CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 26-2-2015 09:06 PM | Show all posts
kakZue replied at 26-2-2015 06:50 PM
Rasa cam malik la mawar hitam tuh..klu dia, mesti mati ditangan ayla..

sekarang ni dah speku Malik pulak jadi mawar hitam..
sian Ayla...Ku Nan dah arisha ambik..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2015 11:33 PM | Show all posts
"Macam aku kata tadi..kita tak akan lepas dari dosa. Bezanya besar kecik saja. Kalau dia bohong, itu urusan dia dengan Allah. Aku tak nak buruk sangka sedangkan Malik dah mengaku dan jujur dengan aku. Dia tak pernah sembunyikan apa-apa dari aku. Malah dia ceritakan semuanya pada aku. Aku pasti, dia pun cerita benda yang sama pada kau kan?" Aylanins melihat Hani yang masih tersenyum sinis padanya.

"Takkan dia nak mengaku yang dia dah rosakkan aku, sebab kau tunang dia dan bakal isteri dia. Cuba kau fikir sikit!' Hani mengetap bibir.

Aylanins diam. Dia perhatikan Hani seperti merengus. Seolah Malik patut dihukum!

"Aku nak tanya kau, kau pasti yang Malik sudah rosakkan kau masa tu? Muzafar..kau pun tahu kan yang dia juga turut berada di situ masa kau dirosakkan lelaki durjana tu. Kenapa kau tak salahkan Muzafar kerana tak tolong kau? Kalau betul Muzafar cintakan kau, dia tak akan benarkan lelaki-lelaki keparat tu buat macam tu kat kau.Muzafar akan pertahankan kau walau dengan nyawa sekali pun. Apa kau tidak fikir hal tu?" Aylanins juga merasa tidak senang dengan kata-kata Hani.

Hani diam. Memang Muzafar tidak buat apa-apa. Muzafar hanya berdiri kaku di sebatang pokok getah hanya beberapa meter dari tempat kejadian itu.

"Aku tak nak buat spekulasi berdasarkan cerita mulut tanpa bukti nyata. Takkan kau tak tahu prosedur kes. Kau pun polis. Malah pangkat kau lebih tinggi daripada aku." Aylanins menempelak Hani.

Hani diam. Dia hanya senyum kelat mendengar kata-kata Aylanins. "Habis, kau rasa Malik ada bukti nyata? Ada alibi untuk buktikan yang dia tak rosakkan aku masa tu? Huh!"

"Muzafar! Dia boleh jadi alibi Malik. Dia saksi semua tu. Hanya dia yang tahu apa siapa sebenarnya yang rosakkan kau.Dari apa yang aku dapat maklumat, Muzafar adalah saksi penting dalam  kes ni." Aylanins juga tidak mahu mengalah. "Jadi..dia kenal siapa yang lakukan itu semua. Aku yakin, Muzafar tahu dan tidak keterlaluan kalau aku katakan yang Muzafar juga boleh dituduh mawar hitam kerana dia cintakan kau dan dia akan balas perbuatan lelaki yang merosakkan kau."

Hani masih diam. Dia juga sudah buntu. Muzafar nampak semua itu dan Muzafar masih dengan pendiriannya tentang Malik. Berkeras dia mengatakan yang Malik juga terlibat sama.

"Satu lagi, aku rasa kau sedar apa yang berlaku pada kau. Kau sedar siapa yang sudah rosakkan kau. Kau kenal setiap wajah yang meratah tubuh kau. Kau tak pengsan. Atas sebab tu,  kau buru kesemua lelaki tu. Apa yang hairan,  kenapa Malik yang jadi target terakhir?" Aylanins cuba menduga Hani. "Dan mengikut turutan pembunuhan tu, jarak masa pembunuhan tu tidak lama antara mangsa. Hanya selang dua atau tiga minggu saja. Kenapa Malik sampai sekarang tidak dibunuh oleh mawar hitam? Apa yang menyebabkan mawar hitam menunggu begitu lama untuk membunuh Malik??"

"Kau tak rasa apa yang aku rasa Ayla. Kau tak tahu perasaan aku..bagaimana sakit dan hancurnya hati aku bila diperlakukan begitu!" Hani mula merengus. Mata sudah mula berkaca.

