CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels

[Copy link]
Post time 5-12-2017 10:13 AM | Show all posts
menanti sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 11:29 AM | Show all posts
igtkan dah ada sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 04:51 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-1-2018 07:07 PM

Sharizal menapak mendekati mereka bertiga yang masih tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Dia melabuhkan punggung di sebelah ayahnya, Hashim seraya melemparkan senyuman buat mama dan Sharina.

"Siapa si pelik?" tukas Khatijah yang dari tadi inginkan jawapan. Tak kiralah dari mulut Sharizal atau Sharina, janji si pelik itu diketahui namanya dan yang penting, asal usulnya.

"Rasanya mama pernah jumpa dia dulu masa kat kolej kediaman Sha tu. Saya ada offer nak tolong dia angkat beg." ujar Sharizal.

Berkerut kening Khatijah kali ini. Dia cuba mengingati semula apa yang berlaku semasa di kolej kediaman Sharina. Entah berapa ramai budak perempuan yang sebaya dengan Sharina. Kalau dia perasan sekali pun, manalah dia nak cam wajah pelajar-pelajar itu semua.

"Entah, mama tak ingat. Habis tu, kamu ada hati ke dengan si pelik tu? Atau dia cuba nak goda kamu?" tanya Khatijah, nadanya kurang senang kali ini.

"Mama ni pun. Ini bukan soal hati. Takkanlah offer bantuan macam tu pun, terus jatuh hati. No such things.. " geleng Sharizal mendengar kata-kata ibunya.

Namun, jauh di sudut hatinya, pertama kali menatap wajah gadis itu, terasa seperti dejavu. Rasa pernah bertemu di satu tempat yang tidak diketahui di mana. Agak lama juga mata bertentang saat dia ditegur gadis itu dulu. Bagai dijampi, dia kaku sejenak. Minda cuba mencari siapa sebenarnya gadis itu.

"Berangan la tu." Cebik Sharina, melihatkan tingkah abangnya yang dah mula mengelamun.

Sharizal hanya membalas dengan jelingan saja. Nampak sangat Sharina tak berapa gemar bila berbicara soal gadis itu. Malah, dia perasan, Sharina lebih rapat dengan Nadia, gadis 'cultural shock'.

"Kau jangan rapat sangat dengan Nadia tu, Sha. Abang tak suka Nadia tu. Macam rupa monyet dapat bunga pulak abang tengok. Rambut blonde dengan baju seksi. Tahulah dia ambik bidang fesyen. Kalau kau buat macam tu, siap kau, Sha." Sharizal merenung tajam adiknya.

"Alah, abang ni. Nadia tu, perangai je gitu tapi dia baik. Tahu tak, dia tu satu sekolah dengan si pelik tu dulu. Kalau abang nak tahu sangat pasal si pelik tu, Sha boleh korek dari Nadia. A to Z!" Sharina tersenyum lebar.

"Satu sekolah?"

"Satu sekolah dan satu kampung!"

"Jadi, Nadia tu tahu serba serbi pasal budak tu?" Tanya Khatijah pula. Mencelah perbualan anak-anaknya.

"Ya mama." balas Sharina, girang.

"Yang awak ni macam berminat sangat nak tahu pasal budak tu, kenapa?" Hashim yang dari tadi hanya menjadi pendengar, mula menyampuk.

"Yalah, buatnya budak tu jampi anak kita macam mana? Benda macam ni tak boleh dipandang ringan, bang. Nak ke anak kita tu nanti, macam lembu dicucuk hidung?" Jegil Khatijah pada suaminya.

"Rizal dan Sha dah besar. Pandailah dia orang jaga diri. Saya tak suka kongkong hidup diaorang." Hashim menggeleng. Sejak dari zaman sekolah, anak-anaknya mendengar saja kata-kata isterinya tanpa membantah.

"Rizal, Sha, papa tak suka kamu lekehkan orang lain. Syak yang bukan-bukan. Kamu Sha, papa tak pernah ajar kamu macam tu. Jangan tuduh orang lain tanpa sebab. Papa rasa, Nadia tu yang jadi batu api." Hashim menatap  Sahrina yang sudah muncung.

"Sha lagi percayakan Nadia tu, papa. Lagipun, Sha tengok dengan mata kepala sendiri. Si pelik tu memang pelik. Malam-malam bercakap sorang-sorang. Pastu, setiap hari jumaat, mandi dengan haruman minyak ros tu." balas Sharina.

"Sudah! Mama tak suka anak-anak mama berkawan dengan orang yang tak tahu asal keturunan. Lagi-lagi kalau ada amalkan jampi sihir ni. Never!" Amaran tegas Khatijah kepada Sharizal dan Sharina.

Hashim hanya mampu menggeleng mendengar bicara dari isterinya yang sudah seperti dipenuhi kebencian terhadap orang yang mengamalkan jampi. Tatapan mata isterinya nampak tajam. Dia tahu kalau renungan tajam macam itu. Khatijah tidak main-main.

"Tijah, awak tu suka sangat pandang serong pada orang. Bersangka buruk pada orang. Kalau orang lain bersangka buruk dan pandang serong pada awak, tahu pulak awak nak melenting. Kena ingat, orang pelik tu di mata kita tapi tak pelik di mata orang lain. Sudahlah. Baik awak tambahkan amal ibadah awak tu. Biar pahala lebih dari dosa." Sekali lagi Hashim menggeleng.

Sharizal bingkas bangun. Malas dia hendak bertekak hal itu. Bunyi henfon dari poket seluar menyelamatkannya dari pertengkaran lidah di ruang tamu itu. Dia menapak ke anjung rumah dua tingkat sambil menjawab panggilan. Agak lama berbual, talian diputuskan. Dia menapak kembali ke ruang tamu.

"Mama, papa, saya keluar kejap. Kawan ajak minum kat kedai mamak."

"Kawan ke atau si pelik tu?" Sharina sempat menyindir.

Sharizal hanya menggeleng.

"Jangan balik lambat pulak. Dah pukul berapa ni?" Hashim pandang jarum jam tangannya.

"I'll be back before 12!" Sharizal melaung dari luar rumah, dia sudah menuju ke tempat kereta.


Sharina panjangkan leher melihat abangnya yang sudah menderum meninggalkan halaman rumah. Dia mengalih mata pada mama dan papa. Nampak wajah mama tak senang dengan sikap abang kali ini. Sejak dulu, dia dan abangnya tak pernah membantah cakap mama tapi kali ini, sikap abang mula berubah gara-gara Hartini.

