|
tak sabarnya nak tunggu.., cepat2 la smbung....... |
|
|
|
|
|
|
|
memang kena tunggu seminggu ke... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la lama2 sgt smiley.. |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhh takde lagi n3 baru??? |
|
|
|
|
|
|
|
hampa2 btol lah arinih, ingatkan dpt baca entry baru huhuhuhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
mana hani..nazrin...?
lama lagik ker nak kuar n3 ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf sbb lambat sambung
smiley kena dahulu kan kerja yg dapat gaji
...........................................................................................
Eliza, setiausaha Encik Mustakim mendekati meja Hani. Seperti lazimnya bau perfume Poison by Christian Dior akan menyapa hidung sebelum tuan empunya badan sampai.
“ Ada apa Kak Liz?” Hani mengerutkan dahi. Jarang dia di “ kacau” oleh Eliza. Cuma sekali sekala Hani di suruh menjaga telefon kalau Eliza ada urusan di luar bersama Encik Mustakim.
“ Tuan Marzuki nak jumpa awak.” Nada Eliza tak mampu menyembunyi kehairanan yang di rasai. Apa hal boss besar nak jumpa intern ikan bilis macam Hani? Sedangkan Encik Mustakim yang berpangkat CFO pun jarang di panggil ke pejabatnya. Takkan nak buat stok gegeli kot? Hani bukannya tak cantik tapi kurang aura penggoda. Tak sesuai. Kalau buat anak angkat, okaylah.
” Ada..ada apa? Kenapa..kenapa Tuan Marzuki nak jumpa saya? “ Mata Hani membulat.
“ Entah. Saya pun tak tahu. Pergilah cepat. Nanti secretary dia kata saya tak bagi mesej kat awak pula”
Hani bingkas bangun. Jam menunjukkan sudah pukul 4.45 petang. Hampir tamat waktu pejabat. Dia membetulkan baju kurung yang berkedut dan menyisir rambutnya dengan jari. Aiyoo... boss besar ni. Tak bagi warning pun.
“ Cepatlah. Takkan nak bersolek dulu kot. Nak cantik macam mana lagi?” perli Eliza yang sentiasa bergaya rapi, sesuai dengan profesionnya sebagai secretary pegawai atasan. Tip top dari hujung rambut ke hujung kaki.
“ Ofis dia kat mana?” Peghak betul aku. Tak pernah ambil tahu pun mana ofis CEO.
“ Tingkat atas. Keluar lif belok kiri, ada pintu cermin. PA boss akan buka pintu.”
Tiba tiba dia menjadi tumpuan semua staf. Di panggil mengadap Tuan Marzuki bukan satu perkara biasa di sini. Kalau bukan Family Day,Annual Dinner atau Rumah Terbuka Hari Raya, jangan haraplah nak bertegur sapa dengan Tuan Marzuki. Dengan dahi berkerut, dia berjalan ke arah pintu.
“ Dia nak warning kau kot. Jangan mengorat anak lelaki dia. “ Entah suara siapa mengusik.
“ Mana pula Hani mengorat si Shamil? Shamil tu yang dok kacau Hani” balas suara lain pula.
“ Kot kot big boss pun dah tersangkut dengan Hani” Tawa bergema.
“ Siaplah mem besar datang dengan parang nanti. Tak pun dia C4 kau terus Hani”
Wah… sakan mengutuk aku ya. Hani memekakkan telinga dan bergegas ke lif. Degupan jantungnya kencang. Apalah yang Tuan Marzuki nak dari aku? Dia tahukah siapa aku ? Matilah aku kalau rahsia sudah terbongkar.
……………………………………………………………………..
“ Hani Hishamudin is here , Tuan.” Mrs Sally Chew bersuara ke intercom yang di sambung ke bilik Tuan Marzuki. Berbeza dengan Eliza, penampilan nya amat ringkas dengan rambut pendek yang sudah beruban dan spek mata tebal. Mungkin dia pilihan Puan Safura supaya suaminya tak tergoda, idea nakal terlintas di minda Hani.
