|
Lempoyang digunakan secara tradisional untuk membersih dan mencantikkan kulit wajah iaitu dgn cara meminum air perahan kulit ubinya yg dikikis dan dicampur bersama sedikit madu. Selain itu khasiatnya juga dapat mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.
tumbuh sehingga ketinggian 1.2 m. Ia terdapat dikebanyakan negara tropika. Rhizom bagi Lempoyang (Z. zerumbet), telah digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera dalam pelbagai masakan sementara pati rhizom telah digunakan dalam perubatan herba.
Lempoyang yang berbunga mengikut musimnya. Bentuk bunganya seakan mikrofon dan sering dipetik untuk dijadikan bunga kering hiasan.
Perubatan Tradisional
Cirit-birit, batuk, sakit perut, asma, parasit, dan pelbagai penyakit kulit. luka, kanak-kanak kecacingan, meredakan bengkak, sesak nafas, barah pangkal rahim, menambah susu badan, sembelit dan mengatasi masalah bau badan.
Cecair yang diperah keluar daripada hujung benjolan bunga digunakan sebagai syampu.
Memecah angin dalam perut (antiflatulent) – Thailand
Di India, serbuk rizom dicampur dengan mengkudu (Morinda citrifolia) sebagai penahan menahan sakit. Rizom yang telah dimasak hingga lembut digunakan untuk sakit gigi, asma, batuk, cacing, kusta dan penyakit kulit lain.
Di Asia Tenggara, ia digunakan untuk merawat demam, sakit gigi, kehilangan selera makan, sembelit dan kesakitan.
Tabib bangsa Latin di New York menggunakan Lempuyang gajah untuk merawat penyakit fibroid rahim (uterine fibroids).
Mengubat kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan. Merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) serta dapat juga memperbanyakkan air susu badan.
#InfoPokokLempoyang
Copy Paste Petua Nenek Moyang |
|