"Mama, Sha rasa , abang tu dah kena jampi dengan si pelik tu." Sharina berbisik, bimbang didengari ayahnya.

Khatijah mencerlung. Dia bingkas bangun dan menarik tangan Sharina masuk ke dalam bilik.

Hashim sudah masak dengan perangai isterinya yang tidak berdiam diri kalau sesuatu perkara itu tidak disenangi olehnya. Dia capai remote control tv dan mula menukar siaran. Lebih baik dia layan dokumentari dari melayan gosip dua beranak itu.




Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 05:31 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 6-12-2017 05:34 PM



Can't help it. Nak gak letak bideo ni. Gedik ya ampuuunn tapi seronok tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 05:50 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-2-2018 07:42 PM
Nicki_Meow replied at 6-12-2017 05:31 PM
Can't help it. Nak gak letak bideo ni. Gedik ya ampuuunn tapi seronok tgk

oh em jiiii.......

60an style neh


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-12-2017 05:31 PM
Can't help it. Nak gak letak bideo ni. Gedik ya ampuuunn tapi seronok tgk

Ya ampunnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2017 08:51 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 6-12-2017 09:11 PM

BAB 6



HARTINI menapak keluar dari perut kereta milik Zenot. Malam itu, bersungguh Zenot mengajaknya makan di restoran mamak tak jauh dari kampus. Dia terpaksa mengalah memandangkan Zenot sudah banyak menolongnya selama ini. Hanya Zenot yang tidak memandang serong padanya sejak berkawan. Malah, Zenot mempertahankannya kalau disindir atau cuba dibuli oleh Nadia dan Sharina terutamanya.

"Zenot, kau nak jumpa siapa kat sini?" tanya Hartini sebaik saja dia masuk ke dalam restoran. Matanya melihat sekitar restoran. Restoran itu agak ramai pelanggan. Meja hanya ada satu dua saja yang kosong.

"Aku nak kenalkan kau dengan seseorang." balas Zenot seraya menarik tangan Hartini menuju ke sebuah meja.

Hartini hanya menurut saja rentak Zenot. Sebuah meja kosong yang terletak di sudut restoran itu menjadi pilihan Zenot. Belum sempat punggung dihenyak ke atas kerusi, pelayan restoran sudah berdiri sambil bertanyakan pesanan. Zenot mula memesan dua gelas jus amra asam boi.

"Zenot, kau nak kenalkan aku dengan siapa?" Hartini pandang Zenot yang terjenguk-jenguk ke arah luar.

"Ha! Tu dia!" Zenot menuding ke satu arah.

Serentak itu juga Hartini menoleh. Seorang lelaki dengan kemeja T dan berseluar jeans kemas mengatur langkah masuk ke dalam restoran. Dia menoleh pada Zenot yang sudah tersengih-sengih.

"Dah lama tunggu?" tanya lelaki itu sebaik saja sampai di meja.

"Baru je. Duduklah." pelawa Zenot.

Hartini  diam. Hanya mata memerhati lelaki itu yang kini sudah duduk di sebelah Zenot. Nampak mesra. Wajah lelaki itu ditatap sejenak. Wajah yang seakan pernah dilihatnya dulu. Tak berkelip dia menatap wajah lelaki itu.

"Kenalkan, ni ayah aku." Zenot melakar senyuman lebar pada ayahnya sebelum mata dialih pada Hartini yang nampak tergamam.

Lelaki itu melemparkan senyuman manis. Hartini membalas senyuman  lelaki itu walaupun terasa kekok. Walaupun agak berusia, lelaki itu tampak kacak dan maskulin di matanya. Namun bukan itu yang bermain di benaknya sekarang ini. Wajah lelaki itu yang menjadi tanda tanya. Antara wajah yang muncul dalam mimpinya.

"Ayah sembang dulu ya. Saya nak ke toilet." Zenot bergegas bangun menuju ke belakang restoran.

Hartini yang kini berdua dengan lelaki itu semakin terasa kekok. Tenungan lelaki itu seperti ada sesuatu saja. Serba tak kena dibuatnya. Pertama kali dia ditenung lama dengan senyuman kekal di bibir.

"Tini nak makan apa?" Zainuddin mula bicara.

Hartini yang baru saja tunduk, segera mendongak. Terkejut mendengar namanya disebut. Senyuman lelaki yang masih tak tahu nama itu masih kekal manis.

"Saya dah kenyang. Tadi masa kat kolej, Zenot dah beli tomyam." balas Hartini, berbahasa.

"Oh macam tu. Jadi, minum?"

"Dah order.." Hartini melemparkan senyuman kelat.

Zainuddin mula memanggil pelayan restoran dan memesan segelas teh tarik bersama roti bakar tiga pinggan. Usai mengambil pesanan, pelayan itu mula beredar dari situ.

"Maaf, saya yang suruh Zenot ajak Tini datang sini dan saya yang nak jumpa Tini."

Hartini menelan liur kelat. Dari tadi lelaki itu tidak lekang dari senyuman. Segala persoalan mula bermain di mindanya. Kenapa ayah Zenot beria ingin berjumpa? Apakah lelaki ini juga pernah bermimpi yang sama? Dan.. lelaki itu membahasakan dirinya, saya?

"Err..kenapa pakcik nak jumpa saya?"

"Saya ada hal penting nak beritahu. Sebelum ni kita pernah jumpa ke?"

Hartini menggeleng. Dia tak akan beritahu tentang mimpinya. Selagi dia tidak tahu siapa sebenarnya lelaki di depannya ini. Sama juga seperti abang Sharina, tak mungkin dia buka mulut tentang itu.

"Sebab saya rasa pelik. Tini macam pernah muncul dalam mimpi saya. Atau mungkin pelanduk dua serupa barangkali."

Untuk beberapa saat, dia menatap wajah lelaki itu yang tiada segaris pun kedut di muka. Seolah wajahnya tidak dimamah usia. Sekarang ini dia merasa keliru.

"Mimpi??"


Zainuddin mengangguk.


"Saya nak jumpa sangat dengan Tini selepas saya tengok gambar Tini dalam  handphone Zenot. Mulanya saya tak percaya kerana tak mungkin wujud perempuan yang selalu muncul dalam mimpi saya. Jadi, saya minta Zenot aturkan perjumpaan ni. Nampaknya, saya tak salah. Tini memang wujud. Perempuan dalam mimpi saya tu memang ada." Zainuddin menyambung bicara.