Beberapa saat kemudian wanita itu memberi isyarat supaya Hani masuk. Pintu kayu berukir di tolak. Tangannya yang berpeluh di kesat pada baju. Hani menarik nafas panjang. Bismillahirohmanirrohim.
“ Hani, jemput duduk. Apa khabar? ” Tuan Marzuki menyapanya. Senyumannya menampakkan gigi yang putih dan teratur. Cermin matanya di tanggal.
“ Khabar baik. Terimakasih” Getaran dalam suara Hani dapat di tangkap oleh Tuan Marzuki. Dia melebarkan senyuman. Matanya lembut memandang gadis itu. Tanpa tudung, wajah Hani nampak lebih muda tapi masih ada iras Rohana, gadis idaman ramai di kampus UM tiga puluh tahun lalu.
“ Macam mana kerja di sini? Okay tak?”
Hani mengangguk. “ Okay. Saya suka kerja di sini”
Mereka berdua terdiam sejenak. Mungkin mencari topik untuk di bual seterusnya. Tuan Marzuki meneliti butir peribadi Hani dalam fail di depannya. Dari tarikh dan tempat lahirnya, nama ahli keluarganya, memang sah Hani anak Hishamudin dan Rohana. Tuan Marzuki menarik nafas untuk menenangkan diri. Bukan saja Hani yang gementar, tapi dia pun sama. Tak sangka kisah lama kembali menghantuinya. Sesungguhnya aku berdosa pada Rohana, Hani dan Haris.
“ Kenapa …kenapa Tuan nak jumpa saya?” Hani memecah kelohongan. Tuan Marzuki tertunduk sejenak.
“ Hani tak payah panggil saya Tuan. Panggil saja Uncle. Sebenarnya, Uncle ada hal peribadi nak cakap. Mungkin Hani tak tahu tetapi saya biras arwah bapa Hani. Isteri saya dan arwah mak tiri Hani adik beradik”
Hani cuba mengawal diri. Nafasnya semakin cepat. Alamak… dia tahu siapa aku! Apa aku nak buat sekarang? Bila teringatkan cerita Acik Mah, Hani mula takut. Dia mengilas pandang ke arah pintu.
“ Uncle tak mahu berselindung. Uncle banyak berdosa pada keluarga Hani. Semua harta yang sepatutnya hak ibu Hani dan anak dari perkahwinan kedua arwah Hishamudin, Uncle dan isteri Uncle yang bolot. Dulu Uncle tamak , tak kisah pasal hukum Allah. Tapi sekarang Uncle dah sedar dan insaf. Apa yang Uncle buat dulu satu dosa besar, mengambil harta anak yatim. Uncle ingin menebus dosa Uncle.” Tuan Marzuki meraup mukanya dengan kedua belah tangan. Nafas Hani kembali normal. Tak baik aku berprasangka buruk pada Tuan Marzuki.
“ Er… sebenarnya saya pernah dengar cerita ini dari mak saudara saya. Tapi saya dan abang saya tak ambil kisah pun Tuan. Kami dah biasa hidup sederhana. Masa arwah Mak hidup pun, dia tak pernah berdendam dengan sesiapa. Dia redha dengan rezeki yang di tentukan oleh Allah. Saya dan abang pun selesa dengan hidup kami sekarang walaupun kami bukanlah orang kaya.” Kata Hani dengan tenang. Susah aku nak ber uncle uncle dengan boss besar syarikat ini. Nak tergeliat lidah.
“ Berilah peluang untuk Uncle tebus dosa. Kalau boleh , Uncle ingin berjumpa dengan abang Hani juga. Mungkin Uncle boleh offer dia kerja dalam Persada Construction. Bila Hani dah graduate nanti, Uncle harap Hani akan kerja di sini. Persada Construction syarikat keluarga kita. Hani dan Haris juga berhak, sama dengan Shamil. Kalau ada apa apa yang Hani atau Haris perlukan, jangan segan jumpa Uncle. ” Kata Tuan Marzuki dengan ikhlas. Gasaklah kalau Safura tak setuju. Aku dah bertaubat. Aku tak akan ikut rentak dia yang gila harta dunia sampai tak fikir halal haram.
