CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kentang.Goreng

[Tempatan] KKM Telah Haramkan Terapi Ozon Serta-Merta: Video kenyataan rasmi & rinciann

[Copy link]
Post time 4-5-2017 08:54 AM | Show all posts
bangcak replied at 3-5-2017 10:20 PM
eleh... pantang ada benda yg sailang cukai gomen je tross kene haram.

bila org cari alternatif u ...

beto tu bangcak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2017 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk putihkan kulit?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:02 AM | Show all posts
umbut replied at 3-5-2017 02:19 PM
Yg selalu ngan dia tu mak ke kakak?

Both mak and kakak pun selalu menempel.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:03 AM | Show all posts
novlin replied at 4-5-2017 08:45 AM
kali ni mcm cekap plak pihak berwajib ni amik tindakan pengharaman.
biasanya tindakan pengharaman d ...

Dah ada yang hampir meninggal kan.. sebab kena jangkitan kuman... Sib baik cepat gi spital...
Mesin tu bukannya steril pun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:08 AM | Show all posts
aku dari awal mmg tk percaya terapi ozon nie...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:38 AM | Show all posts
punya dah lama treatment ni KKM br nak amik tindakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2017 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 3-5-2017 11:00 PM
siape tu ye?

ex gf ramos aka anak kpd sultan yg kawen baru
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
novlin replied at 4-5-2017 08:45 AM
kali ni mcm cekap plak pihak berwajib ni amik tindakan pengharaman.
biasanya tindakan pengharaman d ...

Baca post #54
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2017 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalcott replied at 4-5-2017 09:38 AM
punya dah lama treatment ni KKM br nak amik tindakan

Baca post #54
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
True-X replied at 3-5-2017 10:18 PM
bertahun2 dah kt mesia ni.. baru la KKM nak amik tindakan... x paham aku.,

Baca post #54
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:56 AM | Show all posts




RAWATAN OZON TERAPI. MUDHARAT ATAU MANFAAT??
Beberapa tahun ini masyarakat di tanah air kita telah diperkenalkan dengan satu cara rawatan alternatif yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi.
Cara Rawatan yang dimaksudkan adalah Ozone Therapy. Ada beberapa pusat rawatan yang dikendalikan oleh doktor klinik swasta sendiri dan ada juga pusat yang menyediakan rawatan ini secara haram kerana ketiadaan doktor yang berdaftar. Tetapi perlu diketahui bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan penglibatan doktor dengan perkhidmatan ozon terapi.
Perkhidmatan Ozone therapy mempunyai pelbagai kaedah sebagai contoh
  • Extracorporial Blood Oxygentation and Ozonation(EBOO) – Masukkan Gas ozone ke dalam darah
  • Rectal Ozone therapy- Masukkan gas ozone ke dalam tempat buang air besar
  • Intramascular Ozone therapy – Masukkan gas ozone terus ke dalam otot
  • Dan berbagai lagi
Cara rawatan ozone therapy yang terkenal di Malaysia adalah Extracorporial Blood Oxygenation andn Ozonation(EBOO).
Cara ini melibatkan pengeluaran darah daripada badan melalui saluran vena yang membawa darah kurang oksigen. Kemudian darah ini akan dimasukkan ke dalam satu penapis ataupun ruang di mana gas ozon(O3) akan dicampurkan ke dalam darah. Disamping itu, ubat pencair darah seperti heparin akan dimasukkan sekali ke dalam darah tersebut untuk mengelakkan darah drpd membeku.
Berlainan pula bagi Haemodylasis. Darah di keluarkan daripada Fistula yang dibuat oleh doktor bedah agar kuantiti darah yang dikeluarkan adalah banyak dan tidak terhenti hingga menyebabkan saluran darah tersumbat.
Darah ini akan dimasukkan ke dalam saluran yang mempunyai satu lapisan yang separa telap. Ia hanya akan membenarkan kompaun2 kecil seperti urea, creatinine, ion sodium, ion potassium dan sebagainya untuk merentasi lapisan tersebut. Sel darah berserta kompaun yang besar seperti protein dan sebagainya tidak akan dapat merentasi lapisan tersebtu.
Hasilnya bahan buangan yg berbahaya jika tinggi seperti urea dan creatinine dan dikeluarkan drpd badan. Malah ia dapat menyeimbangkan ion seperti potassium di dalam badan.
Ada beberapa saintis yang percaya bahawa ozone therapy dapat memberi kebaikkan kepada manusia jika pemberiannya dapat dikawal mengikut dose dan cara yang betul.
Kajian sebelum ini menunjukkan peningkatkan enzyme yg bertindak sebagai antioxidant di dalam darah. Malah ia dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah untuk diberikan kepada tisu yang mempunyai kekurangan oksigen. AKAN TETAPI, kebanyakkan kajian tersebut hanyalah berasaskan eksperimen di dalam makmal. Dan ada juga kajian yg dilakukan kepada manusia adalah kajian yg tidak dikawal dengan betul pemboleh ubahnya dan menggunakan ‘method’ yg tidak meyakinkan.
Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu ketika mana menjalani rawatan Ozone therapy ini. Kami ada mengambil beberapa point yang telah diterangkan oleh FB page Pseudoscience Watch.
1) WARNA PUTIH DALAM DARAH ITU ADALAH KOLESTEROL?
Sebelum ini, pihak ozon terapi selalu mengatakan perkhidmatan mereka mampu membuang kolesterol. Buktinya adalah bahan putih yang dikeluarkan daripada darah itu dikatakan sebagai kolesterol. Tetapi betul ke?
Sebenarnya, apabila darah dikeluarkan daripada saluran darah, satu proses yang dinamakan sebagai ‘Coagulation Cascade’(Pembekuan darah) akan bermula. Ia melibatkan proses yang kompleks seperti penggumpalan platlet, pengumpulan fibrin dan sebagainya sehingga ia menjadi darah yg beku. Proses ini penting untuk mengelakkan pendarahan daripada badan kita.
Begitulah yang berlaku ketika mana ozon terapi berjalan. Ketika darah dikeluarkan dan masuk ke dalam tiub mesin ozon, darah akan membeku membentuk satu gumpalan yang berwarna kuning yang merupakan hasil daripada pembekuan darah
Ia bukan kolesterol tetapi ia adalah darah yang sedang membeku.

