|
Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam
[Copy link]
|
|
Nina Chatu / Setu Nayinar
Artwork : Walid Muhammad وليد محم
|
|
|
|
|
|
|
|
GAMBUS MELAYU
1. Gambus Melayu, Batu Pahat Johor (Malaysia)
2. Gambus Hadramawt, Batu Pahat Johor (Malaysia)
3. Gambus Hadramawt, Batu Pahat Johor (Malaysia)
4. Gambus / Saludang Buntal, Brunei & Sabah (Malaysia)
1. Gambus Melayu, Bengkalis (Indonesia) - Riau
2. Gambus Melayu, Sumatra (Indonesia)
3. Gambus Melayu, Batu Pahat Johor (Malaysia) - Riau
4. Gambus Melayu, Brunei
5. Gambus / Saludang Buntal, Brunei & Sabah (Malaysia)
6. Gambus Kecil, Brunei
Sumber : http://inthegapbetween.free.fr/pierre/PROCESS_PROJECT/process_malay_gambus_hijaz_skin.pdf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari 32 : Serangan Portugis Ke Atas Kota Melaka (1511)
Artwork : Walid Muhammad وليد محمد
Sumber Melayu:
"Setelah hari siang, maka Peringgi pun naiklah ke darat melanggar. Sultan Ahmad pun naik gajah, Juru Demang namanya; Seri Udani di Kepala, Tun Ali Hati di buntut. Maka baginda pun keluarlah dengan segala hulubalang; maka berperanglah orang Melaka dengan Peringgi, terlalu sabur; daripada sangat tempuh hulubalang Melaka, segala Peringgi pun undur. Maka tampil Alfonso di' Albuquerque dengan seribu seldadu beristinggar, menempuh pada segala orang Melaka, bunyi peluru istinggar seperti kacang jatuh ke bidai; daripada sangat tempuh anak Portugal, pecahlah perang orang Melaka, lalu undur; maka tinggal Sultan Ahmad seorangnya, terdiri di atas gajahnya. Maka oleh Peringgi, gajah Sultan Ahmad dikepungnya, dibanyak-banyakinya; maka Sultan Ahmad pun beradakkan tombak dengan Peringgi, kena tapak tangan baginda, luka sedikit. Maka oleh Sultan Ahmad digedangkannya tangannya, titah baginda; "Hei anak Melayu, lihatlah tangan kita!" Setelah melihat tangan Sultan Ahmad luka itu, maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula beramuk dengan Peringgi."
Sumber Portugis:
"Orang Islam mula menembak orang-orang kita dengan meriam yang diletakkan di dalam kubu dan tembakan mereka telah mencederakan beberapa orang. Apabila letupan senjata api pertama berakhir, Afonso de Albuquerque mengarahkan supaya ditiupkan trompet dan dengan laungan 'Saint James', mereka maju ke arah kubu di atas jambatan tempat pasukan itu berada. Dari semua sudut, pemanah Islam yang tidak terhitung banyaknya dan orang bersenjatakan tombak panjang dan perisai sambil meniup kornet dan terompet datang menyerbu. Untuk seketika mereka berjuang dengan gigih melindungi kubu mereka, tetapi beberapa orang kita yang bertempat di sebelah masjid, menyerang mereka. Kemudian Raja Melaka muncul dengan menaiki gajah, diiringi oleh anaknya di atas gajah yang lain dan sekumpulan pasukan tentera dan gajah membawa bekas kayu yang dipenuhi senjata dan ini membuat orang-orang Islam kembali ke kubu yang ditinggalkan oleh mereka."
1) Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi A. Samad Ahmad.
2) Albuquerque Caeser Timur - Teks-teks pilihan daripada Afonso de Albuquerque dan anaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok Janggut
Artwork : Walid Muhammad وليد محمد
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok Janggut
Artwork : Hamdy Abdullah
|
|
|
|
|
|
|
|
PEPERANGAN ACEH-JOHOR MEREBUT WILAYAH GURI
Orang Guri memberontak melawan Aceh lalu mereka menjemput Sultan Johor untuk ditabalkan di Guri. Pembunuhan Bujang Dandan dan penangkapan Panglima Rahsia Raja wakil Aceh di Guri menyebabkan Aceh bertindak balas.
