CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

[Copy link]
 Author| Post time 7-8-2017 09:04 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 7-8-2017 12:14 AM
Ada latest story on Cik H..

Minyak Dagu??

waaa....cepat babe...
aku tgh busy..tak sempat nak mengimbau kisah lama..hehe


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2017 11:06 PM | Show all posts


Minyak Dagu

Seriously, inilah pertama kali, aku dengar ada orang yang guna minyak dagu ni untuk mengenakan orang.

Cik H baru2 ni ada bagitau kat aku, yang dia bermimpi ada orang antar mayat untuk dikubur kat belakang rumah dia..

Aku tak ingat lak nak tanya, bila dia mula2 bermimpi.

So, macam biasa, aku ngan Mak aku pi ambik Cik H kat rumah dia and kitorang pegi kerumah Pakcik kat Samarahan.

Pada hari tu, kebetulan ada orang lain yang pegi jumpa Pakcik jugak, tapi yang best nya, tengah2 Pakcik tu mengubat mak aku, Cik H tiba2 pengsan, dahlah dia pengsan terus ke badan mak aku..

Semua yang duduk kat situ, terkejut termasuk anak Pakcik  tu (siapa yang ada follow my posting kat thread ni, tahu, aku pernah mentioned, selain Pakcik dan Makcik, anak dia yang no.7 pandai jugak mengubat).  Anak pakcik tu, kita panggil dia Puteri, bagitau, ehh dah lama dah Cik H tak pengsan..

Cik H sebelum pengsan tu, was asked by Pakcik to sit next to mak aku, sebab Pakcik nak suruh Cik H sekali membantu untuk “melihat” benda2 or makhluk halus yang mengganggu mak aku, alih2 dia pulak pengsan.

So Pakcik suruh aku tolong alihkan Cik H daripada Mak aku, tapi kan dalam Cik H tengah pengsan tiba2 dia mengangkat tangan dan menunjuk ke jendela, pastu pengsan balik..

Anyway, yang famili lagi satu, terperanjat, sebab itulah pertama kali dorang tengok Cik H pengsan, walaupun si Bro F, isteri dia, sis N dan adik ipar dia, sis G dah kami jumpa beberapa kali.

Kali ni Bro F bawak pak mak mentua dia sekali.

Sebaik sahaja Cik H sedar, dia terus pandang aku, aku just senyum dan dia tahu yang dia pengsan lagi.

Pakcik tanya Cik H, naper pengsan, dia bilang ada ‘orang’ tunjuk muka kat jendela. Paham2 jer apa yang ada kat tingkap tu, dia ikut sis G rupa nya..
Aku terus terbayang adegan PHSM, masa Maya tak boleh masuk rumah sebab si Ida dah letak pagar.. ehh sama pulak kejadian nya ya...

Sis G bila dapat tahu hal tu, dia terus bagitau kami semua..

Ehh dia ikut jugak ehh..

Anyway, kita akan sambung hal sis G, selepas ini ok.. let us concentrate on Cik H dulu..

Lepas dia sedar dari pengsan, Cik H telah dibawa oleh Makcik ke bilik sembahyang dorang, dia suruh Cik H berzikir

Tapi….

Dia pengsan lagi lah..

Mimpi Cik H setelah diterjemah oleh Makcik..

Cik R telah menyapu minyak kat Cik H, dulu dia guna minyak anak sulung yang dah meninggal, kali ni dia guna minyak dagu pulak...

Agaknya dia heran kenapa Cik H tetap layan dia macam biasa, tak macam orang lain.

Minyak Dagu antara kegunaan yang diberitahu oleh makcik, digunakan sebagai penunduk, pengasih juga pembenci...

So, yang Cik R ni memang ambik minyak sebagai penunduk, and her main target is Mak Encik, tujuan dia, cepat2 naik pangkat lah...

As for yang lain, memang
Tanpa dia sedari Mak Encik pun ada gak guna penunduk, kena lah sangat dorang tu, sorang nak tunduk kan sorang, last2 tak tahulah apa nak jadi...

Kita tunggu dan lihat jer lah..

Sampai bilalah nak mengejar hal dunia ni kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 10:23 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 8-8-2017 12:06 AM
Minyak Dagu

Seriously, inilah pertama kali, aku dengar ada orang yang guna minyak dagu ni un ...

aku dulu pun tak percaya pada kuasa minyak dagu/minyak pengasih/minyak pembenci bagai tu..
tp bila dah nampak berlaku depan mata, sedikit sebanyak aku 'terpercaya' juga.. huhuhu
tapi tak berani nak cuba sebab apa yang kau dapat perlu korbankan apa yang kau dah ada...gituuuu

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 10:51 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 8-8-2017 10:23 AM
aku dulu pun tak percaya pada kuasa minyak dagu/minyak pengasih/minyak pembenci bagai tu..
tp bil ...

