CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Suami Pengasuh Zara Berdepan Hukuman Gantung Mandatori

[Copy link]
Post time 25-11-2018 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak isu baby Zara ni tak pernah baca secara details apa yg berlaku sebab hati tak kuat.. tau pun secara general je.. thread ni pun baru hari ni rasa kuat nak bukak..camner la ibu dia rasakan..semoga ibu Zara tabah dan Allah gantikan dengan yg lebih baik..
Buat lelaki yang tak guna tuh eiiii rasa cam nak belasah mamat ni sampai lunyai sebelum masuk penjara..baby kot..macam takde cara lain nak lepas kan nafsu kau tu.. BODOHHHH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bangi ni ada kawasan elit ada yg biasa je kak. tp kalau kenal yg cenggini ni mmg ramai pompuan2 mcm bini jantan ni. dpt laki kaki ais tp gaya mcm perempuan muslimah lindungan bangi gateway. yg menjual produk2 makeup fake ni mmg ramai dok berpusat kat kawasan kawasan tu jugak. tu pasal kalau terpaksa makan kat restoran bangi ni kena tengok dulu tandas, intai2 tgk dapor. mmg tak berani main makan je silap2 kite yg terbang sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 11:36 PM | Show all posts
Apartment ni bkn di kajang ka?
Ai mmg nak jantan x guna nih dijatuhkan hukuman yg setimpal dgn apa yg dia dah buat.
Sedihnya mengenangkan mcmna la keadaan baby Zara pd "waktu" tu..

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 11:39 PM | Show all posts
Apartment ni bkn di kajang ka?
Ai mmg nak jantan x guna nih dijatuhkan hukuman yg setimpal dgn apa yg dia dah buat.
Sedihnya mengenangkan mcmna la keadaan baby Zara pd "waktu" tu..

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
KakiSelpi replied at 23-11-2018 06:33 PM
aku takut xsmpai ke tali gantung jer mamat ni...
mati kne belasah dalam lokap....

Ok jugak tu. Jimat duit tax rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
soretos replied at 25-11-2018 10:03 AM
Sejak isu baby Zara ni tak pernah baca secara details apa yg berlaku sebab hati tak kuat.. tau pun s ...

Kalau aku tembak terus org xguna mcm ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2018 03:16 PM | Show all posts
kejahatan abadi. mugo digantung sampai mati sajok
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 03:24 PM | Show all posts
Selayaknya lah. Mati je hukumannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 05:29 PM | Show all posts
tengok muka pon dah rasa nak tampaq mamat niiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 05:30 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 23-11-2018 04:48 PM
mata liar ..muka kompom muka mat dadah...pun ada org nk htr anak..lg2 lepas anak lebam2...pun tetap  ...

kan.. meolz pon nampak muka mat pit....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 05:31 PM | Show all posts
r_innalif replied at 24-11-2018 06:09 PM
Mcm ni la.. tnjuk muke pjenayah pesalh. Ini tdak, muke mgsa tdedah aibkan. Muke pelaku di blur kan.  ...

dah jatuh hukum memang muka pesalah akan didedah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kucing02 replied at 26-11-2018 01:42 AM
Kalau aku tembak terus org xguna mcm ni..

Kalau tembak senang sangat dik.. Biar dia rasa dulu apa yg baby Zara rasa. Harap ada hukuman sebat beratus kali biar anu dia pecah sampai tak boleh berfungsi secara normal
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
soretos replied at 28-11-2018 12:26 AM
Kalau tembak senang sangat dik.. Biar dia rasa dulu apa yg baby Zara rasa. Harap ada hukuman sebat ...

Hahaha.. Betul jgk tu.. Biarkn dia hidup n rasa keseksaan tu sepnjg hayat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 08:48 AM | Show all posts
Suami pengasuh Zara dipenjara 20 tahun, 12 sebatan

Oleh Farah Marshita Abdul Patah
[email protected]


KAJANG: Suami pengasuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal yang mati akibat didera, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, ini atas dua tuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Hazmi Majid, 36, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 13 November lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi perempuan itu di sebuah rumah di Apartmen Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini, antara jam 10.30 pagi dan 1.30 petang, pada 7 November lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Hazmi yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara isteri dan tiga anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria, membantah rayuan itu dan memohon hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan membabitkan mangsa berumur 11 bulan yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri sendiri.

