|
♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥
[Copy link]
|
|
慡aya berdebar
BUKAN sesuatu yang aneh apabila diri anak Kuala Lipis, Pahang itu dicemburui. Dia memiliki segala-galanya - bakat seni, kecantikan dan kejayaan. Bakat seni itu juga yang membawa penyanyi bersuara emas itu mendaki puncak tertinggi di takhta persada seni negara. Sedekad meniti dunia penuh glamor, lebih seratus trofi berada dalam genggamannya.
Siti sudah enam kali memenangi trofi Bintang Paling Popular, pengiktirafan tertinggi yang diberikan peminat sempena acara hiburan berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Justeru tidak perlu disangkal lagi, dia antara wanita muda yang mempunyai pengaruh yang cukup besar di negara ini.
Lantas, alasan itu juga yang menjadikan penyanyi itu sebagai pilihan pertama Rafflesia The Pearl Centre untuk menggayakan set aksesori mutiara bernilai RM3.8 juta pada acara ABPBH 2005 di Arena Of Stars, Genting Highlands, 26 Februari ini.
Set gabungan mutiara hitam 慣ahiti |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rahsia Siti dalam lagu
Rahsia Siti dalam lagu
Oleh Hartati Hassan Basri
Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Nian Di Hati ini tetap dengan prinsip biarkan saja apa orang hendak kata. Siti tidak mahu mengulas lanjut walaupun ada yang dipaparkan itu menyentuh maruahnya.
Sebenarnya, Siti meluahkan semuanya dalam lirik Biarlah Rahsia. Lagu ciptaan Melly Goeslaw itu liriknya ditulis oleh Siti sendiri dan akan dimuatkan dalam album terbarunya yang dijangka berada di pasaran April ini.
Malah, banyak lagu yang dipilih bagaikan luahan hati Siti. Antaranya, lagu ciptaan Glenn, Bila Harus Memilih, Hidup Penuh Bicara (Yasin) dan Hati Berbisik yang dicipta sendiri oleh Siti.
Siti ketika ditemui di studio Yasin untuk rakaman lagu Hidup Penuh Bicara di Kota Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini mengakui, lagu yang dimuatkan dalam album ini diminta khusus daripada komposernya kerana mahukan kualiti.
Katanya, album ini juga cukup bermakna kerana dihasilkan sepenuhnya Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd dengan kos hampir RM100,000. Ia memuatkan 10 lagu iaitu lima ciptaan komposer Malaysia dan lima lagi komposer Indonesia.
揔alau dulu saya terikat dengan syarikat rakaman hingga ada yang diingini tapi tidak dapat ditunaikan. Tapi kali ini semuanya ditanggung SNP. Jadi, apa yang saya inginkan, saya minta dimuatkan dalam album ini.
揝aya suka karya Glenn seperti lagu Januari dan meminta lagu daripadanya. Begitu juga dengan Yasin yang pernah bekerjasama untuk album Prasasti Seni melalui lagu Rindu.
揔ali ini Yasin menghasilkan lagu Hidup Penuh Bicara. Lagu ini istimewa kerana menggabungkan unsur fusion, jazz dan Arab. Jika Lagu Rindu berunsur ketuhanan dan lebih kepada 憌orld music, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: Majalah Remaja 15 Feb 2006
[ Last edited by ruffly_sya at 18-2-2006 03:45 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nurhaliza sumbang RM500,000 untuk kempen antidadah
SHAH ALAM 19 Feb. - Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin yang menjadi Duta kepada Kempen Anti Dadah Kebangsaan hari ini menyumbangkan RM500,000 untuk sekretariat kempen itu menjalankan tugas-tugas membanteras ancaman musuh utama negara itu.
Sumbangan yang dibuat melalui Syarikat Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. itu disampaikan kepada Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom.
Ia disampaikan dalam Majlis Karnival 6 Jahanam sempena Kempen Anti Dadah Kebangsaan yang diadakan di Dataran Shah Alam, di sini malam ini.
Siti Nurhaliza yang menjadi Duta kempen tersebut untuk dua tahun bermula tahun ini dalam ucapannya berikrar akan membantu kerajaan membanteras penyalahgunaan najis dadah.
``Siti merasa bangga kerana sebagai seorang artis, dapat membantu kerajaan membasmi dadah. Oleh itu Siti juga meminta remaja agar menjauhi dadah,'' katanya.
Terdahulu, Mohd. Johari dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada Siti Nurhaliza kerana membantu kerajaan dalam kempen tersebut.
