CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: safriehalim

[Politik] Dr Maza perli sapa tu?

[Copy link]
Post time 21-6-2020 12:51 AM | Show all posts
JohnnyLever replied at 20-6-2020 11:27 PM
ramai warga saintifik, liberal, LGBT tiada suka sama dr maza

mengapa?

sbb berlainan pendapat agama?

bg iols, tegur-menegur is ok. Dr MAZA tak malukan sbb dia berkias. empunya badan yg dituju akan paham2 sendiri. samada nak terima atopon tak, itu terpulang.

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/06/702403/pemimpin-perlu-contohi-kesediaan-sayidina-umar-terima-kritikan

Pemimpin perlu contohi kesediaan Sayidina Umar terima kritikan

Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad

ISLAM ialah agama sempurna yang memiliki mekanisme semak dan imbang dalaman tersendiri. Abu Ruqayyah Tamim al-Dari RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Agama itu ialah nasihat." Kami pun bertanya: "Bagi siapa (nasihat itu)?" Baginda menjawab: "Nasihat untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, imam golongan Muslimin dan seluruh Muslimin (rakyatnya)." (HR Muslim)



Nasihat di sini bukan bermaksud menasihati Allah SWT tetapi beriman dan mentauhidkan Allah SWT, manakala nasihat terhadap kitab pula adalah menunaikan hak al-Quran untuk dipelajari, dibaca, diamal, dihayati dan disebarkan.

Dalam konteks Rasul SAW pula bermaksud beriman kepada apa-apa dibawa Baginda, mencontohi sunnah dan akhlak Nabi SAW. Adapun nasihat kepada imam dan pemimpin adalah membantu, mentaati, menasihati serta menegur mereka apabila melakukan kesalahan.

Dalam hal menasihati pemimpin, ia boleh berlaku dalam banyak dimensi. Pertama, daripada yang atas kepada di bawah seperti nasihat dan teguran Allah SWT kepada Nabi SAW atau nasihat daripada orang bawah kepada pemimpin tinggi seperti sahabat menasihati Baginda atau orang awam menasihati khalifah.

Islam sejak awal ditanzilkan lagi tidak putus-putus mencatatkan banyak kisah menasihati pemimpin, bermula daripada nasihat atau teguran daripada Allah SWT terhadap Nabi SAW seperti terakam dalam ayat pertama hingga 4 dalam surah 'Abasa:

Asbabun nuzul (sebab turun ayat) adalah kerana Nabi SAW didatangi seorang buta, iaitu Abdullah Ibnu Ummi Maktum RA yang ingin bertanyakan hal agama, namun Nabi SAW tidak melayan kerana ketika itu Baginda sibuk berdakwah dengan pemimpin kafir Quraisy seperti Walid Ibnu al-Mughirah dan amat berharap mereka akan memeluk Islam. Lalu, Allah SWT menegur Nabi SAW atas sikap itu sedangkan hidayah milik Allah jua.

Begitu juga, ketika mengatur strategi dalam Perang Badar, Nabi SAW dinasihati pakar strategi peperangan Khabab Munzir RA apabila mendapati Baginda bercadang berkhemah di suatu tempat agak jauh dari sumber air, lalu beliau bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah tempat ini pilihan wahyu daripada Allah SWT atau dasar strategi perang?"

Nabi SAW menjawab: "Tidak, bukan (wahyu) daripada Allah SWT tetapi ini hanyalah strategi kita sahaja." Lalu, Khabab pun mencadangkan tentera Islam bergerak lebih ke hadapan berdekatan telaga air dan dipersetujui Nabi SAW.

Pada zaman sahabat pula, sejarah mencatatkan Sayidina Umar Al-Khattab RA dilantik menjadi khalifah, beliau dengan lantang menyeru agar ditegur jika menyeleweng dengan berkata: "Sesiapa antara kamu melihat pada diriku suatu penyelewengan, maka luruskanlah ia."

