|
Kisah Hidup Aku dan Misteri Apartment M****
[Copy link]
|
|
seriau pengalaman you tt. i nak tanya something boleh , tapi u jangan terkecik hati ye. masa u mula2 masuk rumah tu ada buat bacaan yasin tak? bercakap pasal main pintu nie kan. i pun ada pengalaman jugak lah kat rumah my parents nie.
i nie duk umah my parents sebab depa tak sihat , so kira macam i jaga my parents. selain i , my adik pun duk sekali. so ada lah sekali tu time raya , adik i nie p beraya kat kelantan . so yg tinggal hanya i dan my parents sahaja. my ayah nie masa dia tengah sihat( sekarang nie tak main dah) , dia selalu main ping pong kat surau lepas isyak membawak sampai pukul 11 gitu.
time tu malam raya ke berapa tah i tak ingat . dalam pukul 11.30 malam cam tu , i dengar cam ada org tutup pintu utama tu(banyak kali) , tapi the way pintu tu di tutup cam kuat lah . i terkejut lah . dok memikir sapa lah yg mengamuk duk tutup pintu tu. tapi i tak de nak g menengok sebab dah penat overdose beraya .
pagi tu i tanya my mom , ayah ada g main ping pong ke semalam? kuat bukan main dia tutup pintu. my mom pun jawab : bapak ko pukul 9.30 malam dah tido . pas tu my mom , pun tanya kuat sangat pintu tu di tutup sampai ko terjaga? . i jawab , gila tak kuat dah macam org mengamuk . yg pelik my parents tak dengar . my parents dah start risau ye lah takut org pecah masuk rumah je. the next day tu , my adik pun balik from kelantan . i pun cerita kat dia. guess what , dia pun selalu dengar pintu utama di buka dan di tutup banyak kali terutama pukul 11.30 malam dan ke atas + dengar ada bunyi org naik turun tangga dalam keadaan berlari ( banyak kali). tapi adik tak de lah nak gi jenguk sebab dia tau , time tu mana sapa2 sebab semua tengah tido .
my parents pun panggil ustaz , dia dah pagar rumah tu. ustaz tu cakap : may be benda tu just singgah saja , sebab rumah tu mmg laluan dia . sekarang nie , dh ok lah. my parents make sure semua org solat dan baca al quran dalam dalam bilik masing2. and i akan bukak cd bacaan al quran setiap malam .
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kurrlass nyahhh..hisap rokok daun atas pokok
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by msamyrazi at 17-12-2018 08:33 AM
thank you momod. maaf lah ter double posting , tenet ngan pc kat opis bengong . semalam dah add on cerita pasal saka sebenarnya . tapi di sebabkan tenet dan pc bengong maka tak jadi.
tt , i tumpang cerita ye. i nie banyak jugak lah pengalaman misteri berkaitan ngan rumah2 . tapi i cerita pasal saka dulu lah. kalau ada request nak cerita other pengalaman lain pasal paranormal baru i cerita. my family (belah my mom) ada saka iaitu buaya putih . my arwah nenek pernah cerita yang sebenarnya buaya putih tu adik moyang i . so masa moyang dan buaya putih lahir, bidan tu cakap : lepaskan `adik` ko ni kat sungai dan jangan sesekali ko pi jaga dia , tapi mak moyang i cam sayang lah lepaskan so , masa hari nak lepaskan buaya putih kat sungai (nak tak nak kena rela jugaklah kan . ye lah tak kan nk bela buaya pulak . biasalah kan mesti ada upacara . sungai tu betul2 depan my kampung . so everyday mom moyang nie kan g kat sungai tu dan bagi makan kat `anak` dia . sampailah dia meninggal dunia .
bila my moyang tu dah remaja , ada satu malam dia mimpi ; buaya putih datang kat dia dan cakap kat my moyang tu. ko kena jaga aku sebab mak dah tak ada dan sebagai balasan aku jaga keturunan ko . mmg my moyang tu `jaga` buaya putih sampai lah my moyang tu meninggal . di sebabkan my moyang tu meninggal , buaya putih tu tak ada yg `jaga` . disebabkan itu lah sedara my moyang mintak my grandmother tu `jaga` buaya putih tu
tapi my grandmother tak mau , sebab dia kata cam syirik lah pulak . so lepas dah berbelas tahun arwah nenek i meninggal, my mother cakap buaya putih tu masih ada dan sedang cari siapa yg nak `jaga` . buaya putih cam` berminat` ngan my aunty . di sebabkan my aunty tak mau . buaya putih tu keep on `kacau` my aunt tu. mcm buat my aunt selalu sakit . my aunty tu jenuh g hospital tapi doktor cakap dia sihat . bila pergi berubat , ustaz tu cakap ; buaya putih akan keep on `kacau` my aunty selagi dia tak terima buaya putih tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi tt
|
|
|
|
|
|
|
|
msamyrazi replied at 12-12-2018 11:19 AM
thank you momod. maaf lah ter double posting , tenet ngan pc kat opis bengong . semalam dah add on c ...