``Siti telah memberi sumbangan yang banyak. Jadi kita harap artis lain akan mencontohinya,'' kata beliau.
Kempen Anti Dadah Kebangsaan tersebut adalah anjuran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Biro Membasmi Dadah UMNO Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar dan beberapa Exco kerajaan Selangor.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nurhaliza Donates RM500,000 For National Anti Drug Campaign
SHAH ALAM, Feb 19 (Bernama) -- Siti Nurhaliza the National Anti-Drug Campaign ambassadress Sunday night donated RM500,000 for the campaign.
The diva handed over the mock-up cheque from Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd's to the Deputy Internal Security Minister Datuk Mohd Johari Baharom in conjunction with the Six Hells Carnival (Karnival 6 Jahanam) here, Sunday.
Siti Nurhaliza is the ambassadress for this year and next year's campaign.
In her speech, Siti Nurhaliza said she would help the government in efforts to eradicate the drugs menace in society.
"We have to stay away from drugs. Youths should hate drugs," she said.
-- BERNAMA.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sumber: Kosmo 20 Februari 2006
[ Last edited by ruffly_sya at 20-2-2006 07:17 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pena Siti @ KOSMO
KOSMO 19 FEBRUARI 2006
*kalau nak tgk lebih besar klik je gambar tu yer...puas dah edit tapi tak jadi2...
[ Last edited by ColbyRaikkonen at 2-5-2006 11:45 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TERJEMAHAN SUARA HATI SITI
ASSALAMUALAIKUM dan salam pertemuan buat semua pembaca setia KOSMO! Ahad. Rasanya macam satu keistimewaan apabila diberi peluang untuk menulis di ruangan ini.
Minggu pertama menulis, bagai mimpi. Saya berterima kasih di atas penghargaan yang diberikan.
Hari minggu saya tentunya akan berjalan lebih sempurna kerana dengan pena, saya mendekati anda semua dan berkongsi cerita yang ada.
Pena Siti bagi saya peluang untuk berinteraksi dengan anda. Saya tidak mahu memilih tajuk khusus untuk bercerita di sini kerana setiap pengalaman yang saya ada, Insya-Allah akan dikongsi dan tentunya setiap minggu kisahnya akan berbeza.
Menulis mula menjadi minat saya. Barangkali bukan bergelar penulis terbilang tetapi saya mahu menjadi insan yang peka.
Kita boleh menzahirkan apa saja melalui tulisan dan saya mula merasakannya. Bukan tidak pernah menulis tetapi masa sering membataskan saya untuk berbuat demikian.
Mungkin juga peluang untuk mencipta lirik untuk album terbaru dan yang sebelum ini merupakan permulaan bagi saya.
Mungkin terasa kepuasannya bila dapat meluahkan segalanya di atas sekeping kertas.
Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan lirik berbanding menulis cerita. Saya begitu kagum dengan ramai penulis lirik kita yang senior seperti kak Habsah Hassan, Lukhman S., Loloq, Amran Omar dan ramai lagi termasuklah yang telah tiada.
Mereka punya jiwa yang begitu halus dan mampu membaca apa yang berlaku di persekitaran kita malah untuk mencipta lirik perlu mengikut patah perkataan dan suku kata yang ditetapkan oleh komposer.
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan sentuhan ajaib beberapa penulis ini di dalam album terbaru saya.
Menghasilkan sebuah album terbitan sendiri bagi saya satu cabaran. Setiap kerja saya hanya berpaksikan pada kejujuran dan keikhlasan.
Hati akan senang jika semua yang dirancang dapat dilaksanakan.
Saya tidak terburu-buru kali ini dan saya mempunyai waktu yang panjang untuk memberikan sesuatu yang mampu memuaskan. Insya-Allah.
Saya masih ingat pertama kali masuk studio bagi album ini adalah bila saya menyanyikan melodi lagu saya dan meminta Aubrey Suwito membantu saya untuk membuat susunan lagu ciptaan saya.
Malu bukan kepalang kerana ini percubaan pertama saya menghasilkan lagu dan saya hanya menyanyikan melodinya tanpa sepatah lirik dan tanpa iringan muzik apatah lagi petikan gitar.
Namun kata-kata semangat Aubrey menyakinkan saya. Benarlah katanya, kalau tidak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya.
Saya percaya ini adalah titik permulaan untuk bergelar pencipta lagu berjaya. Sementara menunggu lagu saya disiapkan, Aubrey memberikan saya lagu ciptaannya berjudul Bisakah.
