|
(MERGED) KERJAYA DALAM POLIS, TENTERA & APMM
[Copy link]
|
|
(MERGED) KERJAYA DALAM TENTERA, POLIS, dan APMM
Post Last Edit by jazim at 25-10-2009 11:24
thread ni den bukak untuk memudahkan para forumer untuk mengetahui mana mana penawaran KERJAYA DLM ANGKATAN TENTERA DAN POLIS x kiralah SKIM apapun PREBET, KONSTABEL, INSPEKTOR, GRADUAN, KTL, KTU, KTD,KTLD, UPNM dan sbgnyer.......
untuk pendahuluan den bg informasi pertama untuk penawaran SKIM GRADUAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA untuk ketiga tiga cabang perkhidmatan akan dibuka pada bulan lima ini kemungkinan pada tengah atau hujung bulan....so pls do check on mass media esp paper ....panggilan temuduga akan dilakukan pada awal jun untuk pengambilan JAN 2010....(sumber sohih )....untuk syarat syarat kelayakan sila rujuk di laman web ATM.... umur max 27 utk tugas am dan 30 utk tugas ikhtisas...
[ Last edited by bravotwozero at 28-4-2009 06:25 ] |
|
|
|
|
|
|
|
i do hope that sesape yg ade info pasal kerjaya x kiralah terbaca atau terdengar boleh share kat sini utk tatapan umum.....jasamu dikenang |
|
|
|
|
|
|
|
cekinnnnnnnnn...berminat...tapi abailebel bulan 7 nih.....nk jadik polis plssssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
(MERGED) KERJAYA DALAM POLIS, TENTERA & APMM
Post Last Edit by jazim at 25-10-2009 11:44
Tadi tengok website TLDM:
Kelayakan Pegawai Graduan
Betul ke tinggi/berat minimum perempuan 147cm/40.5kg je?
Sebab kalau tak silap sebelum ni 157 cm (dan telah menguburkan cita-citaku untuk join selama ini)
Kalau dekat website ATM pun masih 157cm jugak.
Ada siapa-siapa boleh sahkan tak?
Kalau betul, yey boleh sambung cita-cita yang terbengkalai.
Walaupun sebenarnya teringin nak join TUDM, bukan TLDM.
Tapi TLDM pun macam menarik je kan sebenarnya, boleh melihat dunia meredah lautan api gelora. Ye ke?
Eh, baru perasan. Ketinggian minimum untuk lelaki pun macam lebih rendah.
157cm, selalunya 162 cm kan?
Tapi kalau memang betul. Kenapa Navy boleh amek yang rendah2? Motif? |
|
|
|
|
|
|
|
KELAYAKAN UTK LLP TLDM (Lain-lain Pangkat)
Warganegara Malaysia
-Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 22 Jul 2009.
Kesihatan
-Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota.
-Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh dan tidak kabur warna.
Tinggi (Minimum)
Lelaki -1.60 meter
Wanita -1.47 meter
Berat (Minimum)
Lelaki - 49 kg
Wanita - 40 kg
Body Mass Index (BMI)
Lelaki - 19 - 26.9
Wanita - 18 - 23
(Cara pengiraan BMI= Berat dibahagi tinggi dibahagi tinggi
contoh: 48 kg dibahagi 1.57 mtr dibahagi 1.57 mtr = 19.47)
BMI : ( Berat/kg )
(Tinggi/meter X Tinggi/meter)
Ukuran dada (Lelaki sahaja)
Biasa -76 cm
Tarik Nafas - 81 cm
KELAYAKAN AKADEMIK
a. Skim Perantis Program Diploma Teknologi Marin (DTM)
Memiliki SPM/SPMV/SKM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan 3 mata pelajaran lain. (Lelaki sahaja)
b. Peringkat Rendah
Memiliki SPM/SPMV/SKM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik dan 3 mata pelajaran yang lain.
