengan melakukan pembedahan membuat lubang dubur daripada kulit.
Di bawah kaedah ini, pembedahan colostomy iaitu mengeluarkan usus besar akan dilakukan untuk sementara waktu.
Apabila bayi mencecah usia enam bulan, pembedahan akan dilakukan untuk memasukkan semula usus besar itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenal kecacatan dubur pada bayi
PERUT kembung antara gejala akibat tidak boleh membuang air besar.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh NAJIBAH HASSAN
BAGI yang bakal menjadi ibu atau bapa ataupun telah mempunyai status ini, ada banyak perkara penting perlu anda ketahui setiap kali mendapat cahaya mata.
Salah satu yang harus diperhatikan ialah sama ada bayi anda membuang air besar dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan.
Jika ini tidak berlaku, ada sesuatu yang perlu anda syaki. Ada kemungkinan bayi anda menghadapi kecacatan pada lubang dubur.
Ketua Jabatan Bedah Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Zakaria Zahari berkata, kecacatan lubang dubur antara masalah yang kerap ditemui di kalangan bayi.
Menurut beliau, meskipun sesetengah bayi boleh membuang air besar, namun ia tidak bermakna mereka bebas daripada masalah ini.
``Pembuangan air besar bukanlah satu manifestasi mutlak menentukan kesempurnaan lubang dubur. Jumlah dan tempat najis keluar juga penting untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada lubang dubur bayi,'' katanya.
Bayi normal biasanya akan membuang air besar dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan. Sekiranya proses pembuangan air besar tidak berlaku dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam, keadaan ini boleh membahayakan bayi.
Kecacatan pada dubur ini juga dikenali sebagai anorectal malformation (AM). Ia merupakan penyakit konginetal iaitu bayi dilahirkan dengan penyakit ini sejak dilahirkan.
Masalah ini berlaku ketika pembentukan janin semasa proses kehamilan. Semasa dalam peringkat tumbesaran janin dalam rahim, pelbagai sistem organ terbentuk dan matang. Bahagian hujung bawah sistem penghadaman terbentuk pada minggu awal kehamilan.
Ano bermaksud dubur iaitu pembukaan pada hujung usus besar di mana najis dikeluarkan.
Ia berlaku apabila kanak-kanak terbabit mempunyai pergerakan pada usus. Rectal dirujuk kepada rektum. Ia merupakan bahagian usus besar yang terletak betul-betul di atas dubur.
Kadar kejadian AM ini ialah 1 dalam setiap 5,000 kelahiran. Di negara ini, dianggarkan kira-kira 100 kes dilaporkan berlaku pada setiap tahun. Kadar kejadian antara bayi lelaki dan perempuan tidak banyak beza. Tetapi ia lebih ketara pada bayi lelaki.
Punca sebenar AM ini tidak diketahui.
Adalah dipercayai sekiranya anak terdahulu pasangan itu menghadapi masalah ini, risiko anak seterusnya mendapat AM juga tinggi.
Selain kecacatan ketiadaan dubur, bayi mungkin menghadapi lain-lain masalah kecacatan seperti:
* Lubang dubur yang sempit
* Rektum tidak bersambung dengan dubur
* Rektum mungkin bersambung pada saluran kencing atau sistem reproduktif melalui.
Gejala
Pada peringkat awal, sukar untuk mengesan gejala AM ini. Gejalanya boleh dikesan dalam jangka masa 12 jam.
Bayi terbabit boleh mengalami:
* Perut kembung
* Muntah-muntah
* Muntah apabila makan
* Tidak boleh menyusu.
Faktor risiko
Bayi yang berisiko menghadapi masalah kecacatan dubur ini mempunyai hubung kait dengan beberapa jenis masalah kesihatan lain.
Bagaimanapun, AM boleh ditemui di kalangan kanak-kanak yang mengalami kecacatan konginetal atau sindrom genetik seperti:
* Vacterl - sejenis sindrom yang mempunyai hubungan dengan masalah;
a. Sindrom Down
b. Vertebra
c. Dubur
d. Jantung
e. Saluran pemakanan
f. Kecacatan pada bahagian kaki dan tracheal.
* Kecacatan pada sistem penghadaman
* Kecacatan pada saluran kencing - lubang kencing tidak berada pada tempat yang sepatutnya. Keadaan ini mengakibatkan air kencing akan masuk ke dalam tubuh. Kesannya, berlaku jangkitan kuman
* Kecacatan pada saraf tunjang
* Bayi tidak memiliki buah pinggang.
Dr. Zakaria menjelaskan, pemeriksaan lubang dubur bayi adalah salah satu rutin yang dilakukan oleh doktor atau bidan sebaik bayi dilahirkan.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga dinasihatkan melakukan perkara yang serupa bagi mengesan sebarang kecacatan pada bayi.
``Salah satu cara paling berkesan untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai lubang dubur atau tidak ialah dengan memastikan sama ada bayi membuang air besar dalam tempoh 24 jam.
``Sekiranya ibu bapa mengesyaki sesuatu segera dapatkan pemeriksaan doktor,'' katanya.