Maka, bangkit seorang lelaki Arab Badwi berkata dengan berani: "Demi Allah wahai Umar, sekiranya kami mendapati kamu menyeleweng, nescaya kami akan luruskan kamu dengan pedang kami yang tajam ini." Lalu Umar menjawab: "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang menjadikan dalam kalangan umat Muhammad, mereka yang sanggup meluruskan Umar dengan pedangnya."

Umar juga pernah naik ke atas mimbar dan berucap menetapkan mahar perkahwinan tidak melebihi 400 dirham. Lalu apabila beliau turun, beliau ditegur seorang perempuan dengan membacakan ayat ke-20 dalam surah al-Nisa' yang menyebut Allah SWT memberikan kebebasan kepada lelaki memberikan sebanyak mana yang mereka mahu sebagai mahar kepada perempuan.

Ini menginsafkan Umar yang beliau tiada hak menetapkannya, lalu sedar kesalahannya dan berkata: "Ya Allah, berilah keampunan kepadaku. Semua orang lebih faqih (memahami) daripada Umar."

Khalifah kedua itu pun kembali menaiki mimbar dan berkata: "Sesungguhnya tadi aku melarang kamu menetapkan mahar terhadap wanita lebih daripada 400 dirham. (Namun) sekarang, sesiapa pun boleh memberikan hartanya berdasarkan yang dia suka (sebagai mahar)."

Islam menganjurkan bersikap berani menasihat, menegur dan mengkritik secara membina pemimpin kerana dengan cara itulah kesilapan serta kesalahan yang mungkin tidak disedari pemimpin akan dapat dibetulkan. Ia sikap murni, terbit daripada hati jujur dan bersih yang inginkan mencari keredaan Allah SWT semata-mata.

Ia bukan seperti yang mungkin wujud dalam dunia hari ini yang sebagai contoh, apabila wujud dua golongan, berpihak kepada pemerintah dan lagi pembangkang. Pihak pembangkang akan senantiasa hanya membangkang, membantah dan menentang apa sahaja datang daripada pemerintah hanya kerana mereka bukan daripada kelompok pemerintah dan begitulah sebaliknya.

Keadaan itu berlaku tanpa melihat terlebih dahulu tindakan, usul atau usaha itu sebenarnya membawa kebaikan dan mengelak kemudaratan. Perkara ini dilakukan demi survival kelompok masing-masing dan bukannya bertujuan kebenaran.

Kejatuhan kerajaan, empayar dan dinasti silam antara lainnya berpunca daripada keengganan kelompok memimpin (tidak kira yang memerintah atau tidak) untuk berlapang dada, berjiwa besar mendengar saranan, nasihat, teguran, teguran ikhlas yang diberikan ilmuwan, cendikiawan dan sarjana yang jujur.

Islam bukan sahaja menganjurkan agar pemimpin sentiasa berjiwa besar dan terbuka menerima teguran, bahkan mempelawa dan mengalu-alukan orang lain memberikan pandangan bermanfaat seperti ditunjukkan Umar apabila dilantik sebagai khalifah.

Sheikh Abdul Aziz al-Badri menyebut pelawaan Umar itu suatu kesediaan dan pelawaan jelas untuk 'dikritik' serta sebagai proses muhasabah dalam pemerintahan Islam.

Beliau berkata: "Ajaran Islam mewajibkan pemimpin dilantik memimpin umat Islam agar mendengar sesiapa mengkritik dan berlapang dada (menerima kritikan) seperti diperintahkan untuk akur dengan kritikan berkenaan sekiranya bertepatan dengan hukum Islam.