Aylanins diam sebentar. Nampaknya Hani sudah mula emosi. Pelik, bagaimana Hani boleh dinaikkan pangkat kalau setakat soalan seperti tadi, gadis itu sudah merengus dan mudah melatah. Seorang pegawai polis yang cekap dan bijak, tidak akan mudah melatah dan emosi dengan setiap soalan yang diajukan. Itu bukan sikap seorang polis. Dari kata-kata Hani tadi sudah jelas yang gadis itu mudah mengikut perasaan tanpa berfikir panjang. Mudah mengikut kata hati yang tersemat dendam kesumat. Tidak mustahil satu hari nanti Hani bukan lagi disyaki tetapi dituduh sebagai pembunuh.

"Hani..aku tak mahu cari salah siapa sekarang ni. Satu saja nasihat aku,  kau harus bersikap profesional. Kalau kau terus emosi dan keluarkan kata-kata macam ni, aku rasa makin menambahkan syak yang kau ada motif kukuh untuk membalas dendam dan seterusnya dituduh sebagai mawar hitam. Sekarang ni kau dah digantung kerja. " Aylanins cuba menasihatkan Hani.

"Satu lagi..aku dapat tahu yang Linda beli bunga ros hitam. Ada saksi nampak. Kau rasa Linda bersubahat sama?" Tanya Aylanins, kali ini riak Hani sudah terkejut.

"What?? Dia nak buat apa semua tu? Kau jangan nak tuduh sebarangan Ayla. Siapa saksi yang nampak adik aku beli bunga tu?" Cepat saja Hani bertanya semula.

"Aku tak boleh dedahkan. Perkara ni masih dalam siasatan dan kemungkinan aku pun dikeluarkan dari team siasatan sebab Malik tu tunang aku."

"Jadi..kau syak Linda yang bunuh?" Hani membuntang.

Aylanins hanya senyum. Nampak sangat Hani tidak boleh terima hipotesis itu. "Macam aku kata tadi, aku tak nak syak siapa-siapa atau buruk sangka pada sesiapa sebab aku rasa orang yang selalu buruk sangka tu tidak pernah merasa ketenangan. Dalam diri orang itu akan sentiasa ada sikap untuk cuba menuding jari kepada orang lain dan cuba mencari keburukan atau kesalahan orang lain."

Hani terdiam. Kata-kata Aylanins itu seperti sengaja ditujukan kepadanya. "Aku tak akan biarkan orang menuduh adik aku. Dia tak ada kena mengena dalam kes ni."

"Terpulang! Kau kena ingat pihak polis akan soalsiasat semua yang dirasakan ada kaitan dengan kes ni termasuk adik kau. Kalau dia tidak bersalah, kenapa harus takut? Kau kan polis! Kau lebih tahu semua ni." Tempelak Aylanins lagi.

Perbualan mereka terhenti dengan kedatangan pelayan restoran membawa makanan yang dipesan. Mereka berdua mula menikmati makanan barat itu dalam suasana tegang. Aylanins pula sudah terasa apa yang dimakan tersekat di tekak. Susah untuk ditelan. Hani dipandang sekilas. Gadis itu juga sudah ketat mukanya. Dia tidak mahu bertikam lidah dengan Hani, teman seperjuangan dalam bidang yang sama. Namun, dia harus pertahankan Malik. Padanya, pilihan ibu dan maklong tidak pernah salah. Tidak pernah tersasar. Dulu sepupunya juga bertemu jodoh dengan lelaki pilihan maklong dan mereka hidup bahagia bersama dua anak comel.

Usai makan, Hani menghantar semula Aylanins ke balai polis tempat gadis itu bertugas dan dia memandu pergi meninggalkan tempat itu. Dia harus tanya Linda apa sebenarnya sudah berlaku. Adakah benar Linda membeli mawar hitam itu seperti yang diberitahu oleh Aylanins tadi.