“ Terimakasih. Nanti saya bagi tahu kat Along…er…Haris. Saya pun tak tahu kalau dia nak tukar kerja. Dia seronok kerja di tempat dia sekarang. Saya sendiri pula… hmm….. nantilah saya fikirkan bila saya dah graduate.” Hani membalas senyuman Tuan Marzuki. Dia mula rasa selesa. Mata nya di larikan sekeliling bilik Tuan Marzuki. Set sofa kulit berwarna hitam menghiasi satu sudut. Di dinding terpamir lukisan pelukis terkenal negara Allahyarham Ibrahim Hussein serta potret keluarga yang berbingkai kayu. Tuan Marzuki dan Shamil memakai suit biru gelap sementara Puan Safura berbaju kebaya merah jambu. Good looking family, Hani memuji dalam hati. Gerak mata Hani menjadi perhatian Tuan Marzuki.
“ What do you think of Shamil?” Soalan yang tak di jangka membuat pipi Hani merona. Alamak , dia ingat aku syok kat Shamil ke?
“ Er.. he is a nice guy. Friendly, tak sombong. Dia ramai kawan.” Takkan aku nak kata dia player terkenal.
“ Dah lama Hani kenal Shamil? “
Makin pelik soalan boss ni. “ Well.. semua orang kenal Shamil kat UDR sebab dia sportsman dan aktif dalam persatuan pelajar. Tapi kami taklah rapat sebab tak sama course. Kita orang baik pun sejak semester lepas.” Itupun sebab dia nak mengorat roommate aku, sambungnya dalam hati.
Tuan Marzuki berdehem “Uncle rasa dia suka Hani. More than just as a friend. Dia tak pernah cakap tapi Uncle tahu. A father can tell when his son is in love”
Pengsan aku! Hani menggeleng pantas. “ Tak… no, I don’t think so. Tuan salah sangka kot. Mungkin dia in love tapi bukan dengan saya. Kami cuma kawan saja.”
Tuan Marzuki ketawa kecil. Muka gadis di depannya dah macam udang bakar. Tanda suka lah tu. Malu tapi mahu, dia berandaian. Alangkah bagus kalau Shamil dan Hani dapat di satukan. Arwah Hishamuddin bukan saja birasnya tapi sahabat karib sejak di kampus dulu. Tapi dia sedar , ideanya mesti mendapat bangkangan maha hebat dari Safura. Dendam Safura masih membara terhadap madu kakaknya. Segala susur galur keturunan arwah Rohana waima yang bau bacang pun di musuhi hingga hari ini. Bila lah Safura nak berubah.
“ Apa kata Hani dan abang Hani sekeluarga makan malam bersama Uncle hari Sabtu ini? Uncle nak berkenalan lebih dekat lagi dengan keluarga Hani. After all, we are family.” Usul Marzuki. Dia terdiam sejenak. Takkan aku nak ajak mereka ke rumah. Pasti Safura melenting. Dia boleh bayangkan berlakunya pertempuran ala Israel - Palestin di tebing Gaza. Belum masanya lagi untuk mereka bersua muka. “ Kita jumpa kat Restoran Seri Melayu di Jalan Conlay. Tak jauh sangat dari rumah Hani , kan?”
Hani mengangguk tanda setuju. What the heck, rezeki jangan di tolak. |
|
|
|
|
|
|
|
wah2 best dah ada smbgn....
tp ckit la smiley..hehe
Eh Tuan Marzuki ni...ada hati nk bermenantukan Hani...
Hani dah ada org y punya la...jgn kacau... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lg... |
|
|
|
|
|
|
|
hani baek ko terus terang ko tu tunang org...
tq for n3...ada masa smbg lg |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi... skit la n3 kali smiley..
ape pun thanks.. luv u very strong sangt |
|
|
|
|
|
|
|
alahai mana pula nazrin ni... cepat selamatkan puteri hani,
nanti disambar oleh syamil.... tuan marzuki pun macam
dah berkenan sesangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala....nak cerita pasai hani ngan nazrin......apa kata putusnya |
|
|
|
|
|
|
|
citer psl nazrin & hani kena tunggu dulu
smiley nak wat cornflake sket sket .... mcm citer bollywood gitu.... he he he |
|
|
|
|
|
|
|
“ Si Fifi tu dah too much lah. Makin menjadi jadi. She’s a weirdo!” getus Nazrin. Urat di lehernya timbul. Henfon di tangan hampir di lempar ke meja rotan. Ketiga tiga rakannya menegakkan tubuh dengan penuh minat. Bersedia memberi input. Masing masing sudah arif dengan “ ketidakwarasan” Fifi sejak kebelakangan ini.
