CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 25-11-2011 09:58 PM | Show all posts
Reply 718# evita_ina

''U nampak comel bila marah, i tak nak cakap apa2 boleh? I nak tengok je u marah boleh? Comel.'' evita,cuba teka ayat siapa sy tiru ni..hihi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2011 10:04 PM | Show all posts
Reply 719# ugly_duckling


    cerita ni agak lama lg sbb ada watak lain juga bakal muncul, kalau nak cepat habis,sy blh potong yg x perlu sebenarnya tp klau sy potong,maka unsur dramatik tu x ada, bila unsur dramatik x de, jd unsur suspen itu akan berkurangan. Lama lg nak habis nih, tp sy target mesti habis at least sebelum 2012 lah kot kalau x de aral melintang. Insya allah akan cuba cepatkan. Untuk soalan awk yg nombor 2 tu, motip? Hihihi.. Sy 26 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:08 PM | Show all posts
cukup2lah tue nak tanya personal dkt forum nie....lagi pun kan cik_es dah pesan byk kali jgn bwk kisah FB diforum lg pun cik_es tulis dlm tulisan rumi,bahasa melayu,bkn tulisan jawi pun..so sila2 lah faham hati n perassan org...kita dlm forum nie nak baca cerita cik_es,so biar lah soalan yg ada kaitan dan gurau2 manja yg berkaitan jer....kalu benda cam nie pun tak boleh faham elok tak payah berforum...baru nak baca comment2 yg buat gelak sendiri tiba2 baca tang soalan potong stim betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 10:13 PM | Show all posts
Reply 709# amoilawa


    sementara tunggu sy paste update,apa kata u share dgn ktorang tntg mimpi swati tu. Plsss?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:38 PM | Show all posts
udah2 lah tu ,jgn marah spoiler tu lagi ,kesian lak dia.maybe dia tak sengaje ke,or maybe dia tak baca pesan es ke.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:42 PM | Show all posts
tahniah cik es atas usahanya... citer dan perkongsian yg menarik... tak semua boleh melalui perjalanan hidup yg seperti ini kan... complicated, very rare but very interesting... cik es seolah-olah boleh mengawal mimpi kan... clock selalu juga sedar bila mimpi n boleh fikir apa nak tanya tapi bukan dalam semua keadaan.. one thing i realize it must be sumthng special in u yg membuatkan cik es terpilih untuk lalui semua ni... and belive me, u will face it agian n again along ur life...emmm...tak tau nape clock rasa camtu... nway keep it up
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2011 11:41 PM | Show all posts
Tntg mengawal mimpi tu,smpai skrg sy masih blh lakukan tp selalunya mimpi tu x kan lama. Mesti korg pun penah mcm tu kan, blh ckp dlm mimpi ''ala ini mimpi,xpe''.. Sy penah jugak dulu mimpi diri sy tgh belajar mengawal mimpi, dan org yg mengajar sy tu yg blakon jahat dlm filem cuci, yg die syok kat erra tp erra x layan die, aduhh sapa nama pelakon tu ah..smpai dia skali penah masuk dlm mimpi sy utk ajar mengawal mimpi, ntah pape..haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:47 PM | Show all posts
Tntg mengawal mimpi tu,smpai skrg sy masih blh lakukan tp selalunya mimpi tu x kan lama. Mesti korg  ...
cik_es Post at 25-11-2011 23:41


khir rahman tu ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 11:59 PM | Show all posts
"Kau nak apa sebenarnya Swati? Kalau kau ada sesuatu yang nak kau bagitau sewaktu kau hidup dulu, tapi tak sempat, kau ada peluang sekarang. Aku tau kejadian macam ni,tak masuk akal. Dalam agama kepercayaan aku, orang yang sudah pergi, takkan ada hubungan secara langsung lagi dengan dunia kami yang masih hidup,tetapi aku percaya ada juga peristiwa-peristiwa tertentu yang berada di luar jangkauan akal fikiran manusia biasa. Dan dalam agama aku jugak ada menyebut tentang firman Allah iaitu Kun Fa Ya Kun, jika Dia mengkehendaki sesuatu dan berkata "Jadilah.." maka ia akan jadilah, tiada apa yang mustahil" kataku panjang lebar. Tapi, Swati..masih lagi mendiamkan diri. Nak give up dah aku.
cik_es Post at 24-11-2011 07:53



