|
[Tempatan]
Update #64, 24 kakitangan perubatan positif Covid-19. Update 72#, Confirmed bebe
[Copy link]
|
|
Semoga jangkitan wabak penyakit Covid-19 terputus dan trhapus dgn segera...terima kasih warga KKM yg bekerja sehingga penat yg depa saja tahu utk membantu pesakit Covid-19...warga polis yg trpksa berdepan dgn segelintir rkyt Malaysia yg xfhm bhs srh dok rmh...moga mereka smua diberi penghargaan yg sewajarnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dan buat warga KKM yg dijangkiti penyakit Covid-19...moga Allah kurniakan kekuatan untuk mere semua dan segera sembuh dari penyakit trsebut....dan jgk org awam yg dijangkiti Covid-19....smoga smuanya diberi kesembuhan... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kes dah reda, mohon kkm saman mereka yang tipu ni!! |
|
|
|
|
|
|
|
24 kakitangan perubatan positif Covid-19, bukan sebab tak patuh prosedur'
https://www.malaysiakini.com/news/515945
Diterbitkan Hari ini 6:58 pm
Dikemaskini Hari ini 6:58 pm
=s660
Sehingga kini terdapat 24 kakitangan perubatan yang telah disahkan positif Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 19 daripadanya adalah kakitangan KKM manakala lima lagi petugas kemudahan perubatan swasta.
Dua daripada kakitangan KKM tersebut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), katanya lagi.
“Punca mereka semua terbabit bukan kerana ketidakpatuhan mereka ketika mengendalikan Covid-19.
“Siasatan mendapati mereka semua merupakan kontak rapat dengan generasi pertama dan kedua (pesakit Covid-19) yang berkaitan dengan kluster jemaah tabligh,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Malaysia mencatatkan enam kematian akibat jangkitan Covid-19 setakat ini.
Selain itu, jumlah pesakit yang dimasukkan ke ICU setakat ini meningkat kepada 37, dengan 23 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.
Noor Hisham sekali lagi menegaskan agar pesakit yang datang membuat ujian saringan tidak menyembunyikan maklumat penting, terutama jika ada kontak rapat dengan jemaah tabligh, hadir sebagai peserta himpunan di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur atau memiliki sejarah perjalanan ke luar negara.
“Saya ingin ingatkan kepada sesetengah pesakit generasi pertama atau kedua yang berkaitan dengan jemaah tabligh, atau mempunyai kontak rapat dengan mereka yang positif (Covid-19), apabila datang ke klinik atau hospital, tolong dedahkan sejarah (maklumat penting).
“Kadang-kadang ia disembunyikan. Apabila ia disembunyikan, ia memberi risiko kepada kakitangan kesihatan kami kerana kami tidak bersedia (dengan peralatan) dan jangkitan,” katanya.
'Tak adil buat kakitangan KKM'
Beliau membangkitkan beberapa kes yang dihadapi petugas kesihatan, di mana pesakit tidak mendedahkan maklumat penting, seperti mempunyai kontak dengan peserta himpunan Tabligh yang disahkan positif Covid-19.
“Jadi kita perlu menutup wad, bilik bedah, dan lakukan kerja pembersihan. Kakitangan kami perlu melepasi proses saringan untuk pastikan mereka bebas daripada jangkitan.
“Dan apabila mereka disahkan negatif, mereka perlu mengkuarantin diri mereka selama 14 hari.
“Saya rasa tidak adil perkara ini (menyembunyikan maklumat penting) dilakukan kepada kami di KKM dengan meletakkan kami dalam risiko,” katanya.
Jika perkara seumpama itu berlaku lagi, kata Noor Hisham, kakitangan KKM boleh membuat laporan polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Stay strong semua {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 21-3-2020 11:44 AM
Selayaknya la makian Diva AA untuk porumer I.am.PH lahanat tuh yg kasi info2 negative vibe yg tak ...
Aku menyokong penuh kata2 kau ni. Rengsa tengok. Duduk belakang keyboard boleh laa cakap macam-macam..cuba dok jadi frontliners tengok macam mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, permudahkanlah urusan semua fronliners yg bertungkus lumus menyelamatkan nyawa manusia.. terutama di kementerian kesihatan... Semoga cpt sembuh semuanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 21-3-2020 01:15 PM
Seeloknya Diva AA ni ditugaskan sebagai frontliner bersama-sama dgn ATM & PDRM supaya di hamputn ...
hahahah!! mau tercabut jantung yg degil nak mampos tu |
|
|
|
|
|
|
|
punca pun sebab pesakit menipu sejarah mereka dengan covid 19 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada kakitangan Hospital Teluk Intan dijangkiti Covid-19
https://www.malaysiakini.com/news/516166
Diterbitkan Hari ini 8:51 am
Dikemaskini Hari ini 9:27 am
KORONAVIRUS | Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan beberapa kakitangan Hospital Teluk Intan (HTI) disahkan dijangkiti wabak Covid-19.
Katanya, HTI tahu bahawa ada berita ditularkan di media sosial bahawa berlaku peningkatan bilangan kes positif Covid-19 dalam kalangan doktor sehingga menyebabkan operasi harian di situ terganggu.
"Beberapa kakitangan perubatan disahkan positif Covid -19. Bagaimanapun, langkah-langkah keselamatan dan pencegahan diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan," katanya dalam satu kenyataan awal hari ini.
Menurut Noor Hisham pihak pengurusan HTI juga mengambil tindakan melakukan pengawalan rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.
Tindakan pencegahan untuk meminimumkan pendedahan terhadap kakitangan HTI pula, katanya, menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenal pasti.
Covid-19 masih menjadi ancaman utama di negara ini ketika perintah kawalan pergerakan memasuki hari keenam hari ini.
Semalam Malaysia mencatatkan korban ke-10 wabak berasal dari Wuhan, China itu. Jumlah keseluruhan kes positif pula meningkat menjadi 1,306.
Data semasa juga menunjukkan berlaku peningkatan kes melebih 100 orang untuk lapan hari berturut-turut sehingga semalam.
Setakat ini seramai 19 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lima petugas syarikat kemudahan perubahan swasta dijangkiti wabak tersebut. Bagaimanapun jangkitan membabitkan kakitangan KKM itu bukan disebabkan kegagalan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa mengendalikan pesakit.
Kenyataan Noor Hisham pagi ini dipercayai merujuk kepada hantaran di media sosial yang tular - tetapi tidak dapat disahkan - yang mendakwa ada kakitangan di HTI positif Covid-19.
Hantaran itu menyalahkan pihak pengurusan HTI kerana tidak melakukan ujian saringan kepada kakitangan hospital terbabit selepas seorang daripada petugasnya disyaki mengalami wabak berkenaan.
"Orang ramai digesa agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai," kata Noor Hisham.
Semalam seorang doktor berusia 48 tahun menjadi korban kesembilan Covid-19 di negara ini dan menjadi kakitangan perubatan pertama meninggal dunia akibat wabak tersebut.
Bagaimanapun, mangsa itu bukan kakitangan barisan depan yang mengendalikan pesakit Covid-19. Sebaliknya kes itu mempunyai kaitan dengan kunjungannya ke luar negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr erna nadia tu dekat teluk intan ks |
|
|
|
|
|
|
| |
|