bellamya posted on 19-10-2014 12:59 AM
Motip iols xtau ewal shortlisted GLEE?
Perghhhh hebat2...
Ya btul....maybe Ewal belum ada rezeki kot.....found this article about it dated 31 July 2011 (Harian Metro)
Tiada PenajaOleh Norhadiani Baharom
KUNJUNGANNYA ke Amerika Syarikat baru-baru ini bagi merakamkan album ketiga, memberi peluang kepada Iqwal atau nama sebenar, Ikhwal Hafiz Ismail, 19, menghadiri uji bakat musim terbaru drama muzikal bersiri popular, Glee. Tiada dalam catatan awal perancangan, namun peluang itu bagi Iqwal sukar sekali untuk ditolak. Masakan tidak, sudah lama artis tempatan cuba memasuki pasaran antarabangsa, namun belum satu pun berjaya.
Sudut kecil hatinya sendiri tidak yakin akan diterima penerbitan Fox sebaliknya menoktahkan peluang itu sebagai satu pengalaman. Tanpa sebarang asas lakonan dan hanya bersandarkan vokal emasnya, Iqwal mencabar diri beraksi di hadapan barisan panel. Usai kejadian itu, dia pulang tanpa sebarang harapan.
“Saya fikir mungkin tidak akan diterima kerana sebagai penggemar drama muzikal itu, harus saya akuinya barisan pelakonnya bukan saja bagus sebagai pelakon, tetapi juga mempunyai vokal yang sangat hebat. Sudah tentulah mereka mencari pelakon baru yang lebih berbakat daripada sedia ada.
“Bagaimanapun, suatu hari mama saya dikejutkan dengan panggilan daripada pihak Fox yang menawarkan salah satu watak baru bakal diperkenal-kan dalam Glee musim baru.“Masa itu memang saya teramat gembira. Namun, produksi Glee menetapkan syarat jika saya bersetuju untuk menyertai mereka, sepanjang empat bulan penggambaran itu, saya perlu mencari penaja untuk membiayai kos seperti tempat tinggal sepanjang di sana.
“Atas alasan apa, saya tidak pasti mungkin itu sememang-nya syarat yang dikenakan kepada pelakon Asia kerana mereka tahu ramai penggiat seni dari rantau ini yang terlalu mahukan peluang itu,” katanya. Menyokong kenyataan Iqwal yang bersisa sedikit kekecewaan, Normin Shah Khairuddin juga ibu kepada pemuda ini menambah, hal berkenaan sudah dibawa ke pengetahuan pihak Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. “Fox memberi tempoh dua minggu kepada Iqwal untuk mempertimbangkan tawaran mereka dan saya ada cuba ke Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan untuk berbincang jika mereka dapat membantu menampung pembiayaan Iqwal di sana.
“Namun, permintaan itu ditolak. Sedikitpun saya tidak berkecil hati bahkan memahami tindakan itu kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap industri. Peruntukan yang diberi kerajaan harus diberi sama adil. “Malah, saya amat bersyukur kerana pembiayaan kos pembikinan album ketiga Iqwal yang mencecah hampir RM200,00 ditanggung sepenuhnya kementerian. Ini kali kedua Iqwal mendapat tajaan daripada kementerian itu. “Sebagai ibu, saya faham Iqwal agak kecewa kerana dia terpaksa melepaskan peluang keemasan yang mungkin tidak akan diperoleh lagi. Bagaimanapun, kami menerimanya sebagai tiada rezeki,” katanya.
Pada 2008, Iqwal pernah mengharumkan nama negara apabila menerima Anugerah Artis Antarabangsa Terbaik, menerusi pertandingan World Best New Talent, World Championship of Performing Arts, Hollywood, di Kodak Theater, Los Angeles.
Kunjungannya ke Ho Chi Minh City, Vietnam, baru-baru ini bagi menyertai pertandingan Asean Golden Melody Festival 2011 turut menambah trofi kemenangan dalam profil seninya apabila meraih Anugerah Artis Harapan terbaik Asean.
PS: Huntooongglahhh ASTRO dpt Ewal
Last edited by adiwarna on 19-10-2014 02:10 PM
|