Sijil dan Dokumen
-Calon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL. Kad Pengenalan (MY Kad), Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada), Sijil Kelahiran Pemohon, Penyata/Sijil PMR/SPM/SPMV/SKM, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain |
|
|
|
|
|
|
|
KELAYAKAN (PEGAWAI KADET)
KOLEJ TENTERA LAUT DIRAJA (KTLD)
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
UMUM
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 25 tahun bagi calon-calon awam dan tidak melebihi 28 tahun bagi calon-calon askar-lasykar pada tarikh tutup permohonan
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
- Tinggi / Berat Minimum :
Lelaki - 157 cm/47.5kg
Wanita - 147 cm /40.5kg
- Bujang
- Body Mass Index (BMI) - 17.9 hingga 26.9
TARAF KESIHATAN
Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, penglihatan dan tidak rabun warna. Calon-calon akan melalui proses pemeriksaan kesihatan mengikut piawaian kesihatan yang ditetapkan oleh ATM.
TARAF PERKAHWINAN
Calon Awam : Bujang
Calon Askar Laskar : Bujang/Berkahwin
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Am :
Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan DUA (2) KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana mata pelajaran berikut:
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Perdagangan
- Matematik Tambahan
- Biologi
- Sains Tambahan atau Sains
- Fizik
- Kimia
- Teknologi Maklumat atau Reka Cipta
- Geografi atau Sejarah
- Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Automatif atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam atau Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara atau Teknologi Elektrik
- Lukisan Kejuruteraan atau Lukisan Geometri & Automotif atau Geometri & Binaan Bangunan atau Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam atau Lukisan Geometri & Elektronik atau Lukisan Geometri & Mesin atau Lukisan Geometri & Penyaman Udara atau Lukisan Geometri & Elektrik
- Bahasa Inggeris atau English for Science & Technology
- Pendidikan Seni atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral |
|
|
|
|
|
|
|
so confirm utk LLP minimum 160cm n Pegawai Kadet 157cm... |
|
|
|
|
|
|
|
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?
Adalah lebih baik jika dapat berbual dan berbincang dengan seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang kehidupan di dalam TLDM. Untuk itu Sel Promosi dan Pengambilan Kerjaya LLP telah ditubuhkan di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur bagi melayani sebarang pertanyaan atau persoalan yang mungkin menjadi kekusutan mengenai TLDM. Sila hubungi 03-20712214.
Alamat surat menyurat:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia - Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian : Sel Pengambilan Perajurit Muda TLDM)
Langkah seterusnya yang harus diambil oleh anda adalah menghadiri temuduga pemilihan yang sering diadakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia sebagaimana yang diiklankan di akhbar-akhbar tempatan. Buat masa ini pengambilan dilakukan sebanyak 2 kali setahun. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau...bile pengambilan pegawai graduan taun nih |
|
|
|
|
|
|
|
adeh..sngt berminat..tp x cukup syarat 'tinggi"...huwaa |
|
|
|
|
|
|
|
cek pon berminat ni..ngah tunggu open jer pengambilan ni...tp cuaknyer nak physical test.. |
|
|
|
|
|
|
|
so yg bulan mei ni pengambilan pegawai angkatan tentera bile kuar ey?? |
|
|
|
|
|
|
|
cuba ko masuk website PDRM..kot-kot ada any information |
|
|
|
|
|
|
|
motif nak keje kat situ? taste kat abang polis la tu....aku pun teringin nak keje kat admin askar..boleh ke? heheheh tu pun kalau depa boleh bayar RMK++++ heheh |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk gaji org ka....?
keje dlm polis nih ada 2 bhg, satu bawah pdrm (payslip under pdrm) satu lagi org awam (payslip sama mcn staff gomen lain). bhg kewangan aku tak tahu lak under mana, kalau awam maknanya kena apply SPA la, kalau ada kosong, baru mintak posting........ |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ko mintak.tapi ko tak semesti dapat bhg admin lepas abis training .depend kepakaran ko lepas training tuh...
aku penah mengecapi interview kat pulapol best woooo!!!
3 hari 2 mlm.....
dpt kenal abang2 polis.huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kelulusan dlm bidang kewangan x semestinya dpt masuk JSJ Komersil atau bhg berkaitan urusan kewangan/belanjawan PDRM. Tapi x tau la kalau dri mula masuk sampai pencen dpt duduk dlm bhg dan kepakaran yg sama? Ada yg masuk polis lepas abis latihan duduk dlm PGA 10 tahun, lepas tu tukar masuk SB sampai pencen. Ada yg kekal dlm GD dan merasa duduk di banyak balai, IPK dan IPD sepanjang kerjayanya. Ada yg merasa mcm2 cawangan di pelbagai tempat dlm pelbagai jawatan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|