"Islam juga melarang daripada mengenakan apa jua hukuman yang boleh menyakiti mereka yang mengkritik, sekalipun kritikan itu kata-kata keras dan tajam," tulisnya dalam al-Islam Bayna al-Ulama' Wa al-Hukkam.
* Penulis ialah Felo Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2020 12:59 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 21-6-2020 12:51 AM
sbb berlainan pendapat agama?

bg iols, tegur-menegur is ok. Dr MAZA tak malukan sbb dia berk ...

sebab tegur benda betul juga lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 04:58 AM | Show all posts
JohnnyLever replied at 21-6-2020 12:59 AM
sebab tegur benda betul juga lah

bg mereka, tegur itu tidak dibenarkan utk org2 yg depa kagumi. depa konpius antara mengaibkan dgn menegur secara berkias. sapa mkn cili, dia la rasa pedasnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemain siap perli org tua tu Dinosaur.
Maza ni yg patut muhasabah diri sebab dulu dia yg sebok agung2 kan DAP....samalah x sedar diri. Suka atau tak... Tun tu dah jd kan PH tu porak peranda. So biarkan jer lah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kucim replied at 20-6-2020 11:28 PM
Forumer talam 2 muka bersepah dlm nie..bila mufti perli2 sikit mula gelabah bewak..diri sendiri tera ...

Sbb dia mufti, perlu jdi contoh teladan yg baik, lagi2 dia ni public Figure. Kenapa nak banding mufti dgan poremer yg penuh nista dan dusta?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 21-6-2020 04:58 AM
bg mereka, tegur itu tidak dibenarkan utk org2 yg depa kagumi. depa konpius antara mengaibkan dgn  ...

Tegur tu cakap je lah terus, xpayah nak kias2 dinosor lah, gmbar fosil bagai utk menunjukkan org yg ditegur tu dh tua fosil bagai. Bukan ke nampak memerli menyindir usia kat situ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2020 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 21-6-2020 03:58 AM
bg mereka, tegur itu tidak dibenarkan utk org2 yg depa kagumi. depa konpius antara mengaibkan dgn  ...

Lahai pendapat kalau xsama dngn certain people yng taksub pon xboleh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 21-6-2020 07:28 AM
Lahai pendapat kalau xsama dngn certain people yng taksub pon xboleh.

Ni ckp psl diri sendiri ke apa ni?

Iols dah kata, pendapat berlainan, fahaman berlainan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 21-6-2020 06:43 AM
Tegur tu cakap je lah terus, xpayah nak kias2 dinosor lah, gmbar fosil bagai utk menunjukkan org y ...

Interpretation is based on the eye of the beholder.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 21-6-2020 09:15 AM
Ni ckp psl diri sendiri ke apa ni?

Iols dah kata, pendapat berlainan, fahaman berlainan.

Nope. iols jenis lantak siapa nak suka apa suka siapa atau xsuka atau setuju atau xsetuju dngan iols. iols dok ckap sesetengah porumer la xleh kita lain pendapat dengan dia,habis dilabelnya kita kafir, rba, dsb. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 20-6-2020 11:18 PM
Dulu cacai walauntit semua bukan main mengata mengutuk maza, sekarang jilat balik sbb dah jadi sam ...

Maaf ya..maza lebih percaya dap dr melayu islam...pilih pemimpin bukan mcm pilih imam solat katanya..perangai cam babi gemok pun leh pilih jd pemimpin sekirannya berbakat memimpin negara
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 10:54 AM | Show all posts
biasalah orang melayu mestilah berkias2 sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 08:51 AM | Show all posts
betulla tu apa yg dia tulis..cuma kt insta kan mcm2 isu timbul nti
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 10:11 AM | Show all posts
maza nih tugasnya menegur pemerintah.
zaman umngok memerintah dia tegur umngok.
zaman ph dia tegur ph.

hari nih dia tegur pengkhianat yg memerintah.

mmg teguran dia secara sinis.
supaya si pemerintah tak gunakan kuasa utk membalas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:31 PM | Show all posts
dia sindir DSN tu pasal isu 1MDB & cincin rosmah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.073427 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list