Hartini terdiam. Kelu lidahnya tatkala mendengar kata-kata ayah Zenot. Dia juga tak ada sebarang petunjuk tentang mimpinya. Apa kaitannya dengan ayah Zenot?


"Jadi, memang saya yang muncul dalam mimpi pakcik?" Hartini sekali lagi bertanya, inginkan kepastian.

Zainuddin sekali lagi mengangguk.

Hartini menghela nafas panjang. Terasa berpeluh di dahi.  Kali ini dia mula merasa benar-benar pelik. Kekok dengan pandangan mata ayah Zenot, dia membuang pandang pada sekitar restoran pula. Matanya menangkap wajah seseorang yang sedang berborak dan bergelak ketawa di satu sudut di kaki lima restoran. Mata bertembung. Lekas-lekas dia menoleh pada ayah Zenot semula. Kali ini dia mula merasa serba tak kena. Sesekali dia mencuri pandang pada lelaki di luar tadi. Lelaki itu masih memandang ke arahnya.


"Tengok siapa?" Zainuddin panjangkan leher melihat ke luar restoran. Ramai pelanggan sedang menikmati makanan dan ada juga yang berbual kosong dengan beberapa gelas yang sudah kosong di atas meja. Berborak sambil menghisap rokok, perkara biasa yang dilihat di restoran mamak.


"Tak..tak ada siapa." jawab Hartini.


Zenot kembali semula ke meja dan terus saja meneguk jus amra bersama asam boi. "Korang sembang apa?"

Hartini dan Zainuddin hanya membalas dengan senyuman.

"Ayah dah cakap kat Tini?" soal Zenot.

"Oh lupa. Sebenarnya saya mencari pekerja part time kat restoran saya tu. Tini nak kerja?" tanya Zainuddin.

"Kalau weekend boleh la." Hartini pandang Zenot yang mula tersengih-sengih.

"Boleh. Dah nama pun part time. Tapi saya tak paksa la. Belajar tu lagi penting. Kalau nak cari duit saku, bolehlah kerja. Zenot pun ada tolong saya time weekend." ujar Zainuddin yang dah mula ceria. Lega bila Hartini bersetuju.



SHARIZAL masih tidak berganjak matanya melihat Hartini bersama Zenot dan seorang lelaki yang agak berusia. Nampak sangat mesra lelaki itu dengan Hartini. Mata asyik tertumpu pada wajah gadis itu.

"Kau tengok apa?"

Sharizal menoleh pada Edy. Dia menggeleng.

"Eh, aku macam kenal je lelaki tu."

"Siapa?"

"Tu, yang dengan dua perempuan tu. Lelaki tu Dato tau. Dia ada lima restoran kalau tak silap aku. Restoran yang bukan cikai punya. Ada satu western restoran milik Dato tu, sedap gila!" puji Edy.

Sharizal diam. Hanya mata memerhati tiga manusia yang sedang rancak berbual di meja di sudut restoran itu. Siapa lelaki tua itu? Takkan ayah Hartini? Atau mungkin ayah  Zenot?? Atau..

"Weyh, macam jealous kau ni!" Edy ketawa.

"Eh, mana ada. Nak jeles apanya. Lelaki tu dah tua. Perempuan dua orang tu, sebaya adik aku. Dua orang tu satu kolej dengan adik aku. Kau ni!" Sharizal siku lengan Edy.

Perbualan mereka terhenti sebaik melihat ketiga-tiganya sudah mula menapak keluar dari restoran. Sharizal mula minta diri. Dia mengatur langkah laju menghampiri Hartini dan Zenot yang sudah berpecah dengan lelaki tua tadi. Belum sempat dia sampai di kereta, kereta milik Zenot sudah menderum meninggalkan kawasan parkir restoran itu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 10:44 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-12-2017 08:14 AM

DARI tadi Hartini hanya diam. Dari masuk kereta hinggalah sampai di kolej kediaman. Tak ada sepatah kata keluar dari mulut Hartini. Hanya lagu dari corong radio saja yang berkumandang di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang dari restoran tadi.  Zenot beralih duduk di sebelah Hartini di birai katil. Nampak wajah gadis itu seperti memikirkan sesuatu.

"Tini, kau kenapa ni?"

"Aku?"

Zenot angguk.

"Tak ada apa. Nothing.." Hartini mengukir senyum. Mindanya masih melekat pada abang Sharina yang dilihat berbual di kaki lima restoran tadi. Lelaki yang juga pernah muncul dalam mimpinya. Dia perasan, lelaki itu mengejar kereta Zenot. Dari cermin sisi, dia nampak jelas  lelaki itu berlari.

"Tadi kau bukan main rancak borak dengan ayah aku. Balik ni, dah senyap pulak. Ayah aku ada cakap apa-apa yang tak kena ke?" Zenot merasa tidak sedap hati. Mana tahu ayahnya ada berkata-kata yang menyinggung perasaan Hartini.

"Tak ada. Ayah kau baik. Aku yang rasa tak sedap hati. Zenot, ayah kau asal mana?" Hartini ubah posisi duduknya dari terjuntai kaki, dia mula bersila.

Zenot turut bersila di atas katil Hartini, berhadapan dengan gadis itu. Wajah Hartini ditatap dalam dalam. Wajah itu semakin berseri dan kalau setiap kali lepas mandi, seri wajah Hartini semakin terserlah. Dia perasan, ayahnya tadi seperti teruja berjumpa dengan Hartini. Apakah....

"Tini, kau suka ayah aku?"

Hartini tersedak. Air liurnya terasa tersekat di tenggorok. Wajah Zenot nampak serius. Perlahan dia mengukir senyum disusuli ketawa berdekah-dekah. Tak cukup dengan itu, bantal ditekup ke perut, menahan rasa senak, sampai terkeluar air mata.

"Wei, aku serius ni. Kau suka ayah aku?"

"Kenapa kau cakap macam tu? Weyh, ayah kau kot." balas Hartini dengan tawa masih bersisa.

"Aku bukan apa, ayah aku tu dah lama sendiri sejak mak aku meninggal dua tahun lepas. Ada la beberapa makcik yang mengendeng ayah aku. Aku tak suka. Kalau kau, aku boleh terima."

Hartini sekali lagi terhambur ketawa. Tak masuk akal!

"Kau belum jawab soalan aku tadi. Ayah kau asal mana?" ulang Hartini.

Zenot menelan liur. Kali ini Hartini tiba-tiba berubah tona suara. Tegas dan merenung tepat padanya. "Kenapa kau nak tahu?"

