|
Sefarra ke Sephora Chuolss..Maigodd cannot brain.."Inspired je bukan tiru&q
[Copy link]
|
|
Telolet replied at 20-10-2017 11:56 AM
dah takde idea lain ke? mohon melingkup jelah
satu lagi, iols kosser nak beli product da ...
Hahahahahaha so true! Pprt sangatt guna ayat bbnu wicet jual produkkk. |
|
|
|
|
|
|
|
mokcikKSKB replied at 20-10-2017 03:20 PM
gosip retis ke ni?
Sepupu retis aka sepupu hajjahat. Kalau adik dia muka ponen pun bleh masuk bod ni suatu ketika dulu, why not her? |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt rachet nk imitate jenama gah antarabangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
mohon mod alih ke gossip personaliti je..@annehuda |
|
|
|
|
|
|
|
klu aku baik la beli sephora trs. npk gah cket brand sephora toh |
|
|
|
|
|
|
|
Inspired dgn plagiarism dua words yg lain makna kot
benda nak tepek kat muka jangan nak berkira sangat,unless kau sanggup muka keluar dpn Harian Metro la, muka rosak penangan fake makeup.
pakai brand ,product yg berpuluh tahun buat R&D. |
|
|
|
|
|
|
|
idea pun mcm tiru je..
tak salah Valet Chantek dah bukak dulu konsep mcm Sephora ni kat Jitra.. cuma Valet Chantek jual produk mekap tempatan.
PUSAT kecantikan Valet Chantek yang baru beroperasi awal bulan ini di Jitra bakal menjadi pusat setempat (one stop centre) di kawasan utara bagi mendapatkan khidmat nasihat dan mempromosikan pelbagai jenis produk kecantikan jenama tempatan.
Pemiliknya, Mohd Fakhruddin Mohd Noor, 34, berkata, premisnya itu boleh dijadikan pengguna untuk mendapatkan pelbagai produk dengan mudah tanpa perlu mencari di tempat lain.
Beliau berkata, pusat itu adalah hasil gabungan bersama dua lagi rakan niaga iaitu adiknya, Mohd Najmuddin, 30, dan Zara Azzahra Roslin, 33.
Menurut Mohd Fakhruddin, pusat itu turut menyediakan kelas kecantikan dan khidmat nasihat dari perunding kkecantikan.
"Di sini kita menyediakan hampir 20 produk dari 12 syarikat pengasas kecantikan di negeri ini dan kita mengalu-alukan lebih ramai pengasas kecantikan untuk meletakkan produk mereka di sini.
"Antara 12 syarikat itu termasuklah, Rosetyara Beauty (HD Glow Foundation), CPG Obcession Trading Fantabulous Skincare (Brow Definer Perfect Cover Two Way Cake), Iols Style Recources (Illuminator all day Shine), Riffaa Di Hati (Glowing Spray-Glitter Advance dan Magic Losyen - Hand & Body Whitening Concealer), Aiefy Global Beauty (1 minute Miracle Foundation dan Mascara), Famirafaa (Pipi Pink).
"Selain itu, Yarra Beauty Care (Yarra -Xtra C Moisturiser, Ridzskin Cosmetics (Ridzskin Lipsmatte), Fyqa Marketing (Perfume Paradise), Aura Az-Zahra Recources (Aura De'Skinz (Mother Of Pearl), Amanatrah Enterprise (Minyak Argan Emas (I-Flawless) dan Velky (Velky Master Primer)," katanya.
Beliau berkata demikian secara eksklusif kepada Harian Metro ketika ditemui dalam satu majlis pengenalan produk kecantikan yang akan dipasarkan di premis Valet Chantek di Taman Tunku Maheran, Jitra, semalam.
Mohd Fakhruddin berkata, sebelum ini kebanyakan produk yang dipamer di sini hanya dijual dalam talian dan pengguna perlu mencari ejen terdekat untuk membelinya, namun di sini, mereka boleh membelinya sendiri dengan harga berpatutan sekitar RM30 hingga RM100 setiap satu.
Selain itu, penjualan di pusat kecantikan itu turut menggunakan konsep pembelian barangan dengan mudah iaitu pelanggan perlu mengisi borang dengan menyatakan barang yang hendak dibeli dan pekerja Valet Chantek akan membantu mencari barangan yang dikehendaki sebelum diberi kepada pelanggan.