aku suka baca part ni..bila baca bulu roma meremang tersa juga keseraman dia...kalau aku la dapat mimpi camni aku mesti berusaha tuk berjaga..memang susah klu mimpi seram pastu nak berjaga terasa sangat berat time tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 09:02 AM | Show all posts
Reply 727# cik_es


    Ecah..masa saya baca update no 12 ke yg awak mimpi jumpa swati saya sbnrnya sakit..hendak tak hendak jer nak membaca tapi saya gagahkan jugak..
bila malam tu, saya termimpikan seorg pompuan india pakai sari merah n dia tersenyum..dlm mimpi saya menggeletar ketakutan sampai berpeluh2..yg saya rasa agak lucu nye, dlm mimpi saya tu, saya cuma angkat sepanduk yg tertulis nama Cik Es utk menghalau pompuan india tu...hahahahaha
saya betul2 rasa terasuk dengan cerita ecah nih..mungkin sebab saya sakit kot jd si swati tu mengganggu saya pulak..hahahaha

Ecah..saya mmg percaya dengan cerita misteri mcm yg ecah alami ni..sbb semua tu mmg takkan mustahil terjadi dan lebih memelikkan keadaan bila kita memikirkan perkara yg tak mampu dicapai akal fikiran kita..
hope so, ecah sambunglah cerita ecah ni tanpa memikirkan anasir2 luar tu..we understand what u feel ecah..


P/S: Ecah..mun kamek jumpak kitak kat luar kelak, kamek janji kamek negur kitak k...hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 11:36 AM | Show all posts
Reply  cik_es


    Ecah..masa saya baca update no 12 ke yg awak mimpi jumpa swati saya sbnrnya  ...
amoilawa Post at 26-11-2011 09:02


hahahaha, aduh lucu jugak mimpi nih, swati gi kacau kau ke atau kau baca thread ni sebelum kau tido?

p/s : ktk memang kenal kmk in personal life? PM k. hehe!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 02:00 AM | Show all posts
Dua minggu tak baca...

1.. terkejut baca asrama terbakar... cik es masuk spetal... berdebar2 baca.. minta2 cik es okay.. terkojut gak baca danny pon masuk forum


2. Rasa sangat gumbira cik es dah sembuh

3... Sedih  ngan kisah idup  Danny

4. Tak sangka swati ada kaitan ngan nenek kamsia (xsabar nak tau)

5. Ada spoiler...

6... Cik Es... tak yah pendek2kan... kalo panjang lagi bagus... syok plak tertunggu cam ni..

sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 02:04 AM | Show all posts
mmg dah diajar dr kecik jgn suka menyampuk cerita org...so lebih senang jd SR...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 12:57 PM | Show all posts
minta mod delete posting spoiler tuh...

errr... boleh ker eh? ke bukan bidang kuasa mod?

sorry ...
aminkdt Post at 28-11-2011 02:05


Ala...dah-dah lah....cik.es pun tak lebih-lebih.....
Bior lah cik.es sambung cerita....yang buat boring thread ni, posting2 yang mcm kau ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2011 06:46 PM | Show all posts
Jangan gaduh-gaduh tau korang