Pertama kali mendengarnya saya terus tersentuh dan inginkan lagunya dimuatkan di dalam album terbaru saya.
Seterusnya saya merakamkan lagu ciptaan Melly Goeslow dan liriknya saya cipta sendiri setelah meminta izin daripadanya untuk menukar kepada lirik baru.
Ini merupakan tanggungjawab besar bagi saya untuk menghasilkan lirik lagu ciptaan komposer hebat di Indonesia.
Puas berfikir dan menghayati melodinya, saya menulis sesuatu yang begitu mendalam buat diri saya. Ingin tahu?.
Biarlah Rahsia menjadi tajuk pilihan saya kerana ia terlalu menarik buat saya. Saya percaya anda hanya akan faham bila sudah mendengar dan menghayatinya.
Apa yang turut menarik dalam album ini adalah sebuah lagu rancak berjudul Destinasi Cinta ciptaan isteri Aubrey, Lin Li Zhens.
Lagu berkenaan mempunyai sentuhan rock dari segi muziknya. Lagu rancak kebanyakannya mudah bagi saya untuk merakamkannya.
Samalah juga keadaannya dengan lagu ciptaan Yassin Sulaiman berjudul Hidup Penuh Bicara tidak banyak masa yang saya perlukan untuk merakamkan lagu itu.
Lagu ciptaan Glenn pula membuatkan saya cuba menyanyi dengan teknik yang lebih tenang sesuai dengan emosi lagu ini.
Lebih banyak berbisik dan mengawal pernafasan. Kalau tak sempat makan mahu semput nak membawakan lagu ini.
Selepas lagu Glenn berjudul Bila Harus Memilih selesai dirakamkan, tiba giliran lagu ciptaan komposer baru dari Indonesia, Shafick pada hari berikutnya, diikuti dengan lagu ciptaan pertama saya Hati Berbisik.
Sebenarnya macam tak percaya saya sudah memiliki lagu ciptaan sendiri. Saya harus berterima kasih kepada Aubrey sekali lagi kerana menyakinkan saya berhubung pencapaian baru dalam hidup saya.
Bercerita tentang album ini lagi, memang untuk kali ini saya memilih membuat kerjasama antara pencipta Malaysia dan Indonesia agar peminat di kedua-dua negara dapat memilih dan menilai album ini mengikut cita rasa masing-masing.
Masih ada lagi beberapa lagu yang masih belum dirakamkan seperti lagu dari Catt (Ruffedge), Damian, Erwin Gutawa dan beberapa buah lagu lagi.
Insya-Allah akhir bulan Mac atau awal bulan April album ini akan berada di pasaran.
Bagi peminat yang menantikan album ini, barangkali boleh menemui saya di majlis Malam Amal Kasih yang diadakan di Dewan Merdeka (PWTC), Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 22 Februari ini kerana saya akan menyampaikan sebuah lagu baru secara eksklusif pada malam itu.
Menerbitkan album di samping berlandaskan cita rasa atau idea yang saya mahu, namun kuasa membeli masih di tangan peminat.
Justeru saya harus memberikan keseimbangan dari segi lagu yang dimuatkan dalam album ini. Jika mahu mendengar nyanyian eksklusif ini jangan ketingglan bertemu saya di PWTC nanti.
Sekian sahaja Pena Siti untuk minggu perkenalan ini.
Setiap perjalanan ada pengalaman yang menguji kematangan!
Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL : Siti, Datuk Khalid sedondon
Oleh Hartati Hassan Basri
KUALA LUMPUR: Warna sedondon yang dipilih penyanyi Siti Nurhaliza dan Pengerusi Ace Group Company, Datuk Khalid Muhd Jiwa ketika Malam Amal Kasih di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi, seolah-olah memberi petanda kepada umum mengenai hubungan mereka berdua.
ABPBH05
Siti kelihatan manis dengan gaun ungu serta hiasan bunga orkid warna ungu di kepala manakala Khalid segak berbaju batik warna ungu.
Malah, lagu lama yang dipopularkan Anneke Gronloh, Asmara yang dipersembahkan Siti pada awal persembahannya, sekali lagi meyakinkan penonton bahawa penyanyi berusia 27 tahun itu sedang dilamun cinta.
Sejak tahun lalu, Siti dikatakan menjalin hubungan intim dengan tokoh korporat yang hanya dikenali sebagai Datuk K.
