“Kita jumpa sekejap saja pun tak apa. Saya ikhlas nak jumpa awak ni. Kalau awak juga ikhlas nak menolong saya, awak tak akan menghampakan harapan saya, kan?”
Aku menghela nafas panjang. Serba-salah aku dibuatnya.
“Jiha... Kalau saya ada niat buruk, saya tak datang pejabat awak hantar bunga, kan?”
Terkebil-kebil kelopak mataku. Alasan yang agak konkrit. Aku mengetap bibir. Mindaku masih lagi ligat berputar untuk memproses keputusan.
“Kalau awak tak sudi berjumpa dengan saya, maknanya awak sebenarnya tak sudi membantu saya.”
“Ok!” Cepat saja kata persetujuan terpantul dari bibirku sebaik sahaja Eddie mengugut secara halus. Duhh... aku tewas. Kenapalah aku ni mudah dipujuk?
“Thanks.” Tutur Eddie sebelum dia mematikan perbualan.
UsuFie posted on 27-3-2013 03:36 PM
ye..ye..usu dah babap tangan sendiri sb terbabas type mintak 'secebis..'
next time nak type.. ...
ok, ok.... lady pergi merembes ke LD sat tadi...
------
DAP DIP DUP.... Jantungku bergetar. Namun aku bukanlah bodoh. Sebelum keluar aku sudah memberitahu Yasmin terlebih dahulu. Malah aku juga beritahu kepada pengawal keselamatan yang bertugas untuk memerhatikan aku dan Eddie dari jauh.
“Assalamualaikum.” Suara lelaki menyapa aku.
Aku menoleh. Wow! Hatiku berdetik sebaik sahaja aku terpandangkan seorang lelaki sasa berdiri di sebelahku. Walau pun dia cuma berseluar jeans dengan baju-t, tapi dia kelihatan penuh bergaya, menunjukkan dia seorang lelaki metroseksual. Otot-otot di lengannya... sungguh kekar dan berulas-ulas. Mesti rajin buat work out! Sempat lagi hati kecilku bermonolog.
Haruman bau tubuhnya jangan nak ceritalah. Menusuk terus ke lubang hidung. Entah berapa banyak dia sembur agaknya. Gaya yang sangat macho, tapi sayang... dia lelaki gay! Kalau dia tak ceritakan tentang dirinya sebelum ini harus aku tak akan percaya tentang kecelaruan orentasi seksualnya. Malah, silap haribulan aku jatuh cinta kepadanya.
“Cik Najiha tak jawab pun salam saya.” Eddie cuba bergurau nampaknya. Aku tersenyum malu.
“Waa'laikumussalam.” Salamnya kubalas cepat-cepat. Berdosa tak menjawab salam.
“Eddie?” Aku menyoal kemudiannya.
“Yup!” Suaranya kedengaran gagah. Segagah tubuh badannya.
“Mesti Cik Najiha tak mahu bersalaman dengan saya, kan?” Eddie melawak lagi. Aku tertawa.
“Tahu tak pe...” Aku membalas dalam gurauan juga. Eddie melepaskan tawa.