Insya Allah thread bakal disambung malam ni. Kalau ada yang penakut2 tu (macam aku) ,jangan baca malam2 lah k, baca siang2 sikit. Takut korang tak boleh lelap ke apa. Jumpa malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 08:19 PM | Show all posts
Yea2x...cik_es nak sambung malam ni!!! Tak sabar nak tunggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2011 08:43 PM | Show all posts
im a silent reader too.. tak sabar tunggu sambungan cite ni..~ thumbs up
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 09:01 PM | Show all posts
fuh, cerita ni memang berhantu. habis satu chapter mesti nak baca chapter seterusnya lagi. walaupun semalam mata dah ngantuk, jam dah pukul 2 pagi tapi rasa tak puas kalau tak dapat habiskan setakat mana yg mampu. congrates cik es...cerita yg sgt menarik. sy yg tak gemar baca novel pun boleh tertarik utk baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2011 10:20 PM | Show all posts
13...

Pagi itu aku pergi kerja seperti biasa. Hati ku masih dirundung rasa bersalah atas ketelanjuran aku bercakap mengikut perasaan hingga melukakan hati Danny,walaupun sebenarnya aku tak berniat macam tu. Malam tu pun, aku cakap macam tu sebab aku nak yakinkan Syaz yang aku tak lagi menerima sebarangan lelaki dalam hidup aku, walau macamana baik sekalipun lelaki tu di mata orang lain, tapi kalau di mata aku,aku tetap melihat siapa dia di masa depan nanti? Bakal berubah kah dia? Adakah dia akan meninggalkan aku selepas bertemu gadis yang jauh lebih baik? Adakah dia setia ataupun sama sahaja seperti ex aku yang sebelumnya yang pantang melihat gadis lain yang lebih baik maka terus cintanya tergugat? Aku terfikir, adakah untuk bercinta itu, perlu mencari kesempurnaan? Sempurnakah kita untuk mencari yang sempurna? Sama sekali tidak.

Beberapa kali aku sms dia, tapi semua tiada balasan. Benar-benar merajuk kah dia kali ni? Kalau ikutkan hati, nak saja aku telefon Danny,tapi aku segan sebab selama ni pun, kalau tak ada hal penting,memang aku selesa sms sahaja. Mungkin kali ni, aku perlu telefon dia. Lelaki, perlu juga dipujuk, fikirku. Takkan perempuan je kot yang merajuk kena pujuk? Tak adil pulak. Lelaki merajuk-merajuk ni nampak comel pulak, fikirku. Tanpa berlengah lagi, aku terus cuba menghubungi Danny tapi tiada jawapan. Aku kecewa dan beranggapan Danny memang betul-betul kecil hati dengan aku.

Sehari suntuk aku tak dapat fokus dengan kerja. Kebiasaannya aku lebih suka berada di kawasan restoren untuk monitor staff bertugas dan selalu ambil sikap 'turun padang' membantu apa yang perlu. Dulu,aku juga pekerja bawahan seperti mereka dan bila aku dah sampai ke tahap yang lebih tinggi, aku selalu ingat balik betapa penat dan susahnya bertugas sebagai staff bawahan. Ada jenis orang, bila dah naik pangkat lebih-lebih lagi bergelar Manager dan sebagainya, kerja-kerja remeh seperti mengelap meja, mencuci pinggan, mengambil order pelanggan dan sebagainya, tidak lagi dilakukan. Perkara ni berbeza dengan aku, aku anggap kami bekerja bersama-sama dan aku perlu 'turun padang' untuk tahu apa masalah mereka, apa rasanya bekerja seperti mereka dan dari situ aku dapat dekatkan diri dengan mereka. Oleh kerana kebiasaan nya aku begitu, jadi bila aku mula mengurung diri di dalam bilik pejabat, mereka mula runsing sebab menyangkakan aku takde mood atau tak sihat dan sebagainya. Kali ni,aku sekali lagi mengambil langkah drastik apabila mengurung diri dalam pejabat dan menyibukkan diri dengan paperwork dan pelbagai jenis report, aku tak endahkan apa yang berlaku di luar kerana ada seorang lagi senior staff yang membantu mengawal keadaan.

