yang masalah dalam analogi ialah. tukang masak. x buat kerja. asyik nak blame majikan. jangan lah marah kalau majikan serve half cook. kalo staff x boleh deliver kehendak majikan sila berhenti.
anishacute posted on 15-8-2014 05:10 PM
Calling to @ladydutch
Hehe
nah
edukesyen free ?
kekonon yang cemerlang education free?
ini minta course lain, dapat course lain
A STPM top scorer who applied to nine different local universities to pursue medicine and dentistry was only offered a nursing course by one university.
MelahJanda posted on 15-8-2014 07:21 PM
They have nothing in their brains
Mcm their leaders
Fikiran masih 40 tahun kebelakang
aku ni byk baca saja, jarang2 nak potpet sangat, kecuali bila benar2 perlu...konsep lantak korang nak masuk longkang ka masuk gaung ka kekdahnya,
tu dlm duk sekali sekali berbunyi pun, ada juga yg hangat hati
bila dah takleh sanggah kita, gi halau kita pulak, "kalu kau pandai sangat kau lah jadi menteri" gituhhhhh
Sultan titah Khalid tunggu 27 Ogos ini
NIZAM ZAIN
15 Ogos 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung jawatan menteri besar sehingga baginda kembali ke tanah air pada 27 Ogos ini.
Abdul Khalid dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi berkata, titah tersebut dikeluarkan selepas beliau memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin berhubung perkembangan terkini politik di Selangor termasuk pendirian 30 Adun daripada PR.
"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.
"Seterusnya, DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan itu.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendakwa mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Abdul Khalid meletakkan jawatan.
Sokongan tersebut diperolehi daripada 15 Adun DAP, 13 Adun PKR dan dua Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).
Jumlah itu menjadikan PR kini mempunyai 30 kerusi daripada 56 kerusi dalam Dun Selangor.
Sehubungan itu, Abdul Khalid menasihatkan kepada pihak berkenaan supaya menulis surat terus kepada Sultan Selangor bagi mengelakkan baginda keliru dengan pelbagai dakwaan kepadanya.
"Saya menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa saya telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan," katanya lagi.