Post time 27-6-2021 02:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
eyansss replied at 27-6-2021 01:58 PM
dalam kes ni boleh mohon betulkan balik untuk dua2 yang tertukar... betulkan bin tu... tapi tuka ...
Kena tukar Binti sebab wali dah jadi lain kan walaupun adryana tu dah jd anak susuan. Kalau dia nak kawin, kena la berwalikan abg kandung atau pun hakim.
Post time 27-6-2021 02:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
SweetRehan replied at 27-6-2021 11:39 AM
X dpt bygkan perasaan Ibu yg menyangka itu anaknya rupanya anak org lain....
Lagi kesian ibu kandung “ kembar palsu” dia tu taktau pun selama ni jaga anak org lain.
Kembar tu pun tak sempat rasa kasih sayang ibu bapa kandung dia yg sebenar.
Mujur juga dorang ni tak amik masa lama nk buat DNA tu sbb lepas 2 bulan ayah kandung sorang lg tu meninggal dunia.
Dahla anak pompuan nak kawen susah nnt sbb wali tak sah.
Post time 27-6-2021 02:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nasib baik kes tertukar bayi ni kelahiran kembar.. bayangkan klu kelahiran biasa.. sampai ke sudah perkara ni masih jadi rahsia..
Walaupn kedua2 org tua atirah telah meninggal dunia.. tp Allah sambung semula kasih sayang buat dia dgn kasih sayang dr ibu bapa dan keluarga kandung..
Kesian pada kembar yg tersalah yg dh kematian org tuanya tu.. mesti dia kekok nak masuk dlm keluarga sebenar dia... bergaul dgn adik beradik yang lain... yang mana selama ni dia di besarkan sebagai kembar.. tapi hakikatnya lain..
Post time 27-6-2021 02:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
supernaturalee replied at 27-6-2021 11:42 AM
Speechless ya
Btl lh ada yg kata kes tertukar bayi yg br2 ni tertukar bkn kes pertama
Iols pun dulu duk igt anak iols tertukar gak sbb masa lahir just ditunjuk muka sekilas ja pastu terus baby duk NICU.
Pastu iols cuma jumpa anak masa nak discaj tu jela.
Time tu rasa cam lain je muka dgn masa lahir tu.
Pastu bila kat umah time anak iols tidur nampak muka dia cam sama dgn muka iols masa baby.
Bila dah ada adik tgk muka adik dia lebih kurang ngn muka dia masa kecik so yakin la lagi mmg ank iols la huhu.
Yelaa menda2 ni kena risau gak melainkan beranak kat umah.
Post time 27-6-2021 02:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by jazaa100 at 27-6-2021 02:45 PM
dua_chzy replied at 27-6-2021 01:50 PM
Ntah dah berapa banyak kes sebegini berlaku tapi sebab malas nak siasat, dibiarkan. Or tak sedar.
Teringt cite kwn akk.....
Sorang adik dia ni berlain sungguh....rupa lain, perangai pun lain.....adik beradik dia semua kulit putih, yg sorang ni je kulit gelap, rambut kerinting halus mcm ank org asli, bibir pun tebal....memangnmpak lah ank org asli.....perangai pulak....bila mak dia hidangkn makanan, org lainblm sempat amik, dia dah amik dulu masukkn dlm mulut.....puas mak dia ajar jgn buat mcm tu, tak elok....tapi sampai ke besar mcm tu...kekdg mak dia terkeluar gak ckp, ni tertukar dgn ank org asli agak nya.....
Post time 27-6-2021 02:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Musim Tertukar Anak.
Sampai meninggal dunia salah seorang ibu masih tidak tahu anak perempuannya adalah anak orang lain.
Manakala ibu yang seorang lagi menangis terduduk apabila keputusan DNA 99.9% menunjukkan salah seorang anak perempuan kembarnya bukan anak kandung yang dilahirkan.
Untung ada rakan si anak yang menegur iras wajah yang sama dengan gadis di sekolah lain. Kembar menemui kembarnya sendiri.
Perasaan Emosi Terluka si ibu sukar ditanggung sendirian. Luka yang tak nampak apabila awal-awal si ibu menolak kenyataan wajah serupa si anak. Menyedapkan hati sendiri dengan bidalan Pelanduk Dua Serupa.
Pasti dia merenung sendirian anak kembar yang satu lagi sambil hati resah gelisah. Mahu bertanya kepada ibu yang satu lagi, ibu itu sudah tiada.Tertanya-tanya sendirian..
Apa perasaan ibu yang sudah tiada itu pula kepada si ibu yang seorang ini?
Bagaimana pula mahu dipulangkan anak perempuan yang dijaga sejak kecil kepada keluarga yang sudah tidak punya ibu?
Bolehkah anak yang dijaga sejak kecil itu tinggal dengan keluarga yang tidak dikenalinya?
Dia memikirkan anak perempuan orang lain sambil tangannya terbuka cuba menerima kembali anak sendiri. Belajar kembali mengenali anak kandung sendiri. Bukan calang-calang ujian.
Tertukar anak bukan perkara kecil.
Lukanya sangat dalam bagi si ibu yang menanggungnya.
Ianya tidak boleh selesai dengan hanya memaafkan.
Banyak perlu dilakukan. Bagaimana dengan sijil kelahiran dan kad pengenalan dengan Jabatan Pendaftaran Negara?
Bagaimana dengan sijil peperiksaan si anak yang namanya sudah berlainan? Rekod persekolahan? Bagaimana mahu menukar nama bapa kandung?
Ke sana sini mereka bertanya.
Benar-benar saya bersimpati kepada kedua keluarga ini.
Kedua keluarga sudah bersetuju untuk mengemukakan saman kepada Pusat Perubatan yang cuai. 20 tahun bukan masa yang singkat untuk memperbaiki segalanya.
Saman sebanyak yang mungkin.
RM 100 juta pun belum tentu mampu mengubati luka hati si ibu.
Post time 27-6-2021 02:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg cuai sgt2 ni....baby lahir pun jarak masa agak jauh pun blh trsalah tagged....tp tu la manusia kan mana x penah lakukan kesilapan....dah 20thn pun hrp2 sape yg letak tag tu hidup lagi le....blh bg ceramah sket kat dia....