Hartini masih tidak beralih matanya dari wajah Zenot. Satu-satunya kawan baik yang dia ada di kolej kediaman ini. Nadia buat hal sendiri kalau Sharina balik ke rumahnya di Bukit Jelutong. Yang lain, macam ada geng sendiri.

"Tadi, ayah kau cakap yang dia selalu mimpikan aku. Dia ingat aku ni tak wujud sebab tu dia ajak kau jumpa aku. Dia tengok foto aku dalam handphone kau." Hartini berterus terang.

Zenot terdiam. Patutlah ayahnya beria dan bersungguh mengajaknya berjumpa Hartini. Selama ini, ayah tak pernah cerita apa-apa pun padanya. Sejak bila pula ayah boleh bermimpikan Hartini?

"Entah-entah kau jodoh ayah aku tak?" Usik Zenot walaupun dalam hatinya sudah cuak.

Hartini diam. Tak mungkin itu satu kebetulan. Dia juga bermimpi yang sama. Malah wajah-wajah yang sering muncul dalam mimpinya sudah dua orang ditemui dalam dunia nyata. Sampai sekarang dia masih bingung memikirkan kaitan mereka dengan mimpinya dan kali ini, ayah Zenot sendiri bermimpi.

"Zenot, kau percayakan aku kan?"

"Percaya apa?" berkerut kali ini Zenot melihat wajah serius Hartini.

"Pasal jampi. Nadia, dia tuduh aku guna jampi dan aku tak nak kau usik aku dengan ayah kau. Lagilah dia tuduh aku guna jampi. Jampikan ayah kau." Hartini mula risau. Terfikir tentang itu, dia pasrah.

"Alah, mulut Nadia tu, kalah si Sajat tu noks. Aku tak heran la dia tu. Aku lebih percayakan kau. Cuma aku harap kau jangan lembik sangat. Kau kena kuat. Kau bagi sedas dua kat Nadia tu kalau mulut dia celopar sangat. Itu je caranya."

Hartini senyum. Bersungguh Zenot memberi nasihat. Dia tak tahu, masa sekolah dulu, dia pernah belajar taekwando tetapi dia tak akan mengasari orang jika orang itu tidak mengasarinya secara fizikal. Belajar ilmu pertahankan diri bukan untuk mencari gaduh.

"No worries. Nadia tak akan berani bergaduh dengan aku. Aku kenal dia sejak sekolah lagi. Badrul, senior aku, Nadia siap tuduh aku nak rampas Badrul dari dia. Tak ingin aku!" Cebik Hartini.

"Baguslah kalau macam tu. Aku ni pantang kalau perempuan lembik sangat. Tengok aku, nak cari pasal dengan aku, siap!" Sambil tunjuk penumbuk, Zenot menayang di depan muka Hartini.

Hartini gelak saja. Ketawanya terhenti. Satu bau wangi semerbak mula memenuhi ruang bilik itu. Dia pandang Zenot yang sudah kembang kempis hidungnya.

"Weyh, wanginya. Bau apa ni?" Zenot menghidu sambil mata meliar ke seluruh ruang bilik.

Hartini diam. Dia tahu, perempuan cantik itu akan muncul bila-bila masa. Dia capai jam tangan di atas meja belajar. Sepuluh minit menghampiri 12 tengah malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2017 09:51 AM | Show all posts
cerita hantuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2017 11:41 AM | Show all posts

mana ada Nay...

ni cerita famili yang banyak rahsia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2017 11:53 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-1-2018 07:14 PM

Zenot masih menghidu-hidu bau wangi yang masih melekat. Wangi yang bercampur-campur. Wajah Hartini dari tadi nampak gelisah. Mata bundar gadis itu dihala ke segenap sudut bilik. Dia perasan Hartini merenung lama di atas katilnya yang terletak di sebelah. Manakala, meja belajar pula terletak di tepi tingkap, antara dua katil.
"Tini, ada apa kat katil aku?" soal Zenot yang dah mula rasa meremang. Perlahan dia rapat dengan Hartini yang masih kaku bersila dengan mata tepat memandang katilnya.

Zenot melempar pandangan ke arah katilnya sendiri. Tiada apa-apa yang pelik. Katilnya kemas dengan cadar dan bantal berwarna merah hati. Warna kegemarannya sejak dulu. Tak ada Teddy bear macam pelajar perempuan lain. Sejak sekolah di asrama, binatang mainan tu macam dah sinonim dengan pelajar perempuan. Nampaknya, sikap memeluk Teddy Bear sampai ke universiti.

Hartini kaku memerhati perempuan cantik itu yang sudah melabuhkan punggung di birai katil Zenot sambil mengirai rambut ikal mayangnya dengan jemari runcing miliknya. Senyuman sentiasa terukir  di bibir merekah merah bak delima. Baju kebaya putih dengan kain batik sarung masih setia melekat pada tubuh montok perempuan itu.

"Tini, kau tengok apa?" Zenot cuit lengan Hartini yang dari tadi pegun saja. Hanya mata berkelip-kelip.

"Aku..aku.." peti suaranya rasa tersumbat. Hartini perlahan berpaling pada Zenot. Wajah bingung Zenot jelas terpamer dan kening terangkat Zenot yang inginkan jawapan.

"Hartini..aku ke mari hanya untuk melihat kau. Sihatkah kau? Emm..kau masih seperti dulu. Masih perlu berusaha untuk kelihatan cantik. Kau jangan bimbang, hari itu akan tiba. Perlu sabar."

Hartini lekas menoleh semula pada perempuan cantik tadi. Perempuan itu nampaknya sudah mula berkata-kata. Benda yang sama diulang. Mahu saja dia mulakan perbualan dengan perempuan itu tetapi memandangkan Zenot turut berada di situ, niatnya dimatikan. Nanti apa pula reaksi Zenot kalau melihat rakan sebilik bercakap sorang-sorang. Mahu dituduhnya gila.

"Zenot, aku tak ngantuk lagi. Jom kita pergi mana-mana." Hartini segera menarik tangan Zenot keluar dari bilik itu.

"Weyh, weyh! Dah tengah malam ni babe!" Hampir tersadung kaki Zenot dek tarikan kuat tangan Hartini. Sempat dia menyambar kunci kereta dari atas meja belajar sebelum keluar.