2) Bagaimana darah yang beku tadi boleh cair semula?
Darah tersebut akan dicampurkan dengan satu ubat yang berfungsi untuk mencairkan darah iaitu heparin. Sama seperti di dalam hemodylasis. Apabila ubat ini dimasukkan ke dalam darah, maka darah tidak akan membeku. Lebihan darah yang sudah beku akan ditapis oleh penapis mesin ozone tersebut.
Warna putih yang keluar daripada salur darah merupakan darah yang sedang membeku. Bukan kolesterol
Jadi ozon terapi tidaklah mengeluarkan  toksin mahupun kolesterol daripada mesin tersebut
3) Waktu keluarkan darah daripada badan warnanya gelap. Tetapi setelah darah keluar daripada mesin ozone therapy ianya menjadi cerah semula. Toksin dah keluar daripada darah ke?
Ozone therapy menyedut darah daripada saluran darah vena yg mempunyai ‘deoxygenated blood’ (darah yang kurang oksigen). Sebab itu warnanya gelap. Manakala, darah yang berasal daripada arteri pula mempunyai ‘oxygenated blood'(darah yang mempunyai kandungan oksigen yang tinggi). Darah ini akan berwarna merah terang.
Ketika mana darah melalui mesin ozon, ‘deoxygenated blood’ daripada pesakit akan dimasukkan dalam satu ruang dimana gas ozone berserta oksigen akan dicampurkan ke dalam darah. Ini menyebabkan kuantiti oksigen dalam darah tersebut meningkat dan menyebabkan berwarna cerah.
Darah menjadi cerah sebab dimasukkan oksigen dalamnya. Bukan disebabkan toksin dikeluarkan daripada darah


