CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 26-2-2015 09:23 AM | Show all posts
BAB 34



TERDIAM sejenak mendengar penerangan dari bos mudanya malam tadi. Dia bergegas ke balai polis semula selepas terima panggilan. Nampaknya kes mawar hitam sudah diserahkan pada Detektif Ana Dahlia dan ini bermakna dia juga termasuk dalam 'team' yang sama. Apa yang lebih mengejutkannnya, pihak atasan sudah mula menyiasat Hani dan kemungkinan besar Hani adalah suspek utama kes itu. Disebabkan itu, Hani digantung kerja selagi kes itu masih dalam siasatan.

Aylanins semak semula maklumat dalam fail diberikan kepadanya malam tadi. Satu persatu kes itu diteliti bermula dari mangsa pertama iaitu Joe sehinggalah kepada Fendi. Semua mangsa memang ada kaitan dengan kisah silam Hani dan itu sudah jelas menuding Hani sebagai suspek utama yang mempunyai motif kuat untuk membalas dendam. Fail kedua pula dibaca. Setakat ini semua suspek dan orang yang disyaki terlibat secara tidak langsung sudah ramai disoalsiasat termasuk Muzafar, Linda dan Amir.

"Hmm..Ami..pelik juga. Apakah dia disoal sebab dia tu bercinta dengan Linda?" Aylanins meneliti setiap maklumat yang terdapat dalam fail.

Kedengaran pintu diketuk. Aylanins mengangkat muka. "Ya?"

"Puan ASP Ana Dahlia ingin berjumpa dengan awak di biliknya dan bawa sekali fail kes mawar hitam." Terjongol seorang pegawai polis lelaki di muka pintu. Detektif Hazim yang baru bertugas di cawangan itu.

"Baiklah. Terima kasih." Aylanins segera mengambil fail yang dibelek tadi dan dia melangkah ke bilik Ana Dahlia. Dia tahu bos mudanya seorang yang tegas dan menepati masa. Cepat-cepat dia menghayun langkah.

Pintu diketuk sebaik tiba di muka pintu bilik Ana Dahlia. Aylanins mula melangkah masuk bila dengar suara Ana Dahlia menyuruhnya masuk. Dia memberi tabik hormat dan melabuhkan punggung  di kerusi bila disuruh berbuat demikian. Fail diletakkan atas meja.

"Dah baca semua maklumat tu?" Ana Dahlia capai fail dan dibelek.

"Ya Puan! Saya dah teliti semua maklumat." Jawab Aylanins dengan nada tegas.

"Hmm..jadi apa pendapat awak? Kes mawar hitam ni dah diserahkan kepada kita memandangkan ASP Hani sudah digantung kerja." Ana Dahlia masih meneliti maklumat dalam fail.

"Kes ni semakin sulit kerana suspek utama sekarang ini adalah ASP Hani. Saya dah baca kisah silam ASP Hani dan nama-nama mangsa memang ada kaitan dengan ASP Hani. Kalau mengikut kronologi kes, memang kesemua mangsa setakat ini adalah lelaki yang pernah ada sejarah dengan ASP Hani. Tapi saya rasa ada sesuatu yang tidak kena di situ. Menurut maklumat dalam fail itu, kesemua mangsa dijumpai mati di rumah masing-masing kecuali yang terakhir iaitu Ahmad Affendi atau Fendi yang sempat melarikan diri dalam keadaan parah ditikam dan hampir dilanggar Sharipuddin dan Alif pada malam hujan renyai itu. Maklumat dari doktor mengesahkan yang mangsa itu bukan mati dilanggar tetapi akibat dari tikaman bertubi-tubi. Semua laporan sudah diserahkan kepada ASP Hani." Jelas Aylanins.

Ana Dahlia angguk-angguk.

"Tapi saya syak, Muzafar juga boleh dijadikan suspek utama kerana dia yang selalu menyokong ASP Hani dan tidak senang dengan kesemua mangsa. Muzafar pernah beritahu saya yang dia akan pastikan semua lelaki yang merosakkan ASP Hani dulu terima balasannya suatu hari nanti. Saya tahu dari riak wajahnya yang macam menyimpan sesuatu dalam hati..mungkin juga dendam kerana setiap kali menyentuh soal itu, riak mukanya berubah." Sambung Aylanins lagi.

