CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V137'

 Close [Copy link]
Post time 9-3-2022 12:32 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:12 AM
klu brand lain takde ke nay. kaka kureng klu brand allagapa's.



selain alagapas ..

ada babas lah kaka


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 12:34 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:16 AM
aah dia sorang je yg sek skrg ni.

nay ada 3 lagi tengah sekolah kaka

macam nov pon lepas yang sulung abis spm

tinggal 2 orang jer sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:35 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:17 AM
bln 4 kan sek bersemuka. ada masa lg nk cari.

itu lah kaka dia tanya nay

dia cakap sekolah bukak 4hb 4 kan

jadi beg sekolah dia pun lambat lah baru beli
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:38 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:18 AM
ya nay mmg bahaya. sb dekat dgn otak.

sebab tu kan kita kena hati2

terhantuk sikit jer pon

boleh ada blood clot
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:41 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:20 AM
itulah. kaka pun tak byk noti kt situ.

dulu mula2 ada jugak lah noti nay dengan si nov kat sana
tapi lama2 baik nay borak ngn nov kat benang sendiri kan

macam kat sini nay borak ngn kaka, matt kadang2 ngan ciksu
kat petua ada kaka, nov, akk mira..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:45 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:29 AM
kannn. org pej agama kita tak nmpk ni semua. bila dah jd kes hanya salahkan org itu org ini.

org gomen selalu macam tu kan ... kat mana2 pon sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2022 12:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:49 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:32 AM
sb tu ada org cakap kencing manis penyakit keturunan. lambat laun pasti kena juga.

betul tapi walaupon kena
sepatutnya tak ada lah kena awal sangat macam nay ni
nay sebab tak jaga pemakanan masa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 12:50 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:36 AM
byk yg mcm tu nay. bukan takat rumah anak yatim je. tahfiz pun sama. melambak org buka tahfiz. mcm ...

sebab tu lah nay cakap
sebenarnya gomen ada bagi peruntukan
tapi tak tau lah ke mana peruntukan tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:53 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:39 AM
banjir kt sana ada yg rumah hanyut jgk nay. rumah yg masuk lumpur pun ada.

ada yang nay tengok video
air banjir dah tak ada
tapi lumpur yang tinggal tu setinggi air banjir

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 12:54 PM | Show all posts
Edited by NaylaArisha at 9-3-2022 02:03 PM
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:43 AM
klu boleh walk in lg bagus. khamis lps kaka teman asben amik booster kt axiata bkt jalil.
appoinme ...

hari isnin tu nay dah call ppv thompson tu tanya
boleh walk in tak dia kata boleh
jadi nay plan nak bawa yang kecik tu lah sekali g vaksin esok
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 01:30 PM | Show all posts
31,490 jangkitan baharu, kes COVID-19 kembali melonjak

Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Mac 9, 2022 @ 10:44am[email protected]




GAMBAR hiasan




PUTRAJAYA: Angka jangkitan COVID-19 dalam negara kembali melonjak dengan 31,490 lagi kes baharu direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan individu dijangkiti virus berkenaan sehingga kini meningkat kepada 3,655,345 kes.

Daripada jumlah itu, katanya 31,017 kes membabitkan penularan tempatan dengan 473 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata pesakit dalam kategori dua paling tinggi dikesan dengan 18,623 kes atau 59.14 peratus, diikuti kategori satu dengan 12,692 kes, kategori tiga (62 kes), kategori lima (61 kes) dan kategori empat (52 kes).

"Daripada keseluruhan kategori tiga hingga lima itu 107 kes (61.14 peratus) meliputi individu berusia 60 tahun ke atas, dengan sudah menerima dua dos vaksin tetapi belum mendapatkan dos penggalak meliputi 90 kes.

"Sebanyak 46 kes lagi sudah menerima dos penggalak, mempunyai komorbid (43 kes) dan tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksin (39 kes)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 373 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 153 kes disahkan COVID-19 dengan 220 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

"Bagi pesakit ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat 223 pesakit iaitu 94 kes disahkan COVID-19 serta 129 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan," katanya.

Mengulas pertambahan 11 kluster penularan COVID-19 semalam, Dr Noor Hisham berkata ia menjadikan sehingga kini kumulatif 445 kluster aktif di negara ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga semalam terdapat 29,035 kes sembuh dilaporkan, menjadikan sehingga kini 3,340,889 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Sementara itu, data COVIDNOW memaklumkan, sehingga kini terdapat 306,680 kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 95.9 peratus atau 294,242 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) sebanyak 3,397 kes dan hospital (86,68).





Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 01:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 01:32 PM | Show all posts
selamat makan tengahari

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 01:34 PM | Show all posts
Hujan berterusan, ribut petir diramal sehingga Jumaat

Oleh K.Mohana Priya - Mac 9, 2022 @ 11:08am[email protected]




METMalaysia meramalkan hujan berterusan serta ribut petir di beberapa kawasan khususnya sekitar Lembah Klang sehingga Jumaat. - FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan serta ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, selain Sarawak serta Sabah sehingga Jumaat ini.

