Bergaya, mewah dan kekal jelita walaupun sudah mencecah umur 48 tahun. Beliau digelar “Crazy Rich Asian’ kerana kemewahan dan gaya hidupnya yang sangat luar biasa. Artis dan juga model yang mesra disapa sebagai Princess E atau Baby Ezurin pada era tahun 90-an ini memang sangat popular dengan gaya hidup serba mewah dan eksklusifnya itu. Nama sebenarnya ialah Ezurin Yusnita Bt Abdul Malik yang dilahirkan pada 6 Jun 1972 di Pulau Pinang dan beliau dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memang terkenal dengan bentuk badan yang menarik walaupun sudah mempunyai 4 orang putera dan seorang puteri. IKLAN
Ezurin Khyra merupakan seorang pelakon dan model yang cantik, tinggi lampai yang banyak menghiasi majalah dan iklan komersil pada tahun 90-an. Beliau juga dikatakan pernah bekerja dengan syarikat MAA Berhad dan dari situlah beliau bertemu jodoh dengan suaminya, Tunku Dato’ Yaa’cob, yang juga merupakan seorang pengarah kepada MAA Berhad. Pada tanggal 9 September 1999, Ezurin Khyra berkahwin dengan Tunku Dato’ Yaa’cob, yang juga seorang kerabat diraja Negeri Sembilan dan usahawan berjaya sebagai isteri kedua. Ketika itu Tunku Dato’ Yaa’cob sudahpun berkahwin dengan seorang model kacukan Jepun Amerika, Mary Miyoko Sears atau Cik Angela Abdullah dan mereka dikurniakan dua orang puteri iaitu Tunku Elana Khyra yang lahir pada tahun 1992 dan Tunku Leana Khyra pada tahun 1998. Tunku Yaa’cob dan Mary Miyoko Sears telah sah bercerai pada tahun 2004. Perkahwinan Ezurin Khyra dan Tunku Yaa’cob dikurniakan 5 orang anak. Tunku Ama’an Khyra pada tahun 2000, Tunku Nadya Khyra pada tahun 2001, sepasang kembar lelaki Tunku Oma’an Khyra dan Tunku Ima’an Khyra pada tahun 2002 dan anak bongsu meraka iaitu Tunku Rmaan Khyra pada tahun 2007. Mereka juga telah bercerai pada tahun 2017. Gaya hidup mewah dan bergaya yang sering dikongsikannya di laman sosial peribadi miliknya itu sentiasa menjadi perbualan hangat netizen.
|