CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puteri_malam

Kasih Tak Kesampaian

[Copy link]
Post time 15-6-2014 08:31 PM | Show all posts
puteri_malam posted on 11-6-2014 01:57 AM
rindu dihati tak terpeti wahai putera ...
tapi pada siapa nak ku kabarkan..?
pada angin lalu ata ...


hai puteri
namun kini awak telah memulakan kembali dunia hidup mu
berada di suatu tempat yang baru
bertemankan panorama yang indah
bebas mencari tempat persinggahan mu..

`teringin kesana ker...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2014 07:47 PM | Show all posts
iDputera posted on 15-6-2014 08:31 PM
hai puteri
namun kini awak telah memulakan kembali dunia hidup mu
berada di suatu tempat yang  ...

hi putera...
ramadhan dah menghampiri kita...
selamat berpuasa ya....
ku masih didunia sini
terus penat dan lelah mengharuginya
namun tetap harus terus ku perjuangkan
walau getirnya adakala melemahkan jiwaku....


'teringin sangat ler putera...nak bawakkan kite ke...? '
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 09:19 PM | Show all posts
puteri_malam posted on 20-6-2014 07:47 PM
hi putera...
ramadhan dah menghampiri kita...
selamat berpuasa ya....


selamat berpuasa..

jika semalaman engkau menjadi resah gelisah
tentang ragumu dalam kesetiaan
barangkali juga
sesekali hatimu diusik cemburu yang lalu ...


`nnti kena kidnap....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 01:18 AM | Show all posts
iDputera posted on 26-6-2014 09:19 PM
selamat berpuasa..

jika semalaman engkau menjadi resah gelisah



Ramadhan semakin menghampiri
sudahkah sang putera mempersiapkan diri...?
resah ku semakin menghilang kini
ku redha setia menanti
walau jawapannya belum pasti...



'putera takut sape kidnap...?hehehe..'
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2014 11:57 AM | Show all posts
puteri_malam posted on 27-6-2014 01:18 AM
Ramadhan semakin menghampiri
sudahkah sang putera mempersiapkan diri...?
resah ku semakin me ...


bulan yang penuh keberkataan..
disambut dengan keinsafan dan tingkatkan amalan...

`puasa jgn ponteng yer..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 08:14 PM | Show all posts
iDputera posted on 29-6-2014 11:57 AM
bulan yang penuh keberkataan..
disambut dengan keinsafan dan tingkatkan amalan...

Ramadhan telah berlalu pergi
meninggalkan kita menikmati Syawal
selamat hari raya aidil fitri
semoga putera memaafkan segala salah silap lahir dan batin


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-9-2014 09:51 PM | Show all posts
Maafkan aku


maafkan aku teman
andai langkahmu tak lagi dapat aku meneman
bukan kerana aku sudah jemu menemanmu
namun kerna aku sedar siapa aku

maafkan aku teman
andai kataku terlalu banyak menguris perasaan
bila bicaraku terlalu kerap mencalarkan hati
bila tuturku membuat kau semakin jemu padaku
kerna aku adalah aku
sukar untukku berpura-pura setuju pada segalanya
sedangkan hatiku meronta-ronta tidak percaya

maafkan aku teman
bila aku mulai bisu
santun ku terbatas untuk dekati kamu
kerana aku sedar aku hanya insan kerdil lagi hina
mana mungkin akan segandingan kamu

maafkan aku teman
bila tuturmu menguriskan perasaan
namun aku tidak menyimpan dendam
aku maafkan bukan kerana ingin dipandang mulia
cuma utk tidak membebankan hatiku
aku ingin tenang dan damai jiwa
semoga kau akan terus berbahagia
dengan segala yang menjadi impian masa depan...