METMalaysia melalui kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di pantai barat Sabah, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat), manakala beberapa kawasan di Terengganu, Pahang serta pedalaman Tawau dan Labuan akan menerima hujan pada sebelah pagi.

Di sebelah petang, ribut petir diramal di kebanyakan kawasan di Putrajaya, selain beberapa kawasan Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor dan beberapa tempat di pedalaman Perak, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, ribut petir di satu dua kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang juga diramal pada petang.

Pada sebelah malam, ribut petir dijangka di satu dua kawasan di Kedah, Pulau Pinang serta di pedalaman Pahang, selain hujan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Samarahan, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Limbang dan di pedalaman Perak, Kelantan, Selangor serta Negeri Sembilan.

Esok, ribut petir dijangka di sesetengah kawasan di Perak serta hujan di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Kuching, Serian dan Samarahan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang, ribut petir di kebanyakan kawasan Putrajaya, di beberapa kawasan Kuala Lumpur, di satu dua kawasan Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan satu dua kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Kelantan dan Pahang.

Malam esok pula, hujan di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang serta pedalaman Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, selain ribut petir beberapa kawasan pedalaman Pahang.

METMalaysia juga menjangkakan hujan di sesetengah kawasan di Melaka dan di satu dua kawasan Selangor, Negeri Sembilan serta Johor pada sebelah pagi Jumaat.

Pada sebelah petang, ribut dijangka di satu dua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang dan di satu dua kawasan pedalaman Perak.

Hujan juga dijangka di satu dua kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu serta Miri dan di kawasan pedalaman Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor pada sebelah malam.





Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 01:42 PM | Show all posts
Manfaat kelonggaran untuk kembali makmurkan masjid, surau

Oleh Samadi Ahmad - Mac 9, 2022 @ 10:21am[email protected]




Fasa peralihan endemik diumumkan Perdana Menteri semalam, membuka peluang untuk kembali memakmurkan institusi masjid, surau. - FOTO NSTP/ AZHAR RAMLI




PUTRAJAYA: Pengumuman fasa peralihan endemik bermula 1 April ini, wajar dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kembali memakmurkan institusi masjid dan surau dengan suasana ibadah.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pelaksanaan ibadat solat dan prosedur operasi standard (SOP) akhir untuk masjid dan surau, masih tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing

Beliau berkata, kebenaran aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau untuk dilaksanakan tanpa penjarakan sosial adalah sesuatu yang dinantikan umat Islam dan ia berita gembira kepada umat Islam lebih-lebih lagi bakal menyambut kedatangan Ramadan.

"Kita menyambut baik pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan pengumuman fasa peralihan endemik.

"Ia dibuat berasaskan fakta serta data selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan pandangan dikemukakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya.

Dalam pada itu, Idris berharap semua institusi masjid dan surau terus dimakmurkan dengan aktiviti ibadah, majlis halaqah ilmu serta lain-lain program pembinaan modal insan dan kemasyarakatan kerana ia penting untuk memperkukuh jati diri serta penghayatan agama.

Justeru, beliau menyeru umat Islam terus berdoa serta bermunajat supaya rakyat dan negara terus dipelihara daripada sebarang kemudaratan dan bencana.

"Pihak masjid dan surau juga disaran terus mengadakan solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan bagi rakyat dan negara," katanya.

Semalam Perdana Menteri mengumumkan negara akan memasuki fasa peralihan sebagai peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 01:51 PM | Show all posts
COVID-19: 79 kematian, 19 kes BID

Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Mac 9, 2022 @ 9:17am[email protected]




GAMBAR hiasan



PUTRAJAYA: Sebanyak 79 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah angka korban kini meningkat kepada 33,384 kes.

Laman web COVIDNOW melaporkan Johor merekodkan angka kematian tertinggi dengan 16 kes, diikuti Kedah dan Perak masing-masing dengan 13 kematian.

Negeri lain mencatatkan pertambahan angka korban ialah Selangor dengan 11 kematian, masing-masing lima kes di Sabah dan Pahang, empat di Kelantan, tiga di Melaka, masing-masing dua di Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur serta satu di Negeri Sembilan.

Daripada jumlah kematian dilaporkan itu, 19 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia sekali gus menjadikan sehingga kini 6,914 pesakit COVID-19 meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Kes BID dilaporkan di Kedah membabitkan lima kes, empat di Selangor, tiga di Sabah, dua di Perak dan masing-masing satu kes di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.





Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 01:52 PM | Show all posts
ciksurie replied at 9-3-2022 08:07 AM
as salam
baru masuk kerja hari nie

waalaikumsalam riri.
lama tak nmpk riri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:05 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:44 AM
mgkn nay boleh ajar benda lain dulu kt dia.

nay tgh ajar dia masak nasi kaka
ayah dia komplen bila yang sulung masak nasi
jadi nasi bubur
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 02:07 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 7-3-2022 12:54 AM
klu tak silap kaka masa mula2 vaksin sampai time abah jd pm ada keluar berita sesapa dpt kesan samp ...

yer lah... abah pon bukan buat keputusan ikut parlimen bila masuk parlimen tup2 resign pulak dari jadi PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.099948 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list