Sedang aku leka dengan paperwork dan pelbagai jenis laporan yang dah agak beberapa hari tak tersentuh, aku dikejutkan dengan deringan handphone ku sendiri. Mendengar ringtone tu, aku berdebar. Aku tahu panggilan tu daripada nombor aku yang hilang tu, sebab aku dah set awal-awal, ringtone khas untuk nombor tu. Aku sedikit pun tak menoleh ke arah handphone yang terletak di atas meja tu juga, berselindung di sebalik fail yang bertaburan. Dan selepas beberapa ketika, ia berhenti berbunyi. Dan kembali berbunyi berulang kali sebelum aku ambil keputusan untuk jawab sahaja panggilan tu. Berbekalkan keberanian yang masih bersisa ..punat hijau ditekan dan..

"Hello?" kataku. Bunyi hela nafas tu,seperti biasa kedengaran, tapi untuk dia memulakan perbualan, memang jauh sekali. Dah la aku takde mood sangat, orang ni nak main-main telefon dah tu senyap pula.

"Eh hello?Kalau kau tak nak cakap dengan aku,kalau kau tu dah terdesak sangat tak dapat nak cakap,sms je la. Apa kau nak ni sebenarnya? Nombor yang engkau pakai tu, nombor aku. Handphone tu aku tak tau lah,jangan-jangan memang handphone aku jugak! So please , boleh tak kau bagitau apa kau nak?Kalau kau nak sangat guna handphone aku tu,go ahead ok! Aku halalkan tapi tak perlu nak call aku lagi,bukannya kau cakap pun kan! Aku rimas lah wei!" bentak ku, aku meninggikan suara. Kemarahan mula menguasai diri sendiri dan perasaan takut tadi hilang begitu saja.

Suara tangisan kedengaran. Mula-mula agak perlahan tapi lama-kelamaan semakin menjadi-jadi. Dah kena marah, menangis pulak. Siapa lah ni sebenarnya. Aku mendiamkan diri, dan talian diputuskan. Aku nak call balik, tapi aku batalkan je niat tu bila menyedari kredit dah tinggal sikit. Boleh je call pakai telefon office kalau aku nak,tapi..takpe lah, biarkan.

Lepas pulang kerja, aku tak terus balik. Sebaliknya aku singgah ke rumah Danny. Sewaktu kat simpang, aku berhentikan kereta kat tepi jalan, mula teragak-agak nak pergi ke tak..nak pergi ke tak..nak ke tak? tak nak? nak? Pedal minyak terus sahaja ditekan dan aku parking betul-betul kat depan rumah dia. Keretanya yang berada di ruang letak kereta,menandakan Danny memang ada di rumah. Aku menulis sms.. 'Awak, keluar kejap..sy kat depan rumah ni.We discuss everything ok?Pls?" selepas tekan sent, message tu tak dapat dihantar pulak, failed tak habis-habis. Aku periksa semula baki kredit, patut pun tak dapat hantar message, kredit tinggal RM0.01 sahaja dan aku pulak baru teringat plan asal tadi nak singgah beli kad top up dulu. Pelupa betul la sejak akhir-akhir ni. Mengeluh lagi.Aku teragak-agak nak masuk ke dalam perkarangan rumah, aku belum pernah lagi jejak kaki ke dalam tu, sekadar di luar je,pernah la dua kali sebelum tu. Danny sendiri tak pernah ajak aku masuk ke rumah, takkan aku nak lebih-lebih pula kan. Aku keluar dari kereta dan mula meninjau-ninjau. Jam dah hampir pukul 5 petang, nanti kalau dah gelap, susah pulak. Pagar yang tak berkunci, aku buka dari luar. Pagar yang sedikit berkarat itu menyukarkan aku, dengan sedikit kerahan tenaga, dapat juga akhirnya tarik pagar tu. Aku berdiri di depan pintu, mengetuk perlahan, berharap agar Danny dengar dan buka pintu. Dia tak nak cakap pun takpe, tapi aku nak dia dengar apa aku cakap.