Menurut beliau, kegagalan mengesan proses pembuangan air besar dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam, boleh membahayakan bayi.
Antaranya ialah usus besar pecah dan menyebabkan jangkitan kuman yang serius.
Apabila berlaku jangkitan kuman, bayi akan demam.
Biasanya bayi menangis kerana terdapat udara di dalam perut. Udara ini perlu dikeluarkan sama ada bayi tersebut muntah atau kentut.
Jenis-jenis kecacatan lubang dubur
Bayi lelaki
A. Terdapat lubang dubur yang kecil, tetapi ia tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya.
Ia dikenali sebagai cutaneous fistula. Najis hanya boleh keluar sedikit tetapi keras. Najis yang tertinggal ini menyebabkan sembelit.
Bagi mengatasi masalah ini, pembedahan membesarkan lubang dubur akan dilakukan. Ia dikenali sebagai anoplasti.
Masalah ini turut dialami bayi perempuan.
B. Rectouretral
Ia merupakan masalah kecacatan lubang dubur yang paling kerap ditemui.
Lubang dubur bercantum antara rektum dengan saluran kencing. Apabila bayi kencing, najis akan keluar secara serentak.
Tetapi bayi tidak boleh membuang air besar.
C. Rectovesical
Masalah paling jarang berlaku. Ia merupakan kecacatan lubang dubur dengan pundi kencing.
Masalah pada bayi perempuan
A. Rectovestibular
Ia merupakan masalah yang paling kerap ditemui. Masalah ini ialah rektum dan saluran kemaluan bercantum.
Bayi boleh membuang air besar seperti biasa.
Sesetengah bayi kelihatan normal, tetapi jika diteliti najis sebenarnya keluar dari kemaluan.
Keadaan ini boleh dikesan semasa bayi menyusu. Pada usia antara tiga hingga empat bulan, mereka tidak menunjukkan sebarang masalah. Masalah timbul apabila bayi mula mengambil makanan.
B. Cloaca
Ia adalah bentuk kecacatan percantuman antara lubang kencing dan lubang dubur.
Bayi tidak boleh membuang air besar, tetapi boleh membuang air kecil.
Bagaimanapun, cloaca jarang berlaku.
Rawatan
Hampir sebilangan besar bayi yang menghadapi masalah AM ini memerlukan rawatan pembedahan.
Jenis dan jumlah pembedahan bergantung kepada kecacatan bayi tersebut.
Bayi yang tidak mempunyai lubang dubur memerlukan beberapa peringkat pembedahan seperti:
a. Pada peringkat awal, pembedahan membuat lubang pada perut mengeluarkan usus yang dikenali sebagai kolostomi. Pembedahan ini adalah sementara.
b. Pembedahan membuat lubang dubur dilakukan setelah bayi berusia antara tiga hingga empat bulan. Ia dikenali sebagai pembedahan PSARP (posterior, sagittal, ano, recto dan plasti).
Kaedah ini telah diperkenalkan sejak awal tahun 1980-an.
c. Pembedahan menutup kolostomi.
d. Selepas pembedahan membuat lubang dubur baru, prosedur pengembangan lubang dubur (anal dilation) dilakukan.
Ia bertujuan memastikan lubang dubur akan mengembang pada saiz yang dikehendaki. Pada masa yang sama ia bertujuan mengelakkan lubang ini daripada mengecil.
Pembesaran lubang dubur ini dilakukan dengan menggunakan lilin.
Kesemua prosedur pembedahan ini perlu dilakukan sebelum bayi mencecah usia setahun atau sebelum ia boleh berjalan.
Walaupun rawatan diberikan, bayi yang menjalani prosedur ini tidak terkecuali daripada menghadapi masalah sehinggalah mereka dewasa.
Antaranya ialah:
* Masalah sembelit
* Terkincit
* Kegagalan mengawal pembuangan air besar.
Masalah ini berlaku kerana lubang dubur semula yang dibuat tidak sama seperti lubang dubur semula jadi. Lubang dubur semula jadi mempunyai saraf dan otot-otot yang membantu pengeluaran najis.
Sebaliknya, lubang dubur buatan tidak mempunyai saraf atau otot-otot yang dapat merangsang atau membantu pengeluaran najis.
Sesetengah kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga lapan tahun terpaksa memakai lampin.