“ Relax bro. Ceritalah kat aku. Kau call siapa tadi?” soal Dr Mirzan
“ Aina. Aku dah call dan text Hani banyak kali tapi tak ada jawapan. Pastu aku call Aina sebab aku tahu Hani sleepover kat rumah Aina malam ni. Kau tahu apasal Hani mogok tak nak cakap dengan aku?”
“ Apasal?” tanya Dr Mirzan, Shauki dan Azlin serentak. Saga Nazrin – Hani – Fifi lebih menarik dari slot Akasia.
“ Tadi dia orang keluar makan kat Rebung, nak celebrate birthday Aina. Tengah syok makan tiba tiba si Fifi datang ke meja derang. Terus verbally abuse si Hani. Mana tak trauma makcik tu.” Nazrin mengenggam tangan dengan geram. Kalau Fifi ada di depan mata, kena sebijik dengan aku.
“ Macam mana dia kenal Hani? Dia orang tak pernah berjumpa kan?” Azlin menyoal. Tapi tak ada yang mustahil dengan Fifi. Entah entah dia mengintip Hani dan Nazrin selama ini. Siapa sangka selepas di tinggalkan Raziman, gadis yang dulu kawan karibnya mula menunjukkan ciri kurang stabil. Bila Nazrin pun tak layan, makin sasau jadinya. Luarannya masih nampak normal, cantik dan bergaya. Tapi naluri dalamannya rapuh.
“ Aku pun tak sure. Kata Aina dia tengah usik Hani … alaa.. you know, girls’ talk. Mungkin ada sebut nama aku kot. Si Fifi yang duduk di meja berdekatan , mula jeling jeling. Pastu masa Hani menceduk makanan kat tempat buffet Fifi menyikunya sampai tertumpah kuah. Kau tahu lah Hani tu, dia buat tak reti jer. Bila tak dapat respons, Fifi terus menyerang. Kata Hani tak sedar diri. Kononnya aku ni bercinta dengan Fifi tapi terpaksa kahwin dengan Hani sebab desakkan keluarga. Macam macam lagi lah Aina cerita. Kalau aku ada di situ mahunya aku pelangkung Fifi dengan senduk. What a bitch!”
‘Eee… psycho nya. Tak malu kah , buat perangai macam tu kat tempat awam?” Azlin menggeleng kepala. “ Tapi Fifi memang muka tak malu pun. Kalau tak, takkan dia dok kacau kau walaupun tahu kau dah nak kahwin, Jin”
“ I seriously think she needs to see a psychiatrist. Kalau di biarkan, tak mustahil dia buat benda yang lagi teruk. Kau dengan Hani kena jaga jaga. Masaalah besar ni.” Dr Mirzan mengurut janggut sejemput di dagunya. Kopi O panas di tuang ke mug kawan kawannya. Nampak gayanya lama lagi sesi dialogue malam ini. Seperti biasa rumahnya menjadi port mereka melepak di hujung minggu . Lagipun Nazrin belum sempat melawat Huda dan anaknya yang baru lahir. Kesian Nazrin. Sibuk benar kebelakangan ini. Mana nak layan soal kerja, soal hati dan perasaan lagi.
“ Betul tu. Orang macam tu dah hilang pertimbangan. Dah tak ingat buruk baik, dosa pahala. Aku cuma takut dia pakai bomoh untuk guna gunakan kau. Atau pun santau. Niaya kau dengan Hani nanti” celah Shauki yang mendiamkan diri dari tadi.
Bulu roma Nazrin meremang. Nauzubillah. Selisih malaikat. Kalau Fifi guna ilmu hitam untuk kenakan Hani, sampai lubang cacing aku cari. Dunia akhirat aku tak maafkan.
