|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
ok yg ni pun baru habis baca...
Nicki sila la NEXT |
|
|
|
|
|
|
|
agak-agak...Bella tu Nabilah tak???? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 taman ade kat hati shark ni ropenye...
lagi la Nicki... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Nickie, hati auntie dah tertambat kat enovel ni gak.... cepat2 update. It's all your fault, Nickie dah buat cerita best2, kan dah terpaut hati auntie yg jiwang karat ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
yaya4075 posted on 10-8-2012 03:31 PM
agak-agak...Bella tu Nabilah tak????
JENG JENG JENG
|
|
|
|
|
|
|
|
wasap posted on 10-8-2012 05:51 PM
mcm2 taman ade kat hati shark ni ropenye...
lagi la Nicki...
Memang banyak...Taman bunga ada...taman neraka pun ada...
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 11-8-2012 12:21 PM
Salam.
Nickie, hati auntie dah tertambat kat enovel ni gak.... cepat2 update. It's all your faul ...
Thanks for reading auntie...
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam Readers,
Sambung lagi sikit hari ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 39
“Fandi” Fandi yang ketika itu sedang khusyuk membaca segera mengalihkan buku dari mukanya.
“Papa” Datuk Yusuf tersenyum. Fandi bangkit dari pembaringannya di sofa lalu duduk. Buku yang di baca di letakkan di atas meja.
“Papa dah agak kamu ada dalam bilik bacaan” Datuk Yusuf berkata sambil mengambil tempat di hadapan Fandi. Fandi hanya tersenyum mengangguk.
“Ada apa papa?” Fandi bertanya apabila Datuk Yusuf mendiamkan diri.
“Papa dah dapat lebih banyak maklumat pasal adik kamu” Datuk Yusuf menjawab. Fandi menarik nafas.
“Dia ada kat mana sekarang?”
“Kalau ikut maklumat yang papa dapat, Nabilah…” Datuk Yusuf menerangkan satu persatu kepada Fandi, sama seperti apa yang di sampaikan oleh Hisham kepadanya. Tiada satu pun fakta yang tertinggal. Fandi mendengar dengan tekun setiap butir bicara Datuk Yusuf. Sesekali mengerutkan keningnya. Adakalanya dia menggelengkan kepala. Kemudian menarik nafas.
“Itu aje setakat ni yang papa tahu” Datuk Yusuf berkata setelah mengakhiri berita tersebut. Fandi mengangguk perlahan.
“Kamu rapat ya dengan Nabilah?”
“Rapat jugalah” Fandi menjawab.
Memang dia agak rapat dengan Nabilah berbanding Nazirah, kakaknya yang sulung. Dulu, ibunya selalu bergurau mengatakan Nabilah itu anak ‘tak sengaja’. Beza umur Fandi dengan Nabilah cuma setahun. Manakala Nazirah lima tahun lebih tua dari Fandi. Semasa kecil, mereka seperti kembar yang amat nakal, menyebabkan Nazirah selalu merungut dan menjerit lantaran sikap mereka yang kuat mengusik.
“Papa rasa, betul ke itu Nabilah?” Fandi bertanya.
“Itu yang papa perlu pastikan sekarang. Papa dah suruh Hisham pergi menyiasat lebih lanjut. Tapi Fandi jangan risau, papa akan tanggung semua perbelanjaannya” Datuk Yusuf menjawab.
“Papa boleh tolak dari duit upah saya” Fandi berkata lagi. Kemudian, Fandi menundukkan muka, meraup wajahnya sendiri. Datuk Yusuf hanya tersenyum. Dia tidak berniat untuk menolak dari upah tersebut tetapi tidak pula mahu memberitahu Fandi.
“Fandi”
“Ya papa?”
“Kamu…” Ayat Datuk Yusuf terhenti. Muka menantunya itu di pandang lama.
“Papa. Kenapa?” Fandi bertanya lagi. Keningnya berkerut melihat Datuk Yusuf yang tiba-tiba terdiam.
“Papa nak tanya, kamu…” Sekali lagi Datuk Yusuf kehilangan kata-kata. Iingin sekali dia bertanyakan pada Fandi, sejauh mana keihklasan menantunya itu memperisterikan Sofea Raihana? Apakah nasib Sofea Raihana setelah bersalin nanti? Dan pelbagai soalan lagi. Tetapi, soalan yang berlegar-legar di mindanya tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk bahasa. Akhirnya Datuk Yusuf mengeluh sendiri.
“Papa ada masalah ke?” Fandi bertanya lagi apabila melihat reaksi Datuk Yusuf yang serba salah.
“Tak ada apa-apalah, Fandi” Datuk Yusuf menjawab. Segala persoalan yang timbul dibiarkan sahaja.