Suasana sunyi. Tak kedengaran bunyi ape pun. Macam takde orang ada gak. Jangan-jangan Danny sakit tak? Tak larat nak keluar rumah ke? Pengsan ke? Otak aku keluar dengan pelbagai jenis teori. Aku pulas tombol pintu, berkunci. Aku beralih ke bahagian tepi rumah pulak, berjalan perlahan-lahan,menjenguk-jenguk ke arah dalam rumah melalui celah tingkap,dah sebijik macam pencuri dah aku tengok. Ruang tamu kelihatan sunyi, tiada kelibat manusia pun. Selepas 'memeriksa' kawasan ruang tamu, aku pergi ke arah belakang rumah, aku agak mesti belakang tu dapur,kadang-kadang dapur tak berkunci pun,boleh la aku masuk untuk investigation,kot? Investigation lah sangat! Sebaik je sampai ke belakang rumah, tingkap situ agak tertutup tapi masih boleh dibuka dari luar. Sikit demi sikit, aku cuba buka tingkap tu,berjaya. Aku menjenguk kepala ke dalam dan terkejut bukan kepalang bila melihat seorang lelaki tak dikenali, tengah makan nasi dan dia pun terkejut tengok kepala aku terjenguk kat situ secara tiba-tiba.

"Hoi,u sape?" kata lelaki tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2011 10:22 PM | Show all posts
Aku yang masih terkejut, segera beredar dari situ. Aku berlari patah balik ke arah kereta,dan aku sempat tengok balik kereta yang di parking kat laman rumah,memang sah kereta Danny,takkan aku salah rumah pulak? Setahu aku, Danny memang tinggal bersendirian sebab adik beradik dia semua tinggal di tempat yang berlainan. Belum sempat aku masuk ke dalam kereta, lelaki tadi panggil lagi sekali.

"Cik... Cik.... tunggu dulu? Cik cari siapa ni? Danny ke?" katanya. Mendengar nama Danny, aku menoleh. Ok lah,sah memang ini rumah Danny,bukan aku yang silap tapi siapa lelaki ni?

"I memang cari Danny. Sorry,td i dah ketuk pintu dan bagi salam dari luar,tapi takde respon. Tadi i ingat nak check je,maaflah kejutkan u" kataku.
"No,its ok. Kalau u nak jumpa Danny, dia dalam bilik" kata lelaki tu lagi.
"Boleh i tahu, u siapa? U kawan dia ke?I tak pernah tengok u pun" tanya ku.
"I'm his brother. Panggil je Adib"
"Oh, ok ok. Sorry"
"Its ok, Aishah" kata Adib.
"Mana u tau nama i?" tanyaku sedikit kaget.
"Dah Danny asyik sebut nama u je,mana taknya" kata Adib lagi, mukaku terasa panas. Ini dah cerita lain pulak ni.

"Erm..i nak jumpa Danny,boleh tak?" aku kembali dengan tujuan asal. Tanpa disangka, Adib menjerit nama Danny dari situ je, aku tergelak. Adib agak selamba orangnya, mudah mesra. Selepas beberapa kali dipanggil, Danny muncul. Dan baru aku tahu, keluarga Danny tak panggil Danny dengan nama "Danny" tapi hanya panggil "Dan" sahaja.

"Ni ha....Heart kau nak jumpa" kata Adib, siap kenyit mata dekat Danny. Kuat mengusik juga budak ni. Danny tak berkata apa-apa dan memang nampak sangat dia baru bangun tidur,rasa bersalah pulak sebab ganggu tidur dia. Danny keluar menghampiri kami dan Adib menegur "Kau pakai baju dulu boleh tak? Buruk la macam tu" katanya sambil tergelak-gelak. Danny melihat diri sendiri dan baru menyedari dia cuma berseluar pendek tanpa baju, cepat-cepat dia masuk balik ke dalam dan keluar semula dengan baju merah putih dan rambut yang dah sedikit kemas. Aku nak gelak je tengok kerenah Adib yang tak berhenti mengusik. Akhirnya Adib berlalu ke dalam, tak nak kacau orang dating katanya, pulak? Aku menggeleng kepala je.

