|
Reply 740# ciksurie
MBI pun ciksurie leleh ke?citer tu tak sedih kan....
apapun... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 742# ciksurie
aaaaa... terharu saya...
tajuk MBI tu mmg buat org keliru...berbelit |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 745# kaypo
thank you kay...
btw nape gengkicap mcm senyap jek sekarang? terlebih makan kicap ke uols?
rindu nak baca review berilmiah uols... |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Umum Sep. 2011
Letaklah Allah pada cinta yang paling utama. Cinta terhadap manusia tidak salah tetapi biarlah selari dengan kehendak agama...
Apakah erti cinta?Cinta hanyalah omong kosong pada yang tidak sanggup berkorban demi cinta!
Kerana cinta, Fadhil meninggalkan kebahagiaan dunia dan belajar hidup zuhud.
Kerana cinta, Halina sanggup kehilangan kasih anak-anak.
Kerana cinta, Firdaus tenggelam dalam pelukan dunia;
dan kerana cinta akan Firdaus, Mardhiah sabar menunggu.
“Janji dengan saya, awak akan tunggu saya,” ucap Firdaus.
“Awak pun berjanji dengan saya. Jangan pernah melarikan diri daripada saya,” balas Mardhiah.
Tapi, kenapa kini Firdaus jadi lupa pada kata-kata yang pernah dia ucapkan dahulu? Mampukah mereka kenal erti cinta sebenar? Mampukah mereka berkorban demi mencari nikmat cinta itu?
* * *
NUR HATIJA menulis tentang makna cinta. Dikau Tidak Pernah Jauh membawa anda menghayati kisah cinta yang penuh teladan untuk mencari keikhlasan cinta yang sebenar.
_____________________________
ISBN: 978-967-5118-69-2
Harga: RM19.00 (Sem. Malaysia)/RM21.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% - mulai 12 Sep 2011
|
|
|
|
|
|
|
|
dah beli buku dia yg kunikahi yg menjadi perbualan hangat di FB JS...
dalam proses pembacaan |
|
|
|
|
|
|
|
dia yang kunikahi - iqbal syarie
4 bintang
johari - zaman remaja dia agak jahil tentang agama, ada peristiwa berlaku semasa pengajian johari di jordan telah mengubah cara hidup dia kepada yg lebih baik...dia berharap utk memiliki iateri yg cukup serba serbi agamanya...
aisyah - kawan baik johari dr kecil, tapi berpisah selepas aisyah dan keluarga berpindah ke sydney..bila dewasa aisyah telah berubah kepada wanita yg lupa segala2nya mengenai agama...aisyah berubah selepas melihat sendiri satu kemalangan dgn mata dia sendiri.
kisahnya bermula apabila johari terjumpa semula dgn nasuha (kekasih zaman sek), lalu dia ingin melamar nasuha sebagai isteri...tapi sayang dah terlambat, nasuha sudah bertunang...ayah dan mak johari serta aisyah ingin satukan diorg berdua tapi johari berasa was2 sbb dia inginkan isteri yg sedia penuh agama bukannya yg masih belajar...akhirnya selepas istikarah, johari temui jawapannya...
endingnya tak disangka tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 749# mijot
boleh la aku grab nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
iols de beli Hanya Dia Sufi - Lili Norlaili..
baru baca half, terus simpan buku tu..rasa tak bes sebab watak sufi tu iols rasa cam lemah sgt+pendirian die tah ape2..but it's juz my personal opinion..
kalo de sape2 kat sini yg dah baca buku tu sampai abes, share la kat sini ye..iols malas nk baca dah...:re: |
|
|
|
|
|
|
|
opssssssssssss...sory, tak selak page bakang..mijot dah abes baca n dah share (#724)..
dah abes baca hanya dia sufi - lili norlaili
2.9 bintang
baca untuk isi masa lapang
secara ringkas,meraka kawen, lepas kawen salah sorang larikan diri, kendian beberapa tahun kemudian jumpa balik dan berbaik semula...dah banyak baca jalan cerita sebegini jadi baca pun sambil lewa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by miza86 at 2-9-2011 02:44
Novel Umum Sep. 2011: Bulan di Atas Champs-Elysees ~ Eva Hana
... memori indah itu bagaikan terlalu lama, seolah-olah hilang dalam filem hitam putih...
Dia gadis cergas, bijak, dan suka sesuatu penuh cabaran; itulah yang membawanya merantau ke Paris – Kota Cinta dan Kota Seni – dengan tiket untuk belajar bahasa Perancis!