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 10:05 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 27-2-2015 10:35 AM

BAB 35



HANI pulang dengan wajah tidak tenteram. Bertambah keliru hatinya ketika ini. Pertemuannya dengan Aylanins semakin menambahkan kekusutan. Sekarang ini Linda pula dikaitkan dengan pembunuh mawar hitam itu. Semuanya sudah dirasakan bercelaru. Apa yang disampaikan oleh Aylanins tadi tidak harus dipandang ringan. Linda dikatakan sudah membeli mawar hitam dan ada saksi yang melihat. Hani termenung  di kepala katil. Dia melihat jarum jam. Hampir enam petang. Linda pula selalu pulang lewat ke rumah. Dia tidak salahkan Linda kerana pengajian Linda dalam bidang perubatan memang cukup sibuk. Malah praktikal Linda di Terengganu dulu pun hanya dua minggu saja. Linda kembali ke kampus dan HUKM untuk menyambung kelas dan praktikal di sini pula.

Hani mundar mandir di dalam bilik. Buntu memikirkan apa yang sebenarnya sudah berlaku. Dia segera bingkas dan melangkah keluar dari biliknya menuju ke bilik Linda.

"Haih..apalah yang Linda ni sorokkan. Selalu je berkunci.." Hani pulas tombol pintu bilik Linda berkali-kali. Memang berkunci.

"Hani buat apa tu?" Puan Zawiah yang hendak ke bilik menegur Hani, dari tadi dia perasan Hani berusaha membuka pintu bilik Linda.

"Mak..ada kunci bilik Linda tak?"

"Kenapa? Kunci tu dengan Linda lah."

"Haih.." Hani meraup muka. Dia menyandar di daun pintu.

"Kenapa ni? Ada masalah ke? Ada yang tak kena ke?" Risau juga melihat Hani seperti orang tidak keruan. Bahu anaknya disentuh. Puan Zawiah pandang wajah Hani yang sudah hilang serinya sejak dia digantung kerja.

"Mak..mak ada nampak bunga mawar hitam dalam bilik Linda?" Hani alihkan tapak tangan dari muka, hal mawar hitam ditanyakan pada ibunya. Tentu ibunya tahu kerana setiap hari ibu mengemas bilik Linda.

"Mawar hitam? Tak ada rasanya..yang ada bunga plastik je." Puan Zawiah senyum. Pelik pula pertanyaan Hani kali ini. Dia sendiri pun tidak pernah tengok mawar hitam.

"Oh..tak apalah mak. Err..Linda balik pukul berapa?" Hani mula alih topik bicara. Nampaknya ibu juga tidak tahu tentang itu.

"Macam biasalah. Dia kan sibuk kat hospital tu. Tahun akhir ni, dia selalu balik lambat. Kenapa?" Puan Zawiah pula merasa pelik dengan sikap Hani kali ini. Nampak cemas.

"Tak ada apa." Hani menapak semula ke biliknya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-2-2015 10:05 AM
BAB 35



Bahu

anaknay disentuh


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 10:35 AM | Show all posts

ala Nay...nampak je ya?

ok2..edit kejap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 01:20 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 27-2-2015 01:25 PM

LINDA masih di hospital. Hari ini dia baru selesai melawat wad dan memeriksa laporan pesakit. Seharian dia berada di wad itu sambil diperhatikan oleh pensyarah. Tahun akhir ini dirasakan begitu sukar dan payah untuknya menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dari diagnosis pesakit sehinggalah kepada jenis penyakit yang terpaksa dipelajari berdasarkan laporan kesihatan pesakit.

"Dr. Lee, can I have the report of Thalasemia for patient number seven there?" Linda menuding ke arah satu katil nombor tujuh di wad itu. Dr. Lee, yang juga pelatih perubatan di situ mula mencari laporan yang dimaksudkan oleh Linda tadi.

"Err...sorry, I dont have that report with me. I think you should get from admin." Dr. Lee masih membelek fail laporan pesakit di tangannya.

"Hmm..ok thanks." Linda menapak ke arah kaunter di mana semua laporan pesakit ditempatkan di situ. Dia meminta jururawat yang berada di situ untuk memberinya laporan kesihatan pesakit di katil nombor tujuh.

"Dr.Linda boleh ambil kat sana. Ada banyak laporan kat situ.." Seorang jururawat menunjukkan fail kabinet kepada Linda.

Linda membalas dengan senyuman. Dia kemudian masuk ke dalam bilik yang menyimpan semua laporan pesakit. Sejarah laporan kesihatan setiap pesakit. Dari satu fail ke satu fail dia mencari.