“Papa masuk tidur dululah, Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” Fandi menjawab. Datuk Yusuf bangun, menepuk bahu Fandi beberapa kali lalu keluar meninggalkan bilik bacaan, meninggalkan Fandi dalam keadaan tanda tanya.
***************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Fifi menyelongkar segala khazanah yang berada di dalam dapur. Tetapi, tiada satu pun yang membangkitkan seleranya. Hendak memasak, manalah dia tahu. Hendak mengupas bawang pun masih terkial-kial lagi. Paling gah yang pernah di masak oleh Fifi setakat ini ialah telur dadar. Itu pun hangus di buatnya kerana ketika menggoreng, dia ralit ber sms dengan Nina lalu telur dadarnya bertukar menjadi arang.
Satu-satu pintu kabinet dapur di buka. Fifi mengeluh.
“Maggi pun maggilah” Sepeket mee segera berperisa ayam di ambil dari kabinet dapur.
“Baby makan maggi ajelah ye, mama tak pandai masak” Fifi berkata sambil memegang perut.
“Mana Mak Ton simpan periuk?” Keningnya berkerut sambil mencari-cari periuk di serata tempat. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia mengetuk bilik Mak Ton dan bertanyakan di mana periuk di simpan ataupun jika bernasib baik, Mak Ton baik hati untuk memasak sedikit makanan untuknya. Atau mungkin juga dia boleh mengejutkan mama. Tetapi jam sudah menunjukkan hampir 12 malam, tidak sampai hati pula Fifi hendak menyusahkan orang lain.
Kalau suruh Fandi okay juga. Fandi pun pandai masak. Fifi tersengih sendiri.
Tapi, mesti dia pun dah tidur. Fifi mengeluh. Matanya kembali mencari-cari periuk sambil mulutnya memuncung.
“Awak buat apa tu?” Bunyi suara itu betul-betul di belakangnya membuatkan Fifi terkejut lalu berpusing ke belakang dengan pantas. Oleh kerana perutnya yang membesar, agak sukar untuk Fifi mengimbangi tubuhnya. Dia hampir terjatuh namun sempat di sambut oleh Fandi.
“Awak ni..cubalah elok-elok sikit” Fandi bersuara.
“Awaklah, suka sangat terkejutkan orang” Fifi berkata, separuh merungut. Fifi mendongak, tersipu-sipu melihat Fandi yang merenungnya. Segera Fifi menundukkan wajah apabila pipinya mula terasa panas. Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi Fandi macam sengaja pula tidak mahu melepaskan pelukan. |
|
|
|
|
|
|
|
lagikkkkk..dh lama tungu sambungan ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Yess! Don't let her go Fandi... |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 13-8-2012 09:55 AM
Yess! Don't let her go Fandi...
dear , g balik umah u.. sambung panjang-panjang N3.ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
“Awak…” Fifi memanggil perlahan setelah mereka terdiam beberapa ketika. Fandi dengan tiba-tiba menggelengkan kepala.
“Awak buat apa ni?” Fandi bertanya lagi. Pelukannya dileraikan.
“Nak masak. Lapar” Fifi menjawab.
“Kenapa tak panggil saya?”
“Saya ingat awak tidur”
“Saya belum tidur. Lepak dalam bilik bacaan. Tapi kalau saya dah tidur pun, awak kejut ajelah. Saya tak kisah” Fandi menjawab. Fifi memuncungkan bibir.
“Awak nak masak apa?”
“Maggi”
“Maggi? Kesian baby makan maggi je”
“Itu aje yang paling senang nak masak”
“Awak nak makan apa? Saya masak”
“Maggi ayam” Fifi menjawab. Seleranya bagai sudah terpaku pada mee segera berperisa ayam itu.
“Tak eloklah awak, makan maggi...” Fandi menjawab sambil dahinya berkerut. Fifi kembali muncung.
“Kalau awak taknak masak, tak apalah. Saya masak sendiri aje” Fifi menjawab. Fandi mengangkat kening melihat Fifi yang mula merajuk.
“Ei…sikit-sikit nak merajuk. Nanti muka anak kita pun asyik muncung aje sebab mama dia selalu merajuk”
“Anak kita?” Fifi bertanya perlahan, terkedu dengan kata-kata Fandi. Fandi juga terdiam. Tidak tahu bagaimana ayat itu boleh terkeluar dari mulutnya.
“Awak pergi duduklah. Saya masak maggi untuk awak” Fandi segera mengubah tajuk, mengelakkan rasa kekok yang mula timbul antara mereka. Fifi tidak menjawab, tetapi arahan Fandi dituruti.