Bertemu dengan Jean Paul di maya menjadi gerbang dia menelusuri ‘Parisku yang indah, Parisku yang romantis’... menaiki anak-anak tangga di Bukit Montmarte serta melihat pelukis-pelukis dan lukisan mereka yang indah; berjalan berpegang-pegangan tangan sewaktu musim bunga di Jardin Tuileries; menyaksikan pementasan teater Little Prince (Le Petit Prince) di L’Opera; melawat Musée D’Orsay yang penuh ukiran-ukiran cantik; melopong memandang lukisan Leonardo da Vincci – La Giaconde atau Mona Lisa di galeri; teruja dengan kedai-kedai berkelas di Rue de Rivoli; minum kopi café viennoise di café-café comel sambil makan roti pain au chocolat....
‘Kau’ memang seperti yang aku impikan dan ‘kau’ memang hidup, Paris!!! Tetapi denganmu Jean Paul...
“Eva Hana, je t’aime, mon amour, pour toujours.”
* * * *
EVA HANA ‘menjual’ kisah benarnya sebagai teladan. Biar indahnya cinta... pada EVA HANA ‘cinta bukanlah alasan untuk menjual rohani’. Bulan di Atas Champs-Elysees bercerita fasal cinta antara dua benua: tentang akidah dan kekuatan diri... juga bercerita mengenai penulisnya, EVA HANA IMRAN!
_______________________________
ISBN: 978-967-5118-67-8Harga: RM17 (Sem. Malaysia)/RM19 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: Diskaun 20% (mulai 12 Sep. 2011) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 732# mijot
mijot, citer ni bes tak?tadik p popular, dah pegang letak, pegang letak buku ni..huhuhuhu..nk tny uols kat sini dulu lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 755# ShaCroft
hehehe,
ai pun tak beli lagi sbb penulis baru...
tu yg tak berani nak beli...
ai tunggu gak komen org lain gak...
buat masa ni ai cadangkan buku dia yg kunikahi - iqbal syarie- si manis 17 (under js gak) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 756# mijot
kan...tak berani gak nk beli..takot jadik cam citer Hanya Dia Sufi - Lili Norlaili..nyesal gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Dah baca beberapa buku JS masa cuti raya ni. Yang beli hari tu masa pesta buku Selangor. pun baru ni dapat baca habis.
1 - Quartet. Saidatul Saffa - Okey aku suka yang ini. Satu yang lain dari Saidatul. Kalau dulu KMR tu agak slow and steady, yang ni agak gila-gila sikit. Kisah Misa yang duduk kat obc. Misa yang senang jatuh cinta. Misa yang free hair. Memanglah kalau free hair ni sering aje orang pandang serong. apatah lagi kalau dok kat obc dan dalam kelompok perempuan melayu yang kebanyakannya bertudung. Yang lelaki pun suka la pandang serong kat perempuan yg tak bertudung ni.. huh! aku faham perasaan Misa tau! Apa pun aku suka mesej yang nak disampaikan. Yup, karya SS mesti ada mesej yang terang benderang. Aku recommend.
2. Baju Melayu Hijau Serindit - Syud masih kekalkan gaya penulisannya yang aku suka. Tapi harap lepas ni Syud akan lebih kreatif dan mahu challenge diri dia sendiri. Aku suka tulisan Syud tapi kalau tak ada perubahan, aku takut aku akan jadi bosan. Nak tahu cerita Baju Melayu Hijau Serindit tu... kena baca sendiri hehehe.. But aku still recommend.
3. Nuansa Kota Merah - Khairyn Othman - Kalau nakkan satu yang lain dalam bacaan aku recommend tulisan K.O ni. Aku rasa dia ni memang suka cari kelainan dalam tulisan dia. Tapi heroin dia mesti jenis berani mati. Dalam NKM ni ada dua cerita. Satu zaman sekarang dan satu lagi zaman silam, masa akhir zaman Andalus diperintah Islam. Time kejatuhan la tu. Yang menarik, KO buat cerita fasal orang melayu yang tercampak kat sana. Alah, macam kes Panglima Awang tu.. hehe. Satu fakta/auta yang menarik bagi aku yang K.O suruh kita fikir ialah, asal usul nama Melaka. Ye ke nama tu asal dari pokok Melaka atau... nama tu bersempena dengan nama Maalaga yang dulu dikenali sebagai kawasan pelabuhan Malaqaa.. aku recommend gak..
yang lain? nanti-nantilah aku sambung... internet slow kat tempat aku skang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sape dah baca Bening Merah Jingga boleh la masuk peraduan ni...
nazurah Post at 4-9-2011 17:51
dieya dah habis baca dah cite ni ..
seperti biasa karya naz tak penah menghampakan dieya ..
tahniah naz |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 759# ^^dieya^^
thank you dear! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|