"Eh..apa ni?" Linda menarik salah satu fail yang terletak dalam laci yang disusun kemas di situ. Satu fail berwarna kuning dicapai dan laci kabinet ditutup semula. Nama yang tertera di fail itu yang menarik minatnya untuk membaca.

Fail itu dibelek perlahan-lahan. Segala maklumat dalam fail itu dibaca penuh minat. Sungguh dia tidak pernah menyangka, itu adalah laporan sejarah kesihatan seorang yang sangat dikenalinya dan mengikut laporan itu, pesakit itu sudah lama menerima rawatan dari hospital itu dan yang pastinya rawatan itu masih berterusan. Pesakit itu datang sebulan sekali untuk mengambil ubat dan mendapatkan pemeriksaan dari doktor pakar. Terduduk Linda di situ melihat semua maklumat tadi.

"Ya Allah...jadi selama ni.." Linda meraup muka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2015 01:35 PM | Show all posts
okayyy... sapo yang sakit mental neh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 04:24 PM | Show all posts
Linda melangkah lemah keluar dari bilik fail tadi. Fail maklumat yang baru dibaca tadi sempat diambil foto. Itu maklumat penting baginya. Dia menyambung memeriksa pesakit di katil nombor tujuh tadi. Pesakit diperiksa dan laporan kesihatan pesakit turut dibelek. Usai meneliti laporan kesihatan pesakit, Linda mula meninggalkan wad itu dan kali ini dia perlu berjumpa Dr. Izani. Dia perlu tahu dari doktor pakar itu sendiri apa sebenarnya yang sudah berlaku.
"Linda!!"

Linda berpaling. Amran berlari ke arahnya. Dia menyambung melangkah, malas melayan lelaki itu. Lelaki itulah yang kak Hani beria sangat nak jadikan adik ipar.

"Linda! Wait!" Amran sempat sambar lengan Linda yang laju saja mengatur langkah.

"Kau nak apa?" Linda tepis tangan Amran.

"Kenapa kau sombong sangat dengan aku?" Amran sekali lagi pegang lengan Linda.

"Maaf, aku tak ada masa nak borak. Aku banyak kerja. Kau tak ada ward round ke?" Linda rentap tanganya dan terus saja mengatur langkah.

Amran tidak mengejar Linda kali ini tetapi dia tidak akan berputus asa. Linda dipandang hingga hilang dari pandangan matanya. Nampaknya menuju ke bilik Dr. Izani. "Dia buat apa jumpa Dr. Izani?" Amran mula berkerut kening. Dia kemudian beredar dari situ.


HAMPIR setengah jam Linda berada di dalam bilik Dr.Izani. Kali ini sudah jelas  bila segala yang bermain dan masih menjadi teka-teki di benaknya sudah terjawab. Linda melangkah longlai keluar dari bilik Dr. Izani. Dia menapak ke tempat letak kereta. Laporan mengenai ward round hari ini akan dihantar esok sajalah. Hilang segala mood untuk hari ini. Dia perlu pulang awal ke rumah. Kak Hani dan ibu tentu sudah menunggunya untuk makan malam bersama. Tadi, panggilan dari kak Hani seperti ada sesuatu yang tidak kena. Entah apa emosi kak Hani hari ini. Angin senggugut dia datang lagi agaknya. Suara kak Hani seperti cemas dan marah-marah padanya tadi dalam talian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 07:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-2-2015 04:24 PM
Linda melangkah lemah keluar dari bilik fail tadi. Fail maklumat yang baru dibaca tadi sempat diambi ...

hmm... mcm pelik saja linda ni... apa yg dia sembunyikan ya @Ipo ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-2-2015 10:35 AM
ala Nay...nampak je ya?

ok2..edit kejap..

related ngn nama nay sbb tu nampak jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-2-2015 04:24 PM
Linda melangkah lemah keluar dari bilik fail tadi. Fail maklumat yang baru dibaca tadi sempat diambi ...

speku ... Muzaffar sebenarnya psikopath
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 27-2-2015 08:11 PM
speku ... Muzaffar sebenarnya psikopath

Eh linda suka kat muzaffar ke yg sampai lemah longlai gemalai sume?? Aku pon dah lost track ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 09:36 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-2-2015 08:21 PM
Eh linda suka kat muzaffar ke yg sampai lemah longlai gemalai sume?? Aku pon dah lost track ni..