Fifi memerhatikan Fandi mengambil beberapa bahan dari peti sejuk. Sawi, lobak merah, tomato, telur dan sedikit daging lembu. Kemudian, sebiji bawang merah dan bawang putih di kupas.
Rajinnya. Fifi memerhatikan saja tingkah laku Fandi.
Oh, periuk bawah tu rupanya. Macam mana dia tahu tapi aku tak tahu? Fifi tersengih sendiri.
“Kenapa awak tersengih-sengih macam kambing?” Fandi menegur membuatkan Fifi ketawa terkekeh-kekeh. Fandi turut ketawa.
Comel…
“Awak panggil saya kambing?”
“Haah, kambing”
“Kalau saya kambing, awak apa?”
“Saya manusialah…”
“Teruk” Fifi kembali muncung tetapi sebentar saja.
“Mana awak belajar masak eh?” Fifi bertanya sambil-sambil memerhatikan Fandi dengan kerjanya. |
|
|
|
|
|
|
|
"Eh, awak tak tahu ke makan maggi masa mengandung rasanya dua kali ganda lebih sedap"
"Oh, ye ke? Mana lah saya tahu sebab saya tak pernah mengandung" Fandi menjawab naif.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya kan dulu duduk bujang. Kadang-kadang, bosan juga kalau selalu makan kat luar. Kalau ada mood, saya masaklah. Bukan susah pun. Campak-campak aje” Fandi menjawab.
“Awak taknak belajar masak?”
“Malaslah. Mak Ton kan ada”
“Belajarlah masak. Baru boleh jadi isteri mithali”
“Isteri mithali? Tapi awak cakap saya boleh anggap awak macam abang je” Fifi bertanya lurus. Fandi pula yang terdiam.
Ini lurus bendul ke, ataupun budak ni memang bendul? Fandi menggelengkan kepala.
“Awak…”
“Ya..”
“What if I want you to be my wife?” Fifi terpinga-pinga mendengar pertanyaan itu. Dia memandang Fandi tetapi Fandi tidak pula memandangnya. Masing-masing terdiam kembali.
“Nah, dah siap” Semangkuk mee segera yang meriah dengan pelbagai bahan di suakan kepada Fifi. Fifi tersenyum. Sudu dan garpu di capai. Fandi mengambil tempat duduk di sebelah Fifi, rapat.
“Baca doa makan…” Fandi menegur.
“Ya..ya” Fifi menjawab, tangan di angkat. Doa di baca dalam hati. Kemudian, Fifi menghirup sesudu kuah mee segera itu lalu tersenyum lagi. Sedap!
Elok juga dia datang. Kalau tak, maggi kosong je yang aku telan. Hidangan itu dinikmati tanpa memandang kiri kanan.
Hampir separuh menikmati hidangan mee segera, baru Fifi perasan yang Fandi asyik merenungnya. Suapan yang tadinya laju mula perlahan. Dia menjadi semakin tak keruan apabila baru tersedar betapa rapatnya kedudukan mereka. Fifi menarik nafas dalam-dalam. Dapat di dengar degupan jantungnya sendiri yang tiba-tiba berdetak kencang sehingga bergema di ruangan dapur yang sunyi ini. Fifi menarik nafas lagi. Perasaan yang dialaminya ketika ini amat berbeza. Sungguh, dia tidak pernah merasai apa yang dirasakan kala ini, walaupun ketika dia bersama Shah satu waktu dulu.
Bagai ada satu tenaga eletrik mengalir di badannya apabila Fandi mula menggengam tangan kirinya yang berada di atas meja. Fifi seperti dibius. Suapannya sudah terhenti. Fifi mengangkat muka menoleh ke arah Fandi tetapi kembali tunduk apabila melihat Fandi semakin mendekat. Dia cuba untuk bangun tetapi entah kenapa dia tidak mampu bergerak. Tubuhnya bagai terikat kukuh dengan tali ghaib. Fifi memberanikan diri mengangkat muka sekali lagi lalu membalas renungan Fandi. Mereka bertentangan mata. Lama.
Hangat sentuhan jemari Fandi dapat Fifi rasakan apabila Fandi mula mengelus lembut pipinya, dan kemudian ke bibir mungilnya. Fifi semakin terpaku. Debaran hatinya kian kencang. Bagai di pukau, Fifi membiarkan saja apabila bahunya diraih dalam pelukan. Wajah Fandi yang semakin rapat membuatkan Fifi memejamkan mata.
Last edited by Nicki_Meow on 17-9-2012 11:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 09:31 AM
Thanks for reading auntie...
U r most welcome, Nicki..... and thanks for updating....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-8-2012 09:43 AM
Fifi menyelongkar segala khazanah yang berada di dalam dapur. Tetapi, tiada satu pun yang membangk ...
... ai pulak yang malu ... apesal???
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|