Sambung lagi please....tgah kusyuk membaca ni.....pasal saka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by msamyrazi at 13-12-2018 03:22 PM
my aunty tu g berubat banyak tempat , tp ye lah selagi tak diterima selagi tu akan di kacau. my aunty nie akan sakit setiap kali dia pi bercuti kat pulau2 . mcam ada sekali my aunty g holiday ngan family dia, i tak ingat kat mana. balik dari situ , dia terus sakit sampai kena p berubat kat pahang kalau tak silap . kalau pasal saka buaya putih setakat yg i tau mmg masih hidup . plus my aunty ada org hantar sihir kat dia masa dia keje (now dia dah pencen ) . bayangkan lah dengan saka + sihir . yg sihir tu , i speku pasal mulut my aunt , my aunt nie mulut boleh tahan jugak lah ke longkangan nya. jenis laser + suka provok org sana sini.
pasal pengalaman kat kg lah ye i cerita : i nie lepas spm sementara tunggu result keluar , i duk kg jaga my nenek . so ada satu malam tu , tengah nk tido i dengar macam paip air kat bawah terbukak . kg i nie ada 3 pintu masuk , satu kat depan sekali , satu kat tengah , dan satu kat belakang dekat dengan dapur. paip air tu pulak letaknya berdekatkan dengan bilik air dan pintu masuk belah belakang . i nie pulak nya , masa tu naif bebenor , pi lah jeguk kat tingkap jenis nako . mmg nampak lah air tu mmg mengalir . i pun plan nak kejut my nenek , iyelah paip air terbukak kang tak pasal melambung bil air sat gi. belum sempat i kejut , my nenek dah bangun , dia cakap : ko tak payah turun nak tutup , biar je, dia nak main air . udah my nenek cakap gitu , i diam lah kan. next morning tu i turun bawah nak tutup , eh elok pulak tak mengalir airnya dan kering pulak lantai . malam2 , kadang2 selalu dengar mcm ada org berlari dalam rumah tu . tapi bunyi stop bila sampai depan bilik nenek i. kg i nie belakang nya hutan , masa i darjah satu , i dengar potianak mengilai .
kat dinding bilik nenek i , cam ada `drawing ` bentuk muka org tau. masalah nye muka `org` tu mcm `cair` . kadang2 drawing tu berubah tempat , contoh pagi nie kat dinding belah kiri , belah malam kang dinding belah kanan pulak . sekarang nie kg tu mmg dah tinggal gitu je sebab nenek dan atuk i dah meninggal dan tak sapa sanggup tinggal kat situ sebab kalau tak ramai org balik mmg ada macam2 bunyi kat kg tu. yg paling glamour mestilah bunyi air mengalir tu dan my sepupu pernah nampak cam bayang2 melintas . sepupu nie mmg spesis burung hantu , so malam raya ( masa tu my nenek dan atuk hidup lagi) , dia tengah dok `berserombong kapal` a.k.a merokok kat hall tengah . dok syok berhembus (tingkap bukak, tingkap jenis kayu yg biasa ada kg tu lah) , tiba2 dia nampak , cam ada bayang melintas sebab kat kg i tu ada lampu jalan . kat kalau ada org jalan kat bawah lampu mmg boleh nampak bayang nya. masalahnya masa tu pukul 3 pagi .
yg kedua , masa bulan puasa ( sedih pulak i bila teringat my kampung , rindu sebenarnya ) . selalu my auntys and my uncles serta family(termasuk lah i) akan balik kg sebelum 2-3 raya. so ada malam puasa ke 28 kalau tak silap , salah seorang uncle (a) nie turun bawah sebab nak panas kan enjin kereta ( dia tunggu kat porch belah dapur ) , so sambil tunggu uncle (a) tu pandang jalan masuk kg i , tetiba dia nampak `my dad dan other uncle (b)` tengah seiring sejalan membelakangi dia nak keluar ke jalan utama ( mula2 dia ingat my dad and uncle (b) tu turun kat tangga tengah ) . dia pun nak panggil ajak tumpang sekali pi masjid . belum sempat nak jerit panggil depa , my real dad and other uncle(b) tu turun ikut tangga dapur . my uncle (a) yg tengah tunggu kat kereta tu tanya , eh baru turun ke?