"Macam mana awak kenal Muzafar?" Ana Dahlia yang dari tadi asyik menatap fail mula mengangkat muka dan memandang tepat ke mata Aylanins.

"Dia sebenarnya kawan satu universiti dengan saya dulu. Kami kenal semasa belajar dan selepas habis belajar setelah dua tahun kerja, baru saya jumpa dia semula." Aylanins mula merasa tidak selesa bila disoal begitu oleh Ana Dahlia tetapi itu sudah menjadi tugas seorang polis untuk menyoal dan menyiasat.

"Hmm...jadi dari pemerhatian awak, Muzafar tu seorang yang macam mana? Maksud saya, dari awak mula kenal di kampus dan waktu sekarang ni?" Ana Dahlia mula berminat tentang Muzafar.

"Dia seorang yang periang dan mudah diajak berbincang. Dia juga seorang yang suka menolong tapi adakalanya dia akan bersendiri dan tidak suka diganggu. Kalau dia dalam keadaan macam tu, dia tidak akan layan orang lain dan dia hidup dalam dunia sendiri tapi saya rasa itu normal bagi seorang lelaki. Ada waktunya kita ingin bersendiri dan tidak mahu diganggu." Aylanins cuba mengingati semula kehidupannya di kampus dulu.

"Sekarang ni?"

"Hmm...masih macam dulu. Cuma dia lebih perihatin pada ASP Hani kerana sejak dulu dia memang sukakan ASP Hani yang satu sekolah dengannya. Sebab tu dia macam menyebelahi ASP Hani dalam setiap perkara dan saya pasti kes ini akan lebih membuatnya merasa tertekan." Aylanins  berhenti seketika. Nafas dihela perlahan. Saat ini dia terbayang sikap Muzafar yang begitu sayangkan Hani dan sanggup tunggu gadis itu walaupun sudah tidak lagi bergelar tunang.

"Tertekan? Maksud awak?"

"Dia akan mudah tertekan bila ada masalah terutama pada orang yang dia sayang tapi saya rasa itu juga adalah normal."

Ana Dahlia berkerut kening. Dia perlu menyiasat tentang Muzafar tanpa pengetahuan Aylanins kerana kata-kata dan setiap jawapan Aylanins tadi seperti 'bias'.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2015 09:37 AM | Show all posts
"Bagaimana dengan lelaki terakhir? Kalau mengikut maklumat ni, ada lima semuanya dan empat sudah dibunuh." Ana Dahlia belek semula maklumat dalam fail.

Aylanins terdiam. Sungguh dia juga merasa tidak keruan bila memikirkan Malik terlibat dengan kisah silam Hani. Malik sendiri mengaku dan apa yang dia cuba betulkan adalah anggapan Hani padanya yang sudah tidak percaya lagi dengan penjelasan Malik. Malik sekarang ini pun seperti buntu. Tidak tahu apa lagi yang harus dia jelaskan supaya Hani percaya. Dia tahu, Hani sengaja tidak mahu percaya dan padanya hanya ada satu saja dalam hati. Sakit hati dan dendam!

"Ya..saya dah soalsiasat lelaki yang dikatakan lelaki ke lima tu. Dia mengaku yang dia tidak pernah lakukannya dan dia sebenarnya ingin menolong tetapi waktu itu ASP Hani menjerit kuat. Jadi..lelaki tu mengambil keputusan untuk lari dari situ." Aylanins mula kendur suaranya.

"Apa yang saya dapat tahu dari maklumat ni, lelaki itu bernama Malik dan saya rasa tunang awak pun nama dia Malik kan?" Ana Dahlia letak fail dan pandang Aylanins yang mula tunduk.

"Ya..Malik lelaki ke lima tu adalah tunang saya sekarang ni.." Lemah Aylanins menjawab.

"Kes ni semakin rumit. Hmm..baiklah. Setakat ni saja dulu. Esok ada mesyuarat pasal kes ni dan saya nak awak bentangkan kes ni nanti."Balas Ana Dahlia.