Itu dulu.

Sekarang Mujapar dah suka kat Aylanins


Mujapar yang psiko. Tak jadilah nak minat Mujapar .



Boleh kawin dengan Malik hip hip horaayyyyy *tangan terus meneruskan kerja menggubah hantaran kahwin*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 10:00 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 27-2-2015 07:04 PM
hmm... mcm pelik saja linda ni... apa yg dia sembunyikan ya @Ipo ...

laporan tu agaknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 10:01 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 27-2-2015 08:11 PM
speku ... Muzaffar sebenarnya psikopath

mungkin juga Nay..dia kan sukakan Hani..tapi Hani dah putuskan tunang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 10:02 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-2-2015 08:21 PM
Eh linda suka kat muzaffar ke yg sampai lemah longlai gemalai sume?? Aku pon dah lost track ni..

Linda kan suka Amir...'chenta menggila' kat mamat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2015 10:03 PM | Show all posts
aylanins replied at 27-2-2015 09:36 PM
Itu dulu.

Sekarang Mujapar dah suka kat Aylanins

ya..ambik je la Malik tu...
hancem, warak, ada resort..nanti tak yah byr kalau nak bercuti
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Amir kot yg tiap bln amik ubat..emm
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 10:09 PM | Show all posts
Okay... nak tukar speku.

Jangan-jangan Amir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 10:59 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 27-2-2015 11:03 PM

PINTU dibuka perlahan. Linda intai melalui pintu yang sedikit terbuka. Tiada sesiapa di ruang tamu. Kakinya dihayun masuk ke dalam rumah dan pintu ditutup perlahan agar tidak berbunyi. Dia mula melangkah menuju ke bilik.

"Ha, dah balik anak mak sorang ni?"

Langkah Linda terhenti. Dia pusingkan kepala ke arah ruang dapur. Terjongol ibu di muka pintu ke ruang dapur itu. Di tangan ibu ada sudip, mungkin ibu sedang memasak. Dia tidak jadi melangkah ke bilik. Tangan ibunya dicium lembut.

"Mak masak apa? Asam pedas ek?" Linda jenguk ke arah dapur, bau asam pedas cukup membuatkan tekaknya merasa mengidam.

"Pandai pun teka..cuma tak pandai masak je lagi. Dah, pergi salin baju dulu. Lepas tu kita makan sekali." Ujar Puan Zawiah dan kemudiannya dia menyambung mengacau asam pedas dalam periuk yang tertenggek di atas dapur.

Linda senyum. Memang dia tidak pandai masak seperti kak Hani. Apa lagi sekarang ini, dia semakin sibuk dengan tugasan dan praktikal di hospital. "Err..mak, kak Hani mana?"

"Ada dalam bilik dialah!" Laung Puan Zawiah dari dapur.

Linda menyambung mengatur langkah ke bilik. Sampai di daun pintu biliknya, dia terhenti seketika. Bilik kak Hani dipandang sekilas. Pintu tertutup rapat. Sejak kak Hani digantung kerja, dia lebih suka berkurung dalam bilik. Sekali sekala saja dia keluar bila ada keperluan. Muzafar pula seperti menghilangkan diri. Sudah seminggu lelaki itu tidak bertanya khabar kak Hani. Selalunya, tiap-tiap hari dia akan menghubungi kak Hani. Entahlah...mungkin kak Hani sendiri yang tidak melayan Muzafar.

"Hmm..nantilah aku tanya dia.." Linda pulas tombol pintu biliknya.

Beg sandang diletakkan atas meja belajar. Dia segera capai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Solat maghrib masih belum ditunaikan. Usai mandi dan solat, Linda melangkah ke ruang dapur semula. Bau asam pedas itulah yang membangkitkan seleranya dari tadi. Ibu seperti tahu saja asam pedas adalah lauk kegemarannya dan kak Hani. Harap-harap ibu masak asam pedas ikan senangin.

"Hmmm...sedapnya bau mak." Linda merapati ibunya yang sudah siap menghidang lauk pauk atas meja makan. Memang tepat sangkaanya. Lauk asam pedas ikan senangin! Lantas saja dia tarik kerusi dan duduk. Matanya melirik pada kak Hani yang sibuk mencuci ulam pegaga dan ulam pucuk gajus.