Sultan Alauddin Riayat Shah Aceh mengirim beberapa puluh kapal ke sana namun menerima kekalahan. Kekalahan ini menyebabkan baginda berangkat sendiri ke Guri dengan 10 kapal besar, 120 ghurab, 230 fosta, dan sumbuq, pilang, dandang dan banting yang tidak terbilang banyaknya dilengkapi senjata artileri.
Ghurab baginda bernama Mirat as-Safa berlayar dari Aceh melalui Kuala Semutra dan berlabuh di Pasir Putih dan Kuala Guri. Angkatan pendaratan mudik masuk melalui Pengkalan Dungun dan tercetus peperangan besar di Batangan. Kekalahan pasukan Guri yang dipimpin Merah Miru dan Tun Bija Diraja di kubu Batangan membuatkan mereka berundur ke Kota Guri.
Namun, Guri juga akhirnya jatuh ke tangan pasukan Aceh lalu rakyatnya beserta hulubalang-hulubalang Johor berundur lalu berkubu di Suka Mandi dan Melaka Muda sebelum pulang melalui Kuala Tanjong. Orang Johor meninggalkan banyak harta dan anak isteri ketika berlepas dari Kuala Tanjong.
Sultan Alauddin mengikut menyusuri Kuala Sungai Raja, masuk ke Asahan kemudian berlayar sehingga Pulau Sabda di pesisir Melaka untuk mencari Sultan Johor namun terpaksa pulang kerana ditimpa sakit. Pasukan baginda diarahkan untuk masuk sehingga ke Johor dan mengepung membedil Batu Sawar.
Namun strategi melengahkan masa Sultan Johor menyebabkan kepungan tersebut gagal. Pasukan Aceh meskipun kuat namun berhadapan masalah kekurangan bekalan makanan dan penularan wabak penyakit.
Sultan Aceh sepeninggal peperangan ini telah merajakan Sultan Hussain di Guri yang kemudian dikenali sebagai Shahr Deli. Perang di Guri ini sangat sengit menyaksikan korban besar di kedua-dua belah pihak termasuk mengorbankan Sultan Mansur anak Sultan Alauddin bapa Sultan Iskandar Muda
Kredit : Nabil Nadri
|
|
|
|
|
|
|
|
PERTEMPURAN PULAU ARANG DAN PERJANJIAN DAMAI PENGKALAN DUNGUN
Aru telah menyerang Pasai akibat satu konflik politik pada zaman Sultan Alauddin Ri'ayat Shah Melaka. Disebabkan Melaka merupakan sekutu Pasai maka Aru turut menyerang jajahan Melaka yang berada di seberang wilayah mereka. Aru dikatakan telah merosakkan penempatan orang Melaka yang berada di sepanjang pesisir Jugra sehingga ke Tanjung Tuan. Baginda sultan telah menitahkan Seri Bija Diraja hulubalang kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kedua-dua pasukan bertembung di perairan Pulau Arang iaitu Port Dickson hari ini.
Angkatan Aru mengalami kekalahan lalu berundur kembali ke Aru dan pasukan Melaka mengejar sehingga tiba di Pengkalan Dungun untuk mengambil bekal dan buang air. Pertempuran sengit berlaku di Pengkalan Dungun dan pasukan Aru sekali lagi mengalami kekalahan teruk. Maharaja Diraja pemerintah Aru telah meminta agar diperbuat suatu perjanjian damai dengan Melaka. Perjanjian tersebut telah dimeterai di Pengkalan Dungun disaksikan beberapa pembesar Melaka dan Aru.
Kredit : Nabil Nadri
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HangPC2 replied at 21-8-2019 02:17 PM
Pelacur Dan Pelacuran Di Malaysia (1980)
Kota Bharu digelar Paris of Malaya pada tahun 60an. Mak iols cite nak gi sekolah kena lalu jalan parit dalam kat tengah bandar KB. Takut sebab kat situ sarang pelacur.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Che Siti Wan Kembang 2 / Paduka Che Siti (1526-1547)
Artwork : Jefri Din (Jet AeroPlane)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Singahsana Laksamana Hang Tuah
Artwork : Jazman Shah Amir
|
|
|
|
|
|
|
|
Kongres Bahasa & Persuratan Melayu Pertama (1952)
|
|
|
|
|
|
|
|
Serangan Portugis Ke Atas Bintan (1521 1523 1524 & 1526)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|