Aylanins mula minta diri dan memberi tabik hormat sebelum keluar dari bilik Ana Dahlia. Langkahnya lemah saat Malik jadi topik bicara. Terasa dia pula dalam dilema. Malik jadi target, Hani dan Muzafar jadi suspek.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke kalo ada suspek atau mangsa ada berkait atau pertalian ngan polis yg menyiasst kes tu.. polis tu perlu diketepikan dr menyiasat kes tu utk mengelakkan 'bias'?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Malik x sempat dibunuh kot..
Huhu cinta bersegi2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:28 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-2-2015 09:49 AM
Bukan ke kalo ada suspek atau mangsa ada berkait atau pertalian ngan polis yg menyiasst kes tu.. pol ...

Iya....setuju.

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:48 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 26-2-2015 11:51 AM

Rasanya macam Malik kena bunuh, lepas tu Aylanins tak jadi kawin dengan sapa-sapa lalu membawa diri ke Pulau Jeju

Ya... rasanya Aylanins patut dibagi cuti panjang sebab dia ada kaitan dengan 'bakal mangsa'.

Err... hantarlah Aylanins ke Terengganu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2015 01:13 PM | Show all posts
alamak... banyaknya tertinggal.. jenuh nak rempit
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-2-2015 01:13 PM
alamak... banyaknya tertinggal.. jenuh nak rempit

jangan lupa #kunyahpopcornlajulaju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 01:28 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-2-2015 01:27 PM
jangan lupa #kunyahpopcornlajulaju

kena standby popcorn banyak-banyak
jap lagi nak g beli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:28 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-2-2015 09:49 AM
Bukan ke kalo ada suspek atau mangsa ada berkait atau pertalian ngan polis yg menyiasst kes tu.. pol ...

ya betul..tak lama lagi kenalah tu si Ayla ..tak yah masuk team siasat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:30 PM | Show all posts
aylanins replied at 26-2-2015 11:48 AM
Rasanya macam Malik kena bunuh, lepas tu Aylanins tak jadi kawin dengan sapa-sapa lalu membawa diri  ...

awat Ayla merajuk sampai nak gi pulau jeju...

pergi je kuala berang kalau nak jumpa Nicki..mana tahu dah sukakan nicki pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:31 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-2-2015 01:28 PM
kena standby popcorn banyak-banyak
jap lagi nak g beli

ipo nak juga..nak kirim yang caramel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:33 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-2-2015 01:31 PM
ipo nak juga..nak kirim yang caramel tu..

kalu ada lebih nanti iols bagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 02:32 PM | Show all posts
kakZue replied at 26-2-2015 09:49 AM
Malik x sempat dibunuh kot..
Huhu cinta bersegi2..

ya kak..cinta heksagon namanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 02:46 PM | Show all posts
ANA DAHLIA masih meneliti fail maklumat kes mawar hitam. Nampaknya kes itu  memerlukan siasatan lanjut. Ancaman terhadap Malik tidak boleh dianggap ringan. Nota ugutan yang ada dalam fail itu turut diteliti. Jelas ada seseorang yang mengugut ingin membunuh Malik. Jika Malik adalah mangsa seterusnya, bermakna Aylanins juga mungkin dalam bahaya. Dia sudah masak dengan tindak tanduk pembunuh. Orang terdekat atau orang tersayang akan dijadikan umpan. Fail itu ditutup. Dia segera menghubungi seseorang dan arahan diberi. Usai perbualan di talian, Ana Dahlia melangkah keluar dari biliknya. Dia perlu berbincang dengan seorang pegawai atasan tentang kes itu.
Aylanins yang kebetulan baru keluar dari bilik air, ternampak Ana Dahlia sedang berbincang dengan Tuan Razlan. Nampak serius perbualan mereka. Terfikir juga di benaknya yang dia mungkin akan digugurkan dari pasukan menyiasat. Dia faham jika mereka berbuat begitu. Aylanins mula melangkah ke biliknya semula dan mengemas meja sebelum pulang.

"Aylanins!! Ayla!!"

