|
Betullah 4 kes, yg pertama yg budak 8 tahun yg dihantar balik naik motor. Ada benang dlm ni. Lepas tu 2 minggu lepas yg adik beradik tu. Yg ni latest. Musim kut. Masa kami duk ganu belakang rumah besar jugak sarang tebuan, panggil bomba terus... Now kalau balik kg bila tebas2 pokok mmg hati2 betullah.. Hari tu petik daun limau purut tgk ada sarang penyengat daun.. Org kata tak bisa.. Tapi takut juga..
|
|
|
|
|
|
|
|
Fc tadi kat paper ada dr dari USM ni share how to elakkan kena tebuan akak cari semula tak jumpa. Time ni ah baru dpt jenguk forum.. Kalau fc dpt cari n share akak dahului terima kasih ..muahhh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada berita FC jumpa dari USM ni berita lama sis ..
tak tau artikel yang sama ke tak
http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=465
Petua mudah bagi mengelakkan diri daripada terkena sengat
Pakailah pakaian berwarna lembut kerana pakaian berwarna terang ataupun bercorak bunga-bunga akan menarik perhatian lebah. Sentiasa memakai baju berlengan panjang dan juga seluar panjang apabila berkebun ataupun memasuki kawasan semak.
Elakkan daripada memakai barang kemas yang berkilau.
Pakailah topi dan kasut (bukan sandal).
Elakkan daripada memakai sebarang bahan dandanan rambut, pewangi, bedak dan sebagainya yang boleh menarik perhatian lebah atau tebuan.
Pakailah pakaian yang bersih. Bau peluh sering menyebabkan serangga penyengat marah.
Tutup seluruh badan seboleh mungkin.
Sentiasa berjaga-jaga ketiak berada di taman bunga.
Sekiranya anda makan di luar rumah, sentiasa tutup makanan dengan kemas terutamanya buah-buahan masak ataupun minuman ringan.
Kutip lebihan makanan di tempat perkelahan, buangkan ke dalam tong sampah dan tutup dengan kemas.
Jika anda diserang oleh serangga penyengat, masuklah ke dalam rumah, kawasan yang teduh ataupun terjun ke dalam air. Jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan kerana pergerakan yang mengejut akan menarik perhatian serangga tersebut.
Sekiranya anda sensitif terhadap sengatan lebah, tangkap, simpan dan kenalpasti serangga yang telah menyengat anda. Ini penting unutk tujuan pengenalpastian serangga tersebut dan ubat yang sesuai untuk merawat anda sekiranya timbul kerumitan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh Dr. Fauziah Md. Desa
Pusat Racun Negara, USM
SEJAK kebelakangan ini sering kali kita terbaca beberapa lapuran akhbar tentang seseorang disengat lebah atau tebuan.
Ada kalanya serangan lebah ini boleh menyebabkan kematian jika diserang oleh beribu-ribu ekor lebah.
Sebenarnya serangga jenis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar kerana gigitan atau sengatannya menyebabkan tindak balas keracunan mendadak serta alahan yang boleh membawa maut.
Serangga ini adalah dari jenis serangga kumpulan himenoptera yang mempunyai sengat bersambungan dengan saluran kantung di segmen hujung badannya.
Semasa menyengat, ia meninggalkan kantung racunnya di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengalir ke dalam tubuh mangsanya.
Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan pada mangsanya bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut.
Bahan racun himenoptera boleh menghasilkan kesan-kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam, antaranya gerak balas badan (bahagian sengatan kelihatan timbul), rasa gatal, sakit dan bengkak kemerahan.
Kesan-kesan ini akan surut dalam beberapa jam kecuali jika sengatan di mulut atau kerongkong di mana reaksi ini boleh menyempitkan saluran pernafasan. Jika mangsa alah kepada bahan racun tersebut, kejutan anafilaksis akan dialami.
Menghasilkan kejutan.
Reaksi alahan ini menjadi ketara antara 30 minit hingga 24 jam selepas disengat.
Reaksi luar biasa ini hanya berhasil daripada pembebasan bahan kimia yang dapat menghasilkan kejutan (penurunan tekanan darah), penyempitan sistem pernafasan, ruam menyeluruh dan bengkak pada saluran darah.
Ini membuatkan pesakit merasakan sesak nafas, tidak sedarkan diri atau boleh menyebabkan maut. Reaksi ini biasanya dialami pada mangsa alahan yang pernah disengat oleh tebuan atau lebah.
Reaksi anafilaksis, walaupun ringan (hanya ruam, lecur dan tidak mengancam nyawa) masih perlu dirawat di hospital atau klinik.
