Edited by WhiskeyScotch at 27-1-2018 05:37 PM
Bagi menjawab persoalan you, apa yang menentukan jantina seseorang?
Usually, the medicolegal basis of sex determination relies on four (4) criteria:-
- Chromosomal factors;
- Gonadal factors (i.e presence or absence of testes or ovaries);
- Genital factors (including internal sex organs);
- Psychological factors (i.e transsexualism).
Some of the medical experts would add-
- Hormonal factors or secondary sexual characteristics (such as distribution of hair, breast development, physique etc which are thought to reflect the balance between the male and female sex hormones in the body).
Melihat pada kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas, persoalan akan menjadi mudah jika terbukti bahawa chromosomal factors, gonadal factors dan genitals factors seseorang itu menjurus kepada satu jantina sahaja. Sebagai contoh, Ahmad jelas mempunyai kromosom XY iaitu lelaki, mempunyai testis yang berfungsi dengan baik dan mempunyai zakar yang sihat. Ketiga-tiga faktor tersebut jelas menunjukkan Ahmad seorang lelaki. Tiada isu berbangkit di sini.
Persoalan dalam menentukan jantina seseorang akan menjadi satu isu berbangkit jika terdapat percanggahan dalam ketiga-tiga faktor yang I nyatakan di atas i.e the chromosomal sex and the gonadal sex do not correspond with the genital condition of the patient.
Sebagai contoh, ada kes di mana seseorang itu dikatakan memiliki zakar namun organ seks dalamannya mempunyai rahim dan ovari. Ada juga kes di mana seseorang itu mempunyai faraj dan payudara namun organ seks dalamannya tiada langsung memiliki serviks, uterus, ovari dan sebagainya. Dalam situasi macam ni, how are you going to decide? Nak lihat pada kemaluan sahaja? Tapi organ seks dalaman tak sama dengan yang luar. Dekat luar ada zakar tapi dalam badan ada ovari? So, how? Haa sebab tu kena periksa secara menyeluruh bukan melihat pada satu faktor sahaja.
Apabila terdapat percanggahan antara ketiga-tiga faktor tersebut selalunya psychological factors dan hormonal factors will come into consideration. Dalam hal ini, the medical experts akan periksa secara terperinci dan menyeluruh sama ada seseorang itu merupakan khunsa, intersex dan sebagainya. A bit tricky lah dekat sini untuk menentukan jantina seseorang kalau dia khunsa atau intersex etc etc etc.
Itulah penjelasannya secara ringkas.
Nampak mudah tapi tak mudah. Nampak ringkas tapi tak ringkas. Setiap satu kes itu berbeza-beza dari sudut fakta dan situasinya. Justeru, kita sebagai manusia tidak boleh menilai sesuatu isu hanya berdasarkan hitam dan putihnya sahaja.
I bersetuju bahawa jantina bukan hanya boleh ditentukan dalam melihat kemaluan sahaja. Pendekatan secara holistik wajib diambil kira seperti faktor-faktor yang I nyatakan di atas. Justeru, dalam konteks kes si Sajat, I percaya JAKIM mengambil langkah yang tepat dengan memeriksa jantina si Sajat secara terperinci bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat. Al maklumlah, Sajat pun penuh dengan cerita-cerita propa yang tidak konsisten. Sekejap mengaku khunsa dan sekejap mengaku wanita tulen. Manusia yang penuh propa sah-sah telah membuka dirinya secara tidak langsung untuk disiasat. Cash la kan! I percaya JAKIM memerlukan masa at least sebulan atau lebih untuk menentukan jantina si Sajat sebab akan ada banyak procedures yang perlu dijalankan supaya tidak timbul sebarang kesilapan dalam keputusannya nanti.
Sebelum I logout, I nak OT sikit je. Mungkin Malaysia dah boleh mula menggubal satu undang-undang baru bagi golongan transsexual/transgender sebagai contoh boleh rujuk pada Gender Recognition Act 2004 atau mana-mana negara yang terlibat dalam menangani isu transsexual/transgender ini.
I percaya isu berkenaan transsexual/transgender ini merupakan satu isu yang serius untuk difahami secara lebih jelas dan terperinci. Bukan hanya sekadar pandang dan tengok serta menghentam sahaja.
|