Kan...macam mak aku bilang, semakin dia naik, semakin banyak duit dia keluar ambik segala
datuk nenek minyak, just to retain her position..

memang takder kesudahan lah, tambah lagi si Mak Encik pun memakai.

And...

Aku baru jer dapat tahu, masa Mak Encik kat bank lama dia, pangkat dia atas sikit jer dari Executive..

Sekali dia dah memakai, bertingkat2 naik nya... and mind you, dia sekarang tengah mengushar satu lagi
position yang lebih tinggi dari jawatan sekarang... dan jawatan tu ada kat KL jer...

sekarang ni, siapa nak selamat, siap2 angkat susu...

huhuhu


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:09 AM | Show all posts
Mak aku selalu pesan kalau dia dapat tahu, sakit tu dari orang..

Itu adalah salah satu 'surat' yang tak perlu dibalas..

'Return to sender' maybe boleh, tapi kena lihat kandungan surat orang tu..

but most of the time, kitorang just zazz the 'surat'

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 12:07 PM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 8-8-2017 01:09 PM
Akoobabes replied at 8-8-2017 11:51 AM
Kan...macam mak aku bilang, semakin dia naik, semakin banyak duit dia keluar ambik segala
datuk n ...

FUH!

memang berkesan minyak dagu dia eik..
mak encik tu dah kawen ker??
anak berapa??


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2017 12:09 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 8-8-2017 12:09 PM
Mak aku selalu pesan kalau dia dapat tahu, sakit tu dari orang..

Itu adalah salah satu 'surat' ya ...

hurrrmmmm...lagi pu kabanyakkanpengubat ni tak nak ambik risiko sebab tak sangup nak berbalas bulu tangkis dengan si penghantar 'surat' tu..
biar lah surat tu tak berbalas..
selagi dapat tangkis, kita tangkis jer..
takut terbagi bola tanggung, mampus!!

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:08 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 8-8-2017 12:07 PM
FUH!

memang berkesan minyak dagu dia eik..

Dua dua Cik R ngan Mak Encik dah kawin. Cik R ada 3 anak, sorang OKU, Mak Encik ada dua.

Mak Encik kat sini, no 1, Cik R report to her...

Cik R pun dah bypass ramai yang senior...

ko ghase?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2017 02:27 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 8-8-2017 03:08 PM
Dua dua Cik R ngan Mak Encik dah kawin. Cik R ada 3 anak, sorang OKU, Mak Encik ada dua.

Mak En ...

whoaaa...mana dorg menuntut nih??

haishhhh..

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:47 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 8-8-2017 02:27 PM
whoaaa...mana dorg menuntut nih??

haishhhh..

Tak tahu lah babe.

Biorlah, tak lama mana nya bertahan, asal jangan kacau aku sudah.

As for Cik H, nasib baik lah sekarang dia paham keistimewaan yang dia ada, cuma dia belum pandai
macam mana nak guna kelebihan tu untuk menangkis anasir2 jahat, takat menjaga keselamatan dia sendiri
pun dah okay.

Yang kesian orang2 lain tu lah.. mudahan takde claim nyawa lagi macam sebelum ni..

Orang2 yang memakai segala datuk nenek minyak ke, cincin ker..  mana sedar yang perbuatan dorang
menyakitkan orang lain.

Yang penting dorang dapat apa yang dorang nak.

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:56 PM | Show all posts
Kebanyakan branch kitorang, memang ada 'permanent staff' dah.

Ada satu branch tu, si 'permanent staff' ni suka duduk dalam bilik boss..

Dan daripada information yang aku dapat, branch tu dah buat 'pembersihan', tapi
lately, ada lagi pelawat baru...

Tunggu ekkk....

Biar aku buat siasatan dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 03:26 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 8-8-2017 03:56 PM
Kebanyakan branch kitorang, memang ada 'permanent staff' dah.

Ada satu branch tu, si 'permanent s ...

ok....



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 03:48 PM | Show all posts
Babe @annabellaruz2

Penah dengar inggu kah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 03:48 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 8-8-2017 04:48 PM
Babe @annabellaruz2

Penah dengar inggu kah??

erkkk....tak pernah babe..
apa tu?

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 04:10 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 8-8-2017 03:48 PM
erkkk....tak pernah babe..
apa tu?

Cer try tanya your mom is she knows about inggu.

Inggu memang ada dijual especially kat kedai rempah.

Gunanya, untuk menghalang orang halus daripada mengganggu kita,sebab dorang tak suka ngan bau inggu.

Plus, pemakaian inggu tiada pantang larang, macam tak boleh lalu bawah kain yang tengah bersidai or
if nak ke toilet.. macam Cik R, dia kalau nak buang air besar, memang kena bukak cincin, sebab aku tahu hal
tu, dia pernah tertinggal cincin, dan bila dia dapat balik, dia bagitau kat cleaner dia hanya akan bukak if dia melepas.