Reaksi anafilaksis biasanya berlaku selepas badan menjadi peka (sensitisasi) apabila sedikit alergen yerkandung pada racun yang masuk ke dalam tubuh mangsa menghasilkan reaksi pada sel-sel sistem pertahanan badan.
Secara tidak langsung ini menjadikan sistem pertahanan lebih peka (hypersensitif) kepada bahan tersebut.
Biasanya sengatan pertama atau sengatan sensitisasi ini tidak disedari oleh mengsa kerana ia tidak menghasilkan kesan yang ketara selain daripada reaksi setempat.
Keupayaan hypersensitiviti hasil daripada sengatan sensitisasi boleh bertahan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun.
Langkah-langkah kecemasan
Mana-mana bahagian tubuh yang terdedah boleh menjadi sasaran sengatan serangga. Apabila bekerja di luar rumah pastikan anda memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan kasut.
Pakaian bercorak bunga-bunga dan berwarna-warni akan menarik perhatian serangga himenoptera.
Pastikan anda tidak memakai bau-bauan atau minyak wangi atau bahan yang berbau kuat kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera.
Apabila berkelah pastikan makanan yang manis atau sisa makanan tidak terdedah kerana ini akan menarik perhatian serangga himenoptera.
Apabila anda mengalami serangan tebuan, pergerakan yang perlahan untuk mengelak lebih baik daripada pergerak cepat untuk melarikan diri atau cubaan membunuh serangga tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
dapat dari Bharian
Tips elak serangan tebuan
Oleh Aslina Abu Bakar
[email protected]
KUALA TERENGGANU: Jangan mengibas baju atau kain untuk menghalang serangan tebuan kerana pergerakan mendadak lebih menarik perhatian serangga berkenaan untuk menyerang.
Itu antara tips dikongsikan Pensyarah dan Penyelidik Serangga Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Nur Aida Hashim ketika berdepan serangan tebuan.
Ia susulan kejadian tiga kanak-kanak maut disengat tebuan di Terengganu dalam tempoh dua minggu dengan kes terbaru di Besut kelmarin yang mengakibatkan kematian kanak-kanak berusia dua tahun, Puteri Nur Aisyah Azahar.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini selepas disengat tebuan di rumahnya di Kampung Lay Out Tok Has, Besut.
Pada 4 Ogos lalu, Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin, 8, turut maut disengat lebih 60 tebuan juga di Besut, disusuli kematian Iffriah Darwisha Abdul Wahab Al Hadi, 3, akibat kejadian sama di Dungun empat hari kemudian.
Dr Nur Aida berkata, ramai tidak tahu tebuan mati akan mengeluarkan bau yang boleh menarik lebih banyak serangga itu untuk menyerang mangsa.
"Tebuan boleh membahayakan nyawa kerana dengan hanya satu atau dua sengatan, boleh mengakibatkan kematian sekiranya mangsa tidak dirawat secepat mungkin," katanya.
Berikut tips untuk mengelak menjadi mangsa tebuan;
Jangan mengibas baju atau kain untuk menghalang serangan tebuan kerana pergerakan mendadak lebih menarik perhatian serangga berkenaan untuk menyerang.
Jangan sesekali mengganggu habitatnya kerana serangga itu biasanya ia akan menyerang apabila habitat diganggu.
Apabila diserang, lari secepat mungkin ke tempat perlindungan seperti rumah, bangunan dan kenderaan dengan menutup kepala dengan baju.
Mangsa dinasihatkan tidak terjun ke dalam air atau sungai kerana tebuan akan menunggu di atas permukaan air sehingga mangsa timbul semula.
Jika disengat, segera dapatkan rawatan doktor dan mengeluarkan sengat dari luka secepat mungkin. Sengatan akan terus mengeluarkan bisa selagi berada dalam kulit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq yang.. Semoga beri manfaat pada kita semua, terutama org mcm saya yg mudah dpt analyptic shock? Tapi sibuk juga suka berkebun..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesamer yunk..
tapi lebih credit to sis sendiri .. sebab terfikir untuk cepat kongsi info bila dapat tau .. FC cuma tolong cari ja .. kebetulan tadi ngah leka kat thread memasak .. tetiba nengok ada notification.
Paling elak kan tumbuhan merimbun seperti serai .. kunyit.. tau sebab suka berkebun juga dedulu. Sekarang nak jenguk keluar pun payah
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumpa ni tadi .. kosmo
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kanak-kanak, Dr. Chin Wai Seong, berpendapat, sengatan tebuan pada seseorang manusia dewasa atau kanak-kanak sebenarnya tidak serius kecuali beberapa faktor tertentu.