“Tertuduh adalah suami kepada pengasuh mangsa yang sepatutnya turut menjaga dan bukannya mengambil kesempatan ke kanak-kanak itu.

“Kesalahan terhadap bayi dan kanak-kanak juga semakin menular dalam kalangan masyarakat hari ini,” katanya.

Pada 23 November lalu, Hazmi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di alamat sama.

NSTP sebelum ini melaporkan, bayi berkenaan meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor pada 9 November lalu selepas dua hari dalam keadaan kritikal.

Mangsa yang dilahirkan pada 10 Disember 2017 itu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya selepas pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan serta dubur mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 08:57 AM | Show all posts
Syd replied at 29-11-2018 08:48 AM
Suami pengasuh Zara dipenjara 20 tahun, 12 sebatan

Oleh Farah Marshita Abdul Patah

20tahun jer? patut jgn bagi dia keluar terus, biar mereput dlm penjara seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:00 AM | Show all posts
Suspek mengaku lakukan penderaan fizikal dan seksual pada Zara, penjara 20 tahun, 12 sebatan
NUZULSHAM SHAMSUDDIN
28 November 2018 6:56 PM


KAJANG - Seorang tukang gunting rambut yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan membunuh bayi Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau Zara, dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan seksual terhadap kanak-kanak itu.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 36, yang merupakan suami kepada pengasuh bayi berkenaan selepas bapa tiga anak itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan.


Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa telah memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur mangsa di sebuah rumah di Apartment Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi di sini antara pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.30 petang pada, 7 November lalu.

Berikutan itu, kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria yang mewakili pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

‘’Mangsa dalam kes ini baru berusia 11 bulan dan masih bayi serta tidak berdaya. Sebagai suami kepada pengasuh, sepatutnya tertuduh perlu sama-sama menjaga mangsa dan bukannya mengambil kesempatan,’’ kata Siti Noor Hafizan.

Bagaimanapun Hazmi yang tidak diwakili peguam pula merayu hukuman ringan atas alasan hanya dia seorang bekerja sahaja dan perlu menanggung isteri dan tiga anak.

Dalam prosiding itu turut hadir ialah Pegawai Penyiasat Kes Asisten Superitendan Mohd. Radzee Jamudi.

Kosmo! 24 November lalu melaporkan Hazmi didakwa membunuh Zara pada tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan Zara disahkan meninggal dunia selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang pada 7 November lalu.

Pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan koyakan baharu pada tisu kemaluan dan dubur mangsa.

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kesan objek tumpul pada bahagian kepala dengan tempurung kepala bayi terbabit pecah selain kesan lebam pada bahagian atas kepala mangsa.

Selain itu, terdapat juga kesan penderaan seksual terhadap Zara yang merupakan anak kepada pekerja kilang.

Ujian saringan air kencing dilakukan terhadap tertuduh didapati lelaki itu positif mengambil dadah syabu.

Ibu Zara iaitu Noraihan Ab. Aziz dikatakan mengenali pengasuhnya menerusi laman sosial Facebook pada 21 September lalu.

Sebelum ini Zara dan abangnya yang berusia lima tahun dijaga ibunya tetapi kemudian kedua-dua beradik itu terpaksa dihantar kepada pengasuh selepas wanita terbabit mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi.

Kedua-dua beradik itu dijaga pengasuh itu dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari pukul 7 pagi hingga pukul 7 malam. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Indah berwawasan wajah tokoh pahlawan ummahm terpuji

.inilah yang kita mahu cyst..xda ngo nk selamatkan ke tokoh ini cyst?.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:24 AM | Show all posts
umur 56thn kuar, carik bini baru..masa tu masyarakat dah x ingat kisah ini & rupa dia...bini amik upah jd pengasuh, pastu ulang balik kerja terkutuk tu...nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:19 AM | Show all posts
tu jerk hukumannnya
setan betul jntn ni
kan baby tu ninggal  
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 12:21 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 24-11-2018 06:11 AM
Ai baca gosip kat tered lama dulu yang katanya bini dan sedara mara syaitan ni bukan main bekap di ...

Kaka Chazey kah ini?

I harap bukan I sorang je berharap si iblis ni kena liwat dalam penjara nanti. Alang-alang tak kena hukuman gantung, eloklah dia kena liwat bertubi2.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054637 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list