Sebaik berada di ruang tamu apartment itu, Nadia sudah tercegat di muka pintu dengan wajah tak bermaya. Rambut blonde yang dilepas bebas melepasi bahu itu kelihatan agak kusut. Mellihat keadaan Nadia yang seperti tidak terurus itu, dia mengagak yang Nadia mungkin baru balik dari kelab. Malam semalam dia dengar Nadia mengajak Sharina ke sebuah kelab terkemuka di pusat bandar Kuala Lumpur.

"Korang nak ke mana?" soal Nadia dengan mata separuh terbuka.

Hartini malas nak melayan pertanyaan Nadia, dia meredah keluar sehingga terlanggar bahu Nadia. Laju saja kakinya melangkah dengan Zenot yang terpaksa mengikut rentak di belakang. Nadia masih tercegat di muka pintu dengan mata kuyu. Dia menonong masuk  dan merebahkan tubuhnya di sofa yang disediakan di ruang tamu apartment yang dihuni.



ZENOT memandu tanpa arah. Sesekali dia mereling Hartini di sebelah. Nampak wajah gadis itu pucat dan gelisah. Sudah sepuluh minit perjalanan yang tak ada hala tuju ini, meninggalkan kawasan kampus. Lagu Jampi dari stereo memecah keheningan dalam kereta. Bengang dengan sikap Hartini, Zenot kuatkan 'volume' radio.

'Dan bila kau hadir bagai satu misteri
ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hatiku kembali
ternyata hanya kau harus aku cintai'


Hartini menoleh pada Zenot yang melalak mengikut lirik lagu sambil memandu. "Will you stop it?"
'Hahahah aku ketawa
terasa aku tak tentu arah
kau buat aku terpaku
sepertinya diriku yang mahu diri kamu'

Hartini tutup radio.

Krikkkkkkkk. Pedal brek ditekan kuat. Kereta berhenti di bahu jalan. Zenot berpaling dengan mata merenung tepat pada Hartini. "Kau yang ajak aku keluar, lepas tu kau diam macam kena sampuk hantu. Kau nak aku sewel macam kau ke?"

Hartini menelan payah liur. Pertama kali melihat wajah menyinga Zenot. Berubah 180 darjah.

"Sorry Zenot. Aku tak boleh nak fikir. Okey, kita sembang sini jelah." Hartini berkata payah, mata melilau melihat sekitar tempat kereta berhenti. Di sebelah kiri jalan, tasik yang terkenal dengan keangkerannya.

"Kita blah.." kata Hartini.

"Kau dah kenapa? Kejap nak sembang sini, kejap pulak nak blah." rungut Zenot.

"Tu, aku dengar tasik tu ada penunggu. Kau nak ke sembang kat sini?" Hartini berpaling semula ke arah Zenot.

Tanpa banyak cakap, Zenot menekan pedal minyak dan memecut laju Suzuki Swiftnya meredah kepekatan malam. Hartini pula hanya mampu menggeleng melihat tingkah Zenot yang sudah naik angin. Salahnya juga yang menonong tarik tangan Zenot dan mengajak keluar tadi. Tak tahu tempat hendak dituju, haruslah minah ni melenting!

"Sorry la. Aku minta maaf okey. Kita balik." Hartini mula merasa tidak sedap hati.

Zenot berpaling sekilas dan dia hanya melakar senyum. Hartini membalas senyuman Zenot. Lega melihat Zenot sudah mengukir senyum. Kereta dipandu perlahan semula. Radio dipasang semula dan kali ini lagu Ed Sheeran pula memenuhi ruang kereta. Masing-masing diam sambil menadah telinga mendengar lagu Perfect.


SAMPAI saja di kolej kediaman, Hartini melangkah lemah bersama Zenot masuk ke apartment semula. Pintu dikuak perlahan. Sunyi. Hanya dengkuran Nadia kedengaran di ruang tamu. Nadia sudah terbongkang atas sofa.  Pintu ditutup dan mereka berdua masuk ke dalam bilik semula. Hartini melihat sekitar bilik. Jam hampir satu pagi. Tiada lagi bau wangi.

Zenot pula terus saja merebahkan tubuhnya ke atas katil tanpa menukar pakaian. Hartini menggeleng. Dia menapak ke almari pakaian. Satu helai kain batik sarung dan T shirt dicapai dari lipatan. Dia mula menyalin pakaian membelakangi Zenot. Dia menapak pula ke bilik air dan membasuh muka dengan semburan haruman ros merah. Pesan Mak Minah, air ros merah itu adalah untuk menyihatkan kulit wajah dan bila bangun pagi, wajah akan berseri dan segar.




Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 11:53 AM | Show all posts
makin misteri ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 02:54 PM | Show all posts
hahaha... aku ketawa


sempat lagi tu ipo

ok, next
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 04:33 PM | Show all posts
Nak gelak gak... membayangkan bideo kat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 07:52 PM | Show all posts
best-best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2017 07:14 PM | Show all posts
BAB 7


SUDAH hampir satu semester Hartini bergelar pelajar. Hanya tinggal satu minggu sahaja lagi cuti semester akan bermula. Bidang seni reka fesyen yang diambil sedikit sebanyak memberinya peluang untuk mencari duit sampingan dengan mengambil upah menjahit baju yang ditempah rakan-rakan dan juga kenalan ayah Zenot. Hujung minggu pula dia bekerja separuh masa di cafe milik Dato Zainuddin. Baru dia tahu, ayah Zenot itu seorang berpangkat Dato. Kadang-kadang rasa kasihan pada Mak Minah kerana sehingga ke hari ini dia masih tidak sempat pulang ke kampung menjenguknya. Mungkin dia akan mengambil peluang itu sewaktu cuti panjang nanti.

"Tini, lepas lap ni, kau ambik order dari meja nombor 10 sana. Cepat sikit, tu regular customer cafe ni."

Hartini yang ralit mengelap meja makan menoleh seketika ke arah suara yang menegur. Faizal, salah seorang pekerja tetap di cafe itu tercegat di sebelah dengan wajah agak tegas. Dia kemudian panjangkan leher mencari pelanggan yang dimaksudkan oleh Faizal. Kelihatan seorang gadis sedang leka menatap skrin komputer riba. Nampak seperti anak orang berada. Faizal sudah berlalu ke meja kaunter.  Kaki diatur ke meja tadi.

"Ya cik, nak order apa?" tanya Hartini sambil melemparkan senyuman. Gadis itu masih tidak berganjak matanya dari skrin.

"Cik, nak order apa?" ulang Hartini dengan suara yang sedikit kuat.

