I di Penang..mmg mcmtu cara pengiraan..tak salah..i dah bayar bbrp tahun dan di pusat zakat yang berlainan..
lain negeri lain cara. let me know if still salah..
https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/jenis-zakat/zakat-emas-perak
Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak 165 gram. Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 10,000, maka zakatnya ialah sebanyak:
RM10,000 X 2.5% = RM 250. Hanya berat/harga emas dikira untuk pengiraan zakat tanpa mengambil kira batu-batu permata, berlian, delima, zamrud dan lain-lain.
|