4) Menggunakan kaedah himpitan pada tiub untuk menggerakkan darah
Dalam rawatan Ozone therapy, mereka menggunakan kaedah himpitan pada tiub untuk menggerakkan darah dan kaedah ini boleh sedikit sebanyak pemecahan sel darah merah.
Ketika mana sel darah merah pecah, unsur potassium yang berada di dalam sel darah merah akan keluar. Ini menyebabkan kandungan potassium di dalam darah menjadi tinggi. Apabila kandungan potassium dalam darah meninggkat ia boleh mengganggu denyutan jantung dan boleh menyebabkan jantung berhenti. Ia boleh berakhir dengan kematian
Berbeza di dalam rawatan homeodylasis, ia masih menggunakan kaedah himpitan untuk menggerakkan darah. Tetapi darah tersebut akan masuk ke dalam saluran yang mempunyai dinding separa telap. Ini akan mengeluarkan ion potassium yang berlebihan di dalam darah.
Dan ingin saya beritahu, salah satu rawatan untuk mengurangkan potassium yang tinggi di dalam darah adalah menggunakan Hemodylasis.

5) Keberkesanan Ozone Therapy?
Autohemotherapy merupakan salah satu ozon therapy yang telah digunakan dalam masyarakat lebih kurang 40 tahun. Tetapi keberkesanannya masih lagi belum diuji dengan baik. Kesan sampingannya pula tidak dikaji dengan begitu teliti.
Kementerian kesihatan Malaysia ada membuat ‘Review’ berkenaan mesin ini. Mereka ada mendapati beberapa kes yang boleh mendatangkan kesan yang berbahaya kepada pesakit seperti Thromboembolism yang menyebabkan kematian
Kementerian Kesihatan telah membuat pantaun terhadap ozon terapi ini dan memberi kesimpulan bahawa masih tiada lagi bukti kuat bahawa ia berkesan dalam banyak rawatan penyakit dan keselamatannya diragukan. Sumber: Health technology assessment by Ministiry of Health
Ini menyebabkan Ozone therapy masih lagi tidak diterima pakai di dalam bidang perubatan moden. Dalam laporan tersebut juga menyatakan bahawa tiada lagi kajian yang benar-benar meyakinkan berkenaan dengan manfaat Ozone secara klinikal terhadap manusia

Keratan akhbar daripada New Strait Times yang menunjukkan KKM tidak bersetuju dengan perkhidmatan ozon therapy
Pegawai perubatan berdaftar tidak boleh terlibat dengan Ozone therapy
Pada tahun 2011, satu surat pekeliling daripada Malaysian Medical Council telah dikeluarkan dan melarang penglibatan pegawai perubatan untuk melibatkan diri daripada rawatan ozone therapy.
Tiada lagi pekeliling terbaru berkenaan perkara ini. Maka, arahan itu masih lagi terpakai hingga sekarang
Surat yang dikeluarkan daripada MMC yang melarang keterlibatan pegawai perubatan dalam rawatan ozon terapi. Sumber: http://www.mmc.gov.my/images/contents/ethical/PRESS_RELEASE-_ozone_and_chelating_therapy_2.pdf
Penggunaan Heparin di dalam rawatan Ozone therapy
Heparin merupakan salah satu ubat kategori B di dalam buku formulari ubat KKM. Bermaksud, ubat ini hanya boleh diberikan oleh pegawai perubatan berdaftar sahaja.
Perbuatan pusat Ozone therapy yang tidak mempunyai sebarang pegawai perubatan tetapi masih beroperasi untuk memberi heparin ketika rawatan ozone therapy telah menyalahi arahan yang telah diberikan KKM.
Manakala, perbuatan pegawai perubatan yang masih melakukan rawatan ozone therapy pula telah melanggar pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Malaysian Medical Council. Perbuatan ini boleh menyebabkan lesen seseorang pegawai perubatan itu digantung ataupun ditarik balik.
Mengikut garis panduan yang telah dibuat oleh KKM, heparin terletak sebagai ubat dalam kumpulan B iaitu hanya doktor perubatan sahaja yang boleh memberikan ubat tersebut. Sumber: GARIS PANDUAN FORMULARI UBAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Heparin merupakan ubat yang terletak dalam kumpulan B. Sumber: Formulari Ubat Kementerian kesihatan
Bagaimanakah hendak berhadapan dengan rawatan seperti Ozone therapy?
Di dalam kaedah fiqh ada satu konsep yang dipanggil sebagai Ad dharar Yuzal(Kemudharatan perlu dihapuskan). Bila berhadapan dengan rawatan seperti ini kita kena melihat 2 perkara benda yang mendatangkan mudharat dan juga kebaikkan yang dia dapat daripada menjalani perkara tersebut.
Apabila menjalani rawatan ini sesorang itu mungkin akan mempunyai sistem imun yang lebih kuat dan tisu yang kekurangan oksigen akan mendapat oksigen yang mencukupi. Walaubagaimana pun, perkara tersebut belum lagi dapat dibuktikan dengan kajian yang benar-benar boleh digunapakai.
Tetapi apabila seseorang itu menggunakan rawatan ini, ia boleh mendapat komplikasi sehingga menyebabkan kematian. Sebelum ini ada kes mereka yang terkena serangan sakit jantung ketika mana melakukan rawatan ini.
Oleh itu, Kemudharatannya lebih berat berbanding faedah yang tidak lagi terbukti.
Menjauhi rawatan seperti ini merupakan sesuatu yang lebih baik mengikut kaedah fiqh.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science


