|
Ideas, announcement, feedback, report thread kene sorok antu nenen
[Copy link]
|
|
huyyo...
Originally posted by tin at 20-10-2004 00:41:
Minggu lepas telah berlangsung Ex-Puma yang di adakan di sekitar sempadan Pahang dan Johor. Dengar cerita, pertempurannya cukup dasat ooo... buat julung-julung kalinya Adnan IFV digunakan dalam e ...
err... tin.. takkan xder gambar kot... letak ler kat dalam nih, leh kiter kongsi ramai2.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai.....
hajat di hati memang le sesangat nak taruk kat forum ni. tapi apakan daya, tidak di beri kebenaran. sori la sesangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Moderator tolong digest thread thread yang berguna.
Thank you
Darsita |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d This user has been deleted
|
Originally posted by tin at 20-10-2004 00:41:
Minggu lepas telah berlangsung Ex-Puma yang di adakan di sekitar sempadan Pahang dan Johor. Dengar cerita, pertempurannya cukup dasat ooo... buat julung-julung kalinya Adnan IFV digunakan dalam e ...
ada masuk dalam gaya tentera, utusan sabtu semalam. 12 melayu ek |
|
|
|
|
|
|
|
juga menjadi feature article dan front page Tempur November...banyak gambar :hatdown: |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d This user has been deleted
|
Originally posted by mmc at 1-11-2004 08:13:
juga menjadi feature article dan front page Tempur November...banyak gambar :hatdown:
tempur nov dah keluar ke? kat tempat pakcik tak sampai lagi kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada tempat dah keluar.....sapa tengok Utusan haritu dah dapat tau serba sedikit fasal eks-puma ni...
Eksesais Puma - Uji kesiagaan 4 Briged Mekanis
Oleh ALI MAHMOOD
PARA pegawai menjelaskan strategi yang digunakan pada eksesais kepada Zulkipli Kassim (kanan).
PADA 7 Oktober lalu ramai rakyat Malaysia tidak menyedari negara ini telah dicerobohi oleh tentera asing yang bercita-cita untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan seterusnya cuba menakluki negara ini.
Bagi mencapai misi menawan Putrajaya, tentera penceroboh bergerak melalui dua ketumbukan tentera.
Satu pasukan melalui lebuh raya Utara Selatan dan satu lagi jalan Kota Tinggi-Mersing dan Segamat dan masuk melalui Bahau sebelum menuju ke Seremban dan ke Putrajaya.
Satu ketumbukan tentera dari Markas 4 Briged Mekanis yang berpangkalan Kem Batu 10, Kuantan digerakkan bagi mengekang kemaraan pencerobohan tentera asing yang telah berjaya mara sehingga ke Bahau.
Pasukan 4 Briged Mekanis yang terdiri daripada 12 Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) Mekanis berjaya menjejaki tentera musuh dan berlaku pertempuran yang begitu sengit antara kedua-dua pihak di Bahau.
Bagaimanapun bilangan tentera musuh yang begitu besar menyebabkan pasukan 12 RAMD Mekanis gagal menyekat kemaraan tentera asing dan akhirnya terpaksa berundur dan cuba bertahan di kawasan berbukit di Muadzam Shah, Pahang.
12 RAMD Mekanis kemudiannya meminta bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggempur dan melemahkan kedudukan musuh.
Gerakan pantas TUDM akhirnya berjaya melemahkan pergerakan musuh dan ramai daripada anggotanya terbunuh dan memaksa mereka berundur ke Muadzam Shah.
Setelah mendapat berita kedudukan musuh yang semakin lemah, 12 RAMD Mekanis mara semula ke tempat persembunyian musuh dan berjaya menawan mereka.
Begitulah skrip latihan Eksesais Puma 3/2004 yang bermula pada 7 hingga 14 Oktober lalu.
Menurut Ketua Pengendali Latihan, Ketua Staff Am, Leftenan Kolonel Che Jamal Othman Shah, Eksesais Puma 3/2004 adalah latihan untuk 4 Briged Mekanis supaya sentiasa bersiap sedia jika berlaku ancaman dan pencerobohan terhadap negara.
Katanya, secara keseluruhannya, eksesais itu berjaya mencapai matlamatnya walaupun terdapat beberapa kelemahan yang boleh perbaiki lagi.
``Eksesais Puma 3/2004 adalah bertujuan untuk menguji keupayaan pasukan 12 RAMD Mekanis supaya sentiasa siap siaga bagi menggerunkan musuh sesuai dengan motto 4 Briged `Digeruni dan Disegani' kawan,'' katanya.
Selain menguji 12 RAMD Mekanis, Che Jamal berkata, ia juga bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan tertentu seperti kereta perisai Adnan dan beberapa peralatan lain seperti Kondo, Sigma dan senjata personal.
Sementara itu, Panglima 4 Briged Mekanis, Brigadier Jeneral Zulkipli Kassim semasa berucap menutup eksesais tersebut berharap latihan itu dapat meningkatkan profesionalisme pasukan 4 Briged Mekanis.
``Saya berharap latihan ini dapat memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemampuan bagi menguji 12 RAMD Mekanis atau kumpulan Tempur 344 dan pasukan-pasukan afiliasi.
``Tumpuan utama eksesais ini menjurus kepada fungsi, peranan dan faktor yang dapat mempengaruhi pelaksanaan bagi mencapai kejayaan sesuatu operasi gabungan atau `operasi gabungan tentera' dalam peperangan konvensional,'' ujar Zulkipli.