my dad pun jawab lah, iyelah makan dulu tadi nie ha baru turun . pucat muka my uncle (a) tu. next day terus demam . uncle (a) , cerita dia nampak my dad dan uncle (b) pakai jubah putih . sedangkan masa the real dad i dan uncle (b) tu turun depa pakai baju melayu.
yg ketiga (kot) , masa tu malam raya ( i sekolah menengah masa tu ), i nie mmg suka tido lambat kalau malam raya. masa tu kat ada tv show yg sampaikan ucapan hari raya . i tengok ngan sepupu i . tengah syok2 tengok , tiba2 kitaorg dengar , cam ada org kayuh basikal tua ( alah basikal yg org2 tua kayuh) bunyi basikal tu cam `krek2` macam berkarat rantai basikal tu. . dan paling best kan bunyi tu seolah2 `org tu` kayuh basikal kat sekitar halaman kg i . makin lama makin kuat . apalagi i ngan sepupu terus lompat atas katil tido. kg i tu ada gate . i cam terpikir pulak kan mana ada org kayuh basikal pagi2 buta cam tu dan gate berkunci . dan boleh ke dengar ? sebab jarak gate dengar hall tempat i dengan sepupu i tengok tv mmg agak jauh . nanti kalau i ingat i cerita lagi .
eh tt momod , tak pe i tumpang bercerita nie ? ke i kena bukak rumah .
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-12-2018 07:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
msamyrazi replied at 12-12-2018 04:12 PM
my aunty tu g berubat banyak tempat , tp ye lah selagi tak diterima selagi tu akan di kacau. my aunt ...
Boleh2 cerita kat sini..tak sempat nk.update cerita..dekat kg line ok tak ok je ni. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tumpan cerita jugak la.. cerita pendek je dari kawan lama aku..
kisahnya kawan aku ni budak kampung felda palong. masa dia cerita ni zaman aku study dok asrama. sebab tunggu program isma halil, kami kongsi cerita2 seram masing2.. rindu zaman ni.. ok kawan aku tu budak kampung, berani la orangnya..
satu malam tu dia tidur kat ruang tamu. tengah sedap, tidur dia terganggu sebab dengar bunyi bising.. dia tersedar dan dengar bunyi tu bunyi ketawa mengilai kuat ya amat.. sah la pontianak sebab dah pagi2 buta ketawa mengilai. kawan aku siap buat demo lagi mengilai tu. sama je macam dalam movie melayu mengilainya. tp kuat sangat macam betul2 kat luar rumah je.
kawan aku ni terduduk la sambil pasang telinga je. nak jenguk kat luar konpom la tak berani.. walaupun bingit mengilai tu. rumah kawan aku ni renovate la kot aku rasa, sebab dia cakap kat ruang tamu dia ada tangga batu naik atas, ada tingkap kayu jenis rumah kampung tu. mungkin renovate tambah ruang jadi ruang tamu, dinding dan tingkap bilik lama dibiarkan. jadinya tengah kawan aku duduk tu dia berpaling la ke tingkap bilik tu.. terkedu tak bergerak sebab dia nampak dalam samar2 kat tingkap ada perempuan tua rambut mengerbang, kulit putih2 macam tengah termenung je..
kawan aku tu, tak kata apa dah.. sebab dengan bunyi mengilai lagi, kat dalam rumah pulak ada mahluk misteri. dan2 tu bunyi mengilai tu makin sayup2 macam makin menjauh.. kawan dah ketar.. tetiba perempuan tua tu berpaling kat dia sambil cakap " kalau bunyi mengilai tu dengar makin jauh, maknanya benda tu dekat dgn kita" perghhh..... bersuara pulak mahluk tu... kawan aku dalam takut tu berani la jugak dia tenung benda tu... baru dia sedar sapa, rupa2nya mahluk tu mak dia sendiri yg pakai bedak sejuk daaaa... mak dia pun terjaga sebab bunyi mengilai tu kuat sangat.. last2 mak dia kata "dah pergi tidur je" sambil tutup tingkap tu balik.. dari menahan takut jadi menahan gelak je la.. rasa berdosa sebab ingat mak dia tu pontianak...hahahah..
sorry citer tak seram pun.. tak pandai cerita sangat.. hehe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
by the way apartment aku ni berhadapan dengan LRT anda sekeliling banyak kuil hindu..agak2 boleh teka tak kat mana.