Justeru, kemunculan mereka pada malam tadi sememangnya dinantikan media untuk mendapatkan kepastian daripada kedua-dua pihak mengenai hubungan mereka.
Jurugambar juga bersedia untuk merakamkan gambar Siti bersama Khalid apabila semua penyanyi yang menjayakan Malam Amal Kasih diminta bergambar bersama penganjur dan pihak yang memberi sumbangan.
Bagaimanapun, Khalid tidak naik ke pentas.
Apabila wartawan cuba mendapatkan pengesahan mengenai hubungan mereka, baik Siti mahupun Khalid enggan menjawab soalan berkenaan dengan alasan yang sama iaitu mereka hadir untuk majlis amal dan tidak mahu menjawab soalan berkaitan peribadi.
TANDA TANYA...wartawan dan jurugambar mengerumuni Siti Nurhaliza
berhubung kehadiran Datuk Khalid dalam majlis Malam Amal Kasih, malam tadi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiara cipta sejarah Siti pemurah
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
TANPA keberanian, mimpi tidak akan jadi kenyataan. Tiada kenyataan yang tidak bermula dengan mimpi untuk menggapai sesuatu yang luar biasa. Tapi apabila keberanian berada di puncak, impian tentang apa sekalipun akan menjadi kenyataan.
Tanpa keberanian juga dua wanita ini tidak mungkin mencetuskan fenomena dalam jurus seni masing-masing. Mereka berdua mampu mengejutkan kita tentang sesuatu yang luar biasa daripada mereka.
Demikianlah dua artis wanita; Tiara Jacquelina dan Siti Nurhaliza yang menjadi topik percakapan semua lapisan masyarakat. Mereka berdua menjadi pencetus kepada revolusi dunia seni tempatan.
Kepada Siti Nurhaliza dan Tiara, keberanian dan tanggungjawab telah membawa mereka sebagai perintis. Tiara merintis pementasan teater paling spektakular, Puteri Gunung Ledang the Musical di Istana Budaya. Sementara Siti Nurhaliza pula merintis nama sebagai artis pertama yang menyumbangkan RM500,000 kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Pancaindera dengan bangga menyorot semula perjalanan dua anak seni yang minggu lalu muncul dengan kisah fantastik yang mencatat sejarah tersendiri dalam dunia seni tempatan.
Tiara memulakan kerjaya seninya bermula di pentas peragaan dan tarian. Melewati dunia lakonan dengan pelbagai watak yang mencabar, Tiara muncul sebagai wanita yang disegani dalam dunianya.
Pengalaman demi pengalaman membangkitkan keberanian dan kekuatan itu jugalah dia memilih untuk menghasilkan monumen kepada dunia filem dan teater tempatan.
Selepas menerbitkan filem Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja paling besar dalam sejarah filem tempatan iaitu lebih RM20 juta, Tiara mementaskan pula Puteri Gunung Ledang the Musical. Muzika ini juga mencatatkan sejarah sebagai pementasan paling laris dan paling mahal.
Tiara bersama dengan kelompok artis dan krew pementasan berkenaan telah membuka mata banyak pihak terutama pihak korporat terhadap teater tempatan.
Perubahan yang cukup ketara ialah sambutan penonton, sesuatu yang jarang-jarang sekali berlaku kepada teater tempatan. Puteri Gunung Ledang the Musical mendapat sambutan cukup hebat, mencipta sejarah apabila pementasannya sejak 7 Februari lalu padat dengan penonton.
Ini membuatkan penganjur melanjutkan pementasan pada 27 dan 28 Februari. Sesuatu yang lebih mengejutkan mengiringi saat manis itu apabila 2,400 tiket menyaksikan tayangan tambahan itu habis terjual dalam masa tiga jam selepas kaunter dibuka.
Tiara, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi ini masih dengan cinta pertamanya iaitu dunia seni meskipun setelah bergelar isteri kenamaan.
Semenjak mendirikan rumah tangga dengan menteri berkenaan, Tiara tidak pernah mengabaikan cintanya kepada dunia seni. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan dengan status berkenaan Tiara terbang makin tinggi di awan menggendong cita-cita besarnya dalam bidang seni.
Kejayaan pertama yang diraih ialah melalui penghasilan filem Puteri Gunung Ledang yang menggunakan kos lebih RM20 juta untuk pembikinannya.
Filem itu juga menjadi filem tempatan pertama yang dicalonkan di Anugerah Academy dua tahun lalu. Bercakap soal pengorbanan, kata Tiara dia mengakui cabaran memperkasakan bidang seni tempatan terlalu besar.
