CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KasutBaru

AkuaRium

 Close [Copy link]
Post time 4-2-2009 12:20 AM | Show all posts

Balas #1 skycrew\ catat

sebelum tukar air tu, make sure bersihkan betul2 cermin, batu2 perhiasan dll dlm akuarium tu dari lumut....

dah tu, make sure jugak batu2 dan water filter sponge tu betul2 bersih....dan getah atau paip plastik water filter tu jugak tengok la, bersih ke tidak...sebab, lumut ni kalau dah sedia ada, akan membiak dgn cepat lagi di air baru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 01:30 PM | Show all posts
salam semua.  coco baru nak mula bela ikan.  so semalam pegi tengok akuarium. toke kedai ckp akuarium latest design.  harga RM380 sekali aksesori n ikan.  akuarium tu datang sekali ngan stand dia.  tak bersegi tepat tpi mcm round sket la segi dia.  ada tutup yg datang sekali ngan build in filter dan lampu.  size lebih kureng 1.5 x 1.5 kaki.  

amacam... harga macam tu ok ke tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 04:23 PM | Show all posts
anti klorin letak..

dalam akuarium tu takda batu2..

cuma ada pasir..pokok pon dah buang pasal dah mati..

so tinggal pasir2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 11:48 AM | Show all posts
akuarium ko letak kat dalam umah or kat luar umah? kalo kat luar tuh normal la sbb kena cahaya matahari. kalo ko letak dalam umah mmg takkan ada hijau lumut tuh...nih base on my x-perience...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 11:50 AM | Show all posts

Reply #5 moimed's post

kat dalam rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 03:15 PM | Show all posts
akuarium tuh kena direct sunlight tak? i mean ko letak kat tepi tingkap ker? dulu my hubby pon letak kat luar umah, asal cuci naik lumut, skrg letak dlm mmg clear n 2-3bln sekali baru cuci...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2009 04:18 PM | Show all posts

Reply #7 moimed's post

letak dalam rumah..kat ruang tamu..

so tak kene sinaran matahari pon..

tu yg jadi pelik die jadi warna hijau
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 12:26 PM | Show all posts
alamak sian awk, nih sy kena refer pada my hubby la sbb dia lebih arif bab2 ikan nih...siap buat co2 sendiri. akuarium dia siap tanam pokok kat dlm akuarium kat umah nih so, tak nampak plak air kotor hijau lumut setakat nih...pas kau tanya nanti aku update yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2009 12:34 PM | Show all posts
mushkil jugak...maybe dari pasir2 tuh kot...

xpun dari ikan tuh atau makanan die yg watkan air jd ijau....

biase air ijau ni sbb lumut dan sinaran matahari...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 02:40 PM | Show all posts

Reply #748 moimed's post

ha nampaknye memang jenis akuarium yg same la pasal ade tanam pokok dalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 02:41 PM | Show all posts

Reply #749 kaki_ayam's post

makanan ikan pon boleh jadi punca ke???
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 05:03 PM | Show all posts

Balas #751 skycrew\ catat

boleh jugak...aritu akuarium aku ni mmg kosong la...

ikan je ade...aku boh makanan...diorg x mkn...

pastu air jd keruh dan ijau mcm berlumut...

aku tukar makanan baru...brand lain...diorg mkn...air pun ok jer...

2/3 hari skali baru tukar air pun xper...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 07:21 PM | Show all posts

Reply #752 kaki_ayam's post

nanti aku cuba try makanan lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 08:58 PM | Show all posts
ko slalu amek air dari mana??

cube ko tadah air dari toilet letak lam baldi...

pastu ko biar 2-3 hari...

pastu air tuh ko transfer masok lam akuarium...

tgk mcm mana...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 01:39 AM | Show all posts
ada soklan disini ye, aku ade bela kura2 dlm akuarium ikan (sebesar tapak tgn org dewasa), skang ni aku tepikir ade x ikan yg leh dibela bsama2 kura2? klo ade mtk jwb ye..tengkiu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 03:48 PM | Show all posts

Reply #755 PoningPalo's post

boleh apa salahnya.. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 08:17 PM | Show all posts

Reply #756 eco_internet's post

mengikut pengalaman la, kebanyakan ikan yg pnah dibela ngn kura2 ni abes rosak sirip2 smua sbb kura2 ni ngap..klo kne saiz nye, mau dimakan trus..lg2 sbb mknn die selama ni mmg anak ikan idop nk cube ikan puyu la
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 10:44 AM | Show all posts
ikan puyu senang bela..

by the way aku nak bela peacock bass.. nampak cantik lak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 11:13 AM | Show all posts
Tip Akuarium: Seimbang saiz elak kebocoran
Oleh Helmi Hamzah

PELBAGAI jenis akuarium di pasaran kadang kala menyukarkan pengguna membuat pilihan untuk mendapatkan akuarium yang paling sesuai digunakan mengikut jenis ikan yang dipelihara.

Bagaimanapun, ada juga akuarium berbentuk berlainan daripada biasa. Tetapi reka bentuknya yang menyerlah atau kelainan yang ditampilkan seperti lonjong atau bulat, mampu menarik peminat hobi ini.

Sebaik-baiknya ukuran paling sesuai untuk permulaan memiliki akuarium dan memelihara ikan ialah tidak kurang daripada 60 sentimeter (sm) panjang, 30sm lebar dan 30sm dalam (tinggi).

Sekiranya anda menempatkan anak ikan, lama-kelamaan ikan itu terpaksa dialihkan ke ruang lebih besar apabila saiznya bertambah.

Akuarium boleh dibina dengan pelbagai saiz seperti 25sm x 25sm x 25sm bergantung kepada penjual. Saiz biasa yang sering menjadi pilihan ramai ialah 30sm (tinggi) x 15sm (lebar) x 15sm (kedalaman) hingga 90sm (tinggi) x 30sm (lebar) x 30sm (kedalaman)

Ada juga sesetengah akuarium berkedalaman 38sm untuk memberi lebih kesan terhadap gambar, manakala akuarium bersaiz pada kedalaman ini boleh dihias dengan lebih baik.

Sebagai permulaannya, beli sebuah akuarium dan letakkan di tempat yang difikirkan sesuai. Buat percubaan dengan mengisi air ke dalamnya.

Perlu diingat, walaupun air kelihatan tidak mempunyai apa-apa kuasa tetapi ia bersifat berat. Contohnya, akuarium bersaiz 60sm x 30sm x 30sm boleh diisi air sejumlah 120 paun.

Cara mudah untuk mengira jumlah air yang bersesuaian dengan saiz akuarium ialah dengan membahagikannya dengan jumlah 277.

Sekiranya akuarium itu berukuran 60sm x 30sm x 30sm, sepatutnya diisi air berjumlah 12.5 gelen (345 dibahagikan dengan 277). Jadi, satu kaki padu air berjumlah 6.5 gelen dan setiap gelen itu berjumlah 10 paun.

Pastikan akuarium dan kelengkapan lain boleh menampung berat air yang diisi ke dalamnya.

Kadang-kadang apabila anda membeli akuarium baru, ia akan mengalami sedikit kebocoran seperti air menitis perlahan dari mana-mana bahagian cantuman yang digam. Bagi kes seperti ini, anda patut menghantarnya semula ke kedai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 12:59 PM | Show all posts
aku nak start balik bela ikan ni.. nak bela ikan2 ganas skit mcm toman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.066606 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list