Aylanins melingas mencari siapa pemanggil itu.

"Ayla!!"

Sekali lagi Aylanins mencari arah suara yang memanggil namanya. Matanya terpaku pada sesusuk tubuh yang berdiri di luar kawasan balai, di bawah pohon tanjung. Dia kemudian melemparkans senyuman. Kakinya diatur ke arah itu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 04:15 PM | Show all posts
"Hani..kau dari mana ni?" Aylanins mula menegur Hani yang masih tercegat di situ.

"Ayla...aku ada hal sikit nak bincang.." Hani segera mengajak Aylanins masuk ke dalam kereta dan kereta dipandu keluar dari kawasan itu.

Aylanins hanya mengikut rentak Hani. Kereta yang dipandu Hani sudah menuju ke sebuah restoran di ibu kota. Hani tidak bersuara sepanjang perjalanan ke situ. Tiba di restoran itu, Hani mengajak Aylanins untuk menikmati makanan barat di situ.

"Err..Hani, ada apa sebenarnya ni?" Aylanins mula merasa pelik. Tiba-tiba Hani mengajaknya ke situ dan tanpa beritahunya terlebih dahulu.

"Kita makan dulu..kau pilihlah nak makan apa, aku belanja.." Hani mula memanggil pelayan restoran.

Makanan dipesan setelah melihat menu yang dihulur pelayan restoran tadi. Sementara menunggu makanan tiba di meja, Aylanins bertanya lagi kepada Hani. Soalan yang sama.

"Malik apa khabar?" Hani tidak menjawab soalan Aylanins sebaliknya dia bertanya pula hal Malik.

"Err..baik. Kenapa?" Aylanins mula merasa tidak sedap hati tetapi dia tidak mahu buruk sangka apa-apa.

"Kau ikhlas bertunang dengan dia?"

Aylanins tidak segera menjawab. Pertanyaan Hani tadi seperti ada sesuatu yang dia sendiri tidak faham apa yang Hani inginkan darinya. Jika Hani merasa cemburu, rasanya tidak mungkin kerana Malik sejak dulu menjadi musuh Hani kerana kisah silam itu.

"Ya..aku ikhlas. Aku terima dia seadanya." jawab Aylanins dengan nada yakin.

Hani senyum hambar. Dia kemudian meneguk air kosong yang memang disediakan di atas meja. Matanya kembali menala ke arah Aylanins. Agak lama dia merenung Aylanins. Baginya Aylanins seorang gadis yang baik dan tidak layak digandingkan dengan Malik.

"Aku bukan apa..kau tentu dah tahu kan kisah aku dulu. Siapa Malik. Aku tak nak kau terpedaya dengan Malik. Itu saja. Kau lebih layak dapat lelaki yang lebih baik." Mata Hani melirik Aylanins yang diam saja mendengar kata-katanya tadi.

"Aku tak nak ambil tahu hal silamnya. Semua kita ada kisah silam, pahit atau manis, itu sudah menjadi sejarah. Apa yang penting waktu sekarang ini. Kita pun tidak lepas dari melakukan dosa. Lagi mulia manusia yang berdosa dan dia bertaubat dan insaf atas dosanya daripada manusia yang tahu buat dosa tapi tak pernah mahu mengaku dosa yang dilakukan. Apa lagi nak bertaubat dan insaf." Aylanins pertahankan Malik.

"Huh! Jadi..kau rasa Malik tu dah kembali ke pangkal jalan? Sudah bertaubat dan jadi mamat alim?" Hani senyum sinis.

Aylanins diam tetapi sorok matanya cuba membaca riak Hani yang ternyata tidak senang dengan pertunangannya dengan Malik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 05:04 PM | Show all posts
entah2 malik tak mawar hitam tu???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 05:56 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 26-2-2015 05:04 PM
entah2 malik tak mawar hitam tu???

kau rasa Malik ke?..mungkin jugakk....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 26-2-2015 05:56 PM
kau rasa Malik ke?..mungkin jugakk....

Xpelik pon kalo die.. jeng jeng jenggg
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa cam malik la mawar hitam tuh..klu dia, mesti mati ditangan ayla..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.080413 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list