揗emangnya hidup ini memerlukan pengorbanan. Untuk mementaskan keindahan seperti teater ini banyak perkara yang saya korbankan,'' kata Tiara dalam temu bualnya dengan Pancaindera baru-baru ini.
Dan Tiara telah membuktikan dengan kekuatan yang ada padanya segala cita-citanya untuk muncul dalam teater terhebat tercapai akhirnya.
揔alau saya bersara dalam lakonan pun, saya sudah boleh bersara dengan aman,'' demikian komennya setelah penat lelah mementaskan teater berkenaan berbayar akhirnya dengan sambutan hebat penonton.
Jika wajah dunia filem dan teater berjaya dirobah dengan kehadiran wanita bernama Tiara Jacquelina, dunia seni suara pula diukur kepada pencapaian Siti Nurhaliza.
Setelah melewati tahun ke-11 penglibatannya dalam dunia seni suara, Siti muncul dengan kejutan pada minggu lalu.
Siti Nurhaliza melalui syarikat miliknya sendiri Siti Nurhaliza Production menyumbangkan RM500,000 kepada AADK. Ini adalah manifestasi kehebatan anak seni yang dilihat telah melalui transisi yang menggembirakan.
Jika pada zaman P. Ramlee atau karyawan seni seangkatan dengannya, bidang seni dilihat dunia yang sarat dengan air mata dan kedukaan, pencapaian artis muda seperti Siti telah merobah sama sekali tanggapan sebegitu.
Jumlah RM500,000 bukanlah wang yang sedikit kalau bercakap soal sumbangan dan Siti melakukannya dengan penuh rela. Ia sebagai sokongan seorang anak seni kepada pihak kerajaan untuk membanteras penyalahgunaan dadah.
Jika mahu, Siti boleh menggunakan popularitinya sahaja untuk menyertai segala kempen yang dianjurkan bagi membanteras jenayah dadah, tetapi Siti merelakan sebahagian wangnya dileburkan.
揝iti dengan segala rasa rendah diri ingin membantu. Jangan nilai ini sebagai jumlah yang besar. Cuma Siti sangat berharap agar apa yang Siti lakukan ini dapat membuka hati dan pemikiran orang lain di luar sana untuk sama-sama menolong AADK. Datanglah, kita sama-sama bantu pihak yang memerlukan bantuan kita,'' katanya mengulas tentang signifikan berbuat demikian.
Paling penting kata Siti apa yang disumbangkan bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk atau ukuran kemewahan dirinya.
揢sah ditanya soal jumlah wang yang ada dalam simpanan Siti atau yang dimiliki oleh syarikat Siti. Siti mahu apa yang Siti lakukan ini membuka pandangan baru semua pihak. Biarlah mereka kata, 揗arilah kita sama-sama membantu macam yang Siti buat,'' katanya.
Baik Tiara mahupun Siti Nurhaliza telah menggunakan kehebatan mereka dengan sebaik mungkin. Yang lebih manisnya mereka memilih untuk mengembalikan semula kehebatan itu kepada masyarakat, yang telah mendukung mereka selama ini dalam bidang seni.
Kedua-dua anak seni yang membesar dan dewasa dengan masyarakat ini akhirnya memulangkan semula hak peminat-peminat dengan memberikan yang terbaik kepada mereka. Itulah kuasa di tangan wanita.
sumber: utusan online.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KOSMO 26 FEBRUARI 2006
BUKAN SEKADAR MENYANYI
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Bertemu kembali di ruangan ini dan semoga hari minggu memberikan keceriaan kepada kita semua.
Malam ini adalah malam penuh gemerlapan apabila semua' 'bintang' tanah air akan berkumpul di Genting, Highlands untuk menjayakan Anugerah Bintang Popular (ABP) 2005.
Insya-Allah saya akan turut berada di sana untuk memberi sokongan di samping hadir sebagai salah seorang finalis untuk kategori Penyanyi Wanita Popular.
Sembilan tahun lalu, saya mula-mula dicalonkan di ABP dan ketika itu diadakan di Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor.
Ketika itu, usia saya dalam bidang seni baru masuk satu tahun setengah.
Apabila melihat nama saya dicalonkan pada peringkat awal dan seterusnya terpilih ke lima finalis, perasaan pada ketika itu benar-benar tidak menyangka.
Memandangkan ABP sebuah acara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat seni, maka sebagai artis baru ketika itu, tentunya saya sendiri tidak ketinggalan berdebar-debar kerana bukan mudah untuk artis baru seperti saya diterima dengan begitu cepat oleh peminat.