http://rootofscience.com/blog/2016/kesihatan/perubatan/rawatan-ozon-terapi-mudharat-atau-manfaat/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 09:57 AM | Show all posts
iols tengok orang buat dialisis pon mcm skeri jer ni kan pulak nak bt terapi ozon.. kaedahnya lbih kurang jer..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 10:03 AM | Show all posts
bagusla haramkan.. tak takut ke darah yg lalu mesin tu bercampur ngan org yg ade hepatitis ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 10:05 AM | Show all posts
Aku sejenis yg paranoid kalau bab2 ambik darah & cucuk2 untuk drip. selalu terbayang akan kena jangkitan, HIV, hepatitis walaupon yang cucuk tu nurse yang bertauliah. inikan pulak nak dicucuk oleh insan2 yang x terlatih dalam suasana yang x terjamin kebersihan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 10:27 AM | Show all posts
bila tgk kaedah rawatan mmg menyeramkan jugak la dan pasal kesihatan i nampak lebih kurang mcm bekam je.

cuma bekam buang darah kotor dan biar badan generate
darah baru yg lebih segar.
ozon cuci darah sedia ada untuk rasa segar.

tapi
darah mmg ada kitaran hayat sendiri.

ujung2 badan akan hasilkan darah baru jugak. no point.
terutama org pompan mmg tetiap bulan buang darah kotor.

mmg agak membazir jugak la sbb tu dlm artikel tu dok sebut
bukan alternatif kepada sebarang perawatan penyakit.

isu kat sini bukan pasal "gagal memutihkan/menegangkan kulit"
atau "gagal membuktikan rawatan kecantikan".
cuma
gagal memberi sumber kewangan pada umngok je.

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 10:34 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 4-5-2017 08:22 AM
Bukan slow tpi lebih kepada berhati2. Sbb benda ni melibatkan byk pihak, so segala perincian dan p ...

dodol maybe benda ni baru kat sini ye so diorg buat dl kemudian br review
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2017 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg bukak ozon theraphy ni semua xde beauty education yg diiktiraf pun kan..bukan aesthetic pun diorang ni kan..n mostly instafamous yg bukak..sape yg pergi percaya and buat therapy tu mg bongok la..apa xbuat research dulu ke sebelum pergi?xsayang kulit ke?pastu kang merempan jutawan kosmetik cacatkan kami..padahal ko pun sama bodoh..

Arissa,zack,sasha mana ada cert utk bukak beauty centre pun kan..diorang ni mmg kulit da cntik dari dulu..somemore diorang ni pun geng2 bimbo..pprt bengong pun dok ikut follow apa yg diorang buat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 10:49 AM | Show all posts
artis ramai yang buat
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 10:52 AM | Show all posts
amon_79 replied at 4-5-2017 08:05 AM
ramai gak yg percaya che det buat terapi ozon ni...

ini yg kawan aku duk kata.

dia dah buat ozon terapi ni dah bertaun2 elok je hidup lagi skang. che det pun buat. klu tak elok takkan che det buat katanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
gam_gajah replied at 4-5-2017 10:52 AM
ini yg kawan aku duk kata.

dia dah buat ozon terapi ni dah bertaun2 elok je hidup lagi skang.  ...

Esok mati lah tu kawan u  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.114822 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list