Bagaimanapun, masalah ini biasanya akan pulih apabila mereka mencecah usia 10 tahun atau setelah meningkat dewasa.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah najis yang keras, boleh mengambil ubat-ubatan untuk melembutkan najis mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm.. my doter memang sejak kecik sembelit. dah jenuh tukar susu.. last2 dokter syorkan enfalac. tapi it doesnt help much la.. mula2 berbulan gak la pakai prime enema untuk bagi dia buang air. lepastu tukar pakai skilax yg titikkan 5 titik dlm susu sblm dia tido. esok pagi sure membuang punyer. finally baru jumpa solution kepada masalah tu. vitagen dan adik bradiknyer tu memang bagus kpd bebudak yg suka minum tu, tapi my doter tak suka. sebaliknyer dia suka makan spirulina. yg jenis biji² nih. ira beli yg Sun Chrorella A.. dia dah ada dlm market sejak tahun 90-an lagik; kiranya yg terawal seumpamanya. alhamdulillah sejak makan tu, memang takde masalah langsung bab membuang ni. bagi dia makan 5-6 biji sehari. kalo makan lebih pun takpe sebab dia takde side effect. ira tak berani nak suggest mana² brand lain spirulina sebab terlalu banyak dalam market ni dan ada yg dicampur dgn benda tah pepe. ira dah bertahun memang guna jenis tu.. dan memang sangat sesuai; bukan utk baby saja.. bahkan utk seisi keluarga. it'll make your body more healthier. now my doter takde masalah sembelit dah. sejak umo 1y6bln dia dah taknak berak dlm pampers.. "ibu, nak billik.. icah nak u uh" hehe.. skangni umo dah 1y9bln. reti cakap buat ayat penuh dah |
|
|
|
|
|
|
|
anak jelly, aliyyah sampai hari ini problem buang air besar...kadang-kadang tu sampai berdarah2. so jelly bawak aliyyah jumpa paed, dia recommendkan aliyyah makan satu ubat tu forlax..bancuh dalam air sejuk lepas tu minum.. rasa dia macam air 100 plus. so far alhamdulillah najis dia dah tak keras macam dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
anak aku xde problem berak ni... malah satu hari at least 2 kali! aku plak yg jenuh nak kena cuci...
tapi pg tadi haru betul! 1st time dia berak meraung2 kesakitan... "sakittttt.... sakittttt.... hu hu hu"... dah la pukul 6 pagi! memecah kesunyian pagi... kalau jiran tetangga dengar, sure ingat bdk kena dera! hehe
tapi kalau bab2 cenggini, aku terus picitkan ubat montot tu je! selesai! |
|
|
|
|
|
|
|
hm..nak share exp. gak la.dulu ms my bb sembelit ade gak, bg dia lactul solution tu.tp peh tu bwk kat Dr., dia kata menede tu akan cuci seme benda yg bb mkn.maksudnye nnt, zat2 dia hbs la.tu dia yg kata la.so dia suggest guna enema yg msk kot montot tu sbb katanye lg..((hihi..brp byk katanye la..) mende tu akn kuar kan najis yg mmg dh ade kat montot.gitu le lebey kuang.pastu, tercerita kat kwn, dia kata suh try kasi minum madu.tp madu asli taww.madu tu campur sket kat air msk dia.xyah byk2, 1 sudu teh je dah cukup.asal ade rs manis.cuba method tu, alhamdulillah..xde sembelit lg.or mayby lg 1 sbb, me tukor susu NAN 1.smp skang dia ok. |
|
|
|
|
|
|
|
err.. untuk makluman kengkawan semua.. enema yg masuk kat montot tu sebenarnya tak elok. cuba la tanye doktor.. itu cuma utk kes² kecemasan je.. jangan pakai selalu, nanti dia akan bergantung kpd benda tu selama²nya. tambahan plak nanti bleh luka kat montot.. dah beso bleh jadi buasir lak. so.. cecepatla cari solution lain utk gantikan enema tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ishkkk yg mana satu btol ni?
skang ni yen bg baby syrup lactol tu... pasal dr tak kasik asik cucuk lubang montot baby... lps bg lactol tu br ok die berak... |
|
|
|
|
|
|
|
me pon kasik anak makan ubat lactul tuh,,,,
tapi dok pikir, lama gak la dah pakai ubat tuh, tak per ker ha?
aku risau gak, asik bergantung ngan ubat tuh jer,,,
kalau tak , susah my doter nak berak..
dah puas dah kasik juice, buah prune, mmg tak jalan
sian sgt ngan my doter kalau dia terjerit2 nangis nak berak tuh,,, |
|
|
|
|
|
|
|
My doter, 4yrs++ pun mcm tu gak. so, every time dia nak berak tu, i selalunya tolong tekankan bhgn atas lubang bontot dia tu. sbb kdg2 klu dia mmg nk berak sgt2, kita boleh rasa mcm ada ketul kat situ. tolak pelan2. dia mmg x bg tp i insist gak. sbb kesian tengok dok meneran sampai merah padam muka... |
|
|
|
|
|
|
|
My doter, 4yrs++ pun mcm tu gak. so, every time dia nak berak tu, i selalunya tolong tekankan bhgn atas lubang bontot dia tu. sbb kdg2 klu dia mmg nk berak sgt2, kita boleh rasa mcm ada ketul kat situ. tolak pelan2. dia mmg x bg tp i insist gak. sbb kesian tengok dok meneran sampai merah padam muka... |
|
|
|
|
|
|
|
Menghadapi sembelit kanak-kanak
Doktor,
BAYI saya dilahirkan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Dermatitis Bulossa, kini berusia 7 bulan. Sistem perkumuhannya (buang air besar) amat payah, kadangkala sehingga muntah-muntah. Saya tidak sampai hati melihatkan keadaannya itu. Saya ingin bertanya kepada doktor apakah pemakanan yang terbaik perlu saya sediakan untuknya. Segala maklum balas amat saya hargai. Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|