teman
doaku buatmu tak akan ku padam
kerna kau teman yang aku sayang
cuma hadirku tidak membawa erti
sekadar satu persinggahan
sebuah pelabuhan yang akan tetap ditinggalkan


puterisu@020914

Last edited by puteri_malam on 2-9-2014 09:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2014 11:30 AM | Show all posts
Hati dan Jiwa

aku sedar aku siapa
yang sememangnya tidak sempurna
aku tidak miliki pangkat darjat harta dan rupa
aku juga tidak semulia dan setabah mereka
namun aku jua punya hati dan jiwa

adakalanya ku juga ingin bermanja dan dimanja
mata ku ingin jua dihidang dgn senyuman mesra
telingaku mahu jua mendengar bicara
yang mendamaikan perasaan
bukanlah kata-kata nista mencalarkan jiwa

aku sedar aku siapa
tidak ku minta layanan ibarat puteri raja diistana
cukuplah sekadar insan biasa
yang punya hati dan jiwa
yang juga mendambakan bahagia....

aku sedar aku siapa


puterisu@040914

Last edited by puteri_malam on 4-9-2014 11:33 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2014 10:21 AM | Show all posts
Redha

Sesungguhnya aku tidak Rela
Namun aku harus Redha
Siapa aku?
untuk berkata jangan atau tidak


Setiap makhluk dan benda
Didunia ini milik Allah
Aku terima Qada' dan qadar diriku
Aku bukan siapa-siapa
Tiada apa milikku
Semuanya pinjaman sementara
Ehsan Tuhan yang maha Esa


puterisu@110914

Last edited by puteri_malam on 12-9-2014 10:23 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2014 12:24 AM | Show all posts
RAsa

rasa itu datang lagi
sungguh aku tak suka!

pergilah wahai rasa...
jangan datang meracuni hati
aku lemas!

nyahlah kau rasa
jangan memurungkan aku
kelak semakin bertambah kedutan wajahku

muak aku merasamu rasa
menyisihlah kau jauh-jauh
jangan bertapak dihatiku

rasa ini hilanglah segera
jangan kau bernanah dijiwa
kelak aku yang merana
kerna rasa ini tidak seharusnya ku rasa

siapalah aku
untuk terus didera rasa ini


puterisu@130914









Last edited by puteri_malam on 13-9-2014 12:25 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 10:50 PM | Show all posts
puteri_malam posted on 13-9-2014 12:24 AM
RAsa
rasa itu datang lagisungguh aku tak suka!
pergilah wahai rasa...jangan datang meracuni hatiak ...


memori yang selalu terukir indah dalam ruang ini
saat itu kita tulis ungkapan rasa dan terkenangkan lembaran silam
kita terfikirkan ttg dia
kerana yang ada pada kita hanya janji
semua yang diharapkan selama ini
hilang seperti embun pagi....


`hi puteri, teruskan berpuisi..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 02:31 PM | Show all posts
iDputera posted on 15-9-2014 10:50 PM
memori yang selalu terukir indah dalam ruang ini
saat itu kita tulis ungkapan rasa dan terkenan ...

walau embun hilang bila mentari terbit
namun kedinginannya
tetap kekal dirasai



'hi putera....selamat hari raya korban..'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 02:32 PM | Show all posts
October

dalam tanpa sedar
October hadir lagi

2 October 20 tahun lalu
aku beralih ke satu zaman yg
penuh tanggungjawab dan ketaatan

3 October 8 tahun lalu
titik tolak aku memilih persimpangan
yg membawa aku ke sini hari ini
tanpa menoleh lagi

October 20thn lalu
ada kenangan indah tersemat kekal abadi

October 8thn lalu
sebuah pengalaman  
utk dijadikan tauladan dan panduan
dlm mengharungi sisa-sisa  kehidupan