Hartini masih menunggu jawapan dari gadis itu. Terasa dia menunggu macam orang bodoh. Terpacak di depan gadis itu tanpa sedikit pun gadis itu mengangkat muka, apa lagi nak bersuara.Dia membuang pandang pada sekitar restoran. Pelanggan semakin ramai yang datang. Shiftnya pada hari itu bermula jam 6 petang sehingga 12 malam.

"Macam biasa.."

Hartini segera mengalih mata pada gadis itu semula. Dia berkerut kening. Macam biasa?

"Biasa tu..apa cik?"soal Hartini.

Hartini menelan liur sebaik saja mata bertentang dengan dengan gadis itu yang sudah mula mendongak. Wajah bujur sireh yang cukup cantik itu nampak menarik di matanya. Sayang, wajah secantik itu mempamerkan riak wajah yang cemberut.

"Mana Faizal?" soalnya.

"Ada, kenapa cik?" soal Hartini semula.

"Dia yang tahu menu apa yang aku selalu order. Kau pekerja baru ke?" soalnya lagi.

Hartini mengangguk. Dalam hati sudah menyumpah seranah si gadis yang berlagak. Kot ya pun, cakap sajalah apa menu yang nak dipesan. Itupun berat mulut! Yalah, bak kata Dato Zainuddin, pelanggan selalunya betul. Dia hanya pandang gadis itu menekan loceng di atas meja. Tak sampai seminit, Faizal meluru ke meja.

"Ya?" Faizal mula bertanya sambil melirik pada Hartini yang tercegat di sebelah.

"Bagi aku lemon tea suam dengan ceaser salad."

Faizal mengangguk dan terus menarik tangan Hartini beredar dari meja gadis itu menuju ke bahagian dapur. Hartini yang tak sempat berkata apa-apa terpaksa mengikut rentak Faizal yang sudah menonong saja menggenggam kuat lengannya.

"Siapa dia tu? Berlagak gila!" Hartini menggosok lengannya yang terasa dicengkam kuat dengan tangan kasar Faizal.

"Aku lupa yang kau tu pekerja baru.  Nanti kau hantar apa yang dipesan tadi." Faizal berkata sambil terjenguk-jenguk ke luar.  Dia kemudian mengarahkan menu tadi disediakan secepat mungkin.

Hartini menapak keluar dari dapur dan berdiri di muka pintu dapur sambil memerhati pada gadis tadi. Gaya seorang gadis moden. Rambut yang beralun dengan blaus dan skirt labuh  fesyen terkini. Agak lama dia membedah siasat gadis itu. Wajah gadis itu seakan pernah dilihat sebelum ini. Bunyi loceng mematikan lamunan Hartini. Dia segera capai segelas lemon tea dan sepinggan salad lalu membawanya ke meja gadis tadi.

"Silakan cik." Kata Hartini sebaik saja dia meletakkan gelas dan pinggan di atas meja di sebelah komputer riba.

"Emm..okey." jawab gadis itu tanpa mengangkat muka. Matanya masih leka menatap skrin komputer riba.

Sebelum beredar, Hartini mengambil peluang menatap wajah gadis itu dari dekat. Wajah itu seakan pernah dilihatnya namun dia tidak dapat mengingati di mana atau mungkin dalam mimpi. Dia beralih ke meja lain bila mendengar loceng dari atas meja ditekan. Pesanan diambil dan dia terus ke kaunter menghulurkan pesanan pelanggan.

"Hai Tini!"

Zenot muncul di sebelah dengan senyuman manis. Topi dengan gaya tomboi Zenot masih tidak berubah. Hartini membalas dengan senyuman lebar.

"Macam mana kerja hari ni? Okey?"

Pertanyaan Zenot dibalas dengan senyuman nipis. Dia tahu, bukan senang untuk mengambil hati pelanggan. Matanya dihala kepada gadis tadi. Kali ini, gadis itu mula menaip sesuatu. Begitu laju dengan ekspresi wajah yang agak serius.

"Kau kenal perempuan tu?" Hartini tunjuk ke arah gadis tadi.

Zenot melilau mencari perempuan yang dimaksudkan oleh Hartini. Matanya jatuh pada seorang perempuan yang sedang ralit menaip sesuatu di komputer riba.

"Yang tu ke?"

Hartini mengangguk.

"Aku tak kenal tapi apa yang aku tahu, dia selalu lepak kat cafe ni sambil menaip. Macam tulah selalunya." jawab Zenot sambil muncung ke arah gadis tadi.

"Emm..dia tu macam berlagak sikit aku tengok.  Dia tak boleh expect orang lain tahu apa menu yang dia nak. Macam bos!" cebik Hartini, rasa tak puas hati dengan sikap pelanggan yang seorang ini.

"Alah, biarlah. Janji dia datang cafe ayah aku ni bukan untuk lepak semata-mata. At least dia dah sumbang wang pada cafe ni. Eh, lepas kerja nanti, kita lepak mana-mana?" Ajak Zenot.

"Weyh, aku habis pukul 12 malam. Kau nak lepak jadah apanya? Dah lewat." Rungut Hartini.

"Ala, bukan selalu. Ada aku ajak kau setiap malam? Tak ada kan? Yang kau dulu tu, tarik tangan aku nak lepak jauh dari kolej, boleh pulak." balas Zenot, mengingatkan Hartini tentang hal itu.

"Yalah, yalah!" Akur Hartini dengan ajakan Zenot.

Zenot mula duduk di salah satu meja sambil menunggu Hartini selesai bertugas pada malam itu. Ramai pelanggan yang keluar masuk dan yang pasti, gadis tadi masih setia di kerusi di meja yang sama dengan jemari laju menaip. Kadang-kadang terfikir juga olehnya, apa yang sebenarnya gadis itu sedang taip.  Zenot bangun dan berjalan perlahan di belakang gadis itu sambil menjeling ke arah skrin. Lama dia berdiri di belakang gadis yang begitu leka menaip sehingga tidak menyedari kehadirannya di belakang.

"Kau nak apa?"

Zenot yang sedang membetulkan topi yang dipakainya mula kelam-kabut. Topinya terlepas dari tangan, tercampak jatuh ke lantai. Dia segera membongkok dan mengambil topi lalu dipakai semula.

"Err..tak ada apa. Rajin buat kertas kerja.." Sengih kerang Zenot kali ini. Sudah terkantoi dia mengintai.

"Eh, kau ni Zanariah kan?"

Zenot tergamam. Mana pulak dia ni tahu nama aku? Perlahan dia mengangguk. "Mana kau tahu nama aku?"