Anyway.. anak pakcik si Puteri suruh aku guna inggu, sebab aku lately selalu sakit, last sekali, kaki aku
walaupun dah kena ubat by dorang, asal aku masuk opis jer, kaki aku ngilu dan rasa tajam2.

Bila balik rumah, takder pulak rasa sakit..

Cara mengguna inggu, sama macam kita pasang azimat, kena letak dalam kain, pasang kat bra..

Paling bagus, inggu + jintan itam + jerango..

Aku belum dapat pakai lagi sebab aku belum bungkus dalam kain..






Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 07:03 PM | Show all posts
Phew.
Khatam jugak crita ni..
pergh! tak leh nak fikir logik but it's happening.

thank you for sharing.
aku selalu ada this feeling yang takut gila ngan buaya.
dari dulu asyik mimpi kena kejar buaya. (punya takut sampai termimpi2)
i don't know why. and dalam banyak2 negeri kat malaysia ni, memang i will avoid to visit sarawak la sebab takut buaya punya pasal. haha.

macam benda yang ada penjaga ni (keris contohnya) if let say orang dah tak amalkan ritual dia, jadi apa? can we simply throw it away? ke sampai mati akan kejar kita?

yang kalau kena calit minyak ni sume, dah kalau tak perasan, kira sampai ke mati la ye menanggung?

pastu kenapa plak macam mak encik ngan cik R yang ada benda, tapi tempias kat orang lain? memang rules dia macam tu or sebab benda syaitan tu, memang nak ngusik habis semua orang?

haha.. banyak benda gila nak tanya. interesting la korang punya cerita. thank u!

and bank aperrr tuuu mak encik tuuu~~~ :p
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 09:00 PM | Show all posts
FMKiller replied at 8-8-2017 07:03 PM
Phew.
Khatam jugak crita ni..
pergh! tak leh nak fikir logik but it's happening.

Amboi.. banyak soalan na..

Takpa, aku jawab yang berkaitan ngan aku ja dulu ok...

macam benda yang ada penjaga ni (keris contohnya) if let say orang dah tak amalkan ritual dia, jadi apa? can we simply throw it away? ke sampai mati akan kejar kita?
Wallahualam.. in my family nyer case, si penjual badik tu which is my uncle sekarang ni sakit and I think sebab dorang jual badik warisan tu ke boss dia. Boss dia sampai la ni, tangan dah tak boleh lurus, tak tahu kenapa..

yang kalau kena calit minyak ni sume, dah kalau tak perasan, kira sampai ke mati la ye menanggung?
I believe so, unless sesuatu menimpa si tukang calit, tapi selalu nya mmg tak nampak sang magic effect tu, sampai lah dah terlambat...
Bersambung....

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 09:14 PM | Show all posts
Edited by Akoobabes at 9-8-2017 08:52 AM
FMKiller replied at 8-8-2017 07:03 PM
Phew.
Khatam jugak crita ni..
pergh! tak leh nak fikir logik but it's happening.


pastu kenapa plak macam mak encik ngan cik R yang ada benda, tapi tempias kat orang lain? memang rules dia macam tu or sebab benda syaitan tu, memang nak ngusik habis semua orang?

Mak encik ngan Cik R memang ambik sebagai penunduk dan kasih..

Current happening ehh, Cik R is the only one tak akan diberi target, will not get scolded eventhough terang2 salah, sentiasa dipuji oleh Mak Encik.

Mak encik memang digeruni oleh semua orang walaupun dia beri target ngan deadline tak masuk akal. Contoh, buat sales hari Ahad, by 12 noon on the same day to report to her the figure, even ada sales, siapa bukak email hari Ahad!?!

Certain orang badan or semangat dia kalah, so dorang akan terpengaruh ngan minyak or cincin tu & menurut kata/takut/bodoh.
Cik H ni memang lain, dia memang tak akan senang dipengaruhi sebab semangat dia kuat, plus dia ada pendamping dan keistimewaan diberi petunjuk melalui mimpi. Jika dulu dia tak ambik endah sampai dia sakit, sekarang dia akan treat semua mimpi especially yang sentiasa berulang2 as petanda. Kalau dia tertiber pengsan, bukan sebab dia lemah, tapi ada seseorang atau sesuatu yang mengganggu



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 09:16 PM | Show all posts
FMKiller replied at 8-8-2017 07:03 PM
Phew.
Khatam jugak crita ni..
pergh! tak leh nak fikir logik but it's happening.

Last...

and bank aperrr tuuu mak encik tuuu~~~ :p

Biarlah rahsia, taknak wei masuk mimpi aku lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 09:32 PM | Show all posts
To be honest, masih ramai yang menganggap sihir dan makhluk halus ni tak relevan dah di zaman moden, hakikatnya, ada jer orang yang menggunakan sihir untuk mendapatkan apa yang dorang nak.

As for orang halus, we are actually co-existing with them, whether we like it or not, they have the upperhand , because not everyone  can see them..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.326231 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list