October tetap datang dan pergi
selagi aku masih bernyawa
di dunia pinjaman ini


puterisu@031014

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2014 01:57 AM | Show all posts
Maafkanlah aku


maafkanlah
bila aku sememangnya tidak sempurna


maafkanlah
bila santun ku terbatas
bukan kerana aku membenci
bukan kerana aku melupakan
bukan kerana aku jemu
bukan kerana aku tak lagi peduli
bukan kerana kasih ku pudar


maafkanlah aku
kerana aku jua manusia biasa
ada waktu rasa duka
ada ketika rasa terluka
ada detik rasa hiba
ada saatnya cemburu menjentik jiwa


maafkanlah
kerna  aku tidak setabah mereka
aku tidak sesabar kalian
aku tidak semulia yang lainnya
hatiku tidak semurni dan sesuci embun pagi


maafkanlah
kerana aku merasa  kehilangan
pada apa yang sebenarnya
tidak pernah aku miliki


maafkan aku!



puterisu@211114

Last edited by puteri_malam on 21-11-2014 02:00 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2014 02:17 AM | Show all posts
Sedih


hiba rasa jiwa
tapi nak ku luahkan dimana


sayu merantai rasa
tapi pada siapa nak ku adukan


sedih rasa hati
tapi nak ditangisi tiada airmata


sarat rasa dada
menahan segalanya


namun apakan daya
aku bukanlah siapa-siapa
bukan aku selayaknya
utk bertanya dan bertanya


ku pendam segalanya
andai diluah hanya mengundang duka
akan terlahir bicara
yang akan menghiris kalbu





puterisu@221114



Last edited by puteri_malam on 22-11-2014 02:32 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 10:55 PM | Show all posts

hi puteri.
singgah sekejap bersama kenangan ku...


`selamat tahun baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2014 04:11 PM | Show all posts
iDputera posted on 1-12-2014 10:55 PM
hi puteri.
singgah sekejap bersama kenangan ku...

hi putera...

apa kabar mu disana..?
terima kasih masih sudi menyinggahkan diri
dibenang usang yg semakin sepi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 04:33 PM | Show all posts
Edited by puteri_malam at 5-2-2015 04:35 PM

Maafkanlah Aku



maafkanlah
bila aku sememangnya tidak sempurna

maafkanlah
bila santun ku terbatas

bukan kerana aku membenci
bukan kerana aku melupakan

bukan kerana aku jemu
bukan kerana aku tak lagi peduli
bukan kerana pudar  kasih ku


maafkanlah aku
kerana aku jua manusia biasa

ada waktu rasa duka
ada ketika rasa terluka
ada detik rasa hiba
ada saatnya cemburu menjentik jiwa


maafkanlah
kerna  aku tidak setabah mereka
aku tidak sesabar kalian

aku tidak semulia yang lainnya

hatiku tidak semurni dan sesuci embun pagi



maafkanlah

kerana aku merasa  kehilangan

pada apa yang sebenarnya

tidak pernah aku miliki


maafkan aku!




puterisu@211114




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 04:38 PM | Show all posts
Edited by puteri_malam at 5-2-2015 04:39 PM

Hmmmm...sama jer


Sama jer
Tapi memang tak serupa
Takperlah aku tenguk saja
Senyum tanpa kata apa-apa
Iyalah aku bukan siapa-siapa
Hanyalah unggas rimba
Yang tersingkir
Dipinggir desa ...





puterisu@130115

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 04:51 PM | Show all posts
Edited by puteri_malam at 5-2-2015 04:54 PM

Aku, Kau dan Dia


dia punya kamu teman bicara
meluah segala duka lara
tawa riang gembira
juga kejayaan dalam kerjaya


kamu punya dia
teman berbicara segala cerita
dewasa bersama sepanjang usia
berkongsi kenangan indah bersama


dia punya kamu teman setia
sehati sejiwa saling percaya


kamu punya dia
sepakat sekata tiada sengketa


aku ?
sendirian...
meniti titian usia
merawat perit rasa luka
menyapu airmata
menggagahi langkah
menghabiskan sisa-sisa usia


aku tak punya sesiapa
kerna aku bukan siapa-siapa


aku kadang rasa cemburu
pada kamu dan dia

kalian sering seirama
mengikut rentak tari dunia


kamu dan dia teman sejati
duka lara bersama direnangi


aku?
senyum saja
walau adakala hati duka...


puterisu@200115

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.217242 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list