"Mari makan.." Puan Zawiah mula mencedok nasi ke dalam pinggan kosong dan dihulur kepada Linda.

"Kak..marilah makan!" Linda terus saja menceduk kuah asam pedas bersama seekor ikan senangin yang sederhana besarnya. Laju saja dia gaul dan masuk ke mulut.

Puan Zawiah geleng sambil tersenyum. Memang itu lauk kegemaran Linda. Hani pula tidak kisah lauk apa pun, tidak cerewet berbanding dengan Linda. Hani turut duduk di sebelah Linda. Pinggan berisi ulam tadi diletakkan di atas meja bersama sambal mangga. Mereka bertiga menikmati hidangan makan malam dengan penuh berselera. Licin asam pedas malam itu. Usai makan, mereka sama-sama pula mengemas dan mencuci pinggan sebelum berehat di ruang tamu dan segelas milo panas pula dihidang sambil berbual dan menonton.


"Kak..abang Muz dah lama tak datang sini. Akak gaduh ke?" Linda mula memecah keheningan di ruang tamu dari tadi. Hanya bunyi suara dari rancangan di tv saja yang kedengaran.


"Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia?" Hani yang dari asyik menonton mula mengalih pandang.

"Tak adalah...kan abang Muz tu selalu jenguk akak. Walaupun dah putus tunang..dia masih setia dengan akak.." Linda merenung mata Hani yang sudah mengalih ke arah kaca tv semula.


"Dia tak pernah faham. AKu tak layak untuk dia. Malah untuk sesiapa pun!" Hani menjawab walau matanya masih melekat ke arah kaca tv.


"Hani..jangan cakap macam tu!" Celah Puan Zawiah. Memang sejak Hani putus tunang, sikap anak gadisnya seperti tidak tentu arah. Mudah melenting dan sukar dibawa berbincang.


"Kak..kenapa akak jadi macam ni?" Linda pegang lembut tangan kakaknya yang masih tidak mahu memandangnya.


"Sudahlah!" Hani bingkas bangun dan dia melangkah laju masuk ke biliknya. Kedengaran daun pintu dihempas kuat.


"Tengoklah tu! Kepala angin dia saja yang dia tahu." Puan Zawiah menggeleng. Dulu, Linda yang suka merengus dan memberontak, sekarang ini Hani pula yang pandai bersikap begitu. Pening dengan perangai anak-anaknya.


"Mak..biarlah dia. Kak Hani sudah banyak menderita. Dia dah penat dengan semua ni.." Linda habiskan milo panas dalam mug. Dia perlu berbincang dengan kak Hani. Dia tahu kak Hani sedang mengalami tekanan sekarang ini.


Puan Zawiah sudah ke ruang dapur semula. Linda pula selesai mengemas di ruang dapur bersama ibu, dia menapak ke biliknya semula.  Dalam bilik, dia termenung di atas katil. Fikirannya mula memutarkan semula setiap apa yang berlaku selama ini dan yang terakhir, laporan yang dibaca di hospital tadi. Semua itu cukup membuatnya merasa keliru dan tidak senang duduk.


Linda bangun dan dia masih berfikir sama ada untuk masuk dan berbincang dengan kakaknya. Mundar mandir pula di situ. Dia nekad, dia harus selesaikan hal ini. Tidak tega rasanya jika kak Hani dituduh sebagai pembunuh. Nampak sangat pihak polis sendiri ingin mensabitkan kesalahan pada kak Hani. Linda mula melangkah keluar dari biliknya menuju ke bilik Hani.


Langkahnya terhenti. Dia menekap telinga ke daun pintu. Jelas dia mendengar kak Hani sedang berbual. Mungkin dia sedang berbual di telefon. Agak lama Linda berdiri di muka pintu bilik Hani yang tertutup rapat. Jelas suara kak Hani memaki hamun. Entah dengan siapa dia berbual agaknya. Yang jelas, nada suara kak Hani seperti tidak suka. Terdiam sebentar dia di situ. Masih ragu-ragu untuk masuk ke dalam bilik kak Hani.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069759 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list