Menurutnya, sesuatu yang tidak boleh diabaikan, sama ada mangsa itu orang dewasa mahupun kanak-kanak, adalah tindakan kecemasan pertama.
TEBUAN boleh menjadi peracun dan mempunyai sifat agresif seperti menyerang manusia sekiranya diancam.
“Tindakan pertama adalah dengan meletakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan itu untuk membekukan tempat sengatan seterusnya menghalang racun itu merebak dalam tempoh tertentu,” ujar Wai Seong.
Satu kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan menyapu minyak angin pada tempat sengatan. Tindakan itu hakikatnya tidak berkesan untuk meredakan kesakitan tersebut.
“Ini kerana sengatan serangga seperti tebuan atau lebah ganas akan menyebabkan badan mangsa terasa panas, gatal dan bengkak di tempat gigitan. Jika ubat seperti minyak angin digunakan, ia akan menambah kepedihan dan kepanasan pada badan. Itu hanya memburukkan lagi keadaan.
“Langkah kedua selepas meletakkan ais atau air sejuk adalah mereka perlu membawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dalam masa dua jam untuk mengelak racun itu merebak ke anggota badan dan bercampur dalam darah,” jelasnya.
Di klinik, mangsa akan diberi ubat sapu untuk bengkak dan mengurangkan gatal dan ia seharusnya memadai bagi mengatasi masalah ini.
Namun bagi kes yang lebih serius, langkah rawatan kecemasan pertama di klinik atau hospital adalah pemeriksaan reaksi dan kesan serius alergi. Antara simptom yang diperiksa adalah keadaan mata yang bengkak, demam panas, gatal-gatal dan badan yang lemah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Please hati-hati yer bila berkebun ..
Tebuan Kunyit
Kosmo! telah menemui seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dari Bahagian Kawalan dan Gangguan Hidupan Liar untuk menjelaskan kejadian itu.
“Tebuan tergolong dalam keluarga Order Hymenoptera, daripada keluarga Vespidae yang terdiri dari lebih 5,000 spesies tebuan dan serangga lain.
“Spesies utama di Malaysia ialah Vespa tropica iaitu tebuan kunyit yang membuat sarang daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dilumatkan menjadi seperti kertas di dalam hutan tebal,” terang A. Morganasunderam, 51, yang berkhidmat dengan Perhilitan sejak 31 tahun lalu.
Dia yang mempunyai pengalaman mengenali spesies hidupan khususnya melibatkan ekosistem dan habitat serangga termasuk tebuan memberitahu, tebuan kunyit merupakan spesies yang boleh dianggap berbahaya jika kawasannya diganggu manusia dan hidupan liar lain.
“Seperti tebuan tanah, ia juga sangat beracun dan sengatan amat menyakitkan. Tebuan kunyit mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya dan ia boleh membesar sehingga lebih empat sentimeter (sm).
“Sengatan tebuan kunyit memang berbahaya. Seseorang yang terkena sengatannya perlu mendapatkan rawatan segera, terutama kalau melibatkan kanak-kanak,” katanya.
Menurut Morganasunderam, racun yang dilepaskan, walau setitik, mampu meninggalkan kesan seperti bengkak teruk selain melemahkan badan jika melibatkan orang dewasa.
“Akan tetapi jika kanak-kanak disengat tebuan, racun tersebut mampu menjejaskan daya ketahanan selain kesan bengkak yang pedih pada bahagian atau anggota tubuh yang disengat.
“Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat, maut boleh terjadi,” terangnya.
Morganasunderam menambah, tebuan kunyit atau tebuan tanah adalah spesies biasa yang tinggal dalam habitat hutan serta belukar. Ia hanya keluar pada waktu malam dan ia amat sensitif pada pergerakan manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ngerinya fc, ahad ni nak balik kg kemas2 pokok2 takutlah pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
sblom mengemas semak samun ..
bawa buluh / kayu panjang ..
pukul2 semak tu dulu sblom nak buat pa2
petua makcik sebelah rumah
Please .. take care ok
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke berita ni? Takkan biar bdk 2 tahun main pg2 buta? Pukul 430 pagi plak tu. Atoknya kok biar je rumah terbuka tidur macam tu je.. budak kecik macamtu keluar pg2 kalau tak jd mangsa tebuan, mangsa pedopile (taktahu eja) pon boleh |
|
|
|
|
|
|
| |
|