“ Aku pun tak faham kenapa dia nak kacau hidup aku. Yang sudah tu sudah lah. Dulu memang aku frust bila dia tinggalkan aku tapi aku redha yang kami tak ada jodoh. Aku tak berdendam dengan dia. Lagipun lifestyle kita sekarang dah jauh berbeza. Aku bukan macam ex dia. Aku tak kaya, gaji aku cuma RM2 ribu lebih. Family aku biasa jer. Dari dulu sampai sekarang. Bapa aku bukannya Datuk atau Tan Sri. Apa yang dia nak dari aku? “ keluh Nazrin
“ Dia tu kepala tak betul , Jin. Kalau fikir ikut logic memang tak masuk akal. Aku rasa sebab dia kecewa, jadi dia tak boleh tengok kau bahagia. Dia tak boleh accept the fact that you have moved on with your life” Dr Mirzan memberi pendapat.
“ Perempuan cantik memang macam tu. Ego. Susah nak terima rejection. “ komen Azlin.
“ Nasib baik kau tak lawa, Lin” usik tunangnya , Shauki. “ Takut aku kalau kau buat perangai macam Fifi”
“ Ciss… tak guna!” cebik Azlin sambil mencubit lengan Shauki. “ Amek ko!”
“ Tapi di hati Shauki , Miss Universe pun tak boleh lawan kau, Lin” sampuk Dr Mirzan di iring gelak tawa yang lain. Cuma Nazrin masih mendongkol. Sudahlah sikit punya susah aku nak convince Hani untuk berkahwin bulan depan, si Fifi pula buat onar. Nalurinya kuat mengatakan yang jawapan Hani tidak akan memihak padanya. Ya Allah! Aku pohon kekuatan dari mu. Lindungilah aku dan Hani dari segala perbuatan khianat. Aku rela tunda perkahwinan aku untuk keselamatan Hani. Aku tak sanggup kalau Hani di apa apakan sebab aku.
“ So, Jin apa kau nak buat sekarang? Baik kau pergi jumpa Hani. Jelaskan kat dia yang Fifi tu memang mental” usul Azlin. Dia dan kawan kawan lain baru sekali berjumpa Hani tapi semua berkenan dengan pilihan Nazrin. Hani sempoi dan tulus, manis orangnya. Jelas dia dengan Nazrin di lamun cinta.
Nazrin menjeling jam di tangan. Sudah pukul hampir pukul 10. Tak manis aku pergi rumah anak dara lewat malam macam ni. Entah entah Hani tak nak jumpa aku pun.
“ Esok sajalah aku jumpa Hani. Biarlah dia cool down dulu. Aku tahu kepala dia tengah pening. Yang aku lagi cuak… macam mana nak selesaikan problem si Fifi? Aku tak nak apa apa jadi kat Hani” suara Nazrin tenggelam timbul. Resah, takut, marah bergabung.
“ Macam ni lah. Jin, apa kata kau jumpa Fifi dan cakap dengan dia face to face. Settle everything secepat mungkin. Kau nasihat dia baik baik. She probably needs someone to talk to.” Kata Dr Mirzan sambil menepuk bahu sahabatnya.
“ Hisshhh… tak nak aku. I don’t trust her. Bukan dia tak pernah cuba menggoda aku walaupun aku tak layan. Nanti silap hari bulan dia kata aku cuba mengorat dia. Nak pula kalau Hani tahu, habislah aku” tingkah Nazrin sambil menggeleng kepala.
“ Okay, kalau kau takut berduaan dengan dia, kita ikut sekali. Tapi kita duduk jauh sikit. Jangan bagi Fifi nampak. Kalau ada apa apa yang mencurigakan, kita orang datang to your rescue. Amacam? Best tak idea aku?” Azlin tersengih. Semua mata menjurus ke arah Nazrin.
Nazrin menengadah ke bumbung porch. Otaknya buntu.
“ Biarlah aku fikirkan dulu. Aku tengah serabut ni. Apa pun , thanks guys. Korang lah sahabat dunia akhirat” |
|
|
|
|
|
|
|
758# sang_arjuna
alamak.. lg suspen ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|