Selama menyertai ABP, saya bersyukur kerana peminat sentiasa memberi sokongan. Kejayaan saya adalah kejayaan mereka juga kerana merekalah yang telah memilih dan mengundi saya.
Bagi saya, peranan peminat dalam kerjaya seni saya begitu besar sekali. Setiap saat, dalam susah dan senang kami saling menyokong dan memastikan tetap berdiri teguh di antara satu sama lain.
Saya tertarik dengan kata-kata peminat saya yang sering mereka luahkan iaitu 'untuk menjadi peminat Siti, mereka harus menjadi setabah Siti'. la begitu menyentuh.
Secara tidak langsung, saya dapat menilai bahawa peminat saya boleh menerima sebarang keputusan dengan hati yang terbuka walaupun mereka sudah berhempas pulas untuk memastikan saya pulang tanpa tangan kosong.
Malam ini mereka akan melalui keadaan yang sama dan saya hanya mampu mengatakan bahawa rezeki adalah ketentuan Ilahi.
Setiap manusia telah ditentukan rezeki oleh-Nya. Apa yang paling penting adalah terus memikirkan sesuatu yang terbaik untuk disumbangkan kepada industri muzik tanah air.
Saya juga mengambil kesempatan di ruangan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana telab memilih saya sebagai Duta AADK.
Besar tanggungjawab yang saya galas kerana kita semua sedia maklum bahawa masalah dadah adalah masalah nombor satu negara.
Saya terpanggil untuk turut sama membantu AADK kerana merasakan bahawa begitu ramai rakyat Malaysia terutamanya remaja dan beIia yang terlibat dengan masalah ini.
Sebagai artis, peranan saya bukan sahaja menghiburkan orang ramai tetapi tanggungjawabnya lebih besar daripada itu kerana sekurang-kurangnya ada sumbangan yang baik yang harus ditaburkan.
Selain usaha daripada pihak AADK, saya merasakan pihak lain contohnya badan-badan kerajaan, swasta dan masyarakat sendiri harus punya kesedaran bagi membantu permasalahan ini.
Walaupun tidak dapat menghapuskannya seratus peratus tapi jika mampu mengurangkanjumlah mereka yang terlibat, ini sudah menunjukkan ada yang menyahut seruan kerajaan bagi membanteras gejala ini daripada berleluasa dan lebih penting sekali masyarakat telah mula memilih gaya hidup yang sihat.
Diharapkan agar Malaysia suatu hari nanti menjadi negara yang bebas dari masalah dadah selain berjaya dalam sektor pembangunan ekonominya. Insya-Allah.
Beberapa hari yang lalu pula, saya sempat merakamkan tiga lagi lagu baru.
Rasanya tidak berapa lama lagi album ini akan disiapkan dan lebih menarik lagi apabila pembantu penerbit album ini Aubrey Suwito sendiri begitu teruja untuk menyiapkannya.
Mungkin kerana muzik yang ditampilkan kali ini agak berbeza dan kebebasan kami untuk bereksperimen.
Baiklah, sampai di sini sahaja pertemuan kita kali ini dan jangan lupa pahatkan di hati anda atau ingatkan keluarga, teman dan masyarakat di sekeliling kita untuk memilih gaya hidup yang sihat dengan menjauhi diri daripada dadah.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga serta semoga berjaya kepada semua finalis ABP malam ini.
Jumpa lagi minggu hadapan.
Setiap perjalanan ada pengalaman menguji kematangan!
Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
credit -> utusan.com.my ...
Siti Nurhaliza cipta lagu dalam bilik air
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
Siti dan Aubrey berbincang menganai muzik dalam suasana yang ceria.
KERINDUAN para peminat Siti Nurhaliza menanti album terbaru penyanyi itu berbalas jua. Walaupun hampir dua tahun tanpa album baru, namun ia sedikit pun tidak menggoyahkan sokongan peminat Siti terhadap kerjaya seninya.
Dan kerana kasih Siti kepada peminat dan kesedarannya tentang permintaan pasaran muzik, Siti kembali memasuki studio rakaman untuk album solonya ke-11 sejak bulan Januari lalu.
Ketika MEGA berpeluang menyaksikan Siti menjalani proses rakaman lagunya pada suatu malam di studio milik Aubrey Suwito baru-baru ini, penyanyi itu sedang merakamkan lagu ciptaannya berjudul Intrig Cinta yang liriknya ditulis oleh Loloq.