"Pelanggan juga boleh mencuba semua jenis produk terlebih dahulu di sini dan mendapatkan nasihat daripada empat perunding kecantikan sama ada ia sesuai atau sebaliknya.
"Kami turut memperkenalkan produk kecantikan sendiri iaitu Velky yang dipasarkan sejak Julai lalu.
"Syarikat lain yang berminat untuk mempromosikan barangan di sini boleh datang ke pusat Valet Chantek di Taman Tunku Maheran di sini dengan meletakkan barangan mereka secara percuma, namun perlu membayar sedikit komisyen," katanya.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan, jurusolek terkenal yang sering melakukan video tutorial teknik solekan di media sosial, Nur Nabilah Zulyadaini, 25, atau popular dengan panggilan Bellaz turut menunjukkan tutorial solekan menerusi ‘Facebook (FB) Live’ yang disiarkan menerusi laman FB Harian Metro pada 9.40 malam.
Video tutorial yang disiarkkan selama 50 minit itu mendapat tontonan lebih 7,000 orang sehingga diulang tonton mencecah lebih 100,000 tontonan.
Bellaz yang ditemui berkata, dia pernah menggunakan hampir semua produk kecantikan dan solekan yang dijual di Valet Chantek.
“Saya sudah menggunakan produk ini disebabkan produk ini buatan tempatan yang berkualiti tinggi serta selamat digunakan.
“Apa yang saya kongsikan menerusikan tutorial solekan saya itu diharapkan dapat memberi manfaat serta membuka peluang kepada pengguna produk kecantikan di luar sana untuk datang ke Valet Chantek di Jitra ini,” katanya.
Valet Chantek terletak di No 5, Taman Tunku Maheran, Jitra, Kedah dan ia dibuka setiap hari kecuali Selasa dari 10 pagi hingga 10 malam.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2017 @ 4:00 PM (sumber Hmetro)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiru konsep perniagaan (banyak brand bawah satu bumbung) tu dah ok, tapi smpai paperbag, card, nama pon nak tiru dah macam over bangang pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
soalan serius. Guna brg mekap fake ni, x membahayakan kulit ke eh? |
|
|
|
|
|
|
|
kan chuols...meluat tengok. kadang2 iols siap tengok ada yg berdarling bagai..kau dah kenapa. selling product,not asking for a friend
proper business, guna dear valuable customer je..takda nak darling darling.mesra tak bertempat
|
|
|
|
|
|
|
|
air mata akak mengalir kekelakaran
|
|
|
|
|
|
|
|
yang guna darling2, sayangs semua ni pon geli gak. sejak bila pulak kita berkasih sayang bagai ni
tulah ada yang cakap kalau buat formal2 macam skema tapi iols lagi rela bahasa skema dari bahasa pasar ni
|
|
|
|
|
|
|
|
salah bod ni walaupun cerita menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Telolet replied at 20-10-2017 04:00 PM
yang guna darling2, sayangs semua ni pon geli gak. sejak bila pulak kita berkasih sayang bagai n ...
Aku pernah terkena dgn seller terlebih mesra neh.ig sellers la mostly.
Wasap nak beli sambal bilis kering jah pon tp kemain seller duk berdear2 nk say tq pun siap emoji yg kiss2 tu.aku jd awkward plus annoying. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak xde identiti ke sis fara..? |
|
|
|
|
|
|
|
1 day tu ai ade tgk kt astro xigt channel ape. balance body part dari bab* yg dorg xguna i.e lemak kt kulit tu n bulu bab*, tulang ni dorg boleh dpt produce mcm2 produk esp produk make up tiruan, berus make up then jual murah. errr geli betui.. better beli kt drugstore la dr beli fake makeup ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ha tula selalu yang jual sambal ke brownies ni selalu la dok dearies bagai.
iols boh layan je, straight panggil cik/puan so diorang pon akan tukar tone n bahasakan kita as cik
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bab-bab design cilok tak pe la..
ni pergi jual barangan tiruan berjenama..macam beli stok kat GM Klang je |
|
|
|
|
|
|
|
makeup tiruan buat kulit muka rosak
mohon akak akan desa sekalian jangan beli makeup tiruan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|