Kat mana baca ni kata kucing haiwan kesayangan Nabi?
- Tidak terdapat walau satu pun riwayat yang sahih menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah membela atau memiliki seekor kucing bernama Mu’izzah meskipun kisah berkenaannya begitu masyhur dalam kalangan masyarakat.
- Menyandarkan hal ini kepada Rasulullah S.A.W dikhuatiri termasuk dalam perbuatan berbohong atas nama Rasulullah S.A.W. yang amat tegas ancaman dan larangan terhadapnya berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :
إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Maksudnya : Sesungguhnya pendustaan ke atas aku tidak sama seperti pendustaan ke atas orang lain. Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja maka siap sedialah tempat duduknya di dalam neraka. Riwayat Al-Bukhari (1291) - Justeru, sebarang penyebaran yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W ada membela seekor kucing kesayangan bernama Mu’ezza hendaklah dihentikan, kecuali bagi menjelaskan kepalsuannya.
- Ini sama sekali tidak menafikan tuntutan berlaku ihsan kepada kucing serta haram menzalimi dan menyakitinya.
|