Menurut Siti, Intrig Cinta merupakan lagu pertama yang dicipta sendiri sepanjang karier seninya. Selain itu, kata Siti, terdapat satu lagi lagu iaitu Hati Berbisik yang juga hasil ciptaannya dalam album terbaru itu.
揑dea mencipta lagu ini timbul ketika Siti berada di dalam bilik air. Masa buka paip air, Siti terdengar bunyi irama bergema. Tiba-tiba terus Siti dapat rentak lagu itu.
揕iriknya mengisahkan percintaan kekasih dalam teka-teki yang dihasilkan oleh Loloq, |
|
|
|
|
|
|
|
Siti makin berani
GARA-GARA ucapan terima kasih istimewa Siti Nurhaliza kepada orang yang tersayang yang dilafazkannya, meja Pancaindera diserbu panggilan peminat.
Ada yang beria-ia hendak sangat Joyah dedahkan siapakah 憏ang tersayang |
|
|
|
|
|
|
|
KOSMO 5 MAC 2006
SAYA SEDIA TERIMA HAKIKAT
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera pada hari minggu yang serba indah ini. Seperti selalu, saya mendoakan agar kehidupan kita semua akan terus dilimpahkan kebahagiaan hendaknya.
Saya kira zaman 慺obia |
|
|
|
|
|
|
|
Stars wow fans at ICT open day
Written by Christina Chin
Monday, 06 March 2006
EVEN the sweltering mid-afternoon heat could not stop her diehard fans from flocking to the mini concert venue at the Island College of Technology (ICT) in Balik Pulau, Penang.
Gathering almost an hour before the 3.30pm performance on Saturday, a crowd of almost 1,000 occupied the plastic chairs and college grounds just to catch Siti Nurhaliza perform.
Those who did not get seats improvised by lining the ground with newspapers.
Despite being dubbed a joint-concert featuring Jamal Abdillah and Misha Omar, Malaysia's princess of song clearly stole the show.
Against a scenic kampung backdrop, Siti stood out in her trendy jeans and funky Bohemian belt.
Gone was the shy, young girl who burst into the entertainment scene more than 10 years ago.
In place of the frumpy frocks and coy demeanour was a confident performer who had the crowd eating from the palm of her hands the minute she took to the stage.
Singing a medley of songs from the ethnic creative and romantic ballad genres, Siti even gave the excited audience a preview of Bisakah? - the new single from her upcoming album.
CULTURAL TREAT:Siti Nurhaliza and the college's dancers entertaining the crowd.
Whoever said Malaysian audiences are a passive lot have ob-viously never been to a concert by Siti.
Children from as young as six were singing and dancing dur- ing the entire concert |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siti sudah berpunya
Written by Zieman
Monday, 06 March 2006
KUALA LUMPUR: Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya membuat "pengakuan" apabila dia mengaku secara terang-terangan sudah mempunyai seseorang yang istimewa di dalam dirinya.
Penyanyi popular itu tidak dapat mengelak apabila ditanya bertubi-tubi oleh pihak media tentang hubungan cintanya.
"Adakah sesiapa yang istimewa di dalam diri Siti?" Siti yang kelihatan ceria ketika itu akhirnya menjawab: "Ya, saya mempunyai seorang teman sekarang..."
Namun dia enggan mengulas dengan lebih lanjut.
Sepanjang temubual ringkas itu, jawapan-jawapan Siti sering diselit dengan ketawa kecil, mengiakan segala desas-desus bahawa Siti sedang dilamun cinta.
"Saya memang gembira sekarang ini tetapi saya belum merancang untuk berkahwin lagi," katanya ketika hadir di majlis 'Breakfast with the Stars' oleh Star Movies yang turut menyaksikannya memenangi Best Dressed melalui gaun yang digayakannya hasil rekaan Radzuan Radzwill.
Walaupun enggan mendedahkan siapakah lelaki misteri yang berjaya mencuri hatinya itu, melalui body language penyanyi jelita ini juga sudah cukup menjelaskan siapa insan istimewa itu.
"Ya, saya mempunyai seorang teman sekarang..." - Siti Nurhaliza (Foto: The Star)
"Saya tidak akan beritahu siapakah orangnya. Dia cuma seorang kawan," ujarnya.
Namun, pihak media dapat meneka dalam kesamaran siapakah jejaka yang bertakhta di hati Siti memandangkan mood dan sikapnya pagi itu jelas menunjukkan Siti amat bahagia sekarang.