Hasil daripada pemerhatian semasa latihan itu berlangsung, beliau berkata masih terdapat banyak kelemahan yang perlu dipertingkatkan terutamanya aspek ilmu medan perang serta mengaplikasikan taktik dan teknik dalam operasi Mekanis.
Katanya, walaupun sehebat mana atau secanggih mana peralatan dan persenjataan namun ia tidak memberikan hasil yang diharapkan sekiranya ia tidak dapat manfaatkan dengan efisien dan efektif.
Beliau berharap setiap anggota 4 Briged Mekanis yang terbabit dalam latihan ini berupaya meningkatkan keupayaan Briged Mekanis seperti penggabungan dan integrasi elemen tempur, bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan bagi mencapai sesuatu misi.
``Saya berharap semua anggota perlu mengetahui tanggungjawab dan peranan masing-masing sebagai satu ketumbukan Mekanis supaya dapat membuat keputusan dengan tepat dan bertindak dengan cepat.
``Tindakan pantas itu perlu mengikut proses perkiraan keadaan, penilaian tanah dan musuh berpandukan kepada masa yang diberikan untuk melaksanakan sesuatu misi,'' kata Zulkipli.
Tambah beliau, anggota yang bersikap proaktif dan sentiasa menimbangkan implikasi yang akan dihadapi berupaya melihat kekurangan dan kelemahan sesuatu rancangan yang dilaksanakan.
Katanya, pengetahuan dan pengalaman merupakan entiti yang tidak boleh dipisahkan kerana ia dapat menghasilkan produk dan mutu kerja yang mencapai standard dan berkualiti yang diinginkan.
Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki, Zulkipli memuji semangat, iltizam dan kesung-guhan anggota-anggota 4 Briged Me-kanis menjayakan eksesais tersebut sehingga berjaya mencapai objektifnya.
Dalam latihan ini 12 RAMD Mekanis terdiri daripada Skuadron 1 Armor, satu Trup Jurutera, satu Bateri Altileri Bantuan Rapat (105mm), Satu Bateri Bantuan Altileri Am (155mm) dan dan satu Trup Altileri Pertahanan Udara.
Sementara itu satu Kompeni 7 Rejimen Renjer Diraja (RRD) Mekanis bertindak sebagai musuh dengan mempunyai kekuatan 14 perisai Adnan.
Jumlah keseluruhan jentera perisai yang terlibat ialah Kenderaan A terdiri daripada 92 buah termasuk 6 buah Kondo, 14 buah Sigma dan 66 buah kereta perisai Adnan.
Jumlah senjata personal yang digunakan ialah sebanyak 1179 laras.
Zulkipli dan Che Jamal berpuas hati Eksesais Puma 3/2004 berjaya menguji keupayaan kereta perisai Adnan buatan Turki yang di bangunkan oleh Deftech Sdn. Bhd. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi mencapai misi menawan Putrajaya, tentera penceroboh bergerak melalui dua ketumbukan tentera.
Satu pasukan melalui lebuh raya Utara Selatan dan satu lagi jalan Kota Tinggi-Mersing dan Segamat dan masuk melalui Bahau sebelum menuju ke Seremban dan ke Putrajaya.
|
|
|
|
|
|
|
pakcik_d This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
baru ada kick la pakcik. ni asyik lanun je dapat nama. lanun ada kereta kebal lagi lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ya, nyaris lupa. Dukacita dimaklumkan bahawasanya Yang Dihormati mod Jazim tidak dapat untuk bersama-sama kita buat sementara waktu kerana komputernya sedang gering. Dengaq cerita, disyaki akibat pencerobohan secara berleluasa Spyware dan Adware. sama-samalah kita berdoa agar komputer mod Jazim cepat sembuh. Demikianlah seadanya.... |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d This user has been deleted
|
masalah spyware ngan adware ek...
memang menyusahkan!! pakcik baru je install win XP svs pack. nasib le pakcik punye XP yang original.bahaya wo spyware ni...lebih2 lagi kalau sapa2 yang guna gomen punye pc kat office...ntah apa2 punye dokumen yang ada dalam pc tu.
install le anti spyware/adware sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mmc at 1-11-2004 08:13 AM:
juga menjadi feature article dan front page Tempur November...banyak gambar :hatdown:
Yes, good read and very nice pictures of the Adnans in action.
Would be better if it had included "real" tanks instead of Sibmas.
So what does "STRU" in STRULAND stands for ?
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
STRU yang ader kereta kebal AMX-130.... paham-paham ajer ler....
dlm majalah TEMPUR ader senario yg panjang lebar... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gekko at 7-11-2004 03:07 PM:
Yes, good read and very nice pictures of the Adnans in action.
Would be better if it had included "real" tanks instead of Sibmas.
So what does "STRU" in STRULAND stands ...
STRU is actually a made up simplified word. It came from the Malay word SETERU which means enemy. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tin at 7-11-2004 04:54 PM:
STRU is actually a made up simplified word. It came from the Malay word SETERU which means enemy.
Aha, I see ....is SETERU a new word, have never heard of it before, my limited vocab level only know the word "MUSUH" as enemy.
BTW, how about NAGASOR ? NAGA = Dragon (China) what about the SOR in NAGASOR ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gekko at 8-11-2004 09:14 AM:
Aha, I see ....is SETERU a new word, have never heard of it before, my limited vocab level only know the word "MUSUH" as enemy.
BTW, how about NAGASOR ? NAGA = Dragon (China) wha ...
"Sor"as in DINASOUR gekko
|
|
|
|
|
|
|
|
Yes, that make sense |
|
|
|
|
|
|
| |
|