Apartment Melor, Sentul Timur ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kalau dengar orang menumbuk.. main guli.. orang alih2 perabot dekat atas..
.. itu ada jin tu. Rajin2 baca Yassin dan alQuran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nanny_1 at 13-12-2018 02:41 PM
Salam tt,
nak tumpang tanya, saya pun kerap mimpi buruk.
contoh mimpi saya yang kerap dan berulang:
1. mimpi dikejar something yang saya sendiri tak tahu apa. benda tu macam bunuh family saya dan saya lari dari dia. situasi di kampung saya dan benda tu berulang2 sampai saya pun dah boleh hafal mimpi tu tapi sampai sekarang saya tak tahu benda apa yang kejar saya.
2. mimpi saya jumpa bayi di sungai dan dukung bawak balik rumah. bayi tu macam mintak susu.
3. mimpi nampak bayi merangkak dari bawah pintu bilik. mimpi tu makcik saya mimpi dulu lepas tu saya mimpi pulak. dia terjaga dan tanya "hang pun mimpi jugak ke benda sama?"
4. mimpi saya makan ular dan dikejar ular hitam.
5. mimpi ada makcik mintak saya mengaku dia mak / saya ngaku anak dia. *lupa mana 1*
6. mimpi tok sami siam tengah mentera. 7. ini bukan mimpi. tapi saya tersedar tengah malam dan dengar ada orang baca mantera siam dibahagian telinga kanan. hanya telinga kanan dengar telinga kiri tak dengar. tapi sebabkan saya mengantuk saya lena balik
btw tok laki saya dulunya bomoh. selalu pasangkan susuk dekat orang. dan ada tali yang ada perkataan siam di pinggang.
nenek saya pulak pernah bacakan something di ubun2 saya. dan saya taktau apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
mengekek i gelak bila mahkluk yang di sangka kan pontianak rupanya ibu sendiri. i sampai sekarang tak boleh lupa bunyi mengilai . i nak add on , rupanya2 cik ke puan pontianak tu dok bertenggek kat hutan belakang sebab jiran sebelah nampak . yg lawak boleh pulak dahan pokok tu patah. arwah atuk i cakap, pn potianak tu gemuk patutlah patah dahan .
|
|
|
|
|
|
|
|
meh i nak cerita lagi. kali nie pasal kg my dad pulak . kg my mom dan dad dekat2 . pada tahun my grandfather meninggal (father my dad) . maka semua adik-beradik my dad balik kg . tapi i tak ikut sebab masa tu tengah exam plus adik2 pun sekolah lagi masa tu.my dad cerita lah, masa dah malam dan dah selesai kebumikan my grandfather . rasanya pukul 12 gitu . my dad terjaga sebab nak pi toilet , belum sempat dia nak berdiri , dia nampak ada kain putih melayang2 . my dad terus tunda hajat nak pi toilet , sebab kain melayang kat area toilet .
kg my dad tu banyak jugak `tetamu yg tak di undang ` melawat. berpunca (mengikut kata my dad ) . kt kg tu ada sebuah kereta warna putih (cam kereta mr bean ) tersadai kat situ dari zaman my dad tu kecik sampai lah my dad tu dah besar . my dad cerita , masa dia remaja dulu, malam2 , dia selalu dengar kereta putih berbunyi , seolah-olah seperti ada org tengah panaskan enjin kereta . dan paling best , dia pernah nampak kereta tu bergerak . sejarah kereta putih tu, my grandfather beli dari taukeh cina(org tengah) .disebabkan banyak sangat penampakan yg tidak sedap mata memandangkan . my dad pun siasat lah pasal kereta tu, kereta tu owner nya yg sebenarnya mati bunuh diri dalam kereta tu.
tapi sekarang kereta tu dah hilang tak tau pi mana .
|
|
|
|
|
|
|
|
nanny_1 replied at 13-12-2018 02:37 PM
Salam tt,
nak tumpang tanya, saya pun kerap mimpi buruk.
