Penjawat awam memang mempunyai banyak kelebihan berbanding pekerja swasta. Antaranya termasuk mendapat elaun perumahan atau tinggal di kuaters yang disediakan kerajaan.
Namun, masalahnya sekarang apabila ada yang menjadikannya sebagai harta persendirian. Tinggal selama berbelas-belas tahun tanpa rasa bersalah atau mahu menyerahkan kemudahan tersebut kepada pekerja baru.
Ianya mendapat pelbagai perbezaan pendapat. Betul ke macam tu?
Foto : Twitter
Bagi Huge Ackman, luahannya itu adalah kerana segelintir penjawat awam terlalu selesa mendiami kediaman kerajaan selama berbelas-belah tahun. Golongan ini langsung tidak memikirkan pekerja baru yang lebih memerlukan.
"The newcomers kena sewa dekat luar sebab kemudahan kuarters didiami oleh 'dinosaur' yang tak nak pindah keluar. Sewa kat luar 2-3 kali ganda lagi mahal. Gaji tak masuk untuk 2-3 bulan pertama tapi sewa kena bayar."
Foto : Booking.com
Tetapi, ada individu yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Baginya, elaun perumahan lebih berbaloi berbanding tawaran tempat kediaman. Ianya menjadi perdebatan di kalangan netizen.
Foto : Twitter
Foto : Property Online
Apabila isu sebegini melingkari penjawat awam, orang yang terbaik untuk menjawabnya adalah penjawat awam juga. Ada yang nak beri pencerahan? - CARI
|