"Dato Zainuddin yang beritahu aku. Weyh, duduklah. "

Zenot senyum nipis. Nampak gadis itu menarik satu kerusi dan menyuruhnya duduk sekali. Tanpa banyak soal, Zenot melabuhkan  punggungnya. Dia melemparkan senyuman kelat. Sesekali matanya melirik pada Hartini yang sibuk melayan pelanggan lain.

"Bila kau jumpa Dato Zainuddin? Dan yang penting, macam mana kau kenal Dato Zainuddin?" Zenot  cuba mengorek cerita.

"Aku selalu lepak sini. Kebetulan Dato Zainuddin kawan rapat papa aku. Dia selalu cerita pasal anak dia yang sama umur dengan aku. Jadi aku agak, kaulah orangnya."

"Jadi, ayah aku cerita pasal aku tomboi?" Rengus Zenot. Dia dah agak tentu ayah akan bercerita pasal hal itu dan sudah lama ingin mengubahnya menjadi gadis pingitan berbaju kurung.

"Actually, ayah kau nak aku berkawan dengan kau dan ubah cara pakai kau ni. But.." Hani melihat Zenot atas bawah. " Kau ni..okey je aku nampak. Still feminine look to me."

Zenot ketawa. Dia mengirai-ngirai rambut yang terjuntai di dahi dan kemudian diselit di dalam topi. Matanya dihala pada Hani semula yang hanya senyum saja. Ayah..ayah..

"Actually, aku yang nak jadi macam ni lepas kematian mak aku. Rebel kononnya. Tapi, jiwa aku masih perempuan. Dont get me wrong, okay?" Zenot kembali ketawa.

"Hey! I'm not saying that you are pengkid or whatever the name is." Hani turut ketawa.

Hartini yang sedang berdiri di tepi meja seorang pelanggan sempat melemparkan pandangannya ke arah Zenot yang berbual mesra dengan gadis itu tadi. Hmm..kata tak kenal tapi boleh pula bergelak ketawa. Usai mengambil pesanan, dia mengatur langkah ke kaunter sebelum meletakkan nota pesanan di dalam sebuah bakul kecil. Dia kembali melihat gelagat Zenot dan gadis itu.

"Kau tengok apa?"

Terkejut dengan sapaan di sebelah, Hartini menoleh ke kiri. Faizal sudah tercegat berdiri sambil matanya turut melihat gelagat Zenot dan gadis itu yang sedang berborak.

"Macam tulah kehidupan anak orang kaya macam dorang. Kita juga yang jadi kuli..." keluh Faizal.

Hartini senyum kelat.

"Kenapa kau senyum? Betul apa yang aku cakap..."

"Kalau aku jadi kau, aku tackle Zenot tu, tak pun, perempuan tu kalau betul dia anak orang kaya." Balas Hartini sambil melihat semula pada kedua gadis tadi.

"Tapi..dua-dua aku tak suka. Zenot, tomboi. Hani tu, agak sombong. Tambah lagi, dia pun anak Dato. So, yeah, that's it." Faizal mengangkat bahu dengan  riak wajah seolah tidak mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pasrah.

"Oh, jadi Hani la nama dia?"

Faizal mengangguk.

"Dengarnya, dia tu hanya anak angkat je. Tak tahulah betul ke tak. Kalau betul anak angkat, memang nak kena carutlah! Tak sedar diri dia tu anak angkat, kan?" Faizal pula mencebik.

Kali ini, Hartini hanya diam. Tiada balasan apa-apa dalam perbualan itu. Gadis itu diperhatikan lama. Cuba melihat raut wajah milik gadis itu. Teringat pada kembarnya, Harlina yang sampai sekarang masih tidak berjumpa. Kalaulah Harlina masih hidup, tentu tingkah dan rupa Harlina seperti Hani. Kulit agak 'tanned' dan...

"Tapi kakak aku rambut kerinting..." Hartini menghela nafas perlahan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2017 08:52 PM | Show all posts
HARTINI memandang suasana malam yang indah dengan angin sejuk menyapu muka. Dia berpaling  pada Zenot yang duduk memeluk lutut sambil mendongak pada dada langit. Wajah Zenot ditatap dalam. Seperti ada sesuatu yang gadis itu cari dalam hidupnya. Nampak ralit Zenot merenung langit yang memaparkan butir bintang. Entah apa yang menarik pada Zenot. Hanya dada langit berlatarkan kerlipan bintang, satu panorama yang sudah biasa di kampung. Malah, panorama pada waktu malam di kampung lagi cantik dari ini.

"Zenot, kau ajak aku lepak sini, kau nak cari ketenangan ke apa?" Hartini buka mulut. 20 minit Zenot diam saja tanpa sepatah kata dengan kepala terdongak melihat langit malam.

"Ya, aku suka tengok langit malam."

Hartini turut mendongak. Kerlipan bintang tidak banyak kelihatan. Mungkin musim hujan sejak kebelakangan ini. Mengenangkan suasana begini, dia mula  teringat pada Mak Minah yang keseorangan di kampung.

"Zenot, aku ingat nak ambik cuti. Aku nak balik. Sejak aku masuk universiti, aku tak pernah lagi balik kampung. Sebelum aku ke sini dulu, aku dah janji dengan mak aku, kononnya setiap minggu aku balik tapi.." Hartini menghela nafas.

Zenot berpaling. Wajah Hartini sudah sugul.

"Kau bagi tahu sajalah kat ayah aku. Ayah aku faham dengan keadaan kau. Lagipun, minggu depan kan dah start cuti semester." balas Zenot, rasa bersalah pula pada Hartini kerana mempelawa Hartini bekerja separuh masa di cafe ayah.

"Emm..okey. Bila ayah kau datang cafe?"

"Entah. Tak pun, esok aku bawa kau jumpa ayah aku kat ofis dia."

Hartini mengangguk sambil mengukir senyum.

"Satu lagi, tadi aku tengok kau rancak borak dengan perempuan tu. Kau kenal ke?" Hartini teringat pada gadis yang dikenali sebagai Hani tadi.

"Tak, dia yang kenal aku rupanya. Kau tahu tak, ayah aku sibuk betullah! Ada ke patut dia suruh Hani tu ubah cara dan perangai aku. Bosan tahu! Jangan nanti, kau pulak disuruh ayah aku." Cebik Zenot.

"Alah, kalau aku suruh kau sekalipun, kalau kau tak nak berubah, tak ada gunanya jugak. Nak berubah ni, diri sendiri yang kena ada inisiatif. Bukan sekali diketuk, sekali bergerak."