"Nakal jugak adik awak tu" kataku memulakan perbualan. Mendengar perkataan 'adik' yang keluar dari mulut aku, Danny melibas tanganku dengan kain tuala.
"Cik Aishah oi... tu abang sy, bukan adik sy" kata Danny, aku terperanjat.
"Biar betul? Tak nampak macam abang awak pun?"
"Sebab dia rendah kot? Hahaha" kata Danny. Aku lega sebab Danny ada mood untuk bergurau dan tak lah moody macam yang aku sangka sebelum tu. Aku melihat Danny dengan pandangan yang sedikit curiga, aku masih tak percaya yang Adib tu, abang dia.

"Oh come on..sy pernah cakap sy anak bongsu kan?Sy mana de adik la. Serious, Adib tu abang sy dan kalau awk sangka die adik sy,pun sy tak kisah. Sebab sy dah biasa, dia memang nampak lagi muda,memang betul" jelas Danny. "Ok ok.. Adib buat pe kat sini? Sebelum ni tak pernah tengok dia pun?" tanyaku ingin tahu. Menurut Danny, Adib bercuti semester dan ambil keputusan untuk stay dengan dia. Itu sahaja. "Kenapa,awak berminat ke?Adib tu kosong lagi,boleh apply kalau nak" kata Danny tetiba. "Mengarutlah!" aku mengerutkan dahi dan Danny ketawa je.

"Awak..tak sihat ke?" aku menyedari suara Danny kedengaran seperti orang tengah demam atau selsema. Danny mengangguk. Wajahnya agak kemerahan. Danny berjalan ke arah tepi rumah,aku mengikut dari belakang. Dia menarik kerusi dan mengarahkan aku duduk di situ. Tempat tu seolah-olah taman mini, ada 3 buah kerusi, sebuah meja kayu yang comel, dan dikelilingi sedikit pasu bunga & batu-batu kecil yang boleh dipijak untuk membantu pengaliran darah dalam badan. Ape benda nama batu tu hah? Sure korang tau, selalu ada kat taman-taman bunga. Hehe! Danny masuk ke dalam rumah melalui jalan belakang dan kembali semula dengan dua cawan air dan biskut kering.

"Minumlah.. ni je ada,rumah bujang. Biasa la" kata Danny. Aku berkira-kira untuk memulakan perbualan tentang kejadian yang berlaku malam tu. Tapi bila melihatkan Danny yang seperti tiada apa-apa berlaku, aku jadi serba salah. Aku risau nanti macam mengungkit hal lepas pulak. Tapi oleh kerana dirundung rasa bersalah yang masih menebal, aku sekali lagi memohon maaf atas kejadian tu, aku tak berniat apa-apa. Danny terdiam dan dia teragak-agak untuk membalas kata-kata ku.

"Awk tau ke apa yang berlaku sebenarnya malam tu, sy tak fikir pun tentang kata-kata awak. Sy dah lupakan, awk tak tau kisah hidup sy, sy terlalu berahsia dan sy anggap semua tu kerana salah sy. Kalau sy share dengan awak dari dulu lagi, sure awak takkan ada tanggapan buruk kan? Ok, we're done with that part. Tapi sy cuma nak awk tau, sy ada rahsiakan sesuatu yang lain dan since sy rasa awk ni macam boleh berhubung dengan hantu....err, maksud sy dengan alam yg bukan manusia tu,sy rasa awk patut tau" kata Danny. Dan dia mula menceritakan satu per satu tentang kejadian malam tu.