Melampau dan menakutkan semua mimpi2 cik nanny ni....pergilah berubat dan jgn tinggalkan solat dan selalu lah baca AlQuran. . |
|
|
|
|
|
|
|
haritu ada kawan dah bagi number telefon makcik mana tah.
katanya pandai berubat.
tapi sampai sekarang was-was nak pergi sebab takut benda benda ni semua orang tak percaya.
so sampai sekarang tak pergi berubat lagi.
tapi yang penting mimpi tu akan stop kalau saya niat nak p berubat.
hari hari mimpi pelik2 bila bangun rasa semangat hilang. rasa malas p kerja dan rasa lemau.
|
|
|
|
|
|
|
|
nanny_1 replied at 14-12-2018 08:34 AM
haritu ada kawan dah bagi number telefon makcik mana tah.
katanya pandai berubat.
tapi sampai s ...
Berubatlah dgn ustaz. .bukan bomoh2 biasa tu....
Mungkin keturunan cik nanny ada membela tak. ..
Maaf lah kaka X pernah mengalami benda2 mcm ni. ...andai ada kata2 kaka buat awak terasa. .minta maaf |
|
|
|
|
|
|
|
tak sure.
tapi tokwan dulu memang berubat orang dan letak susuk.
masa lepas tokwan meninggal kami kemas barang dia.
jumpa tulang harimau. tapi tak sure anggota yang mana just nampak tulang besar je.
lepas tu dia ada tangkal dengan tulisan siam.
dulu masa cousin cucu perempuan pertama kahwin histeria 1 rumah sebab dia nampak something dalam bilik tidur pengantin dia.
kahwin 3 tahun tapi tak boleh pregnant. asal pregnant mesti gugur jadi darah period balik.
sekarang cousin dah kahwin baru dan rasanya takda yang mengacau dia dah.
dan saya pulak kena.
|
|
|
|
|
|
|
|
dari mimpi2 tu nampak ada benda tak elok jugak tu.. aku ada kenal orang yg pernah alami mimpi2 macamtu.. malah teruk sikit dari ko kot rasanya.. bila bawak berubat, memang macam2 ujian Allah bagi. dari santau yg datang dari beberapa orang, termasuk la saka. kadang2 mimpi tu, petunjuk dari Allah jgk. macam orang yg aku kenal tu, mimpi2 tu jadi petunjuk kepada perawat utk mudahkan kerja2 merawat. contoh mimpi orang bagi baby atau budak suh kita panggil dia, itu tanda saka.. ada gak jadi tu tanda sihir yg nak datang.. mimpi ular hitam tu pun sihir.. mimpi rumah2 lama, orang tua serban ke, nenek kebayan.. tu tanda saka keturunan.. mimpi sami siam, dengar mantera tu tanda sihir dari siam.. macam pengalaman aku, pesakit tu Allah bagi petunjuk dgn nampak apa sami siam tu sihirkan dia. masa tgh merawat, dia nampak live apa orang sihirkan dia.
nasihat aku, pergi la berubat dgn orang2 yang soleh. bukan yang sebarang2. darul syifa contoh terdekat la untuk pergi merawat.. semoga dipermudahkan semuanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dari mimpi2 tu nampak ada benda tak elok jugak tu.. aku ada kenal orang yg pernah alami mimpi2 macamtu.. malah teruk sikit dari ko kot rasanya.. bila bawak berubat, memang macam2 ujian Allah bagi. dari santau yg datang dari beberapa orang, termasuk la saka. kadang2 mimpi tu, petunjuk dari Allah jgk. macam orang yg aku kenal tu, mimpi2 tu jadi petunjuk kepada perawat utk mudahkan kerja2 merawat. contoh mimpi orang bagi baby atau budak suh kita panggil dia, itu tanda saka.. ada gak jadi tu tanda sihir yg nak datang.. mimpi ular hitam tu pun sihir.. mimpi rumah2 lama, orang tua serban ke, nenek kebayan.. tu tanda saka keturunan.. mimpi sami siam, dengar mantera tu tanda sihir dari siam.. macam pengalaman aku, pesakit tu Allah bagi petunjuk dgn nampak apa sami siam tu sihirkan dia. masa tgh merawat, dia nampak live apa orang sihirkan dia.
nasihat aku, pergi la berubat dgn orang2 yang soleh. bukan yang sebarang2. darul syifa sebagai permulaan pun ok.. semoga dipermudahkan semuanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|