Zenot ketawa. Pandai membebel juga Hartini. Matanya kembali menala pada dada langit.

"Boleh aku kenal dia?"

Zenot menoleh. "Dia? Siapa?"

"Hani,"

"Kenapa kau nak kenal dia?" soal Zenot semula.

Hartini hanya mengangkat bahu. Dia juga tak tahu apa jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan Zenot. Mungkin kerana dia sudah lama ingin mencari kakak kembarnya. Mungkin juga kerana wajah Hani memberi satu memori tentang Harlina. Entah!

"Boleh tapi aku tak janji. Nanti, kalau dia datang cafe lagi dan kebetulan kau tak kerja, kau bolehlah borak dengan dia." balas Zenot.

Hartini mengangguk-angguk. Mungkin dia akan berjumpa Hani selepas dia pulang ke kampung. Sudah lama dia tidak menjenguk Mak Minah. Melalui Pak Kahar, khabar Mak Minah ditanya. Macam biasa, kaki Mak Minah masih seperti dulu. Sengal-sengal di lutut. Tak sabar dia hendak balik kampung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 09:48 AM | Show all posts
ok sebelum sambung nak tepek lah lagu JAMPI dari penyanyi asal
@Nicki_Meow


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2017 11:21 AM | Show all posts
kita sambung ya kisah dongeng ni


DATO ZAINUDDIN tersenyum meleret melihat Hartini beriringan bersama Zenot masuk ke bilik pejabatnya. Jauh benar bezanya Hartini dan Zenot. Seorang sopan santun dan seorang lagi kasar. Cara pemakaian? Sudah sah-sah kontra keduanya. Namun, perasaan sayang pada Zenot tidak berbelah bagi kerana Zenot satu-satunya zuriatnya dengan isteri yang sudah pergi menemui Ilahi.

Hartini dan Zenot masing-masing sudah duduk santai di sofa yang tersedia di ruang pejabat yang besar itu. Hartini dari kaki melangkah masuk tadi lagi, dia kagum melihat keadaan dalam pejabat milik ayah Zenot. Luas, selesa dan tatarias juga nampak menarik dengan lukisan-lukisan antik dan juga potret-potret orang-orang kampung dengan kain batik sarung dan semutar di atas kepala. Potret gadis merenung jauh ke dada langit menarik matanya melekat lama.

"Ada apa nak jumpa saya?"

Hartini masih ralit melihat potret-potret yang kemas digantung di dinding.

"Tini, ayah aku tanya." Zenot siku lengan Hartini.

"Hah, apa dia pakcik?"

Dato Zainuddin masih kekal senyum melihat wajah Hartini yang terpinga-pinga. Matanya dialih pada potret-potret di dinding pejabat. Semua tetamu yang masuk ke dalam bilik pejabatnya memang akan merasa kagum dan memuji-muji keunikan dan kekemasan lukisan cat air yang dilakarkan di kanvas.

"Zenot cakap, Tini nak jumpa saya?"ulang Dato Zainuddin.

"Er...ya. Saya nak minta cuti. Nak balik kampung jenguk mak. Sejak masuk Uitm ni, belum sekali saya balik, pakcik. Dulu janji dengan mak nak balik setiap minggu tapi yalah, dah sibuk pulak." balas Hartini sambil bermanis muka.

"Oh, boleh saja. Kita bukan robot nak kerja 24 jam. Badan manusia pun perlu rehat. Kampung kat mana?" soal Zainuddin, senyuman masih kekal di bibir.

"Masjid Tanah Melaka, pakcik," Hartini berbahasa.

Zainuddin merenung lama Hartini yang sebaya anak perempuannya. Wajah mulus dengan kulit putih itu ditatap dalam-dalam. Cuba mencari iras wajah seorang kenalan dulu.

"Kampung apa?"soalnya semula.

"Kampung Belalang."

Hartini perasan perubahan wajah Dato Zainuddin. Keningnya bertaut, rona wajah nampak gelisah. Mata di sebalik cermin mata itu merenung tepat ke wajahnya. Apakah Dato Zainuddin juga berasal dari Kampung Belalang?

"Kenapa pakcik?"

"Oh ..tak ada apa..."

Hartini masih tidak beralih matanya pada Dato Zainuddin. Ada getar dalam nada suaranya sebentar tadi. Dia menoleh pada Zenot yang sedang membelek majalah. Itulah Zenot, buat hal sendiri dan tak suka menyampuk hal ayahnya.

" Pakcik, potret tu semua, sangat cantik. Unik. Pakcik sendiri ke yang lukis?" Hartini mula mengalih topik perbualan. Dia tak nak keadaan janggal berpanjangan walaupun dia sendiri merasakan ada sesuatu yang ayah Zenot rahsiakan.

"Ya, suka-suka saja. Tu pengalaman semasa di kampung. Pakcik abadikan kenangan tu di kanvas. Kalau Tini nak, pilihlah." pelawa Zainuddin. Sebelum ini, ramai saja kawan-kawannya yang ingin membeli lukisan itu terutama lukisan seorang gadis sedang mendongak ke dada langit tetapi dia tidak pernah tergerak hati untuk jadikan lukisan itu sebagai satu pendapatan.

"Ya, kalau saya nak yang tu?" Hartini tuding pada potret gadis mendongak ke langit.

Dato Zainuddin bingkas bangun dan menurunkan potret dari dinding lalu dibawa dan diletakkan di atas meja kopi.

"Nah, hadiah dari saya. Jaga elok-elok."

"Wah, Tini. Kau tahu, potret ni potret kesayangan ayah aku tau! Ramai dah yang minta nak beli tapi ayah aku tolak. Kau pulak, senang-senang je ayah aku kasi free!" Zenot ketawa kecil.

"Ya?" Bersinar mata Hartini mendengar kata-kata Zenot.

Dato Zainuddin mengangguk seraya melakar senyuman lebar.

"Tapi..macam rasa bersalah pulak. Saya bergurau je tadi.."

"It's okay. It's yours now. Take it." cepat saja Dato Zainuddin menjawab.

Hartini minta diri.Dia dan Zenot meninggalkan pejabat Dato Zainuddin.


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 02:50 PM | Show all posts
Ipo replied at 11-12-2017 09:48 AM
ok sebelum sambung nak tepek lah lagu JAMPI dari penyanyi asal
@Nicki_Meow

Eh....apasal aku pulak?

Lagu ni kan, masa mula-mula dengar macam KRU yang produce.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.153462 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list