Menurut Danny, dia sebenarnya ke dapur tu bukan setakat untuk mengambil jam, tapi dia tertarik untuk ke situ selepas dia terlihat kelibat seorang wanita india bersari merah melalui kawasan ruang tamu dan menuju ke dapur. Danny mengaku waktu tu dia rasa takut, tp dia cuba untuk kawal diri. Danny beranikan diri dan waktu dia ke dapur itu lah kebetulan dia dengar aku dan Syaz tengah mengumpat pasal dia. Danny mencuri dengar dan terus menyampuk sebab merasakan dirinya tak boleh berdiam diri, dia harus jelaskan semuanya supaya aku tak salah faham. Tapi waktu tu,dia berperang dengan perasaan sendiri sebab pada waktu yang sama, kelibat wanita bersari merah tu sekali lagi kelihatan di penjuru dapur, tapi bukan dalam bentuk fizikal. Ia nya seolah-olah kabur dan hilang sedikit demi sedikit. Oleh kerana tak mahu menakutkan aku dan Syaz, dia diamkan sahaja dan dia pasti, kelibat wanita itu lah yang dilihat oleh abang aku pada hari yang sama.

Aku agak terlopong mendengar cerita tu. Sejak tu, Danny terasa seperti ada kelibat wanita bersari merah jika dia melihat dari ekor mata, tapi bila dia menoleh, wanita tu tak ada. Dia merasa terganggu. Selepas Danny cerita pengalaman dia, aku cerita pulak dekat dia, tentang mimpi yang aku alami pada malam tu, juga dengan wanita india tu.

"Ingat tak.. masa kita kat pantai?" aku bertanya. Danny mengangguk. "Pun ada pompuan tu jugak kan,sy rasa orang yang sama kot" kataku.
"Orang ke?" tanya Danny. Aku diam. Tiada jawapan sebab aku sendiri tak pasti, itu orang atau pun apa. Baru lah aku tahu kenapa Danny sampai demam sebab dia diekori wanita India tu sampai ke rumah,dan Danny memang agak takut sebab dia tak pernah alami peristiwa seperti itu. Aku agak kagum dengan Danny waktu tu sebab dia sangat berterus-terang yang dia memang takut, tak ego langsung untuk mengaku. Walaupun mungkin terbit rasa segan sikit kot.

"Waktu sy tengok handphone pun, bayang-bayang wanita india tu, ada dalam handphone sy tau, seolah-olah macam dia berdiri kat belakang sy ni je ha" kata Danny sambil menunjuk ke arah belakangnya.

Aku ikut sama melihat ke arah belakang Danny seperti yang ditunjuk dan tanpa disangka, wanita India tu betul-betul ada di belakang Danny. Aku terkejut, tergamam. Aku nak menjerit tapi bibirku seolah terkunci. Danny yang panik melihat aku tiba-tiba seperti orang kerasukan sesuatu, akhirnya aku menjerit sekuat hati dan rebah ke lantai. Danny mengangkat tubuhku ke ruang tamu, Adib terkejut dengan apa yang berlaku. Waktu tu, aku sedar apa yang berlaku, aku tak pengsan pun tapi aku macam tak dapat nak kawal badan aku sendiri. Aku tak mampu gerakkan tangan aku,kaki aku, semuanya tak boleh. Perasaan takut yang menguasai diri membuatkan aku tak teragak-agak untuk memeluk Danny sekuat hati,sambil menangis. Danny yang waktu itu yang cuba menenangkan aku tapi tak berjaya, akhirnya mengambil keputusan untuk melaungkan azan ke telinga aku. Makin kuat aku menjerit bila aku lihat kelibat wanita India itu sekali lagi bertenggek di atas kipas siling dan lesap tidak lama kemudian. Danny melaungkan azan sebanyak tiga kali. Danny terpaksa suruh Adib call abang aku dan menceritakan apa yang berlaku. Abang dan ayah aku pulak terus bergegas ke rumah Danny selepas mendengar berita buruk tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.315377 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list