Sejak tahun lepas, Siti sering digosipkan sedang menjalinkan hubungan dengan "Datu K". Namun ketika itu pihak media masih belum dapat mengesahkan kebenaran spekulasi tersebut.
Namun, di sebuah majlis penganugerahan di Genting Highlands baru-baru ini, Siti semakin berani apabila mendedikasikan kemenangannya sebagai Penyanyi Wanita Paling Popular kepada "orang yang tersayang".
Ditanya siapakah orang yang tersayang itu, Siti berkata: "Orang itu sangat penting di dalam diri saya. Mungkin juga seorang wartawan..."
Kemudian di sebuah majlis amal yang diadakan minggu lepas, ia hampir mengesahkan siapakah orang tersayang itu apabila Siti dan Pengerusi Ace Group Datu Khalid Mohd Jiwa hadir ke majlis itu dengan berpakaian sedondon.
Khalid berbaju batik ungu manakala Siti pula anggun dengan gaun unggu serta orkid ungu yang yang diletakkan di rambutnya.
Penyanyi berusia 27 tahun ini yang sebelum ini agak perahsia dan tidak suka berterus terang sudah mula menjadi lebih terbuka sejak akhir-akhir ini
"Saya tahu orang ada komen yang saya lebih terbuka sejak kebelakangan ini. Saya rasa ia mungkin kerana usia. Kebijaksanaan datang dengan kematangan."
sumber: http://mstar.com.my/cms/content. ... 2-14da86b0-dae03e40
[ Last edited by calmille at 7-3-2006 12:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
sajolysubry This user has been deleted
|
Hentikan spekulasi - Datuk K
KUALA LUMPUR 10 Mac - Ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali Datuk K (kiri), 47, hari ini meminta media supaya tidak lagi menyiarkan sebarang berita mengenai dirinya yang dikaitkan dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin , 27, yang diperoleh melalui sumber tidak sahih.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata, berita yang disiarkan oleh media sebelum ini mengganggu kehidupan peribadi dan keluarganya serta menyinggung pihak-pihak tertentu.
Berikut kenyataan penuh beliau:
``Sejak akhir-akhir ini, media massa sama ada akhbar, televisyen dan radio banyak membuat spekulasi mengenai diri saya yang dikaitkan dengan penyanyi Siti Nurhaliza.
Kecuali kenyataan yang dikeluarkan oleh saya sendiri atau Siti, kebanyakan berita tersebut bukan sahaja tidak benar malah berunsur fitnah. Selain menjejaskan maruah saya dan memalukan keluarga, spekulasi itu turut mengganggu kehidupan saya, anak-anak dan pihak-pihak tertentu.
Saya amat kesal dan kecewa kerana kebanyakan laporan mengenai diri saya yang hanya memetik dari sumber-sumber atau dari pihak ketiga itu, bukan saja tidak benar malah menjejaskan kehidupan saya secara peribadi dan sebagai ahli perniagaan.
Justeru, saya memohon jasa baik pihak akhbar, majalah, stesen televisyen dan radio agar tidak lagi menyiarkan sebarang berita mengenai saya yang diperolehi daripada sumber yang belum pasti kesahihannya.
Saya memahami tugas media massa dan menghormati kebebasan akhbar. Apa yang saya minta hanyalah pihak akhbar menghormati kehidupan peribadi saya sebagai manusia biasa dengan tidak melaporkan perkara peribadi saya berdasarkan maklumat pihak ketiga.
Saya berjanji jika ada sebarang perkara mengenai diri saya yang difikirkan layak sebagai bahan berita, saya sendiri yang akan mengeluarkan kenyataan. Sekali lagi, saya memohon kerjasama pihak media dan amat menghargai kerjasama ini. Sekian, berbanyak-banyak terima kasih.''
Kisah hubungan antara Khalid dan Siti Nurhaliza menjadi semakin diperkatakan apabila penyanyi pujaan ramai itu membuat kenyataan di depan media baru-baru ini mengenai hatinya sudah dimiliki.
Namun, penyanyi tersebut tidak menyebut identiti lelaki pilihannya tetapi banyak pihak mengaitkannya dengan Datuk K. |
|
|
|
|
|
|
|
KOSMO 12 MAC 2006
SAYA TERIMA KETENTUAN TUHAN
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera pada semua pembaca yang saya hormati. Minggu ini minggu yang agak 憄anas |
|
|
|
|
|
|
| |
|